Monday, September 05, 2011

Sayembara Puisi Dalam Talian: Saguhati

Pada pertengahan Mei yang lalu, penulis telah menyertai Sayembara Puisi Dalam Talian sempena Hari Belia Negara 2011. Sayembara Penulisan anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini telah dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur antara 16 hingga 40 tahun. Penulis telah mempertaruhkan puisi berjudul ‘Aksara Pemuda’ yang bertemakan belia dan 1Malaysia sepertimana disyaratkan oleh penganjur. Mungkin kerana penyertaan yang ramai menyebabkan pihak penganjur mengambil masa selama 3 bulan untuk mengeluarkan keputusan, biarpun sebelumnya menjanjikan bahawa keputusan akan diketahui selewatnya dalam tempoh sebulan cuma. Alhamdulillah, penantian tersebut ternyata berbaloi. Penulis berjaya membolot salah satu daripada lima hadiah saguhati yang ditawarkan. Pemilihan ini membolehkan penulis membawa pulang wang tunai RM200 dan set buku daripada DBP. Karya para pemenang juga mungkin diterbitkan semula oleh penganjur dalam bentuk buku mahupun secara atas talian.


AKSARA PEMUDA

Alif Ba Ta…
dulu engkau mengeja makna keilmuan
dulu engkau diajar membina perpaduan
dulu engkau membaca kamus pentadbiran
dulu engkau diasuh menegak kebenaran
demi kemerdekaan..

Satu Dua Tiga…
kini engkau mengira detik perubahan
kini engkau menghitung nilai kekayaan
kini engkau menokok arca kebanggaan
kini engkau menyeka dakyah permusuhan
demi kemodenan..

Duhai pemuda!
jika hendak mencipta jaya
dikau harus mengorban usia
jika hendak menjadi pencinta
dikau harus menelan duka..

Di manakah dukamu?
dukamu adalah kisah 69 (tragedi 13 Mei)
dukamu adalah resah pengangguran
dukamu adalah mehnah kemaksiatan
dukamu adalah wadah kejahilan
atmamu kekosongan..

Diamlah!
Kendala pengalaman mengguyur harapan

Ayuh pemuda satu bangsa satu negara!
berkongsi rasa jua suara
berkongsi masa jua idea
berkongsi tinta jua media
berkongsi bahasa jua budaya
demi 1 Malaysia tercinta..

24 comments:

PemilikCahaya said...

tahniah..nk wit ry!!

aiman said...

tahniah.. selamat hari raya :)

mama aini said...

tahniah..dr mama..semuga terus berkarya..

hafrawiey ozakawa said...

selamat ary.....tahniah...follow back at http://hafrawiegeek.blogspot.com/

Alif Haris said...

bro .. puisi tu memang hebat ..
memang patut kau menang ..
tahniah ^^

HaiDa HiDa said...

tahniah dik..
puisi yang hebat..

Nadia Elena said...

pemuda je? habis tu pemudi cmne lak? hihiksss~

Najwa Najihah said...

Tahniah! Saya tak sempat nak hantar...huhu....Lain kali la... =D

missgee said...

Padan arr menang..
Terbaik!!!!

Tahniah, dek... :)

si para para said...

terbaikk..
tahniah... kagum dapat kawan macam ni.
:)

Ungu Violet said...

wahhh...tahniah...puitis...
wat banyak2 agi eh...:)

RinsyaRyc said...

terbaik la... memng orang seninih...

http://bulatmata.blogspot.com/
BulatMata

ctk said...

tahniah...boley da antar duet rye kt ct :)

Penulis Rendang said...

payah nak jumpa pemuda berjiwa sastera nie, by the way, congrate.. keep up yr work...:)

qamarguyz said...

mohammad:
Salam Aidilfitri sheikh..
nape blog tak ley buka yer?
ada malware katanya..
huhu

eszyamin:
duit raya da abis l0rr..
tahun depan yer?
hehE..TQ =)

qamarguyz said...

aiman:
terima kasih..
moga selamat juga =)

MaMa AiNi:
thanz mama..
semoga terus membaca..
kui3! ;)

qamarguyz said...

hafrawiey ozakawa:
selamat hari apa? hehE..
follow me follow u ea..
nyway thanz

alif haris:
adeii..biase2 aje ni b0h..
juz ada luck jew kan..
kena gaya kena temanya =)
Thanz

qamarguyz said...

HaiDa HiDa:
thanz kak..
harapkan sokongan dr rakan-rakan yg hebat jua =)

Nadia Nadiana:
pemudi tu wajud dalam hati pemuda..
lemas bersama, hidup pun bersama =)
hehE

qamarguyz said...

Najwa Najihah:
wahH..
mesti berbakat besar nie kan =)
nyway thanz

missgee:
kalu terbaik dah dapat tempat 1st la..ni masih kurang baik..kui3! ;)
nyway thanz sis

qamarguyz said...

si para para:
alalaa..yer ke ni?
terharu rasa..hehE ;)
TQ

Ungu Violet:
thanz sis..
InsyaAllah, andai ada masa & kelapangan =)

qamarguyz said...

RinsyaRyc:
bulatnya mata dia..hehE..
takda la..
asalnya orang sains ;0

ctk:
ehkk..duit raya mana boleh hantar2..
kalu nak datang sini amik sendiri =)
huhu

qamarguyz said...

RabiatuL AdawiaH:
huhu..ada je sis..
pandai-pandailah mencari =)
nyway thanz yer..
InsyaAllah

fuad ansari said...

byk betul tuan menang contest.. tahniah...

slmt hari raya..

p/s: best puisi tu..

qamarguyz said...

fuad ansari:
Alhamdulillah, murah rezeki pada sesi kali ini =)
nyway thanz yer..
Salam Aidilfitri