Saturday, January 30, 2010

Mutiara Hikmah 7


KemaafaN mungkin amat berat untuk diberikan
kepada orang yang melukai kita..
tetapi sedarilah,
hanya dengan kemaafan saja kita akan dapat
mengubati hati sendiri yang telah terluka..

Kata-katA itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan..
manusia boleh membentuk 1000 kata-kata dalam 1000 bahasa, 
tetapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan..

Jalinlah persaudaraanmu selepas engkau melaksanakan 3 perkara:
1. Jika mereka sakit..ziarahlah
2. Jika mereka dalam kesempitan..bantulah
3. Jika mereka terlupa..peringatkanlah
(Ata' Bin Maysarah)

Thursday, January 28, 2010

Pencinta Ilmu




Alif Ba Ta...
dulu engkau mengeja makna keilmuan
dulu engkau diajar membina harapan
demi kejayaan..

Satu Dua Tiga...
kini engkau mengira detik kematangan
kini engkau terasing di ufuk zaman
demi keilmuan..

Duhai perantau!
jika hendak mencipta jaya
dikau harus mengorban usia
jika hendak menjadi pencinta
dikau harus menelan duka.. 

Di manakah dukamu?
dukamu adalah tangis kelelahan
dukamu adalah resah kegagalan
nuranimu kerinduan..

Diamlah!
 sesungguhnya kesabaran mengasuh kedewasaan...

Langkah Kehidupan (bahagian 2)


21-12-09 (Isnin) _ 23-12-09 (Rabu)
aku menaiki bas ke KUIM (huhu..bajet tak dak pulak nak drive sendiri). AlhamdulilLah, result last sem masih 'mantain' walaupun agak 'dr0p' ckit..cume tercicir di sem pertama, anugerah TNC pasti dalam genGgaman..insyaAllah..
dah seatle amik result & uruskan b0rang berhenti, es0knya aku & rakan2 male nurse yang baru menghabiskan LJM di0rang merayau2 sekitar k0ta Melaka..lunch di Pantai Pangkalan Balak, men0nton Avatar & berkara0ke di Megamall Dataran Pahlawan, 'lepakinG' di dataran Ayer Keroh  n then 0verni8 di Pantai Tg. Puteri

PaGi rabu aku menuju ke KL sendirian, bertemu s0rang rakan di sana & sh0ppinG memb0rong buku2 yang dah dilistkan..


25-12-2009 (Jumaat) _ 28-12-2009 (Isnin)
aku bersama famili menGinap di De' Palma Hotel bagi menghadiri majlis persandingan sepupu sebelah abah aku - Kak Ya anak Mak Ngah..sambil2 tu r0und sakan la di Ampang Point..huhU..



petang Sabtu, kami sefamili meneruskan perjalanan menuju ke utara, Bukit Merah Laketown Resort destinasi seterusnya.hmM..b0leh tahan la best tempat nie, tapi time cuti memang sesak giler la.. 

keesokannya kami sempat sinGgah di Ipoh menemui Pak Anjang & isteri yang baru pulang dari tanah suci Mekah, seterusnya bermalam di Shah Alam, rumah sepupu sebelah emak..aCt masing2 da kepenatan untuk terus pulang ke Ganu kerana jalan sesak teruk..hari pun udah makin larut...

Sunday, January 24, 2010

Monolog Cinta 2


Masihkah kau semadikan di minda?
Bahawa hubungan yang terjalin
antara kita adalah cinta tulus
bersulam taqwa..
Rangkaian jiwa sesama
insan manusia
menjadi lambang
keagungan cinta
terhadap Sang Khaliq
Maha Pencinta...

Berjanjilah kasih..
Hubungan kita yang terbina
kerana kasih pada-Nya
takkan terhalang oleh
tembok minda manusia
takkan hilang dek
api yang menjulang
takkan sirna kerna
kabus yang kelam..
tetapi hanyakan musnah
oleh kerana hati yang HITAM...

Tuesday, January 19, 2010

cinta Vs CINTA

 
    Cinta yang sejati & suci tidak memerlukan 'physical contact' yang boleh merosakkannya, sebaliknya ia terbina atas dasar iman, CINTA Ilahi dengan matlamat yang murni dan benar iaitu untuk menjadi pasangan yang sah serta melalui jalan2 yang tidak melanggar undang2 syariat, walaupun ia mungkin hanya bertaut di dasar hati.

    Sebenarnya, bercinta tidak salah melainkan kita sendiri yang menjadikannya salah. Bahkan dapat difahami bahawa rasa kasih sayang adalah fitrah manusia seperti mana jasad memerlukan makanan dan akal memerlukan santapan ilmu pengetahuan. Kasih sayang adalah fitrah yang memerlukan hidayah (petunjuk) supaya fitrah ini tidak sampai menjadi fitnah.

    Cinta adalah anugerah (hadiah) daripada Allah s.w.t. Sebagai penerima hadiah, sudah tentulah kita perlu menghargai pemberi hadiahnya dahulu sebelum menghargai hadiah yang yang diberi. Oleh itu, CINTA Allah s.w.t perlu diutamakan dalam masalah ini, iaitu bukan sahaja dengan mengakui bahawa Tuhan adalah pencipta cinta bahkan sebagai pengatur dan fokus pengabdian diri seluruh kecintaan.

    Cinta diciptakan bukan untuk suka-suka, tetapi sebagai salah satu jalan bagi mencapai keredhaan Yang Esa. Di setiap laluan perjalanan ini, sudah tentulah tercacak pelbagai jenis 'signboard', merujuk kepada peraturan yang perlu dipatuhi agar kita tiba ke destinasi cinta dengan selamat. Antara peraturan utama dalam bercinta ialah mendasari tiap cinta kepada  CINTA Allah dan memastikan tiada hukum-Nya yang dilanggar dan diperlecehkan, meskipun mungkin pada pandangan nafsu dan emosi, batas-batas cinta ini amat menyukarkan. Ingatlah teman;
"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah) , Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu),
sedang kamu tidak mengetahuinya.."
(al-Baqarah: 216)

        Cinta sejati hanya akan tiba andai masa, tempat, keadaan dan calon telah sesuai. Ia tidak perlu dicari. Dalam memilih pasangan, Rasulullah s.a.w juga telah memberi petua terbaik iaitu dengan menilai berasaskan kecantikan, harta, keturunan dan ketaatan mereka dalam beragama. Cukuplah sekadar bersederhana dalam hal-hal lain, tetapi yang paling utama adalah keindahan akhlaknya pada pandangan insan dan ketinggian taqwanya pada pandangan Tuhan. Inilah juga ciri-ciri pasangan yang diperintah untuk dinikahkan.

    Malah cinta sejati itu sebenarnya adalah datang dari hati dan terpancar ke mata, bukan dari mata turun ke hati, kerana hatilah yang sebenarnya mengawal mata dengan pandangan iman, bukan sebaliknya. Sedarilah, mata kepala hanya memandang wajah manis yang tetap akan berkedut dan wang ringgit yang tetap akan hangus, sedangkan mata hati jua yang mengenal sebaik-baik akal budi pasangan hidup.

    Rahsia untuk mengekalkan rasa cinta terhadap insan hanya dua, iaitu rindu untuk bertemu dan melakukan apa sahaja yang disuruh. Apa yang lebih penting dan utama adalah untuk mengekalkan rasa CINTA kepada Allah dan Rasul-Nya, rindu untuk bertemunya di akhirat sana, rindu dengan bermunajat di sepertiga malam, rindu untuk menghadap-Nya dalam solat juga melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan-Nya.
(by  qamarguyz:  risalah al-Qamar  edisi 9)

Monday, January 18, 2010

'Contest Oh Kunci! by Arieza'..


Oh Kunci..
kepalamu bulat berseri
tubuhmu lurus bergerigi
pada yang bulat adil berdiri
pada yang lurus kadang berduri

Oh Kunci..
kepalamu bulat berseri
tubuhmu lurus bergerigi
pilih yang bulat selamatlah diri
pilih yang lurus hujungnya tak pasti

Terkunci hati matilah atma
terkunci lidah khilaf bicara
terkunci kaki sunyilah kota
terkunci akal ilmu dicela

Terkunci mata pandangan berbeda
terkunci telinga nasihat dicerca
terkunci rasa emosi berduka
terkunci taqwa maksiat dicuba

Kasih dikunci rindu bersemi
sayang dikunci renta jauhari
yang mana kunci pilihan saudari?

Friday, January 15, 2010

Mutiara Hikmah 6


KekayaaN bukanlah satu dosa & KecantikaN bukanlah suatu kesalahan..
Oleh itu, jika anda memiliki keduanya
janganlah anda lupa kepada Yang Maha Berkuasa..

Kejayaan & kegagalan hanyalah ujian untuk menguji keimanan insan..
mungkin yang dicapai hanyalah angan-angan
yang lebih penting adalah hikmah & pengajaran..

Seseorang manusia perlu cukup merendah diri untuk mengakui kesalahannya,
cukup bijak untuk belajar dari kegagalannya
& cukup berani untuk memperbetulkan kesilapannya..

Seorang RAJA yang memiliki jiwa tawaduk di dalam istananya adalah lebih mulia dari seorang sufi yang beruzlah di dalam bilik suluknya..


Wednesday, January 13, 2010

'E-voting' perlekehkan demokrasi mahasiswa..


    Suara mahasiswa terus diperlekehkan!..Begitulah reaksi spontan saya setelah meneliti pro dan kontra hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk terus menjalankan pilihan raya kampus menerusi sistem e-voting (pengundian eletronik). Sistem ini yang telah dijalankan di beberapa kampus  pada musim lalu terus dipertikaikan atas beberapa aspek kelemahan yang wujud, antaranya berkaitan:
  • kerahsiaan maklumat pengundi
  • wujudnya ruang untuk undi dimanipulasi
  • kos pengurusan sistem yang tinggi
  • boleh terjadinya pencerobohan jika berlaku kerosakan sistem
  • pencabulan ke atas hak asasi & intelektual mahasiswa
   
Sehubungan itu, Gabungan Mahasiswa Bantah E-undi (BANTAH) yang disertai lebih 18 organisasi mahasiswa seluruh negara baru-baru ini telah melancarkan kempen petisyen online serta kutipan 10000 tandatangan sebagai referendum mendesak agar sistem pengundian ini dimansuhkan segera. Petisyen ini akan diserahkan kepada SUHAKAM, Amnesty International Malaysia, MAFREL dan KPT agar semua NGO terbabit dapat menyiasat aduan mahasiswa berkaitan ketidaktelusan yang mungkin timbul melalui sistem tersebut. Referendum ini juga sebagai tanda penerusan bantahan setelah beberapa memorandum sebelum ini dipandang sepi dan dibakulsampahkan oleh pihak universiti mahupun KPT sendiri, selain beberapa siri forum penerangan dan debat yang dilangsungkan.

    Sebagai anak muda yang pernah membarisi kepimpinan pelajar semenjak di alam persekolahan & alam kampus (keduanya menerusi sistem pilihan raya) sebelum ini, saya rasa terpanggil bagi mempertahankan kredibiliti intelektual mahasiswa untuk berpartisipasi..mahasiswa berakal bukanlah seperti lembu yang dicucuk hidung, jua bukan katak ketakutan di bawah tempurung..Ayuh mahasiswa! pertahankan hak & suara undi anda dengan melayari link ini..

Monday, January 11, 2010

Langkah Kehidupan (bahagian 1)


13-11-09 (Jumaat):
aku akhirnya berjaya menamatkan pengajian di KUIM setelah 3 tahun berada di bumi bersejarah (Melaka) ini..setelah menamatkan 'last paper f0r da last sem', aku dijemput oleh famili untuk berangkat meninggalkan k0lej tercinta..al-maklum laa, segala harta benda & khazanah keperluan perlu diangkut bersama..huhU..


::kolej yang banyak mengajarku tentang
kepimpinan & kematangan::

14-11-09 (Sabtu):
aku bersama famili berada di rumah pak anjang (bapak sedara sebelah abah) di Ipoh, Perak bagi mengiringi pemergiannya ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji..hmM, rasenya pak anjang nie la bapak sedara yang paling rapat dengan aku..terasa sebak juga saat memeluknya sejurus sebelum berangkat pergi..
sebelum pulang ke Kemaman kami sempat singgah menemui Azie (adik pertamaku) di UiTM Shah Alam.. 

19-11-09 (Khamis):
aku dan abah menuju ke Besut, Terengganu untuk mengambil adik kedua b0ngsuku yang pulang dari asrama MRSM Besut sempena cuti persekolahan..huhU, sebagai pemandu kedua famili wajiblah aku ke mana2 menemani abah untuk perjalanan yang agak jauh..bergilir2 memandu..

05-12-09 (Sabtu):
aku memandu sendirian menuju ke KMPh, Gambang, Pahang untuk bertemu rakan di sana.. maybe dah agak lama bercuti, membuatkan hati mula terasa bosan..bersiar-siar di sekitar bandar Kuantan  & menonton filem Santau di samping menjenguk2 ke Bukit Gambang Resort City yang baru dibuka..
::berlatarbelakangkan taman tema air
di Bukit Gambang Resort City::

11-12-09 (Jumaat):
aku bersama famili mengembara lagi menuju ke negeri Cik Siti Wan Kembang bagi menghadiri majlis graduasi adik keduaku di MRSM Kuala Krai setelah menamatkan peperiksaan SPM baru2 ini..kami bermalam di sana semalaman sebelum pulang keesokan harinya setelah majlis tamat..dalam perjalanan, kami sempat menziarahi rakan abah yang terlantar di Hospital Kuala Terengganu..  
 ::adikku, Is (kiri sekali) bergambar kenangan
bersama rakan2 seperjuangannya::
 
p/s: catatan perjalanan ini sekadar berkongsi pengalaman..buat pengetahuan rakan2 yang mengenaliku di alam nyata & sering bertanyakan perkembangan diari hidupku..

Thursday, January 07, 2010

Solat Tiang Agama

 
    Tika menghadapi ujian yang maha berat dan tingkat perjuangan sudah pada puncaknya, gangguan dan hinaan, penganiayaan serta siksaan yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut-pengikutnya semakin hebat, maka baginda diperintahkan oleh Allah s.w.t menjalani Isra' dan Mikraj dari Mekah ke Baitul Maqdis di Palestin, terus naik ke langit ketujuh Sidratul Muntaha. Bermula dari situlah baginda menerima perintah langsung dari Allah tentang solat 5 waktu.

     Solat menurut al-Quran adalah alat untuk mensucikan hati manusia agar dapat berhubungan dengan Allah s.w.t. Dalam ayat 45 surah al-Ankabut ada menyebut:
"Bacakanlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari al-Kitab dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah manusia dari perbuatan yang mungkar dan sungguh ingat pada Allah adalah lebih besar (manfaatnya), dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.."

    Solat dianggap sebagai santapan r0hani manusia, sebagaimana badan manusia memerlukan makanan, jiwa manusia juga memerlukannya. Seorang muslim wajib menunaikan solat lima kali sehari semalam. Islam juga tidak mengamalkan 'sabbat' seperti agama-agama lain, iaitu sehari dalam seminggu khusus diadakan peribadatan dengan tidak mengerjakan pekerjaan lain.

    Erti mendirikan solat adalah melakukannya menurut sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah sejak dari permulaan takbirnya, bacaannya, perbuatannya hingga ke akhir salam dengan hati yang penuh perasaan taqwa. Orang yang beriman mesti mendirikan solat kerana ia tuntutan iman, dan iman sifat jiwanya dan nur batinnya.

    Al-Quran menegaskan bahawa mendirikan solat menurut tata tertib yang sempurna sebagai suatu bisikan & munajat kepada Tuhan, akan dapat mendidik fikiran, hati dan jiwa ke arah kesucian dan kemuliaan, juga akan berupaya membimbing akhlak dan gerak geri hidup ke jalan sejahtera terpelihara daripada segala anasir yang menyebabkan kerosakan serta terhindar daripada melakukan sebarang perbuatan dan tindakan di luar batas-batas kesopanan. Solat juga pembersih seorang Islam dari segala macam rupa kesalahan. Maka dengan ini, jadilah hati sentiasa suci. Kesucian hati adalah sumber segala kebaikan dan kehalusan budi.

    Allah memerintahkan orang Islam mendirikan solat dan melarang keras mencuai, melalai dan meninggalkannya. Tetapi perintah ini sering tidak diendahkan dan maksiat pula terus bermaharajalela. Mungkinkah ini akibatnya?..
(by qamarguyz: risalah at-Tazkirah edisi 3 @ APIKUIM)

Monday, January 04, 2010

Aksara Iman

 

Aksara Iman di alam maya
singgah di rahim bonda sengsara
belayar menduga mehnah dunia
tewas nahkoda terhempas mahkota

Karam iman di dalam jiwa
kembali bertaut bicara nasuha
akhir lafaz usah dipersia
kubu cinta pada yang Esa

Tujuh langkah telah berlalu
gelap iman berpuisikan sendu
perca putih membalut kalbu
bernisankan batu sabar menunggu

Detik dihimpun jiwa meronta
ke mana arah akan dibawa
dengan iman rentasi Sirat
ke puncak mulia
atau ke lembah hina!..

( by qamarguyz: nukilan@ikim )

Saturday, January 02, 2010

Mutiara Hikmah 5


"Pandai mEngasihi orang itu sebahagian daripada akal,
pandai bErtanya itu sebahagian daripada ilmu,
& pandai mErancang itu sebahagian daripada sumber rezeki.."
  (Saidina Umar) 

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau
& tidak ada insan berd0sa yang tidak mempunyai masa hadapan..

Akal itu menteri yang menasihati,
hati itu ialah raja yang menentukan..
Harta itu se0rang tamu yang akan berangkat,
kesenangan itu satu masa yang akan ditinggalkan..

Sungguh benar kita tidak tahu
apa yang kita miliki sehingga kita kehilangannya..
& sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu 
apa yang belum pernah kita miliki sehingga kita mendapatkannya..