Hati-hati semua dengan kontraktor Aman Scope Ventures (Aman SV) nombor pendaftaran SSM IP0322957-H di bawah nama pemilik Mohd Ikhwan Zamani bin Abdul Kadir Pahirulzaman.
Modus operandi syarikat ini adalah meletakkan harga yang murah bagi kerja-kerja pembinaan untuk menarik minat pelanggan sebelum menghilangkan diri dan meninggalkan tapak kerja terbengkalai setelah bayaran secara berperingkat dibuat.
Dalam pengetahuan saya sahaja, terdapat 3 biji rumah yang dibina Aman SV di kawasan Sungai Buloh sekitar tahun 2016 terbengkalai. Kesemua owner (mangsa) terlibat telah datang mengadu face to face dengan saya.
Bagi kes saya sendiri, selain aduan kepada pihak CIDB, tindakan mahkamah juga telah diambil bagi menuntut pampasan atas kerugian yang berlaku. Kedua-dua defendan (syarikat dan pemilik) telah diberikan penghakiman oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk membayar ganti rugi bernilai hampir RM50,000 kepada saya namun masih gagal melunaskannya sehingga ke hari ini.