Amal yang ikhlas amat penting dalam kehidupan setiap muslim agar segala kebaikan yang dilakukan tidak sia-sia dan mendapat ganjaran. Amal yang diniatkan untuk mengerjakannya terbahagi kepada dua bahagian iaitu amal yang ikhlas dan amal yang tidak ikhlas. Imam Nawawi dalam keterangannya mengenai amal yang disertai niat yang baik, telah berkata; bahawa amal yang ikhlas pula terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
- Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah (ibadat hamba)
- Amal yang dikerjakan kerana mahu mendapatkan syurga & pahala (ibadat saudagar)
- Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah, melaksanakan hak kehambaan & membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih dalam kecuaian serta kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak (ibadat yang merdeka)...
Rumusannya, amal yang ikhlas ialah amal yang diqasadkan kepada Allah, tidak kepada yang lainnya. Dalam sebuah hadith pula diceritakan bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata; "Ya Rasulullah! Ada seorang lelaki yang bersedekah tetapi ia suka supaya dipuji dan diberikan pahala kepadanya." Rasulullah tidak berkata apa-apa kepada lelaki tersebut sehingga diturunkan ayat al-Quran yang bermaksud:
" Maka barangsiapa mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah kerjakan amal soleh. Dan janganlah ia sekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya.." (Surah al-Kahfi ayat 110)
Antara sebab-sebab yang merosakkan amal ialah perasaan kehairanan dan kekaguman dengan amalnya serta perasaan kesombongan dengan melakukannya. Perasaan itu akan merosakkan serta memusnahkan keikhlasan amal walaupun kelihatan sempurna dan elok pada zahirnya. Selain itu, perasaan riya' juga dapat menjahanamkan amal. Harith al-Muhasabi berkata bahawa riya' itu ada dua macam; pertama, engkau memaksudkan taat kepada manusia dan kedua, engkau memaksudkannya kepada manusia dan kepada Allah. Amal yang dicampuri riya' bukanlah amal yang bersih, malah itulah amal yang menipu diri, mengotorkan jiwa dan menghampakan harapan. Amal yang disekutukan seperti ini tidaklah benar-benar ikhlas kerana orang yang mengerjakannya masih mengharapkan satu faedah yang berasingan selain daripada Allah s.w.t.
(by qamarguyz: risalah al-Qamar edisi 2)
18 comments:
Berilmu, beriman dan beramal.
Ilmu tanpa amal..
ibarat pokok yang tak berbuah..
ngeri nyerrrr..
to Mohd Shahrul Hafizi:
dat's riGht.. =)
huhu..
to missgee:
huhu..nGeri kan kalu kita nampak hakikat yG tersurat..
m0ga sama2 dapat beramal secukupnya
salam Azrai,
Sukarnya nak buang sifat ujub dan riya' ni, kdg2 kita berusaha bersungguh-sungguh tak nak ada rasa yang kita dah buat baik, tapi timbul juga perkara-perkara ni.
Kepada Allah jugalah kita mohon perlindungan.
salam.
ibarat pokok yg tak berbuah xpe lg,
jgn lak hidup ni tak buat amal lngsng. kn kn?
even buat amal sebesar zarah pn dh dikira dapat pahala. huhu.
hehe.
tiap pekara yang kita lakukan hendaklah berdasarkan NIAT..NIAT yang IKHLAS KERANA ALLAH...insyaALLAH...mendapat redhaNYA...BCOZ OF ALLAH...
"Ya Allah ampunilah dosaku,kebodohanku dan hal-hal yang Engkau lebih mengetahuinya daripadaku".Amin...
singgah n baca ilmu yg berguna di blo ni :) thanx
ikhlas???mudah diungkap hakikatnya milik ALLAH
ujub & riya...ini yg parah bila mula bertahta di hati..sokongan yg bawa rebah nie..
Moralnya:
nak buat baik pun kena hati2
nak buat jahat dah tentu kena nanti
hidup kena sering diingatkan..temakasih azrai nice info
to Werdah:
w'slm..
betul tu..lg difikirkan usaha kita, lg mudah sifat tu datanG..
s0 kita berserah jew la..m0ga DIA menilainya jua
to Cik Mi Mi Ra Ra Ra:
w'slm..
yer dik, betul da tu..huhu..
buat amal sbesar zarah DIA hitunG, buat d0sa sbesar zarah pun DIA kira..malah d0sa kecil kalu diulanG2 jadi basar jG kan..
m0ga kita sentiasa dalam perlindungan-NYA.. =)
to NUR JANNAH:
agreed with u..
apa pun yG paling utama adalah niat, tujuan ikhlas kerana Allah..
kita sbg student pun sama jG..
matlamat & tujuan hanya untuk mendapat redha-Nya..
kerja baik, gaji besar, jadi pr0fesor itu semua hanya misi sampinGan dalam menuju visi yG utama...
to Pacifist:
Ameen..
m0ga DIA yG Maha Bijaksana & Maha Pengampun mGampuni kita semua..
to Tihara:
Thanz kak..
selalu sinGgah & k0men d cni =)
m0ga tiap perk0nGsian ada manfaat untuk semua..
to ainhany:
benar tu..
mulut mudah brkata, tapi hati & akal tak bisa berb0honG..
sama2..m0ga kita semua mendapat manfaat darinya..insyaAllah
salam singgah mengutip ilmu.. ;)
to I*K*T*I*R*A*F:
w'slm..
silakan..sinGgah2 la selalu =)
memang sedih.. bagi orang yang merasakan banyak amalan.. ttp tanpa sedari.. semua amalannya tak diterima... sedihnya... bimbangnya..
to huzaini:
begitu la kan..
kdG2 penyakit hati ni lagi payah nak diubat..s0 jangan la terlalu yakin dGn apa pun amalan kita..semua di tangan-Nya..
nice info bro!
to meo188:
thanz..m0ga ada manfaatnya
Post a Comment