PALESTIN:
Ramadhan ini terus berlalu
namun rahmatnya cuma di jiwa
dapat dirasa tidak terasa..
Syawal itu bakal tiba
namun meriahnya cuma di bibir
dapat diucap tidak terungkap..
AL-AQSA:
padamu dulu kami menghadap
padamu kini kami berharap
moga bebas beribadat & bermunajat..
MALAYSIA:
Teruslah bertindak..
kita tidak bermimpi di siang hari dalam memastikan kehancuran rejim Zionis & negara haram Israel laknaktullah.
Teruslah berdoa..
semoga datangnya bantuan Allah sepertimana dihantar-Nya gerombolan burung Hababil dalam menghancurkan tentera bergajah yang ingin memusnahkan Kaabah.
Biarkan para pemimpin kita terus berdialog, bermusyawarah dan mengeluarkan berpuluh resolusi lalu ‘dibakulsampahkan’ Israel & AS.
Biarpun enam dekad perang berlanjutan, genjatan senjata hanya menjadi masa rehat bagi tentera Zionis melepaskan lelah dan merangka strategi baru sebelum meneruskan misi pembunuhan. Mereka memang dilahirkan untuk membunuh (born to kill!).
Sejak perjanjian Balfour 1917 yang menjanjikan sebuah negara Yahudi yang berdaulat, bangsa Yahudi terus bersatu memacu Piagam 20 Protokol untuk menguasai ekonomi, politik dan mengawal media-media utama bertujuan untuk menguasai dunia dan umat Islam.
Bangsa Yahudi bahkan percaya bahawa merekalah bangsa terbaik dan hanya mereka yang berhak untuk hidup di muka bumi ini. Selagi matlamat ini tidak tercapai, mana mungkin bangsa pembunuh ini meletak senjata.
Zahirnya, kita mungkin tewas dalam peperangan senjata dan nukleur, maka carilah peluang untuk memusnahkan mereka menerusi senjata ekonomi. Negara kerdil itu tidak mungkin mampu berdiri sendiri tanpa bantuan dana dari para pengguna seluruh dunia.
Tadahkan doa, hulurkan bantuan..bersama kita membela saudara seagama di rantau sana .. Keadilan & kebenaran memang milik kita.. namun kemenangan & kebahgiaan adalah milik mereka yang kuat..
Ingatlah..
Kita mungkin berbuka dengan mee segera & air kosong..
namun mereka berhari raya dengan raungan & air mata..