Akal adalah mahkota ilmuan. Kerana akal manusia berbeza dengan haiwan. Dengan ini akal memiliki keistimewaan yang tersendiri. Akal menyebabkan manusia mengenal banyak perkara. Kerana akal manusia bermegah akan kehebatannya. Akal sentiasa melindungi manusia dari segala bencana.
Dalam perjalanan ini, kita perlu melihat bagaimana akal menilai cinta. Apakah akal mampu mengenal cinta? Hakikatnya cinta berada di wilayah penguasaan hati. Bila cinta berada di hati bererti di situ ia akan memerintah. Ketika akal mahu mengatur cinta, hati sering menepisnya kerana cinta bukan urusan akal dan hati melihat ia lebih agung dari akal. Akal tidak mampu menembusi benteng hati kerana cinta berada di luar kerajaannya. Bererti akal sama sekali tidak faham urusan hati dan cinta.
Dalam epistimologi, wilayah hati jauh lebih luas dari akal. Hati mampu melihat dan memahami apa yang gagal difahami dan dilihat oleh akal. Akal umpama alat berenang, dengannya kekadang manusia sampai ke dataran dan kekadang tenggelam. Fungsi akal dan hati nyata berbeza, akal pada kedudukan penalaran dan berfikir sedangkan hati adalah merasa, sedang cinta adalah milik hati bukan akal. Akal tidak akan merasa nikmat dan kesan cinta, ia hanya dapat membuktikan wujudnya cinta.
42 comments:
Guna dengan sebaik mungkin keduanya (:
kalau kita bicara tentang cinta..kalau difikir2 memang sukar ditafsir..cinta akal dan cinta hati
seimbangkn ke22nya..
Mencintai tanpa gun akn akal yg selalu terjd..
nauzubillah :)
Dengan akal kita berfikir, dengan hati kita merasa. Tp ingat.. tanpa iman.. kedua2nya tidak boleh berfungsi dengan sempurna. :)
bayangkan cinta tanpa akal..
punah donia...
buat keputusan tak boleh ikut hati...nanti mati...ikut akal logik yg sebaiknya...
nisbah mentafsir cinta menggunakan akal lebih kecil berbanding manusia yang mentafsir cinta menggunakan hati..
p/s: kalau nk tafsir pakai hati pun, jangan sesuka hati..hihi
cinta oh cinta. Rahsia Allah.;)
Asalam..
Cinta yg suci anugerah Allah.
Nak tanya macamana nak hilangkan tu word verfiction dalam ruang pengesahan ulasan tu ya..
ada teman blog lain kata susah nak masuk ulasan komen kat blog saya, katanya ada word nak tulis kalau satu ok lagi katanya tapi ada dua word nak tulis, sudahlah kabur katanya ..rumat jg tu, minta ajar ya azrai..
Besarnya Kekuasaan Ilahi..hmm
ikut hati mati..ikut rasa binasa :)
Cinta kerana Allah sungguh indah
cinta itu luas
akal sebagai alat dan wadah mencari ilmu tentang cinta...
dan hati... sebagai penunjuk arah, pembina benteng dan penyuluh jalan dalam usaha akal menyelami cinta...
Hati itu Raja... biarkan akal bertindak di bawah kawalan hati... hati yang bersih dan beriman :)
"Akal tidak akan merasa nikmat dan kesan cinta, ia hanya dapat membuktikan wujudnya cinta"
suka ayat ni...
cinta itu memerlukan akal & juga hati.. bercinta mggunakan akal yg positif mnjmin kbhgiaan begitu la sbliknya jika akal digunakn ke arah yg negetif maka hasilnya negatif.. hati juga turut memainkan peranan penting.. hati yang suci & bersih pasti akan berjaya menguasai akal fikiran yg waras.. begitulah sebaliknya jika hati ternoda maka punahlah segala2 nya..=)
CINTA tanpa AKAL mematikan HATI...
HATI Tanpa CINTA mengelirukan AKAL..
Cinta tanpa akal.. susah tue
mendalam juga nilai cinta itu (:
makna cinta yang sama namun berbeza tafsiran bagi setipa yg merasainya..
"cinta" akan lebih bermakna jika kedua-dua akal & hati saling bekerjasama.
cinta...terlalu sukar untuk ditafsir oleh akal dan terlalu susah untuk dirasa oleh hati....
cinta membuatkan hati menjadi tak keruan dan cinta membuatkan akal selalu memikirkannya.. Gunakanlah kedua2nya sebaik yang mungkin :)
Salam..
Akal mmg kena buat pertimbangan sebelum jatuh cinta...
Tp akal yg ada tu mstilah berpaksikan iman & ilmu yg betul..Barulah akal boleh bimbing hati buat keputusan yg terbaik utk cinta...
Menarik!
asalam...
datang singah malam ini..moga bahagia..
waaah..dokter cintaaa...mesti tgh brcinta nyh.. ^^
akal dan hati mmg saling memerlukan tapi dlm keduanya harus bijak dinilai utk diikuti..
p/s:sorry..bz sikit..
Dila azie:
yurp..selagi akal masih berfungsi, hati masih merasai =)
Yatie Awang:
cinta keduanya..
kurniaan Ilahi =)
Ruby Mahabbah Fillah:
itu cinta nafsu..
selalu indah di mata cuma =)
GBM:
rumusan yg baik..
kerna iman itu perkara yg berada di luar likungan hati & akal, buat panduan keduanya =)
Cik Nur:
itu cinta dunia =)
Aishah Jahirah:
ikut logik pun tak berapa tepat..
banyak perkara yg kita tak nampak =)
asal hati tidak mati, keputusannya pasti
asliner:
agreed with u..
apa pun erti dan nilai cinta, hitunglah sebaiknya =)
pengemis Cinta~:
misteri dunia =)
etuza:
w'slm..
cantik template baru ;)
sy dah ajarkan di ruangan komen blog pakcik..moga berjaya
Jari Manis D`blogspot:
hmM..walau ke atas sekecil semut api =)
nuriz:
jadi kita nak ikut apa? siapa?
hihiii ;)
Citra NaniZam:
tak ramai yg sukakan keindahan..
lebih ramai yg sukakan kenikmatan =)
ternyata berbeza
TiraPengemis:
konteksnya luas..
tapi kita bicara dalam skop yg lebih kecil..yg menjadi masalah kini =)
keri ikhwan:
tepat dan padat..
pembinaan ayat dan penyampaian maksud dah seolah2 penulis buku profesional..tahniah..
terima kasih atas perkongsian =)
LaLa mhdnor:
apa lagi..
pi la update status kat FB ;)
sri yanti:
skema betul ayat dia..hihiii..
kesimpulannya? bukan salah akal atau hati..tapi diri sendiri =)
Eye_nee:
sedetik lebih diambil untuk memahami frasa sis kali ini..nicE =)
afie_safiyya:
cuma fungsinya yg berbeza..
mudah saja =)
steffany daph:
amat dalam..
sebab itu ramai yg tenggelam =)
Lia Irdelia:
lebih kurang cam tu la..
kerna ianya subjektif..
beribu warna, berjuta rasa =)
ctpayong:
apa yg penting??
kerjaasamaaa ;0
cik comey:
benar..ianya anugerah Ilahi..
ada panduan yg tersendiri =)
Aida Omar:
wahH..berdasarkan pandangan ni, jelas banyak pengalaman dalam diri..
rite? ;)
Typing Error:
w'slm..
insan misteri turut memahami ertinya cinta..bagus sekali =)
Miss Zue:
kredit kepada penulis yg tidak dapat dikenal pasti =)
etuza:
w'slm..
bahgia bersama cinta =)
Princess Nusy:
doktor..walau tak bercinta pun boleh menulis tentang cinta ;)
Nur Zulaikha:
s0ry jg..
sy bz banyak..hihii
Post a Comment