Sunday, February 12, 2012

Awas! Hidup Suka Akhirat Duka

Ketika kereta meluncur dengan laju di tengah jalan raya menuju ke Cameron Highland baru-baru ini, mata saya hampir-hampir tidak boleh terlelap dek kerana jalan yang tidak dapat dijangka haluannya. Ini bermakna kami perlu peka dengan bahaya di hadapan. Kami juga perlu peka dengan papan-papan tanda yang berada di tepi jalan. Salah satu dari papan tandanya ialah "AWAS! selekoh berbahaya dihadapan." Jadi apabila ternampak papan tanda ini, saya melihat pemandu kami melakukan beberapa perkara iaitu;


Lalu saya terfikir, bagaimana sekiranya di langit yang terbentang luas itu Allah meletakkan satu papan tanda berbunyi "AWAS! hidup suka akhirat duka." Adakah mungkin semua manusia akan memperlahankan kereta sebagai langkah berhati-hati atau mereka masih pada kelajuan yang sama? Mungkin jawapannya ya bagi mereka yang menjadikan Allah sebagai matlamat kehidupan tetapi mungkin juga tidak kepada manusia yang menyangka hidup ini adalah segala-galanya.

Suka Yang Membawa Celaka

         Kita biasanya mendengar laungan-laungan seperti "hidup ini hanya sekali, jadi enjoylah sepuas-puasnya" dan juga "bersuka rialah selagi kamu bernyawa!” Adakah benar kita perlu enjoy sepuas-puasnya selagi kita diberi nyawa oleh Allah? Saya merasakan bahawa terdapat sesuatu yang kurang dengan ungkapan-ungkapan tersebut. Ya benar kita perlu berasa seronok dengan kehidupan kita, tetapi bukanlah dengan cara yang tidak betul dan menyeleweng dari sifat-sifat kemanusiaan. Sebagai contoh ialah;

  • Cintakan dunia melebihi akhirat.
  • Enjoy sehingga melupakan tanggungjawab kepada Allah dan manusia sekeliling
  • Melakukan perkara yang terkeluar dari hukum Allah.
Inilah yang saya maksudkan kita bersuka ria sehinggakan ada perkara yang terabai. Ramai manusia yang mati hanya kerana keseronokan yang disangka boleh membahagiakan. Hakikatnya keseronokan itulah yang membinasakan mereka.

  • Elvis Presley
                Dunia hiburan antarabangsa gempar dengan kematian seorang lagenda rock iaitu Elvis Presly. Matinya ketika kemuncak popularitinya dalam dunia hiburan iaitu pada tarikh 16 Ogos 1977 pada usia 42 tahun. Dapatan awal mengatakan bahawa beliau mati kerana denyutan jantung yang tidak seimbang. Walau bagaimanapun, setelah siasatan lanjut dijalankan terbukti bahawa beliau mati kerana mengambil dadah yang berlebihan. Siasatan juga membuktikan Elvis telah mengambil lebih kurang 5000 hingga 10 000 biji pil dalam tempoh lapan bulan sebelum kematiannya. Secara langsung punca kematiannya diletakkan dibawah fakta “overdose”.

  • Margaux Hemingway
               Margaux merupakan seorang model dan selebriti yang mati pada 1 Julai 1996. Ditemui mati di kondonya iaitu di Santa Monica, California. Setelah siasatan dijalankan beliau dikatakan membunuh diri dengan menggunakan dadah yang bernama Phenobarbital. Sehari sebelum kematiannya ialah ulang tahun kematian datuknya Ernest Hemingway yang juga mati disebabkan bunuh diri!

  • Freddie Prinze
               Pelawak ini hanya berumur 22 tahun ketika kematiannya. Beliau mati kerana menembak kepalanya. Beliau ditemui mati di bilik hotelnya di Los Angeles pada tarikh 29 Januari 1977. Setelah siasatan dijalankan, Freddie didapati menembak kepalanya dibawah pengaruh dadah.

              Cerita-cerita di atas ingin saya gambarkan sebagai satu perkara yang tidak mustahil  berlaku kepada diri kita. Lebih-lebih lagi jika kita hanya menganggap hidup ini hanya untuk bersuka ria dan akhirnya kita kecundang. Nasib kita boleh jadi seperti Freddie Prinze, Margaux Hemingway dan Elvis Presley jika kita tidak mula sedar bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan sementara. Dunia bukanlah matlamat akhir kita untuk mencapai kebahagiaan. Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah di dalam bukunya ‘Menerobos Sempadan Diri’ berkata bahawa "kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah taqwa." Benar sekali kata-katanya kerana taqwa inilah yang menjadi kunci keselamatan dan kebahagiaan manusia. Tanpa taqwa, kehidupan akan menjadi bercelaru dan tertekan.

             Kita mungkin berasa pelik mengapa mereka sanggup mengambil dadah sedangkan mereka tahu kesan buruk yang terkandung dalam dadah itu sendiri. Jadi mengapa? Ikuti sambungan seterusnya di dalam buku 'Give & Take antara Hamba dan Pencipta'...

p/s: Buku ini boleh diperolehi melalui pembelian di PTS.com atau didapati di kedai-kedai buku berhampiran anda. Para pembaca juga dijemput untuk berinteraksi dan berkongsi idea serta pandangan mengenai buku ini di FB rasmi Give & Take antara Hamba dan Pencipta atau di FB penulisnya sendiri menerusi nama Imtiaz Khan.

42 comments:

sea_lavender said...

menarik ^_^
bru tahu byk artis punca dadah maut mereka..kebanyakn bukan Islam...
jadi kte yg beragama Islam yg syumul dan rabbani ini perlu berfikir dan laksnakn mas'ul sbg hamba pd-Nya.. itu lah harus kte ingtkn pd diri...

eszyamin said...

analogi yg diberikan sgt kena..kalau kita sedar bahawa setiap perjalnan kehidupan kita pada masa dpn mmbawa bahaya sudah tentu kita akn lebih berhati2 dgn langkah kita kan..

ahsfantasy24 said...

Hidup memng kena enjoy, tapi
enjoy ikut cara yang betul (:

Tak sabar nak baca buku tu..

blog-tips-kurus said...

iman mesti mantap!! :)

Nur Zulaikha said...

hidup pada jalanNya bukan bukan pada hati..nak cerpen baru..hehehe

Yatie Awang said...

betul tu..boleh saja nak hidup bahagia di bumi Allah ini, tapi perlu diingat...apa yang patut..selagi kita hidup berlandaskan iman dan taqwa...InsyaAllah..

hana said...

nice...
seimbangkn hidup dunia dan akhirat..
jgn kejar satu je..
=D

Fikri said...

huhu.. dadah boleh jadi ubat dan boleh jadi mudhorat. Smoga dihindari dari pengaruh dadah :D



*pandu cermat jiwa selamat

:: Cik Nur :: said...

ziarah sini...entry yg menarik..terima kaseh atas ingatan..

tadi dekat berita ada lagi artis holywood yg mati..nama artis tu, sy lupaa..hehehe

Ain Syazana said...

well u know a lot laa..rase ceteknye ilmu yang saye ade neh..anyway tq for the reminder :)

p/s: berubah untuk berbuah??

Sugeng said...

hhoho bang sama seperti madit musyawaroh di Islam KTP kalau sudah kayak gini jadi lebih dekat kiamat kan salam kenal kawan saya Sugeng dari Ponorogo

Jari Manis d` Blogspot.. said...

apa yg ada dlm fikiran manusia sekarang hanyalah..enjoy...enjoy dan enjoy...mereka tak terfikir sikitpun..apa tujuan mereka di dunia ni....tpi kita tak boleh 100% salahkan mereka..mungkin semua ni b`punca dri cara mereka di didik..mana lah tahu...kita doakan agar rakan2 yg tlh mendapat hidayah diteguhkan iman mereka..amin. "apapun entry yg menarik dan membawa makna yg mendalam"

Princess Nusy said...

nice sharing..mudahnye dorg ni bunuh diri..xbrsyukur pun dgn nyawa yg tuhan bagi..huhu..nauzubillah..

hara said...

alangkah bagusnya kalau ade papan2 tnda mcm tu.
tapi, kalu di jln rya pulak sstengah org masih pndang remeh ppan2 tnda tu, kdang2 jeling pn tak..
so, bila nk tmbul ksedaran?
bila dh ter'accident' baru nk sedar? too late

asliner said...

taqwa dan pengetahuan adalah kunci kebahagian kepada 6 perkara ini:
kesihatan,keluarga,kerjaya, hubungan dengan masyarakat,..alamak, lagi 2 tak ingat pulak..(-_-")

tapi itulah..
unsur hedonisme dah makin meluas dalam kehidupan kita..
macam mana diri kita nak sedar bahawa bumi ini hanya tempat persinggahan dan akhirat adalah sebaik-baik tempat..wallahualam~

Natasya Naslin said...

Assalam.. hye there =)
BW here..

entry yg mnyedarkan diri >_<" tanx.. btw, dpt list buku baru ‘Menerobos Sempadan Diri’ .. nak cari nnti =)

TiraPengemis said...

hurmmm...rmi guna dadah...jauhi lah dadah yer....entry bleh wt novel....hehehe...

hati~♡ said...

pandu cermat jiwa slmt..
be good, everything good too.. hehe ^^,

Awie Omar said...

Assalamualaikum. Terima kasih sebab sudi folo blog
"Awie Omar". Aku juga dah folo blog kamu ni.
Nak minta tolong sikit boleh? Tolong pilihkan
antara 12 blog ini,

1. http://noorniey.blogspot.com/
2. http://www.massaari.com/
3. http://farahazurah.blogspot.com/
4. http://wamozuwaha.blogspot.com/
5. http://deliarayushe.blogspot.com/
6. http://rienatomato.blogspot.com/
7. http://mohdyunus89.blogspot.com/
8. http://asyikmaiburogu.blogspot.com/
9. http://afeeszamran.blogspot.com/
10. http://sheypull.blogspot.com/
11. http://guaqbest.blogspot.com/
12. http://khairiz85.blogspot.com/

Yang mana satu kamu rasakan paling menarik. Harap
sudi memberi respon (komen) kat sini :
http://awieomar.blogspot.com/2012/02/next-top-blogger-1-episod-5.html

Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih :)

Aida Omar said...

baru tahu ramai artis mati kerana dadah.. keseronokkan yang memakan diri sendiri.

fiza nurani said...

berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah ... ~ raihan.

Zaki Muhammad said...

belum selesai lagi pembacaan terhadap buku ini. hehe :)
walaupun naskahnnya sudah berada di tangan sejak begitu lama

Typing Error said...

Salam..Tulah akibatnya bila hidup bertuhankan nafsu, beragamakan dunia semata2...

♥ :. Nies alhaQ .: ♥ said...

Salam, nice sharing . hidup dlm lingkungan berlandaskan syariat . .

qamarguyz said...

sea_lavender:
memang menarik..
tp kalu sis dapatkan satu buku ni, pasti lebih tertarik! hehe ;)
a'ah, di barat memang ramai mangsa yg mati kerana dadah & pil kan

eszyamin:
benar..hidup kita pd hari ini menentukan siapa kita pd hari esok..& siapa kita di bawah sini akan menentukan siapa kita di atas sana

qamarguyz said...

ahsfantasy24:
hiburan tiada salahnya, kerana hiburan itu indah..cuma jika salah memilihnya?? =)
dah beli ke..
sy dah khatamkan buku tu..huhu

blog-tips-kurus:
mesti baik punyer!
;) kui3..

qamarguyz said...

Nur Zulaikha:
ikut hati mati..
kecuali hati yg menuju Ilahi =)
cerpen? nantikan di pasaran..
ahaakss!

Yatie Awang:
ramai yg silap mentafsir kebahagiaan..itu sj..
sedangkan kebahagiaan itu bukan satu kebebasan, tp satu ketenangan

qamarguyz said...

hana:
dats rite..dunia ini ladang akhirat..
maka suburkanlah ia dengan iman & taqwa =)

Fikri:
benar br0..
moga selamat tiba ke syurga nan abadi =)

qamarguyz said...

:: Cik Nur ::
kredit kepada penulis buku ini =)
o0h, yer kan..sy pun baru perasan..
yg pasti wanita, lebih 40 tahun

Ain Syazana:
sy cuma paparkan sj =)
nyway banyak perkara yg kita boleh tahu jika kita mahu tahu kan..
yurp, berubah untuk berbuah..
kepada hasil yg lebih baik, buah nikmat yg lebih manis..
InsyaAllah

qamarguyz said...

Sugeng:
salam ukhwah..
menarik sekali dapat berkenalan sama teman dari seberang =)
hihii..benar..
kiamatnya bisa berlaku bila2 sj

Jari Manis d` Blogspot..
yurp, hujung pangkalnya bermula di sini..soalnya adalah mengenali diri..apa saja masalah sosial, jenayah, bermula dari dalam diri sendiri =)

qamarguyz said...

Princess Nusy:
yer laa..diorg ni bukan Islam kan, tak tahu maqasid syariah..tp kita yg Islam ni tahu ke? hayati ke?
hargailah nyawa yg ada, spt mana DIA sayangkan nyawa kita..no.2 selepas DIA sayangkan diri-Nya (agama)

hara:
a'ah kan..
biasa la tu, manusia sering lupa & alpa..maybe kena letak cam ni k0t: Awas, malaikat MAUT di hadapan!

qamarguyz said...

asliner:
benar sekali..
bagaimana nak sedar?
hampirkan diri dengan majlis2 ilmu..
kerna di situ terhimpunya apa yg dikatakan sbg taqwa & pengetahuan =)

Natasya Naslin:
w'slm..
TQ, singgah2 la sllu =)
o0h, buku Dr. Fadzilah Kamsah tu..
dah lama diterbitkan, simple tp menarik..selamat mencari =)

qamarguyz said...

TiraPengemis:
hehe..entry ni dah jadi buku pun..
nak baca n0vel ada dalam entry yg lain, cari laa ;)

hati~♡
InsyaAllah, moga selamat dunia akhirat..pandu hati menghadapi mati

qamarguyz said...

Awie Omar:
w'slm..
huhu, ni contest ke apa ni?
nanti ada masa sy try tengok yer..TQ

Aida Omar:
rasanya di Malaysia pun selalu ada kes-kes dadah ni kan..
diorg ni dah mati sebelum mati

qamarguyz said...

fiza nurani:
l0rr, sis pun nak nyanyi2 jugak..
sy baru jew nyanyi2 dlm komen sebelum nie..hehE

Zaki Muhammad:
o0h, busy sangat agaknya =)
takpe la, yg penting baca kan..

qamarguyz said...

Typing Error:
w'slm..
suka quote ni..
bertuhankan nafsu, beragamakan dunia =)

♥ :. Nies alhaQ .: ♥:
w'slm..
InsyaAllah..
sama2 kita berazam..
kata mesti dikota

Muhammad Ariff Mohamad Nizam said...

salam ukhuwah. :)

betul tu.bersuka-suka blh bawa duka.jgn terlalu bermain dgn dunia khayalan akhirnya membawa padah.dan niat yg baik insyaAllah, akan berjalan segalanya dgn lancar dgn izinNya. :) insyaAllah.

satu kupasan yg menarik ! :)

Lia Irdelia said...

mungkin agak menakutkan juga andai ada amaran tertulis "AWAS! hidup suka akhirat duka."

=)

ctpayong said...

Assalamualaikum wbt.

Apabila mereka cuba melepasi garisan 'kebebasan' sedang segalanya wajar ada sempadan.

Aishah Jahirah said...

kalau semua manusia takutkan penciptanya melebihi segala2nya....tak ada la segala jenis jenayah dan kes2 yg menakutkan hari ni.nak buat apa pun fikir banyak kali kesan dia.sebab tu manusia ni kalau blh kena sentiasa dimotivasikan spya tak lupa diri...:)

qamarguyz said...

Muhammad Ariff Mohamad Nizam:
salam perkenalan =)
yurp, benar..
jangan tertipu dengan ilusi duniawi, kerna apa yg pasti adalah langit Ilahi

Lia Irdelia:
kan..sekarang pun dah macam2 tanda amaran, azab seksaan diperlihatkan..namun manusia tetap alpa selagi tak kena diri & keluarga

qamarguyz said...

ctpayong:
w'slm sis..
satu kesimpulan yg tepat..
ingat had, ingat batas sempadan =)

Aishah Jahirah:
tp manusia moden makin keras hati, sama keras seperti besi keluli yg melingkari kita kini..mohonlah petunjuk & inayah-Nya