Tuesday, January 24, 2012

Menyingkap Tabir Kehidupan

Jika saya bertanya kepada saudara, apakah matlamat hidup saudara, apakah yang saudara akan jawab? Saya tidak maksudkan pekerjaan saudara, kehidupan seharian saudara atau matlamat jangka panjang saudara. Tapi saya bertanya mengenai apakah sebenar-benarnya tujuan saudara dan saya berada di dunia ini.

          Mungkin ada di kalangan kita yang tidak percaya bahawa kita benar-benar dihantar ke dunia ini dengan mempunyai tujuan yang tertentu. Ia tidak menjadi masalah. Akan tetapi, walaupun kita tidak mempercayainya ia tidak bermaksud bahawa kebenaran itu tidak boleh disingkap dan dicari. Apa yang kita perlukan hanya satu iaitu ketulusan dalam mencari maksud sebuah kehidupan.

          Bruce Lee ialah seorang tokoh didalam dunia seni mempertahankan diri. Suatu hari seorang lelaki bertemu denganya dan berkata;
          “Ajarkan aku semua ilmu mempertahankan diri yang ada padamu kepadaku”.
               
           Lalu Bruce Lee mengambil dua bekas yang berisi cecair dan berkata;  “ Bekas yang pertama mewakili ilmu yang ada pada diriku dan bekas yang kedua mewakili ilmu pada dirimu. Jika kamu mahu memenuhi bekas kamu ini dengan semua ilmuku, maka perkara pertama yang perlu kamu lakukan ialah kamu perlu mengosongkan bekas kamu sebelum ilmu yang lain diisi.”

          Perkara yang penulis ingin sampaikan melalui cerita diatas ialah, sebelum kita bertanya ‘apakah tujuan hidupku?’  kepada diri kita sendiri, maka perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah dengan mengosongkan minda dan hati kita dengan sangkaan-sangkaan salah yang memenuhi minda selama ini mengenai kehidupan seperti:

  • “Aku hidup tanpa tujuan”
  • “Aku dihidupkan untuk menikmati segala keindahan dunia”
  • “Mungkin aku hidup untuk membayar semula hutang pada kehidupan yang lepas”
           Setelah minda kita kosong dengan sangkaan-sangkaan yang belum tentu benar, barulah kita boleh menoleh sejenak ke dalam diri dan bertanya “benarkah aku hidup dengan mempunyai satu tujuan?”  dan “apakah tujuan itu?”

Hanya 20 minit

          Steve Pavlina ialah seorang penulis blog warga Amerika yang berjaya. Steve berjaya  menarik berjuta-juta pembaca ke blognya tanpa membuat sebarang promosi sepanjang beliau menulis di Steve Pavlina.com. Dalam salah satu artikelnya yang bertajuk “How to Discover Your Life Purpose in About 20 Minutes” telah mencadangkan beberapa cara yang praktikal bagi kita mengenalpasti tujuan hidup hanya dengan 20 minit!. Caranya adalah:

         Menurut Steve, kita sudah berjaya untuk jujur dengan diri kita setelah kita berjaya menangis dan meruntuhkan ego kita. Oleh itu, melalui kaedah diatas, kita sebenarnya hanya perlu jujur didalam mencari maksud kehidupan kita ini.

            Satu perkara yang menarik mengenai Steve ialah beliau mula menyedari mengenai erti hidupnya semasa beliau berada didalam penjara pada umurnya 19 tahun. Steve juga telah dibuang dari sekolah kerana peristiwa itu. Oleh itu tiada sebab untuk kita menyatakan bahawa kita tidak layak mencari apa itu kehidupan sebenarnya. Cubalah sekarang dan kenalpasti apa sebenarnya rahsia kejadian anda sebagai manusia!

Rahsia kejadian menurut Islam    

            Bagi umat Islam, kita wajib percaya bahawa Allah mencipta manusia dengan tujuan yang tertentu. Allah berkata didalam al-Quran bahawa Allah tidak menjadikan manusia secara main-main. Seperti didalam surah al Mukminun ayat 115 Allah s.w.t menyatakan:

"Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

             Ini menunjukkan bahawa penciptaan manusia telah dirancang oleh Allah terlebih dahulu. Allah sudah mengetahui motif sebenar penciptaan makhluk yang bergelar manusia ini. Lalu apakah motif itu?...Ikuti sambungannya di dalam buku Give & Take antara Hamba dan Pencipta.

p/s: Buku ini boleh diperolehi melalui pembelian di PTS.com. Para pembaca juga dijemput untuk berinteraksi dan berkongsi idea serta pandangan mengenai buku ini di FB rasmi Give & Take antara Hamba dan Pencipta atau di FB penulisnya sendiri menerusi nama Imtiaz Khan.

36 comments:

eszyamin said...

perkongsian yg berkualiti

Zakaria's daughter said...

awesome.

Tihara said...

salam..lama dah tk singgah sini..apa khabar..terhenti kat sini sbb ada topik menarik..nice :)

Fikri said...

Nice.. like3 *thumbsUp




Slalu xpnah pkir pn psal tujuan hdup.

Lia Irdelia said...

perkongsian yang sangat hebat!

Amira Atiqah said...

Taknak tanya saudari :P

Aha, tujuan hidup saya is nak mati dengan cara yang palinggggggggggg bermakna dan dalam keimanan yang teguh pada Allah inshaAllah :)

ahsfantasy24 said...

penulis tu baik orangnya,
cantik perilaku seelok wajah,
saya mengaguminya :)

Yatie Awang said...

menarik, terfikir sejenak...InsyaAllah akan selalu tanya pada diri

maaf lama tak singgah, blog lama dah di blog, tak boleh guna lagi..jadi ziarah dari blog baru

Aida Omar said...

tujuan ku hanya satu mahu menjadi hamba Allah dan umat Nabi Muhammad s.a.w yang berjaya didunia dan akhirat :) InsyaAllah

caliph shuriken said...

nice sharing ^^

*smoga menuju hepi ending...

Eca-mel said...

terleka bace entry nih..
nice :)

Ungu Violet said...

hidup perlu tujuan..
tepuk dada tanya iman..:)

Anak Wak Mail said...

ramai orang tak tahu tujuan hidup yang sebenar berada di muka bumi ni,,sebab tu mereka terus lalai dan alpa..(saya termasuk la tu).

Eye_nee said...

Perlu ada tujuan kerana kehidupan didunia sementara...dan selama berada dlm kehidupan sementara ini perlu beringat supaya menambah bekalan utk ke satu dunia yg kekal abadi...

+qasih nadira+ said...

perkongsian yang bermakna! :)

Wilayah Sepet Kuku said...

As salam,

Manfaat ada pada entry ini..

terima kasih.

qamarguyz said...

eszyamin:
thanz..
kredit buat Nurulain Ahmad,
penulis artikel di atas

Zakaria's daughter:
teruskan membaca =)

qamarguyz said...

Tihara:
w'slm..
sihat aje kak..
kita memang dah lama tak menulis =)
moga mendapat manfaat

Fikri:
itu la pasal kan..
bila realiti seakan fantasi..
semuanya hampir lupa diri

qamarguyz said...

Lia Irdelia:
inginkan sesuatu yang lebih hebat?
dapatkan buku ini di pasaran sekarang =)

Amira Atiqah:
nak tanya saudara jugak ke?
huhu..mati paling bermakna is mati dalam iman..khusnul khatimah..
InsyaAllah

qamarguyz said...

ahsfantasy24:
wahH..kenal secara peribadi dengan Imtiaz Khan ke? bagus laa..
jangan lupa dapatkan bukunya segera =)

Yatie Awang:
takpe kak..
sy pun dah lama tak menulis..
yang penting kita terus berfikir, bermuhasabah..sekurangnya untuk kebaikan diri sendiri & famili

qamarguyz said...

Aida Omar:
InsyaAllah..
tujuan itu harapan..
ianya takkan tercapai tanpa membuat pilihan..memilih jalan..
all da best!

caliph shuriken:
hepi ending?
penamat yg berkat..
maybe =)

qamarguyz said...

Eca-mel:
Alhamdulillah..
boleh dapatkan buku Give & Take antara Hamba & Pencipta..
tak rugi, ilmu & amal buat diri

Ungu Violet:
tujuan hidup satu ketetapan..
hanya perlukan sedikit pencerahan

qamarguyz said...

Anak Wak Mail:
kadang ada yang tahu tapi buat-buat tak tahu..
lafaz pertama kita dengari, itulah yang akan dibawa hingga mati

Eye_nee:
benar sis..
kehidupan ini satu persinggahan..
dalam menuju kehidupan itu yang berkekalan

qamarguyz said...

+qasih nadira+:
khatam tak baca?
huhu..

Wilayah Sepet Kuku:
w'slm..
sama-sama =)

alif haris said...

assalamualakum..pe khabar ?
lama menghilang ? hehe
sebenarnya bila kita sedar apa matlamat hidup kita, kita akan jadi orag yg bermotivasi utk berjaya dunia akhirat.. lebih2 lg matlamat hidup orag islam mcm kita ..

EmpayarUtama said...

Lama tul tak singgah sini. Menarik entrinya tp aku kena baca 2-3 kali...

Teenager Housemaid said...

sangat suka membaca entry ini..:)
sangat knowledgeable..:)

tujuan hidup kita bukan untuk dunia ataupun material, ianya hanya untuk Allah...
tapi, benarkah kita mencapain dan mnyedarinya?
-_-'

Sharif said...

Nice

Aishah Jahirah said...

kadang2 bila orang tanya apa tujuan hidup kamu, mesti ada yg terpinga2 mencari jawapan...diri sendiri pun terkadang macam tu...suka entry ni..

Annuy Lentera said...

Mantap dah pokok nya ,,,,

qamarguyz said...

alif haris:
w'slm..
alhamdulillah, sihat aje b0h..
a'ah, memang lama tak update blog nie..huhu..
betul la tu..matlamat & azam yang kukuh menjadi motivasi yang ampuh

EmpayarUtama:
kenapa baca 2-3 kali?
isinya susah nak faham atau bahasanya?..
nyway thanz atas komen tersebut =)

qamarguyz said...

Teenager Housemaid:
syukran sis..
cubalah dapatkan buku ni, lebih banyak yang boleh kita pelajari =)
selalunya kita sedar, tapi kita sering alpa..ditipu masa

Sharif:
thanz =0

qamarguyz said...

Aishah Jahirah:
kita hamba Tuhan, kita khalifah dunia..nampakkan di mana kedudukan kita, sebagai perantara

Annuy Lentera:
terima kasih kerna sudi membaca =)

♥ Cik sHieMa ♥ said...

tambah ilmu :)

qamarguyz said...

♥ Cik sHieMa ♥:
silakan tambah apa yg ada =)
m0ga berguna..

Nor Abdullah said...

Bismillah ^^
Assalamualaikum ##tok tok tok#
Tujuan hidup di dunia...memcari bekalan akhirat..
Waktu skrg ni adalah waktu tidur kite...
Waktu kat padang masyhar laa waktu bangun kita.. then masa tu la hidup kite bermulaa # mode :- amat takut mengenangkan kurangnyaa amalan.. Ya ALLAH....#
kak nor rasa macam mana la waktu... sampai kak nor ckp kat somi # abg.. nnt duk sebelah saye ye# somi balas# amalan awak yg duk sebelah awak# ...........diam...