Saturday, January 29, 2011

Harga Kebaikan

Apakah erti kebaikan?
Baik itu kata hati,
baik itu kalam Ilahi.
Baik itu cantik akhlak terhadap insani,
baik itu banyak ibadah menghadap Yang Abadi.

Bagaimana nak jadi baik kalau dah semulajadinya jahat?
Renungi alam, fahami hakikat penciptaan, akan terjawab segala persoalan..
Insan adalah makhluk Tuhan, Yang Pemurah Lagi Penyayang,
insan adalah makhluk Tuhan, Yang Mentadbir dengan Keadilan.
Lahirnya bayi dengan tangisan penuh kesucian,
lahirnya bayi menjadi khalifah dan hamba sebagai tujuan,
lahirnya bersama sekeping hati penentu segala ketentuan.

Hakikat hati adalah satu, serupa dan sama,
tiada yang lebih jahatnya, tiada pula yang lebih baiknya,
maka di sini letaknya keadilan Tuhan, mencipta semulajadinya dalam kebaikan.
Cuma kejahatan itu sifatnya syaitan yang datang menghasut kemudian,
dibantu nafsu yang penuh khayalan dan tidak tahan ujian,
maka perangilah nafsu dan kuatkanlah iman untuk kembali pada permulaan.

Berapa pula harga suatu kebaikan?
Membeli (menerima) kebaikan tidak memerlukan ringgit, rupiah, dollar atau dirham, menjual (memberi) kebaikan tidak perlu berlonggok di mall, suq atau pasar malam.
Membeli kebaikan cuma perlukan ilmu dan tindakan,
menjual kebaikan cuma perlukan niat dan keikhlasan.

Renungi kalam, fahami maksud kenyataan, akan ditemui segala jawapan..
Hakikatnya menuju kebaikan itu adalah suatu pengembalian,
hakikatnya harga kebaikan itu adalah harga diri dan hati insan.
Kerna tidak diperoleh segala kebaikan,
kerna tidak diagih segala kebaikan,
kecuali dengan sekeping hati yang menentukan!


Saturday, January 15, 2011

Review Buku: La' Tahzan


Judul: La’ Tahzan - Jangan Bersedih - Don't Be Sad
Penulis: Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni
Terjemahan: Mohd.Sofwan Amrullah
Penerbit: Jasmin Enterprise
Muka Surat: 592
Harga: RM 30.00

La’ Tahzan Sebagai Aksara Pencorak Hidupku:

Hidup sebagai manusia selalunya takkan lekang dengan air mata. Bagi saya kehidupan penuh dengan kebahagian tetapi disebaliknya mesti ada tangisan dan air mata. La’ Tahzan merupakan aksara yang setia menghilangkan air mata dan tangisan dalam hidup saya. Merupakan teman yang sentiasa disulami dengan aksara dan mutiara kata yang subur bercambah dalam diri ini. La’ Tahzan juga merupakan jalan penyelesaian dalam masalah-masalah harian yang disertai dengan bimbingan wahyu, panduan risalah serta bersesuaian dengan fitrah manusia yang suci. Disamping itu, diambil juga pengalaman matang, contoh-contoh yang hidup, kisah-kisah yang menarik, serta adab dan etika yang memikat.

"Hakikatnya, hari esok masih di alam ghaib dan belum turun ke bumi. Maka tidak sepatutnya kita menyeberangi satu jambatan sebelum kita sampai di atasnya. Sebab siapa yang tahu dengan pasti bahawa kita akan sampai atau tidak di jambatan itu?"

“Jangan berdukacita jika gagal, kerana anda masih memiliki nikmat yang lain!”

Hayatilah ungkapan ini: “Alangkah banyaknya nikmat dan anugerah Allah pada diri anda. Justeru,bersyukurlah kepada-Nya kerana semua itu, dan insafilah bahawa anda betul-betul bergayut dengan pemberian-Nya.”


Allah s.w.t berfirman, maksudnya:
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya”
(Surah Ibrahim:34)

Diriwayatkan dari Asma' binti 'Umais r.a,katanya: "Baginda Rasul telah berkata kepadaku: "Tidakkah pernah aku ajarkan kepadamu kalimat yang boleh engkau baca ketika engkau ditimpa kesakitan? Bacalah: Allah, Allahu Rabbi, la usyriku bihi syai'an..(Allah, Allah Tuhanku, aku tidak akan menyekutukan sesuatu dengan-Nya)."

“Memang ada beberapa perkara yang mewujudkan mendung tebal dan pekat di dalam hati. Tetapi jika ia kembali kepada Tuhannya, menyerahkan segala masalah kepada-Nya, dan akur kepada-Nya dengan segala keikhlasan dan keimanan di dalam hati, nescaya Allah akan mengalihkan mendung-mendung itu. Tetapi kalau yang dikatakan itu keluar dari hati yang leka dan tidak ikhlas maka ia adalah mustahil.”

La Tahzan’ saya syorkan buat sesiapa yang berasa hidup sempit, resah dan sedih atau buat mereka yang ditimpa musibah atau tertekan hingga tidak dapat tidur. La Tahzan’ menggesa anda: "Bergembira dan berbahagialah, optimis dan damailah hidup anda". Lebih dari itu ia menggesa anda: "Jalanilah hidupmu apa adanya dengan rela dan senang hati."

oleh Qasih Nadira - pemenang tempat ke-2 contest 'Aksara Pencorak Hidupku'

Saturday, January 01, 2011

Anugerah Tahun Baru

1/1/11: Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan usia untuk menginjaki tarikh ini. Moga permulaannya baik, pertengahannya lebih baik dan pengakhirannya paling baik. Semalam tinggal kenangan, esok cuma harapan, hari inilah segala ketentuan. Buat permulaan ini, dipaparkan beberapa lagi award kiriman rakan-rakan blogger tersayang yang masih ada dalam simpanan sepanjang tahun lepas. Moga dengan 'Anugerah Tahun Baru' ini dapat meningkatkan motivasi saya untuk terus menulis dan berkarya. TQ.

Shout Award - Areteacar
So Cantik Award - Misz Una
My Cute Followers - Dudu
Beutiful Blogger Award - Saiedah   Fiza   Whaniey
Boombastic Blog Award - Aima
Award Pernghargaan - Chymara
Beutiful Bingo Blog - Gedung
The Adorable Blog Award - SyilaAdlin
Blogger Star - Tok Esah
Thank You - Fiqah
Spread The Love Award - Orchid
Pilihan Hati 600 Follower - al-Hakim
My 100th Follower - Daten
Nice Blog Award - Diea
50th Followers Give Away - Deefalya
Sweet Blogger Like Candy - Nanie
You Rocks! Follower - Anamizu
Friendly Blog Award - LM
Blog Mesra Pengguna 2010 - Zetchi
Follower Awards - Matdin


p/s: seperti biasa..ramai pasangan yG mengambil peluang mengabadikan tarikh cantik sebegini untuk hari penuh bahgia. Buat rakan-rakanku Fariha & Niesa, Happy Engagement! Moga kekal dijodohkan dengan pasangan masing-masing.. =)