Jika saya bertanya kepada saudara, apakah matlamat hidup saudara, apakah yang saudara akan jawab? Saya tidak maksudkan pekerjaan saudara, kehidupan seharian saudara atau matlamat jangka panjang saudara. Tapi saya bertanya mengenai apakah sebenar-benarnya tujuan saudara dan saya berada di dunia ini.
Mungkin ada di kalangan kita yang tidak percaya bahawa kita benar-benar dihantar ke dunia ini dengan mempunyai tujuan yang tertentu. Ia tidak menjadi masalah. Akan tetapi, walaupun kita tidak mempercayainya ia tidak bermaksud bahawa kebenaran itu tidak boleh disingkap dan dicari. Apa yang kita perlukan hanya satu iaitu ketulusan dalam mencari maksud sebuah kehidupan.
Bruce Lee ialah seorang tokoh didalam dunia seni mempertahankan diri. Suatu hari seorang lelaki bertemu denganya dan berkata;
“Ajarkan aku semua ilmu mempertahankan diri yang ada padamu kepadaku”.
Lalu Bruce Lee mengambil dua bekas yang berisi cecair dan berkata; “ Bekas yang pertama mewakili ilmu yang ada pada diriku dan bekas yang kedua mewakili ilmu pada dirimu. Jika kamu mahu memenuhi bekas kamu ini dengan semua ilmuku, maka perkara pertama yang perlu kamu lakukan ialah kamu perlu mengosongkan bekas kamu sebelum ilmu yang lain diisi.”
Perkara yang penulis ingin sampaikan melalui cerita diatas ialah, sebelum kita bertanya ‘apakah tujuan hidupku?’ kepada diri kita sendiri, maka perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah dengan mengosongkan minda dan hati kita dengan sangkaan-sangkaan salah yang memenuhi minda selama ini mengenai kehidupan seperti:
- “Aku hidup tanpa tujuan”
- “Aku dihidupkan untuk menikmati segala keindahan dunia”
- “Mungkin aku hidup untuk membayar semula hutang pada kehidupan yang lepas”
Setelah minda kita kosong dengan sangkaan-sangkaan yang belum tentu benar, barulah kita boleh menoleh sejenak ke dalam diri dan bertanya “benarkah aku hidup dengan mempunyai satu tujuan?” dan “apakah tujuan itu?”
Hanya 20 minit
Steve Pavlina ialah seorang penulis blog warga Amerika yang berjaya. Steve berjaya menarik berjuta-juta pembaca ke blognya tanpa membuat sebarang promosi sepanjang beliau menulis di Steve Pavlina.com. Dalam salah satu artikelnya yang bertajuk “How to Discover Your Life Purpose in About 20 Minutes” telah mencadangkan beberapa cara yang praktikal bagi kita mengenalpasti tujuan hidup hanya dengan 20 minit!. Caranya adalah:
Menurut Steve, kita sudah berjaya untuk jujur dengan diri kita setelah kita berjaya menangis dan meruntuhkan ego kita. Oleh itu, melalui kaedah diatas, kita sebenarnya hanya perlu jujur didalam mencari maksud kehidupan kita ini.
Satu perkara yang menarik mengenai Steve ialah beliau mula menyedari mengenai erti hidupnya semasa beliau berada didalam penjara pada umurnya 19 tahun. Steve juga telah dibuang dari sekolah kerana peristiwa itu. Oleh itu tiada sebab untuk kita menyatakan bahawa kita tidak layak mencari apa itu kehidupan sebenarnya. Cubalah sekarang dan kenalpasti apa sebenarnya rahsia kejadian anda sebagai manusia!
Rahsia kejadian menurut Islam
Bagi umat Islam, kita wajib percaya bahawa Allah mencipta manusia dengan tujuan yang tertentu. Allah berkata didalam al-Quran bahawa Allah tidak menjadikan manusia secara main-main. Seperti didalam surah al Mukminun ayat 115 Allah s.w.t menyatakan:
"Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
Ini menunjukkan bahawa penciptaan manusia telah dirancang oleh Allah terlebih dahulu. Allah sudah mengetahui motif sebenar penciptaan makhluk yang bergelar manusia ini. Lalu apakah motif itu?...Ikuti sambungannya di dalam buku Give & Take antara Hamba dan Pencipta.
p/s: Buku ini boleh diperolehi melalui pembelian di PTS.com. Para pembaca juga dijemput untuk berinteraksi dan berkongsi idea serta pandangan mengenai buku ini di FB rasmi Give & Take antara Hamba dan Pencipta atau di FB penulisnya sendiri menerusi nama Imtiaz Khan.