Monday, August 29, 2011

Juadah, Duit & Kad Raya Blogger

Dalam sedar atau tidak, secara tiba-tiba sahaja bulan ini penulis memenuhi entry di laman Aksara Cinta Ilahi dengan GA dan contest. Sama ada yang berunsur ilmiah atau dakwah, aksara atau sastera mahupun saja-saja atau suka-suka, semuanya terangkum menjadi satu. Beberapa kemenangan dan keberhasilan tuah sejak kebelakangan ini, menjadi salah satu faktor mengapa ianya jadi begini. Manakan tidak, GA (give away) yang menggunakan konsep cabutan bertuah ataupun random org juga telah beberapa kali menyebelahi penulis. Sedangkan seumur hidup ini, di dunia yang hakiki, penulis tidak pernah memenangi cabutan bertuah biarpun sekali.



Angka 44 menjadi no. keramat buat penulis ketika berjaya menempah hadiah pertama dalam ‘Duit  GA by MommyYen dan Ibu Shiela Latif’. GA anjuran bersama dua blogger bergelar ibu ini menawarkan hadiah berupa kek lapis dan fridge magnet dari Sarawak untuk tiga pemenang bertuah. Alhamdulillah, hasrat untuk menjamu keluarga dengan kek lapis Sarawak sempena Aidilfitri kali ini telah menjadi nyata. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih daripada kami buat Mommy dan Ibu. Malah kad raya kiriman Ibu Shiela sendiri menjadi wakil satu-satunya kad raya yang diterima penulis pada tahun ini.

Tidak cukup dengan juadah raya, penulis juga telah menerima duit raya daripada seorang rakan blogger yang masih bersekolah iaitu adik Adza Danial Haiqal. Kali ini angka 13 telah memberi tuah untuk penulis memenangi tempat kedua dalam GA anjurannya berjudul ‘Ucapan Raya Paling Kreatif.’ Tanpa segan dan silu, tapak tangan dihulurkan dari blogger tua untuk blogger yang lebih muda, lalu tersematlah RM10 dalam genggaman. Terima kasih daun keladi, tahun depan hulurlah lagi. hehE… =) 

Friday, August 26, 2011

Rezeki Minggu Ini

Pada 30 Julai yang lalu, laman Ini Wilayah Sepet Kuku di bawah kendalian Alyn Ahmad telah menganjurkan satu contest berjudul ‘Main Susun-Susun Dapat Duit Raya.’ Contest yang terbuka kepada semua followers beliau ini mengkhendaki peserta untuk menyusun senarai 10 blog yang sering dilawati olehnya (Aksara Cinta Ilahi hanya menduduki carta ke-10..hehE). Berbekalkan klu yang diberi, penulis telah berjaya menjadi peserta terpantas yang dapat menyusun dengan tepat. Dipilih sebagai pemenang pertama, penulis telah dihadiahkan duit raya bernilai RM50. Maka, dalam ruangan ini penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat penganjur. Semoga raya tahun ini lebih bahagia dan bermakna bersama insan-insan yang tercinta.

Di kesempatan ini juga, penulis ingin mengucapkan terima kasih buat blogger CikPenyek atas hadiah yang diberikan sebelum ini. Buat pengetahuan semua, baru-baru ini juga penulis telah berjaya menjawab satu kuiz yang dianjurkan oleh laman berkenaan. Maka dapatlah penulis menyimpan souvenir dari Korea ini buat kenangan (berupa syiling pouch, handphone strap dan fridge magnet). Sebungkus ch0c Dairy Milk turut diselitkan bersama sebagai hadiah tambahan. TQ.

Sekian sahaja entry peghargaan buat kali ini, moga kalian tidak jemu membaca. Bukan apa, orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Tak gitu? =) 

Thursday, August 25, 2011

Contest Duit Raya Delicious-Cuppies ~sticky post~

Anda mencari juadah istimewa sempena raya ini?
Mahukan tawaran dengan harga istimewa?

Mini Cake pelbagai perisa & rasa - RM15
Biskut Lapis Cheese - RM25
Cheese Tarts & Almond Choc Tarts - RM23
dan banyak lagi..

...homemade & halal...
...simple & delicious...
Taste It To Believe It

untuk membuat tempahan & bagi mendapatkan maklumat lanjut:

p/s: Promo di atas merupakan entry penyertaan bagi GA anjuran Delicious-Cuppies.Com. Tarikh tutup penyertaan adalah seiring dengan tempoh promosi iaitu pada 25 Ogos 2011. Bagi rakan-rakan blogger yang berminat untuk turut serta, boleh ke laman wab penganjur untuk info seterusnya.

Sunday, August 21, 2011

Ucapan Raya Paling Kreatif

Kini kita telah tiba di 10 hari terakhir Ramadhan. Lagu raya makin rancak berdendang. Ucapan raya juga sudah mula bertukar-tukaran. Maka di kesempatan ini, penulis mengambil kesempatan untuk menyampaikan salam kemaafan. Buat semua rakan dan taulan khususnya para blogger sekalian. Sebelum nantinya semakin sibuk dan tidak cukup tangan. =)


Berlalu sinar Ramadhan
daku infaki tamu ujian
berlalu cahaya Syawal
daku jejaki desa kenangan

Dalam gema takbir
daku memuji kebesaran Tuhan
dalam alunan tahmid
daku sujud penuh kesyukuran

Bersama huluran salam
daku pohon kemaafan insan
bersama ukiran senyuman
daku harmonikan sebuah persaudaraan

Kasih ditabur seharum kasturi
pusara nenda daku ziarahi
kasih disiram tumbuh mewangi
tua dan muda hibah diberi

Moga berbahagia di lebaran ini..
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin


p/s: Ucapan ini merupakan entry penyertaan bagi GA bertajuk 'Ucapan Raya Paling Kreatif' anjuran blogger Adza Danial Haiqal. Bagi sesiapa yang berminat untuk turut serta, bolehlah ke laman penganjur untuk maklumat lanjut. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 21 Ogos 2011.

Duit Raya RM10

Lagi entry berkaitan GA.
Kali ini saya ingin mencuba nasib bagi mendapatkan duit raya daripada blogger AdanyaKauUntukku pula. Al-maklumlah, dah tua bangka ni bukan senang nak dapat duit raya lagi. Huhu.
Bagi GA kali ini, 10 pemenang bertuah yang dipilih menerusi random org bakal menerima duit raya daripada penganjur bernilai RM10.
 Jika ada rakan-rakan blogger yang ingin turut serta,
klik saja pada banner di bawah untuk ke laman berkaitan.
Cepat, hari ini merupakan hari terakhir untuk penyertaan.


Tag RM10 ini buat:

Saturday, August 20, 2011

“Giveaway [sitiatikah.com] Bulan Ramadhan”

Salam buat semua pengunjung laman Aksara Cinta Ilahi. Nampaknya di bulan Ramadhan ini saya lebih gembira untuk menyertai contest dan GA anjuran para blogger. Setelah percubaan menerusi beberapa contest dilihat berjaya, saya masih mengintai rezeki menerusi pintu GA pula. Kali ini saya ingin menyertai GA anjuran Datin Tyka. Minta doa semua. Andai berminat marilah ikut bersama. Syaratnya semudah ABC.

1. Tulis tajuk entry seperti di atas 
2. Maklumkan mengenai kewujudan GA ini
3. Tinggalkan link di ruangan komen entry penganjur

Hadiah yang ditawarkan juga menarik. Tidak salah mencuba.
1. Wang Tunai bernilai RM 260
2. Domain plus hosting
3. Topup RM20
4. Kad Raya
5. Keychain Singapore & Sarawak
6. 1 CD Trust Port Total Protection edisi 2011

Antara penaja bagi GA ini pula adalah:
10. Hamba Allah

Tarikh Tutup: 20 Ogos 2011
Pemilihan pemenang adalah menerusi random.org
Harap Maklum

Thursday, August 18, 2011

Menanti Hadiah Misteri

        18 Ramadhan. Ramadhan berlalu dengan rahmat-Nya, kini kita mencari maghfirah keampunan-Nya, agar nanti kita dijauhi dari azab dan seksa-Nya. Wajah usia semakin tua, menjadikan kita khalifah yang pelupa. Manfaatkanlah sisa Ramadhan yang ada, kerna ianya bisa jadi yang terakhir buat kita.

Alhamdulillah. Segala suka dan puja hanya bagi Dia. Melalui ilham jiwa dan hati yang merasa, tinta penulis akhirnya berjaya menambat hati penganjur bagi contest ‘Aku & 24 Hours’ anjuran blogger Pengemis Cinta. Penyertaan penulis menerusi nukilan ‘24Jam: Pesan Buat Khalifah’ pada penghujung bulan yang lalu telah dipilih sebagai pemenang tempat pertama. Penulis telah menerima top-up bernilai RM30 dan dijanjikan dengan sebuah Hadiah Misteri. Bagaimana rupa, bentuk dan harganya masih belum sempat untuk dikongsi, kerana penulis sendiri harus sabar menanti. InsyaAllah, pihak penganjur akan menyampaikan hadiah tersebut seusai sahaja Ramadhan ini, tatkala Aidilfitri menjelma lagi. Ribuan terima kasih buat penganjur dan kesemua rakan blogger yang telah sama-sama menitipkan doa dan kata-kata semangat di entry yang berkenaan.

Di kesempatan ini juga, penulis ingin mengucapkan terima kasih buat blogger sis Xerra atas pemberian hadiah bagi contest ‘Sape Buat Dia Dapat’. Hanya dengan menulis satu entry mudah, siapa sahaja boleh mendapat hadiah. Alhamdulillah, hadiah yang dijanjikan telah selamat tiba tengahari tadi. Gatsby. Memang sudah lama teringin nak pakai, cuma belum terbeli dengan duit sendiri. Syukran sis. Moga murah rezeki, lain kali boleh buat contest lagi. =)

Monday, August 15, 2011

Contest: Raya Datang Lagi

Ramadhan kini tiba di pertengahan usia, suasana lebaran semakin terasa. Kuih-muih mula dipesan, buat hidangan saudara dan teman. Namun, kad raya sekeping pun belum tiba ke tangan. Pupuskah sudah sebuah tradisi sejak berzaman? Andai dulu pelbagai gaya dan rupa, warna dan ucapan terakam mesra dengan tulisan tangan, kini tiada lagi kad raya yang boleh disimpan buat kenangan. Peredaran zaman mungkin dianggap lebih menyenangkan dan menjimatkan. Cukup sekadar edaran kad raya online ke segenap laman. Facebook dan Blog jadi tumpuan. Buat rakan-rakan blogger, kad ini penulis layangkan tanda ingatan.

Klik untuk tumbesaran..hehE

Petikan Ucapan:
dalam gema takbir daku memuji kebesaran Tuhan
dalam alunan tahmid daku sujud penuh kesyukuran
bersama huluran salam daku pohon kemaafan insan
bersama ukiran senyuman daku harmonikan sebuah persaudaraan


p/s: Tulisan di atas merupakan entry penyertaan bagi contest 'Raya Datang Lagi' anjuran blogger Telaga Putih. Bagi rakan-rakan blogger yang berminat untuk turut serta menunjukkan bakat dalam penghasilan kad raya yang kreatif ini, bolehlah mendapatkan maklumat lanjut berkenaan contest di laman penganjur. Tarikh akhir penyertaan adalah pada 15 Ogos 2011.


Tag buat 2 orang blogger yang kreatif:
Lelaki - KM7
Perempuan - Edina Kasyah


Saturday, August 13, 2011

Contest Aku Berpuisi - Menuju Sakinah

Ketenangan merupakan kunci bagi kebahagiaan insan.
Letaknya bukan pada kemewahan atau kecantikan
tapi pada cinta mencari Tuhan.
Cinta yang bertapak di hati, nafsu dan akal yang hakiki.
Ketenangan itu mutiara berharga setiap orang,
dipelihara dan dijaga setiap pejuang.
Ketahuilah bahawa ketenangan itu adalah sakinah,
dan Sakinah hadir dalam cinta menuju Allah.


MENUJU SAKINAH

Jalan ini jalan cinta
cinta arjuna setahir cinta
cinta suluk seagung cinta

Arjuna dengan setaknya
dimudiki daerah hati yang resah..
pasrah dan berserah

Arjuna dengan nilurnya
diperangi daerah nafsu yang marah..
gagah dan tabah

Arjuna dengan tintanya
dicoreti daerah akal yang lemah..
cerah dan berhikmah

Kini,
arjuna temui mirahnya
di lembah cinta penuh rahmah..
bersama sakinah/Sakinah



p/s: Di atas merupakan entry penyertaan bagi Contest Aku Berpuisi anjuran mohamadazhan.com. Bagi rakan-rakan blogger yang berminat untuk turut serta, bolehlah mengikuti perkembangan lanjut di laman penganjur. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Ogos 2011.

Tag buat 3 blogger berbakat:

Tuesday, August 09, 2011

Kenangan RM50..


"Nasib anak lelaki tunggal umpama duri di haruman kasturi.
Masam manis masa kecil terpaksa dilalui sendiri.
Itulah aku. Malu menghias peribadi, emosi terbungkus di dalam hati.."


       Puji dan Syukur hanya bagi Allah. Melalui ilham dan idea kurniaan-Nya, nukilan penulis telah berjaya menambat hati penganjur bagi contest 'Memori Yang Tidak Dapat Dilupakan Sewaktu Kecil' anjuran drsitihamidah.com. Penyertaan menerusi cerpen Bungkusan Hati Seorang Lelaki pada awal Julai yang lalu telah dipilih sebagai pemenang tempat kedua dan seterusnya melayakkan penulis untuk menerima wang tunai RM50. Syukran jazilan buat penganjur dan semua pelawat setia laman ini yang telah menitipkan doa dan kata-kata semangat di entry yang berkenaan. Kejayaan dan kebahagiaan kita kongsikan bersama. Tahniah juga buat kesemua hampir 70 blogger lain yang telah sama-sama berkongsi cerita dan idea dalam persaingan sihat sebegini. Menang kalah adat pertandingan, apa yang lebih penting ukhwah perkenalan. =)

Saturday, August 06, 2011

Tulis Entry Dapat Hadiah


Salam Ramadhan..
nampaknya bukan sahaja pintu pahala malah
pintu rezeki di bulan ini juga terbuka luas..
Masakan tidak..tulis entry sepatah dua kerat di blog pun boleh dapat hadiah?!
Cuma sertai contest anjuran sis Xerra ini sahaja..
caranya pun semudah 1,2,3,4,5:

1. Follow (tak rugi..esp buat mereka yang sukakan fesyen..hehE)

2. Vote (bagi penyertaan contest penciptaan lago MRT ini..melalui FB pun boleh)

Klik di sini untuk vote:

3. Tulis Entry (lagi menarik lagi bagus)

4. Tag (kepada 3 rakan blogger) 

5. Hantar email kepada penganjur
(untuk inform alamat rumah bagi tujuan penghantaran hadiah)

Siap!..masa untuk menunggu ketibaan hadiah yang dijanjikan..huhu..
tapi cepat..6 Ogos merupakan hari terakhir untuk penyertaan..
Ayuh rakan-rakan!

Wednesday, August 03, 2011

Duet GA By MommyYen & Ibu Shiela Latif..


Salam Ramadhan buat semua.
Semoga perjalanan di bulan penuh barakah ini lebih indah dan berhikmah.
Ibadah puasa bukan sekadar di perut dan mulut, malah seluruh pancaindera dan anggota yang berpaut.
Selain yang wajib, yang sunat juga dituntut.
Ukhwahfillah sesama manusia kita eratkan bersama =)

*****
Baru-baru ini saya telah ditag oleh pihak penganjur sendiri iaitu Ibu Shiela Latif
untuk turut serta memeriahkan GA anjuran beliau dan MommyYen.
Walaupun saya selalunya tidak bertuah jika ada cabutan bertuah atau pemilihan secara random ini,
namun dengan semangat persahabatan yang kita semaikan,
saya ikut jua =)

3 blogger nan ayu di'tag' sebagai
memenuhi syarat penyertaan. Mereka ialah:  
Delour

GA ini akan berlangsung dari 22 Julai 2011 hingga 20 Ogos 2011.
Agak-agak sempat tak nak menang Kek Lapis Sarawak
buat juadah Hari Raya yer?
hehE..andai ada rezeki =)
Ayuh rakan-rakan..'join' la sekaki!