Masihkah kau ingat budaya bangsa warisan dahulu?
watak kita orang timur punyai sifat malu
sopan dan budi menjadi satu..
Berkelahi cara Melayu menikam dengan pantun
menyanggah dengan senyum
marahnya dalam diam
merendah bukan menyembah
meninggi bukan mendongak..
Masihkah kau ingat kisah penjajah waktu itu?
watak mereka orang barat punyai sifat melulu
sabar dan jujur tidak bersatu..
Berperang cara mereka semuanya musnah
budaya bangsa menjadi punah
anasir perosak mula menjarah
anak watan bertambah susah
hidup merempat di bawah tanah
31 Ogos 1957
Jalur berbelang megah kita julang
laungan merdeka gah berkumandang
maju negara dengan perpaduan
menuju Malaysia yang lebih gemilang
31 Ogos 2012
Kata merdeka kini disalah erti
demi mencari kebebasan sendiri
anak bangsa sudah hilang jati diri
Melayu dan lupa kian sebati di hati
Di manakah akhlaknya?
di manakah pedomannya?
mengapa gundah jiwanya?
mengapa gugur imannya?
Bangkitlah duhai anak merdeka
bangunkan semangat nan membara..
Kerana watak kita mencorakkan pentas dunia
watak kita penebus maruah agama
watak kita cerminan negara bunga raya
watak kita penentu kemerdekaan terbela
19 comments:
akak x leh bangkit
bleh duduk je hehe
selamat hari kemerdekaan
salam kemerdekaan.. :)
watak anak merdeka sekarang = kpop, bieber, buang anak, gay, lesbo...aduhai...
Bagi generasi yang semakin tak mengerti, kata merdeka bak mantra yang hilang sakti, dan mereka semakin tak peduli. sobss.. =(
salam kemerdekaan.......watak ank muda skrg kn..(eh.mcm sy bukn ank muda je..huhuhu)
p/s:lame x singgah sini..
salam merdeka..masyaAllah dah lama sgt tak berkunjung ke blog ni,semoga penulis baik2 saja :) keep on blogging!
salam merdeka. (: lama tak dtg sini.
kita kena hargai kemerdekaan masa skrg, jgn biar kuasa luar merampasnya.
salam merdeka :)
salam merdeka QG..semuga anak2 merdeka cepat tersedar & insaf..skrg ini mereka lena dibuai mimpi2 indah sehingga melupakan tanggung jawab mereka sebagai pengganti utk menjaga negara dimasa akan datang.. :(
kata merdeka dilaungkan
pengertian merdeka tidak lagi sekata
yang melalui derita mencapai merdeka
punya semangat mempertahankan negara
yang merasai susah lebih menghargai kesenangan
yang mengangis kesedihan lebih menikmati kebahagian
hapi merdeka day...hehe
semoga minda2 anak remaja sekarang lebih merdeka dan bebas dari gejala sosial yg merosakkan akhlak & nilai jati diri..
kunjungaan..
salam merdeka..
salam sehat smga selalu sukses..
puisi yg mnarik...
kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)
Merdeka
moga jiwa kita merdeka daripada
jajahan yang tidak baik..
anak merdeka.. ^^
salam....
lama kak mimi tak datang sini...
maaf lama kak mimi sepi...kini muncul kembali....
agak agak sekaranag ni qamarguys dah ada penyeri blum.....?
Miss you kak mimi~~
http://mimi-moneyonline.blogspot.com
Post a Comment