Saturday, February 27, 2010

Sirah Si Bijaksana


Duhai pejuang agama,
pewaris bangsa,
pemacu negara
kenapa lemah dalam kepapaan?
kenapa lemas dalam kedangkalan?
kenapa gundah dalam kesepian?

Bukankah dia pemuda miskin?
mampu berdagang bak gemawan
saat juwita digelar al-amin
akhir memilik wanita hartawan
Kerana apa?
kerana dialah lelaki bijaksana..

Bukankah dia si ummi?
mampu mencoret tinta yang kering
buat mentafsir lembaran suci
kini menyuluh dunia sekeliling
Kerana apa?
kerana dialah lelaki bijaksana..

Bukankah dia anak yatim?
mampu menahan gulatan insan
dalam kemuliaan batu yang hitam
lalu memimpin umat pengakhiran
Kerana apa?
kerana dialah lelaki bijaksana..

Lalu bagaimana?
beralunlah sudah wirama sebuah kebijaksanaan...
(by qamarguyz: nukilan@ikim  &  ANIS mac 2008)
berhujan berpanas berarak menyambut Maulud Nabi..
sejauh mana penghayatannya?..
sahabat-sahabatku..
m0ga apa yG terucap di bibir, tersemat di hati, membentuk insani

Thursday, February 25, 2010

Mimpi Pelajar UIA Bertemu Rasulullah s.a.w.


luanGkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...



Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.



    Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.



     Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.



    Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.



    Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.



    Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."



    Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.



   Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!


   Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.


    Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata  Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...



    Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.



    Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.



    Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."



    Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.



   Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.."  Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."



    Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.



    Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."



    Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."



p/s: sunGguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..aku hanya memaparkannya kembali buat renungan bersama, sempena keputeraan baginda Rasul tahun ini..m0ga ada hikmah pGajaran yG dapat diambil)

Tuesday, February 23, 2010

Pantun Hikmah Ujian


Lumpuh jundi dipanah musuh
diampun dosa Tuan peterana
senjata sabar harus diasuh
lenyapkan kecewa di dada atma

Kencana dicuri penyamun jalanan
tenang jauhari kehilangan materi
maafkan saja kekhilafan insan
tersingkap erti ampunan Hakiki

Menuntut ilmu di laman sekolah
gagal mengarang puisi hikmah
senyuman diukir penyeri wajah
ganjaran pahala menghulur sedekah

Bumi Palestin berdarah lagi
ayahnya mati ibunya pergi
syukurilah kita damai di sini
sempurna seri harmoni famili

Kembara jenazah menuju kuburan
bertemu Kekasih jadi impian
doa dihulur menyeka tangisan
redhai segala suratanTuhan

(by qamarguyz: nukilan@ikim)

Sunday, February 21, 2010

Mutiara Hikmah 9



SAAT yang paling utama adalah
saat sikap anda semakin lembut
saat ilmu anda bertambah
saat dosa anda berkurangan
saat anda mendapat pemahaman &
saat semangat anda bergelora..

Jangan tentukan harga dirimu
kecuali dengan syurga..
Jiwa orang beriman itu mahal tetapi
sebahagian mereka menjualnya 
dengan harga yang murah..
(Hassan al-Basri)

Friday, February 19, 2010

Cerpen - Tarian Kejora Timur


Entry ini adalah untuk contest weekend @ sheffield yang dianjurkan oleh bro J0e, dengan berlatarkan tema 'True Meaning Of Love'..kepada peminat2 cerpen & n0vel cinta, b0lehlah menghayati nukilan penulis (qamarguyz) yang diadaptasikan dari kisah benar ini..m0ga ada hikmah serta pengajarannya...



Dingin malam mencengkam sendi tulang. Purnama terang membias kelam malam. Di sudut jendela, aku terpamit melihat kejora di sebelah timur itu. Cahayanya persis menari-nari menghiburkan sanubari. Senyumanku terukir sendiri.

            “Ana sudah lama menyukai enta!” SMS itu aku tenung berkali-kali. Bermula dari sebuah kebetulan, berakhir dengan seberkas harapan. Tiada kusangka tindakan jujur  mencari teman ukhwahfillah di segmen ‘Sembang Pagi IKIM.fm’ itu menemukanku dengannya. Lebih tidak kuduga wanita ini rupa-rupanya siswi satu kolej denganku, malah satu fakulti dan satu kursus pengajian! Bezanya dia sudah berada di semester akhir sedang aku baru di semester tiga. Tidak hairanlah umurnya lebih tua dua tahun daripadaku. “Aah..itu bukan masalah besar. Lebih usia tentu lebih matang dan gantang!” usik hatiku.

      Keikhlasannya untuk membantuku dalam pengajian membawa kepada pertemuan pertama kami petang tadi. Kafeteria pelajar tempat dituju. Setibanya di sana mataku terus menangkap sesusuk tubuh berjubah hijau berkelebung labuh paras dada. Sopan santun dan tunduk malunya saat menghulurkan bungkusan nota itu benar-benar menggoncang nurani. Sungguh. Terasa bagaikan ada titisan embun sejuk membasahi relung hati, asyik dan mendamaikan. Dalam diam aku terfikir sejenak, “Ohh..dari manakah bidadari ini muncul? Aku benar-benar tidak pernah melihatnya sebelum ini.” Cuma setahuku dia adalah salah seorang exco kepimpinan pelajar di fakultas kami.

            “Ana sudah lama menyukai enta!” SMS itu kutenung sekali lagi. Mungkinkah pertemuan tadi membulatkan tekadnya untuk berterus-terang. Sememangnya selama ini aku seakan tertarik dengan gaya bahasa dan lenggok tutur katannya saat berhujah dan berbincang, walaupun sekadar di skrin ‘handphone’ cuma. Jika dihitung sudah hampir sebulan kami berinteraksi sebegitu, berbahas tentang pelbagai isu semasa dan soal pelajaran. Agak jarang kami bercakap dan bersoalkan hal peribadi masing-masing.

Tiada kata yang mengungkapkan tanya
tiada bahasa yang menjelaskan jawapan
namun rahsia di hati memang sukar dilindung
bila wajah jiwa mula berlagu ceria
biar diam berbicara
jalinan kasih anugerah-Nya
tetap terbuka..

Tidak kuduga bait-bait puisi yang kubina dibalas tenang olehnya..“Ana sudah lama menyukai enta!”

      *****
“Mengapa sayang? Kenapa?! Mengapa baru sekarang kau luahkan segalanya? Kenapa kesucianmu itu hanyalah palsu?! Aah..bagaimana begini?” hatiku meradang saat mendengar bicaranya tika itu. Benakku kabut, nafasku susut. Aliran jernih di pipinya langsung tidak mendatangkan simpatiku. Aku dilema. Dialah wanita yang kudamba selama ini, yang kurasakan  bisa bersamaku membina mahligai firdausi, jua famili insani. Dialah insan yang kuharap menjadi pelengkap hidupku, jua ibu kepada anak-anakku. Setelah dia membangkitkan semangatku sehingga muncul ‘top student’ di sini, setelah dia merangsang kepimpinanku sehingga mengepalai persatuan pelajar di sini, kini dia menguji keikhlasan dan kematanganku sehebat ini. Bisakah begini?

*****
Dalam kedinginan petang itu, saat sang hujan mengorbankan diri menlencuni Bumi, seorang wanita tertidur sendirian seusai menunaikan solat fardhu Asar. Mungkin agak kelelahan setelah seharian menguruskan majlis pertunangan sepupunya, Alin, tengahari tadi. Tiba-tiba, ‘Kreeeek!..’ kedengaran daun pintu biliknya dikuak. Bilik itu ternyata terpisah dengan ruang utama rumah kampung yang agak luas itu, jauh dari hingar-bingar orang ramai. Wanita tersebut langsung tidak menyedari derapan kaki si penceroboh. Dia langsung membiarkan dirinya diusik dan disentuh lembut oleh si jantan rakus. Sebaik tersedar, dia tersentak melihatkan kain batik yang melilit pinggangnya telah terlondeh. Aah..dia sudah tidak kuat untuk menghalang, apa lagi mahu melawan. Wanita tulus berkulit mulus akhirnya sama-sama hanyut dalam dunia kenikmatan, menghempaskan mahkotanya pecah berderai!

*****
Di penjuru kamar, aku menangis sendirian. ‘Tiada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tiada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan!..’ Untaian hikmah ini hadir di fikiran seperti mahu aku memaafkan dia yang tidak berdosa, seolah-olah mahu emosiku tenang menghadapi dugaan tercipta. Segala suka duka perkenalan kami semenjak dua tahun lalu kembali terimbau di ingatan. Walaupun satu fakulti, ternyata kami mampu menyembunyikan hubungan dari pengetahuan rakan-rakan dan para pensyarah. Tiada istilah ‘dating’ dalam hidup kami, tiada fitnah dunia yang bisa mengganggu keberkatan cinta kami.

Buku ‘Bertaubat Kepada Allah’ tulisan Dr. Yusuf al-Qardhawi itu kucapai dan kubelek kembali. Panjang lebar ulama kontemporari ini membahaskan persoalan ayat ke 26 surah an-Nur: ‘Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)..’ Adakah harus aku memilih perempuan yang tidak suci? Apakah pula yang dikatakan suci itu? Bagaimana jika mereka telah bertaubat dengan seperinya, taubatun nasuha? Aku memang tidak menyalahkannya atas apa yang berlaku. Aku membuka ruang perbincangan sepertimana lazimnya kami berbincang soal pelajaran dan isu-isu semasa. Malah aku pernah menghubungi Zaini, sepupunya yang telah menjamah isi tubuhnya itu! Aah..Zaini ternyata hanyut dengan hidupnya yang tak pernah puas melayan nafsu tanpa rasa malu dan bersalah. Walaupun menuntut dalam jurusan agama di sebuah kolej swasta sebelah pantai timur dan mendalami ilmu-ilmu persilatan Melayu yang gah dengan Islamnya, namun benar hidayah petunjuk hanya milik Yang Maha Esa. Ilmu tanpa amal tidak menjamin ketaqwaan. Inilah ritmanya. Aku juga pernah menumbuk dinding setelah dihalang dari menumbuk kaca tingkap oleh rakan sekamarku. Mungkin saat itu aku benar-benar kecewa dan buntu, emosi yang terganggu memudahkan syaitan datang mengganggu. Namun begitu, sebenarnya jauh di sudut hati, aku masih yakin bahawa dia adalah wanita suci di sisi Ilahi walaupun kotor di sisi insani. Lantas kugapai diari, kucatat tinta hidupku ini...

Definisi Cinta Sejati (True Meaning Of Love): 
"Cinta yang sejati & suci tidak memerlukan 'physical contact' yang boleh merosakkannya, sebaliknya ia terbina atas dasar iman, CINTA ILAHI..bermatlamat yang murni & benar, untuk menjadi pasangan yang sah..serta melalui jalan2 yang tidak melanggar undang2 syariat, walaupun ia mungkin hanya bertaut di dasar hati!.."

*****
Dalam sujud di sepertiga malam, aku berseru dan mengadu. “Ya Allah..Berikanlah petunjuk pada hambamu yang hina ini. Berikan aku kekuatan untuk merungkai dilema ini. Jika memang dia yang terbaik untukku, kau satukanlah hatiku dengan hatinya. Jika tidak, engkau redhakanlah aku atas tiap ketentuan-Mu..” Aku pasrah. Aku berserah. Aku bangun menyingkap jendela, kulihat dunia, kubersyukur pada-Nya. Kejora timur itu masih menari-nari menghiburkan sanubari. Senyumanku terukir sendiri. Aku yakin, inilah petunjuk Ilahi!

Thursday, February 18, 2010

Mini Muffin Giveaway Contest


Kulihat bulat bukannya bola
berwarna-warni bukannya guli
bila disentuh lembut segala
bila dikunyah enak sekali!..

nyamM...nyaamMm...
pasti sedap & menyelerakan 


 Contest yang dianjurkan ini mempunyai 3 kateg0ri pilihan, 
berk0nsepkan penekaan jumlah mini muffin dalam 'b0x' besar 
yang akan diemailkan kepada peserta. Saya memilih kateg0ri 3..
al-maklum laa..nak kahwin pun usia masih muda, anak2 pun tak dak..
mana layak j0in kateg0ri 1 atau 2 tu..huhu.. untuk keteranGan lanjut,
sila rujuk kepada page penganjur seperti yang tertera..
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Februari 2010

J0m  ramai2 kita pakat menGuji minda & 
memeriahkan c0ntest ini! ..

Tuesday, February 16, 2010

Ulama Dihina..Siapa Dipuja?..


Imam Ibnu 'Asakir rahimahullah berkata;
"Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa daging para ulama itu beracun. Siapa saja yang melepaskan lisannya dengan berbagai cacian dan makian terhadap para ulama,
maka sebelum mati, Allah s.w.t. akan menimpakan cubaan baginya berupa hati yang mati. Oleh sebab itu, tidak boleh sama sekali mencemarkan nama baik para ulama dan memfitnah mereka, selama-lamanya!.."

   Mufti Perak, Dato' Seri Dr. Hj. Harussani Hj. Zakaria pernah menjelaskan bahawa perbuatan menghina ulama adalah haram. Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan beberapa pihak sehingga ke tahap menghina dalam mempertikaikan tindakan JAWI menahan seorang artis di sebuah kelab malam beberapa tahun lepas, sehingga akhirnya JAWI terpaksa akur untuk membatalkan saman berkenaan. "Para ulama adalah pewaris Nabi, maka menghina ulama adalah seperti menghina Nabi," tegasnya. 

      Sememangnya para ulama mewarisi sifat dan pengajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w., maka setiap tingkah laku ke atas mereka wajarlah diperhalusi meskipun wujud sebarang pertentangan dan berbeza pandangan. Setiap teguran mereka haruslah difikirkan, bukan diperkecil dan dianggap kolot. Apatah lagi menghina peribadi mereka dengan pelbagai rupa dan bentuk serangan. Sedangkan penzina pun dijaga keaibannya oleh Islam, inikan pula ulama pewaris anbiya'! Jika ulama dihina dan dikeji, siapa pula yang dipuja dan dipuji?..penyanyi itu atau penari ini?

TGNA mengimamkan puluhan ribu rakyat yang dizalimi dalam menuntut hak mereka. TGNA baru-baru ini disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia.' Kalau ini bukan ulama..siapa lagi? Adakah penyanyi itu atau penari ini?

uiikK..TGNA minum arak ke? TGNA nak betis & paha ke?!

TGNA raba betina jgk?..hancusss..kiamat dunia!

      Inilah hasil kreativiti sesetengah pihak yang tidak bertamadun.. ada otak tapi tak dak akal, ada jasad tapi tak dak hati.. gambar2 superimpose sebegini biasa ditemui dalam laman sesawang politik, namun memperlekehkan ketinggian ilmu dan amal seorang ulama berjiwa rakyat semata2 untuk memuaskan nafsu politik kotor amatlah tidak dapat diterima dek akal yang waras. Bukankah ini juga suatu penghinaan? Bukankah ini juga suatu kejian? Jua suatu fitnah! Mungkin benar kata2 Imam Ibnu 'Asakir di atas, mereka ini telah ditimpakan ujian dengan hati yang mati!..

p/s: untuk makluman, bloGger yG bertanggungjawab menghasilkan gambar2 di atas telah ditahan polis untuk disoalsiasat setelah laporan berkaitan penyiaran gambar2 superimpose yang menunjukkan TGNA sedang diliwat & 'diperkudakan' DSAI dibuat ke atasnya..

Saturday, February 13, 2010

‘Kelahiran Terbaru Dan Cabutan Bertuah cikmin.com’..



Cikmin.com merupakan sebuah laman blog peribadi yang mengisahkan tentang cikmin dan keluarga, disamping itu cikmin.com juga tempat cikmin berkongsi petua, resepi masakan, luahan perasaan, tips2 berguna untuk dimanfaatkan bersama. Semoga kelahiran cikmin.com yang amat istimewa ini akan terus mendapat sokongan padu dari anda semua. Salam untuk semua dan Terima Kasih..

Huhu..setelah beberapa percubaan sebelum ini gagal,
saya sekali lagi dengan berani & bergayanya menyertai
1 lagi cabutan bertuah sempena kelahiran Cikmin.com.. 
j0m sama2 kita memeriahkan majlis..kui3! 
tarikh tutup penyertaan adalah pada
jam 12 malam 14 Februari ini..