Bukannya mudah mentadbir negara berbilang kaum, yang sedang menanggung hutang bertrillion ringgit. Salah langkah muflis negara hancur segala. Namun PMX yang telah diuji dan dipersiapkan dengan pelbagai dugaan hidup terdahulu, melangkah dari pintu penjara ke gerbang Putrajaya dengan penuh bergaya. Dalam tempoh 2 tahun sahaja, nilai KDNK negara melonjak dan harga matawang negara samakin pulih.
Bukan sahaja di peringkat nasional, hubungan erat dan berkecuali Malaysia di bawah pimpinan PMX dengan negara luar dilihat berjaya membuka mata dunia. PMX lantang apabila perlu, terutamanya dalam isu pembebasan Palestin, tetapi masih berhemah dalam beberapa isu kritikal bagi mengimbangi hegemoni kuasa besar dunia. InsyaAllah, bawah pimpinan PMX Malaysia akan kembali digeruni sebagai "The Asian Tiger!"
Namun begitu, kerja-kerja mencuci najis tinggalan pimpinan dan kerajaan terdahulu bukanlah mudah. Meskipun PMX bekerja keras setiap hari, tanpa mengambil gaji, mata lalat tetap melihat sosok diri PMX yang busuk dan kotor asbab kerja-kerja mencuci najis tadi! Hanya mereka yang waras dapat berfikir, dan hanya jauhari mengenal manikam (seperti mana arwah TGNA).
Walaupun begitu, saya tetap yakin dan percaya PMX akan mengakhiri karier politik kepimpinannya dalam satu atau dua penggal lagi dengan gelaran Negarawan Ulung yang diakui oleh seluruh rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment