1. Apakah nama blog anda? Kenapa anda memilih nama tersebut?
Aksara Cinta Ilahi..membawa makna ‘huruf-huruf’ ‘atau ‘permulaan’ Cinta Ilahi..Semoga dengan pemilihan nama ini membawa diri penulis dan para pembaca kembali pada satu permulaan untuk mengenal ‘kalam’ Ilahi..sama ada yang tertulis mahupun yang terdampar di depan mata…
2. Apakah link blog anda? Bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
‘qamarguyz’ atau ‘lelaki bulan’ sememangnya merupakan nama pena penulis sejak 5 tahun yang lepas..sesuai dengan latar belakang & pendirian penulis, gelaran ini sebenarnya diberikan oleh si dia yang pertama …
3. Apakah method dalam penulisan anda?
“jika mereka boleh berkarya, kita juga mampu berpuisi..jika mereka boleh menulis, kita juga mampu menaip & jika mereka boleh menyerang, kita juga mampu bertahan serta membalas, jika perlu...namun karya & tulisan yang tersiar bukanlah sekadar omong kosong, menghabiskan masa dan tenaga..ianya perlu berpandukan kematangan akal fikiran, kesucian hati dan ketenangan emosi yang sejati dalam memberi pandangan terbuka, kritikan membina serta berkongsi ilmu mahupun pengalaman.”
Begitulah coretan pertama penulis di laman ini suatu tika dulu.. tumpuan asalnya berfokus kepada persoalan agama, politik dan isu semasa..sebelum berkembang kepada pelbagai bentuk dan gaya penulisan, sesuai dengan kematangan dan golongan sasaran yang semakin berkembang…
4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Sehingga kini penulis belum pernah terfikir untuk menghapuskan laman ini..biarpun semakin dihimpit masa dek kesibukan harian, laman ini tetap kekal dan diselenggara dengan sederhana.. ukhwah yang terbina, ilmu yang berguna, pengalaman yang dirasa & pendapatan yang dijana antara faktor-faktor laman ini terus di pandangan pembaca sekarang...
5 . Pernah tak ahli keluarga anda membaca blog anda? Apa kata mereka?
Mulanya secara rahsia, kini semakin terbuka..semakin hari semakin ramai dalam kalangan ahli famili dan sahabat handai yang menyedari akan kewujudan laman ini.. InsyaAllah, usaha yang bermanfaat sentiasa diberi sokongan oleh semua pihak…
6 . Apa perasaan anda apabila orang lain mengatakan bahawa anda punya blog ini buruk sedangkan masih ada yang mengatakan blog anda cantik?
Bermula dengan ‘zero’ kini menjadi ‘hero’..baik buruk bukan sekadar di nilaian mata, malah pandangan hati kadang-kadang lebih berpengaruh..segala kritikan & cadangan diterima penulis dengan lapang dada demi maslahah bersama…
7 . Bilakah anda mempunyai blog?
Secara rasminya pada 18 November 2009…
8 . Siapakah orang pertama yang mengetahui anda mempunyai blog?
Tidak dapat dipastikan..seingat penulis mungkin beberapa orang rakan sekolej yang turut terlibat dalam dunia ‘blogging’ pada waktu itu…
9 . Apa perasaan anda apabila orang asyik mengatakan tentang blog anda di sekolah?
Dah lama penulis tak ke sekolah!! hehe...
10 . Senaraikan 10 blogger seterusnya untuk di tag..
Seperti biasa, dulu kini & selamanya - penulis tidak gemar untuk tag sesiapa.. terpulang kepada mana-mana blogger yang berminat dengan tag ini untuk ‘mengetag’ diri sendiri yer..
p/s: terdapat berbelas lagi koleksi tag yang belum dijawab..kepada lain-lain blogger yang tagnya belum dijawab, harap maaf yer..bersabarlah... =)