Friday, December 17, 2010

Review Buku: Kau Laksana Bulan



Judul - Kau Laksana Bulan
Penulis - Aina Emir
Penerbit - Karnadya
Muka Surat - 530
Harga - RM19.90

Sinopsis:
Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam cintanya. Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak kejadian yang membebankan semangat untuk diteruskan kerjayanya.
 Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi sepertimana yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta. "Kau laksana bulan yang menyinari hidupku...dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit." Kau Laksana Bulan pastinya merupakan novel yang mendebarkan dan akan membuat anda mahu terus membaca untuk mencari jawapan kepada teka teki dalam perjalanan cerita ini.
Pandangan Peribadi:
Jalan cerita sangat menarik. Apabila saya membacanya seolah-olah saya sedang bermonolog mengiayakan apa yang diceritakan sendirian, seolah-olah saya sedang berbicara dgn ‘my mom’. Bagaimana caranya menjawab dan sebab-sebab yang diberi. Cuma bezanya ia hanya sebuah fantasi sedangkan saya berada di alam realiti. Arghhhhh! seperti saya meluahkannya, seperti saya yang sedang berlakon di dalamnya. Apatah lagi semasa membaca novel tersebut saya dalam keadaan sangat sunyi duduk diperantauan dan jauh dari famili & cinta insane (tak ada buah hati). Terasa kerdilnya diri, banyak kali baca pun masih terkesan di hati. Daripada buku ini saya dapat rasakan bahawa Allah itu adil. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Dari situ, berdasarkan sifat Adriana saya dapat mengambil iktibar supaya bersabar, supaya berusaha, berdoa dan redha dgn ketentuan Ilahi. Allah menguji walaupun kita rasa tidak mampu! Dan sekarang saya mula sibukkan diri dengan kerja agar tidak terasa terlalu sunyi.
oleh n0wra - pemenang tempat ke-3 contest 'Aksara Pencorak Hidupku' 

32 comments:

Zetchi Henry said...

wah
tentu seronok dibaca.
tak sabar nak mendapatkannya.

terima kasih.
singgah lah keblog zetchi dan
baca cerpen terbaru zetchi yang
berjudul
Jalan Pulang
jika ada kelapangan ya?!

Nieza Micha said...

dah lame tak bace novel dia... nieza suke kalau penulis nye aina emir... dia wat novel memang best... huhu...

Ibnu Darwin said...

ni novel islamik ke or cinta?? huhu

siti rahmah bahrom said...

wahhh dah lame xbace novel. aina emir mmg penulis yg best. huhu :)

cherry said...

novel ni dah pernah adekat drama tv2 kan..
sgt menarik..=)

nur intan hazirah said...

mmg best karya dier...jarang lelaki suka baca novel...
but paper pun yang jadi pasti der hikmah dan sebabnya

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

GKSB dah lama tak membaca novel..

kena cari novel ni juga ni

Fatimah Ali said...

novel ni mmg best...sy dah baca... :)

cik faez said...

best ke novel ni . kalo bg 10 bintang , congak2 novel ni dpt bpe ?

+qAsiH naDiRa+ said...

best novel ni ye~mula sy ingat awk nak jual novel ni.haha~best!

ZWAN SABRI said...

macam best jer.. ;)

qamarguyz said...

to Zetchi Henry:
InsyaAllah..
nanti ada kesempatan kita ke sana yer..nyway award tu da amik juz belum publishkan lg..TQ =)

to Nieza Micha:
o0h, yer kew?
seingat sy masih belum pernah membaca n0vel beliau nie..
takpe, nanti ada peluang nak baca gak laa =)

qamarguyz said...

to Ibnu Darwin:
kalu berpandukan sinopsis dan nama penulis serta penerbit tue..maybe bukan n0vel islamik =)

to siti rahmah bahrom:
sama laa..
da lama tak layan n0vel nie..huhu..selalunya baca yG islamik2 sj =)

qamarguyz said...

to cherry:
yer kew sis?
wahH..kalu da jadi drama kira hebat la juga kan..nicE =)

to nur intan hazirah:
ehkk..
lelaki tetap manusia..
kalu da suka membaca, apa2 bahan pun boleh..hehe ;)

qamarguyz said...

to GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr:
silakan cari..
wahH, kena mintak k0misyen la cam nie..da tolong pr0motkan sekali..huhu

to Fatimah Ali:
thanz 4 sharing..
lepas ni ley la pakat baca ramai2 =)

qamarguyz said...

to cik faez:
huhu..kalu cam tu kena tanya nowra la k0t..saya belum baca lg =)

to +qAsiH naDiRa+:
hehe..
kita nak jual n0vel sendiri jew nanti..mana tahu kan? kui3.. ;)

to ZWAN SABRI:
ramai yG resp0n best..
maybe la k0t..
try la baca =)

Ily~PearJarl said...

mmg best :)

BezBuddy said...

aku dah lama pencen baca novel ni...since zaman skolah kot..hehe...bosan2 main la game roy

Sultry Temptress said...

i've this novel too~~ cer nye best

mR.sYaH said...

best yerk..
xprnh bca lg..
tp rasanya dh buat dramakn.

qamarguyz said...

to Ily~PearJarl:
mana best drama ngan n0vel? huhu..

to BezBuddy:
l0rr..
ak pulak da lama pencen main game tu..sejak zaman sek0lah jg k0t ;)

qamarguyz said...

to Sultry Temptress:
yer kew..
nak pinjam b0le? hehe =)

to mR.sYaH:
maybe laa..
patut cam pernah dengar jew nama n0vel nie..hmM

eL mucuk! said...

dah pernah bacalah....
huhu.. best sgt!
tak rugi kalau beli..

maCy said...

awei2 join la kontest cerpen tp bkn macy nye. hehe

Zura said...

tajuk lagu P.Ramlee...

Ai Yu said...

kita dh ada buku nie...kwn bg...best buku nie

chittysarah said...

da lame xbace buku..
erm best gak law di bace nie!

mari cari~~
online ade x?

lallalala~~

qamarguyz said...

to eL mucuk!:
c0nfirm yer tak rugi?..
kalu cam tu kena carik juga laa..huhu

to maCy:
abis tu sape punyer? =)
nanti kita jenguk2 yer..

qamarguyz said...

to Zura:
yer tak yer kan..
baru perasan =)

to Ai Yu:
mmG best la k0t..
semua cakap best..huhu

to chittysarah:
silakan mencari & membaca yer..
kalu ada 0n9 bagitahu laa =)

✿Bloodberry✿ said...

wowwwwwww...
wowieeeee...
thanks u so much deq coz wt review pasal novel nie..

Siyes best novel nie.. jln cerita mmg tentang cinta tp cara olahan tu mengajar kita erti kesabaran mengajar kita cara nk tangani mslh... ade selitkan unsur2 islamik jugak...

Gayahspears said...

kena baca ni..cam best ja...

qamarguyz said...

to ✿Bloodberry✿:
hehe..u r welc0me =)
itu la..sy pun terfikir macam itu jg..ramai yG beri resp0n positif nie..tak rugi membacanya k0t

to Gayahspears:
j0m kita baca berjemaah..hehe