Sunday, January 24, 2016

Ke Mana Menghilangnya Qamarguyz?


Setelah aktif menulis sekitar tahun 2010-2011 sehingga mampu menjana income sampingan dan mengenali ramai kenalan melalui laman ini, penulis mula berundur diri sekitar tahun 2012. Hanya 15 posting diterbitkan pada tahun tersebut dan 3 posting sahaja pada tahun berikutnya dengan yang terakhir pada 15 Ogos 2013. Ini bermakna sudah lebih 3 tahun penulis tidak aktif di laman maya ini.

Ke mana menghilangnya qamarguyz?

PENDIDIKAN:

Penulis mula sibuk setelah melanjutkan pengajian di UKM dan bergiat aktif dalam beberapa persatuan, khususnya sebagai Exco Persatuan Mahasiswa UKM (MPP UKM) dan Presiden Kelab Mahasiswa Sejarah, Politik dan Strategi UKM. Penulis kemudiannya berjaya menamatkan pengajian pada Oktober 2013 dengan Kepujian Kelas Pertama.


KERJAYA:

Sebaik seminggu menamatkan pengajian, penulis telah diterima berkhidmat dengan sebuah agensi kerajaan di Putrajaya sebelum membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak setahun kemudian. Ini kerana penulis telah mendapat tawaran kerja yang lebih baik di sebuah syarikat pembinaan tempatan sebagai Eksekutif Risiko dan Pematuhan.


KELUARGA:

Ketika masih bekerja di Putrajaya iaitu pada Mei 2014, penulis telah selamat menikahi seorang gadis berasal dari Melaka. Kini kami hidup bahagia berdua, doakan moga cepat kami terima cahaya mata.


MASA DEPAN:

Alhamdulillah, hari meniti hari kini penulis masih sibuk mengurus hidup demi masa depan yang lebih cerah. Semoga dengan doa keluarga dan teman-teman, perjalanan kami seterusnya dipermudahkan dan sentiasa berada dalam redha Ilahi.


Bagi rakan-rakan blogger yang masih mengenali dan ingin berhubung atau mengikuti perkembangan penulis, boleh add friend di Facebook Azrai Zamri atau Instagram qamarguyz.

Salam. qamarguyz.

AKSARA CINTA ILAHI