Friday, April 30, 2010

Hadiah vs Anugerah..


             Inilah rupa set pr0duk SimplySity yg telah dijanjikan..

Alhamdulillah..syukur atas kurniaan nikmat Yang Esa.. tuah ayam nampak di kaki, tuah blogger sape yg tahu? Begitulah ibaratnya setelah nasib menyebelahi aku tatkala memenangi hit c0unter di page aie a.k.a Darkbatman, blogger femes alm0st yG tak perlu diperkenalkan lg..huhu.. thanz br0 atas hadiahnya ini, da selamat sampai kelmarin..sj pamer nak bagi semua jelez..kui3! Pers0alannya kini..kepada siapakah hendak aku berk0ngsi? atau elok sj diguna sendiri? wawAaa..nampak gayanya makin anGgun & berseri la rupa wajahku selepas ini!

     Bila berbicara s0al hadiah ini (1st time dapat sepanjang blogging..selalu menang t0pup je..huhu) tiba2 ak teringat akan stok anugerah a.k.a award yg berada dalam simpanan (belum dipamerkan)..tak sangka juga yer, walaupun laman ini tidaklah seberapa namun masih ada yg sudi berk0ngsi award dengan ku..syukran jazilan semua..amat2 menghargainya! =) Namun dek kerana ruang yg terhad, aku telah bertindak memaparkan award2 tersebut dalam bentuk slidesh0w seperti yg tertera di bawah laman ini..Maka, sebagai tanda penghargaan, di sini aku mengambil kesempatan untuk menyenaraikan beberapa jenis award tersebut & sahabat2 blogger yg telah menyampaikannya... 

1. So Special Award Blogger - Etuza

2. Best Visitor Award Salmia

3. Ukhuwah Award 2010 - Idda Hashim

4. Airsuam Award Mira Amira

5. Friendly Blogger Award - Feroz & Sakura

6. Beautiful Blogger Award InaNadiahNurizAisyyah & Elyza

7. Top Blogger 2010 - Razis
8. Interesting Blog Award Syifa Rosli

9. Award 'Persahabatan Blogger' - Mimi

10. Anugerah Blog Mesra Mata AzieFarah & Mimi

11. Gorgeous Blogger Award - Ryna

12. Friendship Blogger Award Trexcute & Ryna

Wednesday, April 28, 2010

5-Five-Khamsah


TAG 10 :  QAMARINA..TREXCUTE

Salam semua..buat kesekian kalinya aku menjadi mangsa tag lg..namun, bersulamkan kejujuran & kesabaran, alhamdulillah tag kesepuluh ini berjaya disiapkan juga walaupun agak memakan masa..thanz buat si kembarku 'qamarina' & si trex yG cute atas tag ini yer..huhu..

[1] FIVE nama that people call you
Azrai
R0y
Awei
Abang
Era

[2] FIVE important dates in your life
11 July
28 April
4 Mei
25 Mei
15 Sept

[3] FIVE things that you done yesterday
rutin harian..makan tit0 mandi s0lat dll
bl0gging - merayau2 di dunia maya
hantar & amik adik2 pi sek0lah..pi ngaji..(driver tak bertauliah)
baca buku terbaru - 'Bercinta Sampai Ke Syurga' tulisan Abu Saif
teng0k bola live in tv..huhu

[4] FIVE ways to be happy
membuat insan lain tersenyum & bergelak ketawa
menyumbang sesuatu biarpun dengan sedikit usaha mahupun harta
keluar berekreasi dengan famili
lepaking at t0wn dengan kawan2
selalu berhubungan dengan insan2 tersayang

[5] FIVE favourite movies
Ayat-ayat Cinta
Ketika Cinta Bertasbih
Avatar
Terminator
Syurga Cinta

[6] FIVE favourite hobbies
membaca apa saja bahan..selalunya yg ilmiah..huhu
berkarya..selalunya menulis puisi
blogging (hobi baru ni)
menyanyi sorang2 kala kebosanan..nasyid k! hehE..
bermain bola sepak

[7] FIVE favourite people
famili
kawan2 lama
kawan2 baru
kawan2 alam maya
kawan2 istimewa?..huhu

[8] FIVE favourite places for vacation
Makkah..InsyaAllah, moga terjejak di kala usia muda
Borneo..teringin nak tawan puncak Gunung Kinabalu
Palestin..merasai sendiri derita saudara kita di sana
London..teringin nak main salji..huhu
Japan..hebat sangat ke?

[9] FIVE reasons you answers the survey
menGisi masa lapang di kala tidak dapat melelapkan mata..huhu
menGeratkan ukhwah sesama blogger
tak nak ada pihak yg mGecikkan hati mereka..huhE
dapat mGisi ruang untuk posting terbaru
da memang disuruh jawab, jawab je la..ni pun da terlewat..s0ry sis!

[10] FIVE persons to tag
jarang terbuka pintu hati ni nak mengtag blogger lain..
kiranya kalian bertuah la dis time yer..huhu..
Lyssa
CL
(tag pasal gambar kalian akan menyusul kemudian..d0nt wory..hehE)

Monday, April 26, 2010

Mutiara Hikmah 14

Wahai anakku..
Apabila engkau berteman,
jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah 
mengharapkan sesuatu daripadanya. .
namun biarlah dia mengharapkan sesuatu daripadamu..
(Luqman al-Hakim)

"Lautan mahabBah penGikat uKhwah
kasih bersemi mesra abadi
begitu indah ukhwahfilLah
wasilah mendamba cinta iLahi..



"Sesungguhnya hati akan berkarat sebagaimana 
besi dirosakkan oleh air.."
Tanya sahabat:
"Apakah cara untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?"
Jawab baginda Rasulullah s.a.w.: 
"Banyakkan mengingati mati & membaca al-Quran.."

 Semulia-mulia manusia adalah orang yang mempunyai adab,
merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, 
memaafkan ketika berdaya membalas &
bersikap adil ketika kaya..
(Abdul Malik Marwan)

Saturday, April 24, 2010

Aurat: Nilai Insane


    Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "ada dua macam penduduk neraka yang keduanya belum kelihatan olehku (belum dilihat oleh Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengeluarkan hadith ini kira-kira 1400 tahun lalu).

Pertamanya ialah kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang dipergunakannya untuk memukul orang dan keduanya ialah wanita-wanita berpakaian tetapi sama juga dengan bertelanjang (kerana pakaiannya terlalu minimum, terlalu nipis atau tembus pandang dan terlalu ketat. Atau pakaian yang merangsang lelaki kerana sebahagian auratnya terbuka dan wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka disasak bagaikan punuk unta). Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga bahkan tidak dapat mencium bau syurga. Padahal syurga dapat tercium dari jarak yang sangat jauh." (Shahih Muslim, 2004)

    Hadith di atas dengan jelas telah menggambarkan amaran baginda Rasul kepada umat Islam akhir zaman mengenai satu fitnah besar yang sedang melanda iaitu soal maruah diri serta penjagaan aurat yang semakin disisihkan tanpa rasa malu dan segan. Apa nilainya seorang insane tanpa penjagaan aurat yang sempurna? Melainkan diancam dengan azab neraka seperti yang digambarkan.
    
      Perkataan 'aurat' sebenarnya berasal daripada perkataan a'ur yang membawa erti sesuatu yang mengaibkan. Oleh sebab itu, ia perlu dijaga dan dipelihara daripada pandangan mata manusia. Apa yang hendak ditegaskan di sini adalah asas dalam memilih cara berpakaian itu sendiri, maka 5 prinsip ini perlulah dijadikan panduan:

1. Berpakaian longgar & tidak ketat hingga menonjolkan bentuk badan
2. Tidak terlalu nipis hingga nampak jelas warna kulit & badan
3. Menutupi seluruh anggota yang wajib ditutup
4. Gaya berpakaian tidak menyerupai berlawanan jantina
5. Tidak terlalu labuh hingga mengheret tanah & tidak terlalu singkat

    Sebenarnya tidak salah hendak berpakaian bersesuaian dengan persekitaran, suasana mahupun tempat bekerja, malah untuk berfesyen sekalipun dibolehkan jika masih sempurna dan memenuhi tuntutan syarak. Selain itu, fitrah insane turut menyukai kecantikan - suka berhias. Namun jangan dilupakan bahawa dalam berhias juga ada tatacaranya, ada undang-undang dan peraturannya. 'Perhiasan' berasal daripada perkataan 'zinnah' yang bermaksud, 'jika dipandang pasti orang suka.' Tetapi, berhias perlu dibezakan dengan bertabarruj. 'Tabarruj' bererti kita 'menunjuk' atau 'menonjolkan' anggota yang tidak boleh ditunjuk. Seperti mana pakaian wanita di zaman Jahiliah ialah panjang di belakang tetapi terbuka di hadapan, menampakkan leher dan dada. Itulah yang dikatakan tabarruj Jahiliah, sedangkan pakaian wanita muslimah adalah labuh di belakang dan labuh di hadapan. Allah s.w.t. berfirman;

...dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka...(an-Nur: 31)

Persoalannya, pakaian manakah yang menjadi pilihan wanita masa kini? Adakah kemajuan fizikal yang dicapai memaksa kita kembali kepada keruntuhan moral zaman jahiliah?

(by qamarguyz: risalah at-Tazkirah edisi 2 @ API KUIM)

Thursday, April 22, 2010

My First Time...

 
TAG 9 :  FEZZ-ANNA

5 facts about me..
1. abang kepada 5 orang adek p0mpuan
2. orang cakap sy comel?..
3. law student..becoming lawyer, insyaAllah
4. sangat suka membaca & menulis
5. suka memerhati perkembangan p0litik semasa (negara & dunia)

5 things that scares me..
1. kehilangan insan-insan tersayang
2. terkandas dalam pelajaran
3. gagal dalam apa yG diusahakan
4. kena saman ngan p0lis trafik..da 2x kant0i bawak laju..huhu
5. jadi mangsa kezaliman penjenayah..esp penjenayah seksual..uik?!

5 words i say a lot..
tidak dapat dikenal pasti..kajian akan dilakukan secara lebih terperinci selepas ini..

5 valuables in my life..
1. Islam & iman
2. diri sendiri
3. famili
4. ilmu yG dicari & disebarkan
5. harta yG diperolehi hasil titik peluh sendiri

5 of my first times..
1. 1st time ada blog sendiri
2. 1st time ditag oleh fezz-anna
3. 1st time dapat cgpa tinggi ketika di KUIM (walaupun da main ngan p0inter ni sejak form1 lg)
4. 1st time bertanding dalam pilihanraya kampus dan memegang jawatan utama sebagai pemimpin pelajar semasa di KUIM (walaupun da selalu turun mengundi memilih pemimpin pelajar sejak form1 jg)
5. 1st time mendapat result kurang cemerlang 'in big exam' ketika SPM

Tuesday, April 20, 2010

Di Mana Hembus Nafasku


Dalam tiga jalur kegelapan
aku dianugerah roh insan
denyut jantung menjadi teman
gelap rahim terasa aman

Tika aku kau lahirkan..
aksiom ini kau buktikan
wadah Tuhan jadi mainan
tidak endah tangis rintihan

Jangan ibu..
jangan buat begitu!

Tega aku kau lemparkan..
sendiri dalam kesejukan
terkulai di tepi longkang
menunggu disantap binatang

Di mana degup nyawaku
di mana hembus nafasku
belum puas kunikmati
cepat benar aku kembali

Insaflah duhai ibu..
walau aku kau hinakan
aku nirmala di sisi Tuhan
sedang dikau terima seksaan

Sunday, April 18, 2010

Aduhai 'Kasutku'..



TAG 8 :  SUAIDAH
Baru-baru ini aku telah ditag oleh cik akak s0rang ni mengenai kasut yG paling disukai.. (p0mpuan mmG kasut bertimbun kan? huhu..) Tetapi memandangkan aku tidak mempunyai sebarang kasut buat masa & detik ini, maka hanya inilah ‘kasut’ yang aku ada & paling aku sukai…


Jenama: 'kasut kulit' (ori) cap 'Berkaki Ayam' 

Warna: c0klat kot..

Harga: tidak ternilai harganya..anda mahu? Aku tak nak jual k..

Tahun beli: 1988

Sebab beli: act ak tak mintak beli pun..tetapi dihadiahkan oleh-Nya Yang Maha Pemurah..syukur alhamdulillah

p/s: sumpah aku tak da sebarang kasut sekarang..kasut sukan da rabak, kasut f0rmal da buruk & dibuang..kasut zaman dulu kala lagi la tak masuk list..s0 bagi sesiapa yG bersimpati dengan nasibku ini, hulurkan tangan ringankan beban OK…hehE