Thursday, February 02, 2012

Belajar ‘Self Improvement’ Dari Negara China


Siapa sangka negara yang mempunyai sebuah ketamadunan yang gah di mata sejarah pernah jatuh dan dianggap sebagai orang sakit Asia. Peta negaranya pernah diubah-ubah dan dicarik-carik oleh penjajah barat dan Jepun dengan sesuka hati. Negara China pernah dibahagikan sehingga ada wilayah yang dikuasai oleh Jerman, Belgium, Perancis, Portugis, Rusia dan Itali.

Dasar tutup pintu yang telah dilancarkan oleh pihak Komunis mengakibatkan China ketinggalan dalam semua bidang. Perubahan daripada sistem ekonomi bebas kepada sistem ekonomi terpusat membawa kepada keruntuhan ekonomi yang mendadak. Wajah China kembali berubah dengan lebih hebat apabila pihak Komunis melancarkan revolusi kebudayaan bagi membentuk satu masyarakat yang tidak mempunyai kelas dan berpegang kepada fahaman Komunisme. Dikhabarkan pada waktu itu, China telah ketinggalan 100 tahun kebelakang berbanding pihak barat dan negara jirannya di Asia Timur.


Walaubagaimanapun, negara China tidak selamanya begitu. Mereka bangkit menentang Komunisme dan penjajahan. Mereka sedar dari lena yang panjang. Mereka bangkit menjunjung ekonomi yang ampuh. Kemasukan pelabur asing semakin rancak. Pusat-pusat penyelidikan mula ditubuhkan secara besar-besaran. Kesannya, dalam tempoh tidak sampai dua dekad, China sudah mampu melancarkan satelit komunikasi sendiri dan pada tahun 2003 mereka sekali lagi melancarkan teleskop angkasa dengan kerjasama Jerman. Seramai 300000 pelajar dihantar keluar negara bagi mempelajari teknologi barat untuk dibawa masuk ke China. Dikatakan Deng Xoping adalah individu yang bertanggungjawab memacu perubahan ini.

Kini China muncul sebagai salah sebuah negara penting di Asia. An Wan Seng didalam bukunya ‘Rahsia Bisnes Negara China’ mengatakan “sekiranya China berjaya mempertahankan momentum pertumbuhan ekoominya, tidak mustahil satu hari China bakal menjadi salah sebuah negara peneraju ekonomi dunia di samping mempunyai teknologi yang  tercanggih di dunia.”

Hina & Kebangkitan

Di sini kita dapat meletakkan beberapa karakter bagi kebangkitan negara China untuk kita pelajari, antaranya:

  • Tidak mudah mengalah
          Masyarakat China sememangnya dikenali sebagai masyarakat yang tidak mudah mengalah. Ini semua dapat dibuktikan dengan sejarah ketamadunan mereka sendiri yang membangun dengan hebatnya di mata dunia. Sikap yang tidak mudah mengalah menentang penjajahan inilah yang akhirnya membawa mereka ke satu era baru kemajuan negara. Sikap ini yang perlu ada pada setiap manusia kerana insan yang tidak mudah mengalah adalah insan yang bakal menemui kejayaan di dalam kehidupan. Asasnya terdapat dua jenis mengalah dalam kehidupan seharian kita. Pertama mengalah dalam perkara yang sia-sia seperti dalam pergaduhan dan mengalah dalam membina kebangkitan diri seperti yang ditunjukkan oleh negara China ini. Jadi, mengalah yang kedua inilah yang seharusnya kita hindari kerana mereka yang mengalah dalam meningkatkan kemajuan diri bakal menemui pelbagai kegagalan dalam kehidupan.

  • Berusaha sebaik mungkin
         Dalam kehidupan, kita digalakkan oleh Allah s.w.t. untuk sentiasa berusaha sebaik mungkin dan mengelakkan diri kita daripada sifat meminta-minta. Inilah yang ditunjukkan oleh negara China. Walaupun berada di alam era kegelapan, mereka tetap berusaha untuk menentang kezaliman dan kekejaman yang dihidangkan oleh pihak Komunis yang diterajui oleh Mao Zedong. Walaupun penentangan itu pada peringkat awal tidak berjaya tetapi siri-siri penentangan yang dilakukan telah berjaya menanam sentimen kebencian terhadap Barat dan Komunis. Ini menandakan usaha mereka semakin menampakkan cahaya kejayaan.

Ikuti sambungan seterusnya di dalam buku 'Give & Take antara Hamba dan Pencipta'...

p/s: Buku ini boleh diperolehi melalui pembelian di PTS.com. Para pembaca juga dijemput untuk berinteraksi dan berkongsi idea serta pandangan mengenai buku ini di FB rasmi Give & Take antara Hamba dan Pencipta atau di FB penulisnya sendiri menerusi nama Imtiaz Khan.

46 comments:

eszyamin said...

tulah..dunia barat pon berasa sgt trancam dgn kebangkitan china. negara india pon khabarnya semakin memberangsangkan ekonominya..btw, give n take ni ada dijual tak dekat mana2 kedai buku..semalam cari dekat Popular tapi tak jumpa..

Adylia Qarissa said...

tidak dinafikan negara china semakin maju..ambik contoh orang cina di Malaysia yang berjaya dalam bidang mereka...

kereta mewah yang menyusur jalan kebanyakkannya orang cina kan??

kan lebih baik kalau orang melayu turut bersaing secara sihat untuk memajukan diri :)

DOMU-KON said...

bnyak kisah yg dpt diteladani.. bergntung pada kita untuk menerima sahaja.. atau mengambil pelajaran... thanks for info yer...

hazz death said...

uih.. suka dgn sejarah ea?.. pa2 pun nice.. very nice bro! thanks for sharing.. :)

Encik Suami said...

Perubahan yg dilakukan dgn kerelaan dan berterusan adalah sesuatu yg baik utk diamalkan.kan..kan..kan??

new entry (>.<) Akhirnya..Aku Dapat Kau (>.<)

emy|farid said...

suka la baca.......... topup ilmu. alhamdulillah, hrus self improve ni hri2

Pan Asia said...

Ya semamangnya benar, kini negara China semakin maju, malah kuasa barat ada yg berhutang berbelion dengan negara China. Kini kuasa China juga mampu mengimbangi kuasa2 besar dunia.

Ruby Mahabbah Fillah said...

negara china mmg cth terbaek kn klu nk amek pengalamn n pengajrn..

dr negara yg hancur dulu smp la skrg..

maju n terus maju..

smp da kn kta " bljrlah smp ke negeri china "

fiza nurani said...

harini belajar sejarah negeri china..

asliner said...

kalau nak ikutkan..
2 elemen positif yang diceritakan nie tidak terdapat dalam kebanyakkan orang kita..
cepat mengalah dengan apa yang kite harapkan..
dan suka berdoa..
tetapi tidak di iringi dengan usaha..

kadang2 diri pun mcm tue..(-__-)
kene muhasabah diri nie..huhu

p/s: hari tue ade gak beli buku give n take nie utk di jadikan sebagai cenderahti buat vip kat fakulti..tapi tak terfikir pulak nak beli untuk diri sendiri time tue..huu

Yatie Awang said...

betul tu, itulah sikap yang perlu ada pada setiap orang, terutama pemimpin...

Fikri said...

Geng2 mata sepek ni mmg bersungguh2. Very2 hardworking. So tak hairan la kalo diorg maju dgn cpt. :D

Princess Nusy said...

setuju2..org cina mmg xmudah mengalah..selagi xtau selagi tu tanye..nusy tau sbb ramai kwn2 cina kat u..lg satu dorg trlalu rajin n xkedekut ilmu sesama dorg..=)

sitihanisahali said...

bangsa cina kat malysia ada sikit sikapa mcm negara cina.kagum dgn perkembangan ekonomi cina sekarng.

Teenager Housemaid said...

masa saya belajar di sekolah cina dulu, sememangnya orang2 cina ni memang tekun..
lagi satu sikap kerja sama dan pertukaran.
mereka tak kedekut ilmu, mereka tak pandai dua subjek, bm n bi, kalau kita ajar mereka, mereka akan ajar kita semua subjek yang berbahasa cina.:D

naiemah_ramli said...

hebat kan diorg.. ^__^
errrkk..trima kasih ats prngatan ni.. :)

Ungu Violet said...

yep..mereka sendiri yg merubah bangsa mereka mnjadi lebih baik..:)

Tihara said...

waw..nice entry ni..tq, leh wat rujukan nt :)

EmpayarUtama said...

Mungkin bulan depan ke sana seminggu intai bisnes sambil cuba indent paper dr China

A'IM said...

revolusi tetap terus belaku..sama ada baik atau musnah kita tentukan

♥ :. Nies alhaQ .: ♥ said...

nice entry . ~ terkenang kembali sejarah mase skolah dulu .

falsafah buat diri #menuntut ilmu hingga ke negara china#

(^__^)

ahsfantasy24 said...

Bila tengok semangat juang mereka,
terasa sangat jauh kita ketinggalan.
Kita yang sering lupa dan alpa..

cikgu nadia said...

thanks for the info...
rakyat china ni rajin...sbb tu diorang berjaya

Eye_nee said...

Terhasilnya sebuah kejayaan atas usaha yg tiada sempadan...Baik di Malaysia atau dinegara China...Bangsa China ini terbukti rajin berusaha..dan kerana kerajinan tanpa mengenal eri putus asa mmg tidak mustahil satu hari nnt Negara China akan menjadi peneraju ekonomi dunia..

dela said...

biar ilmu penuh d dada

Muttallif said...

Negara china mmg dikenali dengan kerja keras mereka. Tapi mereka juga punyia bijak pandai seperti Liu Bie dalam kisah 3 kingdom. Kita mengagungkan barat, Tapi orang Asia sebenarnya lebih bijak daripada mereka.

ashrafi said...

Mengenali mereka sebagai bangsa yang memang kuat, tidak kira secara individu, apa lagi bersatu.

Diyana Norman said...

dorg mmg hebat... kite pun bleh jugak...

ku-cit said...

bole ke kt jadi macam diorang???

ZiErWa zAiNaL said...

menarik.. =)

budak said...

wah, ingatkan td owner blog punya buku..hehe..btw, nice info even xminat sgt subjek sjrh dlu2 :)

qamarguyz said...

eszyamin:
yurp..BRIC, Brazil Rusia India China antara kuasa ekonomi baru yg bakal menggugat AS & EU..
ada je br0..maybe lg senang jumpa di kedai menjual kitab2 agama =)

Adylia Qarissa:
dats rite..setuju dengan pandangan sis..tak hairan la, ekuiti bumiputera masih tak cecah 30% pun sampai sekarang..kan3 =)

qamarguyz said...

DOMU-KON:
yurp..belajar la dari mana saja, dari siapa pun jua..pasti ada ilmu Tuhan bersamanya..juz perlu pandai memilih =)

hazz death:
welcome =)
yurp, suka la juga..
lagi pun ni memang bidang sy..
political science, tak dapat lari dari meninjau sejarah perkembangan dunia antarabangsa

qamarguyz said...

Encik Suami:
betul..tapi kekadang suatu perubahan itu juga harus dimulakan dengan paksaan..dengan kesedaran, akhirnya pasti menjadi kebiasaan =)

emy|farid:
terima kasih..
ilmu yang berguna harus kita baca sentiasa..bukan untuk rilex otak saja ;)

qamarguyz said...

Pan Asia:
kemunculan China kini sentiasa diawasi..malah ketenteraan Barat sudah mula diatur mengelilingi..

Ruby Mahabbah Fillah:
maybe inilah hikmah petunjuk kan..
walaupun petikan itu hanya kata hukama, bukan hadis yg sahih..
namun ia adalah petanda, yg telah muncul sejak berabad lama =)
belajarlah..dari China, dengan Cina

qamarguyz said...

fiza nurani:
next time nak belajar sejarah mana pulak? request jew..ahaakss! ;0

asliner:
betul la kan, Melayu mudah lupa..malas usaha =)
nyway cuba la dapatkan buku ni untuk simpanan sendiri..tak rugi..
bukan saja ilmu agama, malah pelbagai ilmu lain juga boleh 'top-up' sama!

qamarguyz said...

Yatie Awang:
yurp..bapak borek anak rintik..
pemimpin perlu menjadi tauladan, buat sempadan =)

Fikri:
s0 jangan pandang mereka sepet sebalah mata..kui3! ;0

qamarguyz said...

Princess Nusy:
wahH, untung la ramai kawan Cina..
ada juga manfaatnya kan..
gunakan kelebihan yg ada ;)
hihiii

sitihanisahali:
mana tak tumpahnya kuah kalu bukan ke nasi..kan sis =)
bangsa cina ni memang terkenal dengan kegigihan, kepandaian & kejayaan mereka berniaga..
bukan sj di Malaysia, malah di AS & Britain pun sama sj

qamarguyz said...

Teenager Housemaid:
begitulah bangsa berkenaan memajukan diri & bangsa mereka..
orang cakap, campaklah orang Cina ni ke mana saja..pasti mereka mampu hidup malah kekadang lebih berjaya dr penduduk asal =)

naiemah_ramli:
sama-sama..
ambil iktibar buat semua =)

qamarguyz said...

Ungu Violet:
itu pasti..
moga umat Islam tidak alpa dengan konsep takdir..hakikatnya berbeza, jangan salah sangka

Tihara:
kredit kepada penulis =)
kalu tentang sejarah dunia, InsyaAllah..ley sj sy dijadikan rujukan, setakat yg tahu..huhu

qamarguyz said...

EmpayarUtama:
waHh..bagus tu bro..
moga berjaya & dipermudahkan segala =)

A'IM:
revolusi atau evolusi silakan..
asal kita capai perubahan, semakin kaya & aman =)

qamarguyz said...

♥ :. Nies alhaQ .: ♥
sy0k kan belajar sejarah..
senang nak sc0re..kui3! ;0
moga lebih maju jaya

ahsfantasy24:
hakikatnya..mereka terus berlari, dan kita masih merangkak lagi..
Ayuuhhh!

qamarguyz said...

cikgu nadia:
pesan kat anak-anak murid cikgu yer..
biar diorang rajin sentiasa =)

Eye_nee:
Baru-baru ni pun Obama dah bersuara..pasal ekonomi China dan kesannya ke atas rakyat mereka..terancam lagaknya ;)

qamarguyz said...

dela:
remaja kita kini?
pentingkan nafsu semata..

Muttallif:
itu bezanya India & China..
tidak seperti China, masih ramai penduduk India yg miskin walau negara mereka makin kaya..kerana apa?
kerana mereka tidak berintelektual =)

qamarguyz said...

ashrafi:
yurp..bersatu teguh, bercerai belum tentu Tembok Besar China roboh! ;0

Diyana Norman:
kita?..
cuba lepaskan tongkat..
nak try tengok..huhu

qamarguyz said...

ku-cit:
itulah yg selalu difikirkan..
takpe, biarkan saintis sosial mencari jawapan =)

ZiErWa zAiNaL:
terima kasih =)

budak:
hehE..owner blog selalu berharap untuk mghasilkan buku..tp maybe belum berkesempatan lg ;)