Saturday, February 18, 2012

Belajar Dari Si Kecil 'Angsa'

Cikgu! Di rumah saya ada angsa besar cikgu.” Arif sibuk bercerita.

Wah, besar macam mana?” Soal saya sekadar mahu mengusik si kecil itu.

Besar macam ni cikgu.” Katanya lagi sambil menggayakan tangannya untuk menggambarkan saiz angsa di rumahnya yang dikatakan besar itu.

Mengenangkan kisah ini, ia mengingatkan saya pada sebuah fenomena yang dapat disaksikan di negara-negara di sebelah Eropah menjelang musim sejuk. Burung-burung yang biasanya hidup di Eropah Utara mulai berangkat menuju ke Selatan iaitu ke negara-negara Laut Tengah yang bersuhu lebih panas. Setelah musim sejuk berlalu, mereka akan kembali ke tempat yang sama untuk mengeram. Antara burung yang terlibat dengan proses ini ialah angsa.
           
Angsa-angsa ini akan terbang dalam satu kelompok yang jumlahnya lebih kurang 100 ekor secara bersama-sama. Di langit mereka membentuk satu formasi berbentuk huruf "V". Ia merupakan suatu pemandangan yang sangat indah dan menarik. Ia juga merupakan satu petanda bahawa musim sejuk sudah semakin hampir. Perkara yang menghairankan, dengan formasi ini mereka dapat terbang sepanjang hari tanpa berehat dan berjaya sampai ke tempat yang dituju meskipun jaraknya lebih  kurang 2000  kilometer.

Belajar Dari Angsa

Haiwan yang bernama angsa ini bukanlah mempunyai kuasa ghaib sehingga mampu terbang tanpa henti sejauh 2000 kilometer. Tetapi rahsia yang diguna pakai sejak dahulu kala hanya satu iaitu sikap bekerjasama. Dengan sikap kerjasama antara mereka, haiwan ini mampu sampai ke tempat yang dituju tanpa berhenti di mana-mana perhentian sekalipun. Apakah bentuk kerjasama antara mereka? Mari kita lihat;

  • Formasi “ V ”
            Angsa-angsa ini biasanya akan terbang di dalam formasi berbentuk “V”. Oleh itu, tugas yang paling berat dalam formasi ini terletak pada burung pemimpin  yang berada di bahagian paling hadapan. Ini kerana dialah yang lebih banyak mengeluarkan tenaga bagi menahan angin yang datang dari bahagian hadapan. Oleh itu, angsa-angsa yang berada di belakang iaitu di sisi kiri dan kanan menjadi lebih ringan ketika menentang angin yang datang dari bahagian hadapan.

Jika salah satu angsa keluar dari formasi tersebut, maka secara spontan ia akan merasakan angin yang lebih kuat dari arah hadapan dan akan segera kembali ke dalam formasi. Mengenai hal ini, para ilmuwan berkata bahawa dengan teknik yang digunakan maka tahap ketahanan sekawanan burung 71% lebih tinggi jika dibandingkan dengan terbang sendirian.

Walaubagamanapun, bukan hanya angsa di depan sahaja yang mendukung angsa-angsa di belakang, tetapi angsa-angsa di bahagian belakang juga saling menguatkan angsa di bahagian hadapan dengan teriakan mereka sebagai sokongan moral dari angsa yang berada di belakang. Dengan teriakan ini, maka ketua angsa akan lebih bersemangat untuk meneruskan perjalanan.

  • Matlamat yang sama
            Sikap kerjasama mereka juga ditunjukkan melalui kebersamaan dalam mencapai matlamat. Angsa-angsa ini mempunyai satu matlamat iaitu kemahuan terhadap suatu kawasan yang lebih panas dan meninggalkan kawasan yang sejuk. Ini adalah sesuatu yang menarik kerana tanpa tujuan yang sama maka formasi 'V' burung-burung tersebut akan kacau bilau. Masing-masing akan bertindak sesuka hati tanpa mempedulikan apa yang terjadi pada angsa yang lain. Oleh itu, sikap satu hati menatijahkan mereka sampai ke tempat yang dituju.

  • Sama merasa
            Ketua angsa sememangnya mempunyai tugas yang amat berat. Ia terpaksa mengharungi angin yang terkuat kerana ia berada di bahagian yang paling hadapan berbanding angsa yang lain. Posisi ini menuntut kekuatan tenaga dan tanggungjawab yang tinggi. Apa yang menariknya adalah apabila ketua itu tadi telah mulai keletihan, maka ia akan beransur ke bahagian belakang dan rakan angsa yang lain secara cepat akan mengambil alih tugasan tersebut. Begitulah yang akan berlaku seterusnya sehingga mereka sama-sama sampai ke tempat yang dituju. Sikap sama merasa akan kesusahan kepada ketua kumpulan mengambarkan sikap empati  yang tinggi mereka terhadap rakan sekumpulan.

  • Berganding bahu
            Jika dalam perjalanan yang cukup jauh itu ada burung yang lemah atau sakit, selalunya ada dua ekor burung lain yang akan mendampingi yang sakit ke bawah dan melindunginya. Mereka akan membantunya dengan memberikan semangat kepada angsa yang sakit itu sehinggalah ia sembuh atau mati. Lalu mereka akan bersama-sama meneruskan perjalanan mereka dengan kembali kepada sekawanan angsa yang lain, sehinggakan tidak pernah ada yang tertinggal atau ditinggalkan begitu saja tanpa ada yang membantu mereka.

Belajar Untuk Maju

            Apa yang diceritakan di atas semestinya menakjubkan. Bagaimana haiwan kecil yang bernama angsa itu mampu terbang ke angkasa raya dan menuju ke satu kawasan yang jauh hanya dengan menggunakan satu kaca kunci iaitu kerjasama. Jika dlihat dengan teliti, kita boleh mengambil tiga pengajaran dari pekara yang diamalkan oleh makhluk kecil itu.

  • Perlunya berasa sanggup
            Sebagai seorang manusia, kita boleh mengambil pengajaran dari nilai kesanggupan untuk berkorban dalam apa jua keadaan yang ditonjolkan oleh angsa. Sebagai contoh ialah dalam persaudaraan Islam, kita boleh mempraktikkannya dalam ukhwah sesama saudara seislam. Antara caranya ialah dengan mendahulukan mereka dalam pelbagai perkara. Ini secara tidak langsung meningkatkan sikap memberi sesama makhluk. Orang sekeliling kita bakal berasa dihargai dengan perbuatan itu.

Nabi Muhamad pernah berpesan kepada umatnya bahawa;

Seorang Muslim bersaudara dengan muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. Siapa yang melapangkan suatu kesusahan seorang Muslim, Allah akan melapangkan baginya satu kesusahan pula dari kesusahan-kesusahan yang dihadapi di hari kemudian.” (Laporan Bukhari dan Muslim)

            Oleh itu, Al-Quran ada menyebut bahawa sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara dan yang menjadikan mereka bersaudara ialah akidah keimanan. Keutuhan persaudaraan sesama Islam tidak akan terurai melainkan jika mereka keluar dari Islam. Ikuti sambungan seterusnya di dalam buku 'Give & Take antara Hamba dan Pencipta'...


p/s: Buku ini boleh diperolehi melalui pembelian di PTS.com atau didapati di kedai-kedai buku berhampiran anda. Para pembaca juga dijemput untuk berinteraksi dan berkongsi idea serta pandangan mengenai buku ini di FB rasmi Give & Take antara Hamba dan Pencipta atau di FB penulisnya sendiri menerusi nama Imtiaz Khan.

43 comments:

hana said...

erm..
kita kene belaja mencontohi sikap-sikap terpuji ni...
=D

Miss N™ said...

Jelas..!

betapa bgusnya sikap yg ada pada sekeumpulan angsa...

Unknown said...

buku yang menarik..

Zehan Ilyana said...

whoa..
seriusly baru tau pasal angsa ni..

RHI said...

wah..hebatnya..kalau kita bekerjasama pasti semua kerja menjadi senang..kan

kak gojes said...

bagus angsa2 ni...tau bekerjasama...

vblogklasik said...

Smua ni adalah tanda2 kebesaran Allah :)




*dulu kcik2 tkt kot ngn angsa :D

cinta siswi said...

angsa oh angsa.. depa nk serang org pun dlm group.. :)

En lidi said...

angsa juga putih dan comel

Domu-kon said...

sebenrnya..stiap apa yang dicipta oleh Allah ini sungguh indah.. seperti angsa yang saudara cerita..haiwan pun tahu adanya ketua dan ikut..tapi kita?

Unknown said...

kerjasama itu penting :D bgus juga contoh angsa ni.

afzalsukasuki said...

bagus entry ni.aku baru tau pasal formasi v si angsa tu bro

si kiut lavender said...

tgok sekumpulan angsa terbang dalam bentuk 'V' mmang indah dan tenang..pandai angsa2 tuh buat formasi mcam tuh kan.

bila dah baca entry nih bru terfikir...hebatkan semangat mreka

TS Frima said...

belajar bisa dari apa saja dan siapa saja ya :)

FiNi Pelangi said...

azrai,. mohon share ye :)

Unknown said...

halo brader.terima kasih sbb sudi singgah... :)
salam perkenalan!

PemilikCahaya said...

manusia ini pelik kan? pelbagai cara Allah tunjuk untuk kefahaman manusia tapi manusia seakan sengaja tidak memepdulikannya walaupun tahu ada kebaikan disebaliknya..contoh yg biasa kita dengar ialah semut, bagaimana mereka berkerjasama dan sering 'bersalaman' ketika melakukan tugas bagi memastikan mereka tidak tersesat jalan.

Gaya Pesona ❤ said...

betul tu! walaupun angsa ni haiwan tapi kadang2 kita sebagai manusia kena jugaklah belajar dri haiwan2 ni...mmg ptut tuk dicontohi

tirahzairi said...

nice....tapi saya takut angsa...hehee

Cheqna said...

Interesting...terimakasih highlight tentang buku tu.

Admin said...

berjemaah lebih enak daropada
bersendirian, di situ ada kekuatan :)

ツ -cekguru- said...

nice~~~
mencari2 bku yg dmksudkn tu~~

Nur Zulaikha said...

jgn jadi lalang...

Lia Irdelia said...

baru tau psl angsa ni...

err..
tpi memang takut gak la..
takut kena kejar angsa.. hhee

Admin said...

subhanallah,
setiap sesuatu ada hikmahnya :)

Anonymous said...

bgusnye..xpnah trpikir pun pasal ni..mmg kerjasama tu pnting..nice sharing..=)

THE AUTHOR said...

Yang penting dalam mana2 pekrjaan dalah kerjasama dan saling faham memahami......

Jom join Hanif Blog Bloglist
Hanif blog bloglist
Salam kenal….dan I follow sekali
Lepas letak sila komen yekk..

qamarguyz said...

hana:
yurp..malu la pada angsa..
kalu sikap kita lebih hina =)

:: Cik Nur ::
j0m jadi angsa nak?
bebas berterbangan di angkasa!
;0

qamarguyz said...

ijA:
jangan lupa..
dapatkan di pasaran..sekarang! ;)

Teenager Housemaid:
kan..b4 ni pernah jugak terfikir..
tapi tak tahu pulak =)

qamarguyz said...

Yatie Awang:
apa yg penting??
KERJASAMA....
w0nderpet! ;0

Eryati:
betul..
kadang2 manusia itu lebih teruk daripada binatang ternakan =)

qamarguyz said...

Fikri:
Maha Suci Allah..
subhanallah =)
yer la..suka kejar orang angsa2 nie..hehE

cinta siswi:
wahH..mesti ada pengalaman nie ;)

qamarguyz said...

En lidi:
a'ah kan..
cute jew angsa2 putih nie =)

DOMU-KON:
tp ketua kita sering gagal menunaikan hak2 pengikut..huhu..

qamarguyz said...

steffany daph:
banyak lg contoh haiwan2 yg mampu bekerjasama ni kan..
paling popular tentulah Wonderpert!
kui3 ;0

Mohd Norafzal:
kredit kepada penulis buku..
yg dah tentu rajin membaca =)

qamarguyz said...

si kiut lavender:
sangat hebat..
patutlah selalunya jet2 pejuang pun terbang dalam formasi sebegini..
mereka tiru angsa! =)

Ra-kun lari-laRIAN:
benar sekali =)

qamarguyz said...

FiNi Pelangi:
sis nak share kat mana?
ley sj..tp kreditkan kepada penulis asal yer..bukunya sekali =)

Mr.Clive:
sama2..
selamat berkenalan =)

qamarguyz said...

eszyamin:
benar..manusia sering terlupa tentang kitab ini, kitab alam..
selain Quran..
pelajarilah =)

Jari Manis D`blogspot:
yerla..kan manusia ni sesetengahnya lg bodoh dr haiwan..tak pun bodoh macam lembu! ;0

qamarguyz said...

TiraPengemis:
angsa tak makan orang pun..
huhu ;)

Cheqna:
sama2..
belilah satu kak =)

qamarguyz said...

ahsfantasy24:
perkukuhkan jemaah..
kukuhkan kekuatan & pertahanan =)

✿ Cik AN ✿:
belum jumpa ke sis?
belilah secara 0n9..
ada diskaun kot =)

qamarguyz said...

Nur Zulaikha:
maksudnya?..
tetap pendirian? =)

Lia Irdelia:
angsa selalu kejar budak2 jew..
ni bukan ke dah jadi mak budak?
kui3 ;0

qamarguyz said...

ahsfantasy24:
sampai dua kali?
hehE ;)

Princess Nusy:
thanz..
n0w dah terfikir,
jom berzikir! =)

Hanif Idrus:
salam ukhwah..
syukarn kerna sudi menyinggah =)
InsyaAllah

Lia Irdelia said...

eh..eh..eh...
mak sedara budak oke..
hehhe..

>_^

Diari Si Froggie said...

seronoknya baca cerita nie..sebagai manusia seharusnya malu bila haiwan yang tak dikurniakan otak mampu mencapai kejayaan yang macam nie. Mohon copy :)

qamarguyz said...

Lia Irdelia:
OK la tu..
dah jadi makcik! ;0
hehE

Aida Omar:
silakan kak..
kalu ley kreditkan kepada penulis asal buku ni yer..
karang kena saman pulak!
kui3 ;)