Monday, August 29, 2011

Juadah, Duit & Kad Raya Blogger

Dalam sedar atau tidak, secara tiba-tiba sahaja bulan ini penulis memenuhi entry di laman Aksara Cinta Ilahi dengan GA dan contest. Sama ada yang berunsur ilmiah atau dakwah, aksara atau sastera mahupun saja-saja atau suka-suka, semuanya terangkum menjadi satu. Beberapa kemenangan dan keberhasilan tuah sejak kebelakangan ini, menjadi salah satu faktor mengapa ianya jadi begini. Manakan tidak, GA (give away) yang menggunakan konsep cabutan bertuah ataupun random org juga telah beberapa kali menyebelahi penulis. Sedangkan seumur hidup ini, di dunia yang hakiki, penulis tidak pernah memenangi cabutan bertuah biarpun sekali.



Angka 44 menjadi no. keramat buat penulis ketika berjaya menempah hadiah pertama dalam ‘Duit  GA by MommyYen dan Ibu Shiela Latif’. GA anjuran bersama dua blogger bergelar ibu ini menawarkan hadiah berupa kek lapis dan fridge magnet dari Sarawak untuk tiga pemenang bertuah. Alhamdulillah, hasrat untuk menjamu keluarga dengan kek lapis Sarawak sempena Aidilfitri kali ini telah menjadi nyata. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih daripada kami buat Mommy dan Ibu. Malah kad raya kiriman Ibu Shiela sendiri menjadi wakil satu-satunya kad raya yang diterima penulis pada tahun ini.

Tidak cukup dengan juadah raya, penulis juga telah menerima duit raya daripada seorang rakan blogger yang masih bersekolah iaitu adik Adza Danial Haiqal. Kali ini angka 13 telah memberi tuah untuk penulis memenangi tempat kedua dalam GA anjurannya berjudul ‘Ucapan Raya Paling Kreatif.’ Tanpa segan dan silu, tapak tangan dihulurkan dari blogger tua untuk blogger yang lebih muda, lalu tersematlah RM10 dalam genggaman. Terima kasih daun keladi, tahun depan hulurlah lagi. hehE… =) 

26 comments:

amna said...

alhamdulillah..
happy hari raya!

cikguNae said...

Salam Aidilfitri!

Berhati-hati di mana sahaja...

si para para said...

tahniah2..

:)

selamat hari raya...
duit raya jgn lupa..hehe

ctk said...

selamat hari rye...aty2 kuar beraya tuh :D

Cart Kartika said...

singgah raya! selamat hari raya aidilfitri ya..^^

Alif Haris said...

hehe .. loaded r raya ni ye bro :)

nisa said...

^___________^ selamat hari raye aidil fitri maaf zahir batin...

Zasillah Ariffin said...

selamat hari raya maaf zahir batin dik...tahniah ya :)

Anonymous said...

salam ziarah raya (^^,)v

mama aini said...

slm aidil fitri dr mama & family..bertambah2 rezeki raya kali ni..he2x..tahniah2x !!..sedap kan kek lapis sarawak tu?..

missgee said...

Rezeki..
Alhamdulillah..

P/s: Selamat Hari Raya & maaf Zahir & Batin :)

Unknown said...

alhamdulillah..tahniah harus bersyukurlah ya

nini said...

alhamdulillah...murah rezeki yer...erk ada petua ke ? hehe...
mana tau kot selalu amalkan ayat seribu dinar....btw tahniah sebab dah menang contest...insyaAllah by diz week duit akan masuk akaun...=D

qamarguyz said...

amna:
Syukur pada-Nya..
selamat beraya sis =)

NaeBlog:
Salam Lebaran..
sis juga sama yer =)
TC

qamarguyz said...

si para para:
thanz sis..
duet raya da abis..
lambat laa..
hehE ;)

ctk:
InsyaAllah..
syukran atas doanya..
selamat beraya juga =)

qamarguyz said...

cart kartika:
tak raya pun singgah juga taw..
hehE..selamat berhari raya =)

alif haris:
takda la loaded sgt b0h..
duit raya da tak masuk nie..
huhu

qamarguyz said...

nisa:
Salam Aidilfitri juga buat Nisa yg sombong..huhu..
maaf zahir & batin =)

Shiela Latif:
selamat beraya buat akak sekeluarga..
terima kasih =)

qamarguyz said...

c Kartun:
ziarah tanpa jemu..
Salm Aidilfitri =)

MaMa AiNi:
Salam Aidilfitri mama..
huhu, kek lapis sarawak memang sedap..sekali hadap jew tu ;)

qamarguyz said...

missgee:
Selamat Hari Raya sis..
beraya di mana tahun nie? =)

etuza:
InsyaAllah pakcik..
selamat beraya yer =)

qamarguyz said...

nini:
segala puji hanya bagi-Nya..
syukurlah =)
takda apa petua pun sis, maybe berkat bulan Ramadhan kan..
selalu menang contest, alhamdulillah..

nyway thanz yer sudi anjurkan contest yg sgt best tu!
moga ukhwah berpanjangan..
Salam Lebaran

Mohamadazhan.com said...

salam aidil fitri sahabat.moga dirahmati =)

Unknown said...

bestnye..tahniah2 (^.^)
slmt hari raya :)

amna said...

selamat hari raya.. singgah kembali. esok nak balik KL sambung kuliah T.T

qamarguyz said...

Mohamadazhan.com:
Salam Aidilfitri..
same la sahabat..
mohon maaf salah & silap yer

::budak::
terima kasih..
jemput la datang beraya..
hehE

amna:
studi c0mel2 deh..
next week da nak balik bangi gak ni..huhu

Leeya Hezlin said...

salam aidilfitri.. :)

qamarguyz said...

Leeya Hezlin:
Salam Aidilfitri..
syok raya tahun nie?
hehE =)