Saturday, October 09, 2010

Erti Cinta..

        "Cinta yang sejati & suci tidak memerlukan 'physical contact' yang boleh merosakkannya, sebaliknya ia terbina atas dasar iman, CINTA Ilahi dengan matlamat yang murni dan benar iaitu untuk menjadi pasangan yang sah serta melalui jalan2 yang tidak melanggar undang2 syariat, walaupun ia mungkin hanya bertaut di dasar hati." Hakikatnya, bercinta tidak salah melainkan kita sendiri yang menjadikannya salah. Bahkan dapat difahami bahawa rasa kasih sayang adalah fitrah manusia seperti mana jasad memerlukan makanan dan akal memerlukan santapan ilmu pengetahuan. Kasih sayang adalah fitrah yang memerlukan hidayah (petunjuk) supaya fitrah ini tidak sampai menjadi fitnah!


        Cinta adalah anugerah (hadiah) daripada Allah s.w.t. Sebagai penerima hadiah, sudah tentulah kita perlu menghargai pemberi hadiahnya dahulu sebelum menghargai hadiah yang yang diberi. Oleh itu, CINTA Allah s.w.t perlu diutamakan dalam persoalan ini, iaitu bukan sahaja dengan mengakui bahawa Tuhan adalah Pencipta cinta bahkan sebagai pengatur dan fokus pengabdian diri seluruh kecintaan.


        Cinta diciptakan bukan untuk suka-suka, tetapi sebagai salah satu jalan bagi mencapai keredhaan Yang Esa. Di setiap laluan perjalanan ini, sudah tentulah tercacak pelbagai jenis 'signboard', merujuk kepada peraturan yang perlu dipatuhi agar kita tiba ke destinasi cinta dengan selamat. Antara peraturan utama dalam bercinta ialah mendasari tiap cinta kepada  CINTA Allah dan memastikan tiada hukum-Nya yang dilanggar dan diperlecehkan, meskipun mungkin pada pandangan nafsu dan emosi, batas-batas cinta ini amat menyukarkan. Ingatlah duhai pencinta;

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah) , Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.."
(al-Baqarah: 216)

        Cinta sejati hanya akan tiba andai masa, tempat, keadaan dan calon telah sesuai. Ia tidak perlu dicari. Dalam memilih pasangan, Rasulullah s.a.w juga telah memberi petua terbaik iaitu dengan menilai berasaskan kecantikan, harta, keturunan dan ketaatan mereka dalam beragama. Cukuplah sekadar bersederhana dalam lain-lain hal, tetapi yang utama adalah keindahan akhlaknya pada pandangan insan dan ketinggian taqwanya pada pandangan Tuhan. Inilah juga ciri-ciri pasangan yang diperintah untuk dinikahkan.

        Malah cinta sejati itu sebenarnya adalah datang dari hati dan terpancar ke mata, bukan dari mata turun ke hati, kerana hatilah yang sebenarnya mengawal mata dengan pandangan iman, bukan sebaliknya. Sedarilah bahawa mata kepala hanya memandang wajah manis yang tetap akan berkedut dan wang ringgit yang tetap akan hangus, sedangkan mata hati jua yang mengenal sebaik-baik akal budi pasangan hidup.

        Rahsia untuk mengekalkan rasa cinta terhadap insan hanya dua, iaitu rindu untuk bertemu dan melakukan apa sahaja yang disuruh. Apa yang lebih penting dan utama adalah untuk mengekalkan rasa CINTA kepada Allah dan Rasul-Nya, rindu untuk bertemunya di akhirat sana, rindu dengan bermunajat di sepertiga malam, rindu untuk menghadap-Nya dalam solat juga melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan-Nya.

(versi Kemaskini: cinta Vs CINTA)

37 comments:

shininghepiness=) said...

cinta yg Allah kurniakan buat kiter di dunia aderlah bonus utk ke syurga jika digunakan sebaik2nyer...xsalah mencintai nikmat kurniaan Allah=)

shininghepiness=) said...

cinta yg Allah kurniakan buat kiter di dunia aderlah bonus utk ke syurga jika digunakan sebaik2nyer...xsalah mencintai nikmat kurniaan Allah=)

one2paii said...

pergh.gua truja..lu dah macam proffesour da..hebat2 ..hehe

tot tot kecik said...

salam..

rajinnye buat cerita berkisahkan cinta..sememangya cinta itu memberi seribu makna dalam kehidupan kita..dan cinta itu boleh dikategorikan dgn pelbagai cara..
hanya kita yang menentukan untul bercinta sepertimana dan kepada siapa yang lebih perlu..

nice entri.. :)

taqie said...

tersentuh baca.. :')

qamarguyz said...

to shininghepiness=):
benar sis..
tak salah mencintai nikmat..
yG salah c0z kita sering kufur nikmat..esp nikmat cinta ini sendiri

to one2paii:
aii..tang mana yG nampak cam pr0fesor nie? kalu cam ustaz perasan la jgk..hehe =)

qamarguyz said...

to tot tot kecik:
w'slm..
huhu, ngah ada idea pasal tu..
karang jew la =)
nyway thanz c0z rajin membaca..moga mendapat input yG berguna

to taqie:
mesti banyak pengalaman nie ;)

Pengumpulblog said...

Terima ksih kerna berkongsi ilmu tentang cinta.

alfaratisyah said...

nice entry, kebetulan tgh kaji buku Tentang Cinta tulisan Us.Pahrol.
terkadang manusia memilih utk terlebih mencintai hadiah dari si Pemberi Hadiah...
~cinta Vs CINTA, biarlah cinta itu berteraskan CINTA, bukan CINTA menjadi tempelan semata kpd cinta...

wallahua'lam

qamarguyz said...

to Pengumpulblog:
sama2..
hasil pembacaan, pendengaran, pengamatan & pengalaman sama2 kita kongsikan..itulah ilmu =)

to alfaratisyah:
benar..
moga jadi nasihat berguna buat diri & semua..
nyway tulisan ust Pahrol tentang cinta mmG menarik utk dikaji..Tentang Cinta dll..banyak mmbentuk persepsi cinta yG betul buat diri ini..insyaAllah

gdoupt_monster71 said...

yang penting cintailah diri kita dahulu...

khalidahmacambaguss~O_o said...

cinta kepada Yang Maha Mencintai dan lebih pasti....ALLAH~

PIDUT ASiS said...

terima kasih atas ilmu yang cukup bermanfaat..semoga kita saling cinta mencintai atas dasar Islam...

Post Terhangat...
Peti sejukku Berkumuh Lagi...

puteri cahaya. said...

puteri tertarik pd "Kasih sayang adalah fitrah yang memerlukan hidayah (petunjuk) supaya fitrah ini tidak sampai menjadi fitnah!".. InsyaALLAH.. cinta anugerah Allah adalah sebaik-baiknya dari hati terpancar ke mata.

qamarguyz said...

to gdoupt_monster71:
kenal diri..
kenal Pencipta

to khalidahmacambaguss~O_o:
InsyaAllah..
itulah cinta yang Hakiki

qamarguyz said...

to PIDUT ASiS:
sama2 sis..
moga kita sama2 mendapat manfaat =)

to puteri cahaya.:
syukran c0z sudi membaca..
moga apa yG menarik itu membuatkan hati & akal kita tertarik..
seterusnya terbentuklah cinta yG terbaik

z said...

Cinta yang paling agung ingin sekali kita kecapi,iaitu nikmatnya cinta kepada yang Maha Penyayang..moga kita sentiasa dalam kasih dan rahmatNya..InsyaAllah...

hidayatun mardiah said...

apa beza cinta,kasih dan sayang???

adibah said...

"Cinta sejati hanya akan tiba andai masa , tempat,keadaan dan calon telah sesuai.Ia tidak perlu dicari."-maknanye kita kna tggu je la...tanpa de usaha nak mencari?

missgee said...

Masih mencari "Cinta Sejati"
mudah-mudahan Allah s.w.t
pertemukan dengan jalan yang
diberkatinya :)

Zura said...

org skrg byk salah gunekan erti cinta sehingga sanggup gadai maruah..nauzubillah...:)

etuza said...

Salam..
Cinta sejati adalah anugerahNya..bersalutkan iman dan keraqwaan. Peliharalah cinta itu demi menuju rahmatNya..usa di rosakkan dengan nafsu semata.
Cinta...pandulah layarkan panjinya ke arah keberkataan..insyaallah akan mendapat restu ilahi dan restu semua keluarga.
Cinta yg sejati tiada pernah akan pudar sekalipun hingga ke anak cucu, kerana cinta itu semakin besar dengan ukhuwa cinta kepada zuriat dan kasih sayang semaking membahang..terbit warna sakinah..mantapkan keimanan.

Uncle.( masih kah dalam ingatan)

qamarguyz said...

to z:
InsyaAllah..
moga ditemui cinta nan Abadi..
cinta insan sbg asbab utk mencintai-Nya..

to hidayatun mardiah:
huhh..
s0klan ni perlukan jawapan ahli bahasa or ahli falsafah..hehe..
yG pasti semuanya adalah satu yG banyak.. =)

qamarguyz said...

to adibah:
Frasa ayat itu sama dengan hakikat takdir..itulah takdir.. tiada daya atau usaha yG mampu mengubahnya..
Hakikatnya ia tidak perlu dicari c0z ia tetap datang andai begitu jalannya, namun walau jenuh mencari ia tetap takkan jumpa andai itu ketentuan-Nya.. persoalnnya ialah kita tidak tahu apa takdir kita, apa jalan kita seterusnya..maka di situlah perlunya doa & usaha =)

qamarguyz said...

to missgee:
memang sesuai la tu sis..
da tiba masanya, juz perlu cari calonnya =)
da jumpa nnt jangan lupa perkenalkan..huhu

to Zura:
jenis cinta itu namanya cinta haiwan..bukan cinta monyet jew..
c0z haiwan mmG takda maruah =)

qamarguyz said...

to etuza:
w'slm uncle..
sudah tentu masih segar dalam ingatan..tak ketemu tak bermakna tak ingat =)

nyway thanz atas perkongsian..nampak akan kematangan yG lahir dr pengalaman..moga menjadi panduan & tauladan buat kami si anak muda..
m0ga uncle terus bahgia dalam cinta isteri & anak2...

kesehaRian Ra-Kun said...

kata-kata yang hebat :)

Saiedah Syamielah said...

Assalamualaikum,,
roy,,,best entry nie,,mcm kenal je ayat cinta adalah hadiah,, macam dalam IKIM.fm je,,
tapi memang betul tu,,
dia akan dtg tanpa ada paksaan,,
konsep mata tu memang selalu berlaku..dr mati turun ke hati..

Tapi tk ramai yang kita dgr mereka bertemu kerana hati baru nampak di mata..
wallahua'lam,,,
-saiedah UKM,bangi

Saiedah Syamielah said...
This comment has been removed by the author.
qamarguyz said...

to kesehaRian Ra-Kun:
terima kasih..
cuma mGungkap apa yG difahami =)

to Saiedah Syamielah:
w'slm sis..
kalu rajin explore la page ni, banyak lg entry yG best..
hehe..nanti sy publishkan balik kesah cinta 'dr hati naik ke mata yer' ;)

tak hairan jika ada perkara yG sis biasa dengar, c0z mmG persepsi cinta sy nie terbentuk menerusi pembacaan, pendengaran & pengalaman..k0nsep cinta menurut Islam yG mungkin tak asing bg ssetengah orang...

noreed said...

cinta itu membawa seribu pengertian yang kadang-kadang sukar ditafsirkan oleh akal manusia

mekdonel said...

entry ini worth reading..

http://fdausamad.blogspot.com/2010/10/maher-zain-ni-sunni-ke-syiah.html

http://fdausamad.blogspot.com/2010/10/metafora-sarcacsm-sound-derek-dan.html

serius!

qamarguyz said...

to noreed:
mungkin ianya lebih mudah ditafsir dengan hati..hati yG jernih..

to mekdonel:
thanz 4 dat inf0..

wanie m'nJ said...

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah) , Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.."
(al-Baqarah: 216)

=)
thanx,suka entri ni!

qamarguyz said...

to wanie m'nJ:
Allah berfirman sedemikian..janji-Nya tetap terlaksana..
syukran c0z sudi membaca..
m0ga selamat dalam bercinta =)

alif haris said...

perghh bro .. pndai berbicara tentang cinta .. hehe .. boleh buat buku ni :D gurau je ;p

qamarguyz said...

alif haris:
hehe..
kalu s0al cinta boleh la..
Dr Love k0t ;)
nyway thanz