Monday, September 26, 2011

Warna-Warna Belia

(diilhamkan daripada warna-warni Jalur Gemilang)


Merah darah belia bangsa
mengalir likat bercampur keringat
mencatat nama sudah biasa
menjalin idea bersama semangat

Putih warna bunga seroja
harum mewangi lekat di hati
masa belia muda remaja
menabur budi mencurah bakti

Biru laut menghempas batu
nyaman dirasa sedingin salju
rakyat berpadu belia bersatu
arah dituju Malaysia maju

Kuning kencana indah berkilat
dibias cahaya bintang kejora
raja berdaulat belia bersilat
menjunjung agama memimpin negara

21 comments:

Anak Wak Mail said...

wah,,boleh buat lagu ni..;)

hebat!

hyz said...

terbaeklahhhh..... malaysia tetap dihati

Jasman said...

hebat bro...

Nur Zulaikha said...

hasilkan lirik pulak ke dik?hehe..

budakijaupendek said...

nice info.
bangga jadi anak malaysia (:

Yatie Awang said...

Jalur gemilang berkibar megah,
Tanda semangat buat semua,
Jujur dan setia pada pemerintah,
pasti negara akan maju jaya.

etuza said...

Etuza bangga BERSYUKUR di BumiMu Malaysia..persinggahan seketika nadi ada..bangga jadi anak2 merdeka.

Run Away said...

..../salam..kenal...;d

Aida Omar said...

Malaysia no 1.. acam lagu dah la qamarguyz :) lama dah tak melawat kamu.

qamarguyz said...

Anak Wak Mail:
hehE..lagu patriotik yer?
kalu cam tu sis tolong la gubah muziknya =)

hyz:
Menuju Malaysia Baru..
jangan lupa mengundi nanti ;)

qamarguyz said...

Jasman:
thanz =)

Nur Zulaikha:
huhu..
takda gaya pantun ke nie? =)
lirik pun boleh laa...

qamarguyz said...

budakijaupendek:
hahAaa..
banyak ke info nyer? ;0

Yatie Awang:
InsyaAllah..
selagi perintah berpaksikan kebanaran, mengutamakan kebajikan, berpandukan hukum Tuhan =)
sedap juga pantun tu..huhu

qamarguyz said...

etuza:
Alhamdulillah..
moga kita kekal merdeka..
tidak hanya bebas di mata, sedang iman di hati kian terpenjara =)

qamarguyz said...

Run Away:
w'slm..
ukhwah fillah..
mai la singgah selalu =)

Aida Omar:
sihat sis? =)
huhu..ramai yg cakap cam lagu nie..
ley la mintak pak rais terbitkan di RTM kan..kui3!

..sissa.. said...

Kuning kencana indah berkilat
dibias cahaya bintang kejora
raja berdaulat belia bersilat
menjunjung agama memimpin negara


part tu best~
seriously its nice.
:)

chemie said...

nice pantun

~SaL IjOu~ said...

Malaysia tanah airku!~ ^^

missgee said...

Belia harapan bangsa..
Bersemangat tanpa malas
menabur jasa..

alif haris said...

tiap warna padanya punya mksud tersirat ..^^

qamarguyz said...

..sissa..:
thanz atas penilaian..
apa yG kurang boleh diperbaiki lagi kan =)

chemie:
thanz =)

qamarguyz said...

~SaL IjOu~:
tanah ke air ke..
semua kena bayar juga ;)

missgee:
hmM..tp sekarang ni kebanyakan belia masih lemah,lemas & malas..
cam ner?