Friday, April 26, 2013

[ADA HANTU DI BILIK ITU]

Masa kita kecil, ada cikgu ketika ingin melarang kita pergi ke sesuatu tempat, contohnya seperti 'Bilik khas' yang menyimpan pelbagai peralatan bahaya - mereka kadang-kala menggunakan pendekatan hantu.

"Ada hantu di bilik itu. Jangan pergi sana. Nanti hantu tangkap." - itu adalah kata-kata biasa yang digunakan cikgu dulu.

Sebenarnya hantu tiada. Cikgu cuma menggunakan helah - menanamkan ketakutan pada pelajar supaya mereka tak berani ceroboh tempat di bilik khas.

Prinsipnya - "Manusia bimbang pada perkara yang mereka tidak tahu." 

Hantu mereka tidak kenal - maka takut.
Betul ke tak, itu persoalan kedua. Kerana apa yang penting, jangan terserempak dengan hantu. Walaupun sememangnya di sana tiada hantu.

Apabila kita menjadi dewasa... kita sedar dengan teknik cikgu menakutkan kita.


**********
Di medan politik negara juga, perkara yang sama dengan berlaku, terutamanya di kalangan orang Melayu dan orang Cina.

Mereka yang berkuasa sekarang bimbang orang Melayu dan orang Cina akan masuk ke satu bilik khas - ialah "Bilik Perubahan."

Pelbagai cerita dicanangkan untuk menanamkan rasa takut pada orang Melayu.

Siapa yang dijadikan hantu? DAP dan PAS.

Di depan orang Cina, DAP ialah kuda PAS. Satu undi adalah untuk PAS berkuasa seterusnya kehidupan mereka akan terjejas.

Alhamdulilah orang Cina dah sedar siapa hantu sebenar. Bukan PAS mahupun DAP, tapi orang berkuasa yang menjerit hantu.

Di kalangan orang Melayu juga, perkara yang sama berlaku. Mereka ditakutkan dengan hantu-hantu bernama ‘Kekuasaan Orang Cina’, ‘Kehilangan kuasa orang Melayu’ dan ‘PAS ialah kuda DAP’.

Alhamdulilah orang Melayu muda yang berinternet kini tahu siapa hantu sebenar - bukan DAP dan PAS tapi orang yang menjerit hantu tersebut. Tapi ada sebilangan lagi yang tak sedar dan masih terkena "teknik cikgu menakutkan kita."

Sharelah kepada kawan-kawan yang memerlukannya supaya mereka mengenali hantu sebenar.

Senyum


Tulisan oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

p/s: Melayu lama perlu berubah.. minda jangan terus dijajah.. jangan termakan tipu helah.. kita bersatu menuju Malaysia Baru.. semua bangsa yang bersatu~