Sunday, October 17, 2010

Sedekah Si Fakir

Mereka sujud aku sujud
mereka puasa aku puasa
mereka memberi aku menerima..
tangan di atas lebih mulia
lebih berpahala

Naif si fakir bila merintih
akal emosi kian dijarah
lupa mentamsil wacana sirah
zikir si fakir adalah sedekah

Tiap tasbih itu sedekah
tiap tahlil itu sedekah
amal makruf itu sedekah
nahi mungkar itu sedekah

Lisan berkata hati merasa..
sucilah kenistaan jiwa
lerailah dedaunan dosa
zahirlah apa yang terlupa

Berdiri mereka lebih tinggi
duduk aku lebih rendah
tapi taqwa dinilai Ilahi
aku mereka tak perlu gundah

30 comments:

Tihara said...

Puisi penuh makna..

Anis izyan Abd Rahman said...

sentiasa suka ini aksara punya barisan kata~

ello said...

eh puisi ni wat sendiri ke??
waaaa... kagumnya..

pkataan2 dia pn de yg elfa x pnah dgr..

waaa...

Hana Faza-same person said...

salam roy
apa khabar?
dalam dunia selalu kena beringat
time kita susah, ada lagi yg masih tidak punya apa2
dan seandainya kita merasakan kitalah yang paling susah, bersyukurlah kita masih menghirup udara percuma..

sekdar mengingatkan diri sendiri

hidayatun mardiah said...

subhanallah...suka baca titian kata yang terungkam..

hidayatun mardiah said...
This comment has been removed by the author.
HaiDa HiDa said...

salam..
apa kbr roy??
puisi yg menarik dan penuh makna..

etuza said...

Salam azrai..
Wah lama kita tak sembang harap pcik masih di ingatan ya..
Sajak yg berbaur dakwah...dah baca. Tq ya

syarifah radiah ibrahim said...

salam.

'taqwa dinilai Ilahi'

siapa kita di mata Allah tu lagi penting kan?

qamarguyz said...

to Tihara:
lama betul tak nampak..
thanz, m0ga turut memberi makna buat kita =)

to Anis izyan Abd Rahman:
terima kasih sis..
sokongan semua amat dihargai =)

qamarguyz said...

to ello:
yurp..
semua puisi yG tersiar di laman ini adalah nukilan sendiri..
thanz..tp puisi ni biase2 sj laa =)

to Hana Faza-same person:
w'slm..
Alhamdulillah, sihat sj kak..
juz penat sikit hari ni..
benar sekali..
di mana kita berada..masih tetap di atas Bumi & di bawah langit Tuhan

qamarguyz said...

to hidayatun mardiah:
Maha Suci Allah..
yG menggerakkan pena ini untuk terus menulis..syukran..
m0ga mendapat manfaat

to HaiDa HiDa:
w'slm..
Alhamdulillah, bikhoir..
lama juga tak nampak =)
terima kasih sis

qamarguyz said...

to etuza:
w'slm pakcik..
sudah tentu, selagi masih belum hilang ingatan =)
macam biasa la..genre puisi yG banyak sy nukil setakat hari ini..

to syarifah radiah ibrahim:
w'slm..
akhlak nilai kita di pandangan insan, taqwa nilai kita di pandangan Tuhan..s0 dua perkara inilah yG penting utk kita sama2 usahakan =)

MR Bang Miji said...

perghh..ayat puisi berpuitis giler.
lame benor x lawat blog ko.ko yg amik law kan dulu?

iszieylyanziy said...

sgt bermkna mksudnye

++:::dY[a]::::++ said...

salam singgah..lame tak baca post kt sini..
yeah!level tak sama..taqwa tetap dinilai Ilahi..

zulkbo said...

salam..
singgah sini Azrai..
moga sihat selalu..
puisi yang menarik

Jom Layan Terbaru
www.zulkbo.com

Lemak Manis | Roslan Madun|Lagu

Rakyat

qamarguyz said...

to MR Bang Miji:
yer la br0..
ak la tu..huhu..
lama tak aktif bloGging..
puitis? da lagi yG lebih puitis..kui3!

to iszieylyanziy:
itu la yG nak disampaikan =)

qamarguyz said...

to ++:::dY[a]::::++:
thanz sudi membaca =)
huhu..level part lain2 sama sj di sisi-Nya, juz taqwa yG membezakan

to zulkbo:
w'slm tuan..
syukran ala ziarah =)
wahH..domain sendiri..makin maju

kesehaRian Ra-Kun said...

mari perbanyak sedekah :)

ctpayong said...

salam

tiada beza antara kita kecuali amal kita dan tiada beza amal kita kecuali ikhlasnya.

wallhu'alam

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Puisi ni indah sekali...baru saya terfikir dalam kesibukan ini dah lama saya tak berpuisi..tq ye mengingatkan kembali tentang hobi lama saya..hehehe.

qamarguyz said...

to kesehaRian Ra-Kun:
mari-mari..
senyum pun sedekah =)

to ctpayong:
w'slm..
tepat sekali..
pokoknya sesuatu amal adalah ikhlas

qamarguyz said...

to Lydia Miza(Aidyl Azim):
wahH..sis pun suka berpuisi yer..
ada kesempatan boleh la menulis lg =)
m0ga bermanfaat buat diri & semua..
thanz

faizz said...

menarik...tak semua org boleh tulis puisi begini..teruskan..

si biskut said...

nice poem...i loike it.teruskan hasilkan puisi yg best2 camni..

qamarguyz said...

to faizz:
TQ b0ss..
selagi ada ilham dan kesempatan, insyaAllah akan terus menulis =)

to si biskut:
thanz..
jenguk2 la selongkar page nie..
banyak lg puisi yG best..hehE

missgee said...

"kelu".."Selalu"
Bila singgah membaca di sini :)

ainhany said...

Salam dik azraie,

Subhanallah..
Tintamu amat puitis,
meresap makna kunci 'sedekah'

Tuntaskah sedekah kita
Dalam diam ada taqwa
dalam luhur lebur dosa
hak kita apa yang ada

w'aklam

qamarguyz said...

to missgee:
huhu..kelu?
nasib tak bisu ;)

to ainhany:
w'slm kak..
segala puji bagi Allah,
yang menggerakkan tangan & hati ini..
syukran atas perkongsian..
tintamu jg tidak kalah puitisnya =)