Pentaksub PAS-PN memang jumud, hinggakan sesiapa saja yang perlu berurusan dengan Trump dianggap "sekutu syaitan."
Adakah mereka lupa, Allah SWT ciptakan sesuatu, baik dan buruk ada asbabnya. Ada hikmah ujiannya. Anjing meskipun haram dimakan dan dibela, tapi dalam situasi serta keadaan tertentu hukumnya boleh jadi harus, bahkan wajib. Anjing sebagai penjaga kebun, ejen pengesan dan lain-lain. Belum sentuh lagi soal darurat. Lupakah kita hadis sahih bagaimana seorang pelacur dijanjikan syurga hanya kerana memberi minum anjing yang kehausan?
Apatah lagi susuk manusia bernama Trump. Setuju atau tidak, posisinya sebagai pemimpin kuasa besar dunia memerlukan pemain politik antarabangsa bermuamalat dengannya. Cuma kebijaksanaan yang membezakan. Itulah pentingnya seni diplomasi dalam hegemoni global hari ini, ada langkah tarinya ketika berdepan kawan atau lawan. Jangan sampai tumbang sebelum berdendang, dan jangan melarikan diri sebelum berperang.
Cuma mungkin kerana dalam PAS-PN langsung tiada watak yang bijaksana dan berwibawa untuk berhadapan Trump, jadi semua orang pun dihukum dengan pandangan jumud yang serupa? Lalu mulalah mereka menghukum sana-sini, biarpun hukuman itu selalunya dibuat di luar konteks atau situasi sebenar.
Contohnya semalam, tanpa kehadiran PMX di Parlimen, Ketua Pembangkang punyalah lantang mencerca macam-macam. Rupanya hari ini pabila PMX masuk bersidang, sebiji telur anak jantan MP pembangkang pun tak kelihatan. Memalukan!
Cubalah contohi anak muda MP Muar yang berjiwa besar dan berani berhujah dengan matang secara berdepan. Mana yang baik disokong, mana yang buruk dibangkang.
Aduhai pembangang... ehkkk silap, pembangkang!

No comments:
Post a Comment