Manusia sering jatuh cinta kepada keindahan. Keindahan ada dua jenis, yang zahir dan yang batin. Yang zahir akan cepat sirna dengan peredaran waktu. Wajah yang cantik dan tampan akan kecut dimamah zaman. Keindahan batin adalah sifat-sifat terpuji yang menyentuh hati, ia akan kekal memikat para pencinta. Alam ini adalah lambang dari keindahan pencipta-Nya. Allah Maha Indah dan keindahan-Nya abadi. Hanya hati-hati yang buta yang tidak mampu melihat keindahan Allah. Hati-hati yang celik akan terpesona dengan keindahan-Nya dan akan bertasbih memuji-Nya. Mereka yang disentuh dengan rasa cinta kepada Allah tidak akan menghiraukan yang lain. Mereka menjadi gila kepada keindahan Allah dan tidak mahu berpisah dengan-Nya. Hati kita adalah milik Allah dan perlu diisi dengan kecintaan kepada-Nya. Hati yang memiliki cinta Allah adalah hati yang memahami perkara-perkara yang tidak mampu dipelajari, kerana gurunya adalah Allah sendiri. “Bertaqwalah kepada Allah, maka Allah akan mengajar kamu al-Quran.”
Kata Ilah bererti ‘yang dirindukan’ atau ‘yang dicintai.’ Setiap perbuatan yang kita lakukan, kita akan memulakan dengan kalimat cinta. Kalimat itu adalah bismillahirrahmanirrahim. Nama Allah ‘yang dirindukan’ dan ‘yang dicintai’ disertakan dengan dua sifat ‘rahmaniah’ dan ‘rahimiah’ yang keduanya merupakan lambang kasih sayang Allah kepada makhluk-Nya. Islam adalah agama cinta, Allah disembah kerana cinta kepada-Nya, hamba-Nya adalah yang mencintai-Nya. Dia ingin diingati dengan cinta. Setiap waktu kalimat cinta diucapkan oleh hamba-Nya. Semua ciptaan-Nya adalah jalan untuk mencintai-Nya. Dia meletakkan cinta dalam diri manusia kerana Dia mahu dicintai. Cinta itu adalah Allah.
Tulisan: Syed Hassan al-Attas
64 comments:
cintailah dia kerna agamanya...
cinta Allah yang paling agung :)
Sesungguhnya Allah itu tidak melihat kepada tubuhmu, tidak pula melihat bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hatimu ^_^ yg sentiasa dekat dgn-Nya
cinta ini hanya untuk Allah .. =)
inginku istiqomah mencintai..semoga diampuni.amin..
nice sharing ^^
cinta kpd Maha Pencipta (ALLAH) adalah cinta yg hakiki ;)
cinta akan menjadi indah sekiranya ia berpaksikan kepada SANG PENCINTA..iaitu ALLAH SWT..
Salah ziarah..
Cinta akan kebesaranNya, memohon dan berdoa adalah amalan hambaNya yang cintakah rahmatNya. Berusaha dengan jalan diredahiNya adalah sebaik2 hambaNya.
Bismillahirrahmanirrahim.
Insyaallah.
assalamualaikum.
terima kasih atas ingatan.
smoga Dia sentiasa menjadi pilihan hati. inshaAllah. :)
cintailah dia hanya kerana ALLAH S.W.T....Tiada cinta selagi belum sah menjadi suami isteri....cinta hakiki ialah cinta yang halal di sisi agama.....semoga kita dilindungi dari kemaksiatan, halalkanlah hubungan sebelum mencintai....=)
mohon maaf..salam bukan salah.
Maafkan pcik..tq
cintailah Ilahi~
Semua ciptaan-Nya adalah jalan untuk mencintai-Nya. Dia meletakkan cinta dalam diri manusia kerana Dia mahu dicintai. Cinta itu adalah Allah.
P/S: Muhasabah diri
cintai Allah sepenuh hati..:)
mencintai Allah lebih bahagia,kita akan mendapatkan apapun yang kita inginkan karena ALLAH menpunyai segalanya.
nice sharing !!
cinta sebenar hanyalah untuk yang Maha Esa.........
basahi bibir dengan zikrullah dlm meniti hari..
cinta Allah cinta yg sejati~
ramai yang cinta pada zahir je.... mereka x nikmati keindahan dan kemanisan batin...
Adylia Qarissa:
cintai siapa?..
cintakan DIA tuan punyer Agama =)
Aida Omar:
sekadar melafaz kata..
huhu
Mawar berduri:
benar..hanya DIA yang mampu melihat hati hamba-Nya..bukan kita..
maka bersangka baiklah =)
alif haris:
kerna cinta itu adalah Allah =)
pengemis Cinta~:
InsyaAllah..
syukran sis =)
nyway bungkusan tu da p0s belum yer? huhu..
Fee Hafeezah ketuk keyboard:
cinta yang sejati..
memberi makna kepada satu definisi =)
RabiatuL AdawiaH:
kalu diri mencintai Sang Pencipta, tentu indah mencintai apa saja ciptaan-Nya =)
etuza:
w'slm pakcik..
benar sekali..
itulah jalan dan itu sajalah pengharapan..berserah =)
ctpayong:
dengan izin-Nya =)
s a r:
w'slm..
InsyaAllah..
sama-sama berkongsi, saling menyampaikan =)
nurdin awan:
mencintai siapa?..
DIA di sini adalah Tuhan, Allah s.w.t =) mari kita menyeru manusia untuk bercinta dengan-Nya, bukan sekadar menjalin cinta manusia untuk mencari redha-Nya...
etuza:
hehE..typing error je tu..
ley faham lagi =)
Nur Zulaikha:
sayang & rinduilah DIA =)
missgee:
menarik bukan petikan tu..
sama-samalah kita muhasabah diri =)
Anak Wak Mail:
sekadar meluah rasa..
huhu
zahrany sahih:
agreed with u sis..
apa sahaja..
keperluan hidup atau mati, ada bersama-Nya =)
Kazman & Sue:
kerana DIA penguasa bagi segala yang berkuasa..
~SaL IjOu~:
subhanallah walhamdulillah walailahailallah wallahuakbar
hyz:
kerna ramai yang punyai perut, tapi tak ramai yang punyai hati =)
lbh kurg sme tajuk cm post bru i. komen k :)
islam itu indah..
:)
Islam itu sgt2 Indah.. dan kemanisan itu akan dirasai olh org2 yg bertaqwa kpdNya.... moga kta diantara golongan insan yg begitu.. InsyaAllah
Basically and ultimately, cinta, Allah, tu yang hati dambakan.
A quote from FB,
"And who are you to say it's not truly love that I am feeling? Just because it doesn't bring me even an ounce of pain, the 'pain' and 'suffering' you always feel whenever you see your beloved? I love, and I know it's true. He, is the Only One for me. He, doesn't bring pain to the ones who love Him. He shines on them happiness. And help me if I don't love Him forever and now."
- AN
Beautiful entry. :')
Congratulations.
Assalamualaikum.
cinta Allah cinta utama..
cinta sesama manusia kemudian pula :)
Islam is the way of life :)
Nice sharing. :). Sy cinta Allah. Moga kecintaanku kpd-Nya mngatasi sgala2nya. Ameen
Mencintai dan dicintai..besar nikmatNya..
Cik Lin:
yer kew..
pengisian sama tak?..hehE..
InsyaAllah =)
FarHANa aZwA:
kerna Islam itu fitrah =)
Niena Pengembara Ilahi:
Dia menciptakan kita bersuku bangsa, berbeza jantina..untuk saling mengenali..yang membezakan cuma taqwa =)
.MEOW.:
w'slm sis..
thanz 4 sharing, nice quote =)
moga kita menemui cinta nan abadi
yua:
dunia adalah jambatan menuju akhirat..
begitu juga cinta manusia, cuma penghubung menuju cinta-Nya =)
Siti Arfah:
amEen...
apa yg penting, niat di hati =)
salam kembali ke sini, menjenguk kawan2 =)
dengan nama Allah diketemukan kembali =)
Ya benar. :). Segala2nya bermula dgn niat. Moga niat kte sume ikhlas2 blake.^^
Hiddy Asri:
cinta..hadiah dari-Nya..
besar nilainya =)
Mohamadazhan.com:
Alhamdulillah..
panjang umur utk ketemu lg..
moga sihat hendaknya sheikh =)
InsyaAllah....^____^
Cinta Allah melebihi segalanya..
salam..
lafazkan dan labuhkan cintamu pada yang satu.. hanya cintaNYA membawa keberkatan di dunia dan akhirat..
nice entry.. :)
cinta dgn ALLAH...
assalamualaikum ... lama menyepi bro ..
cintai -Nya
Cinta pd Allah - Cinta Yang abadi!!
keindahan cinta Illahi..
:)
Siti Arfah:
bukan mudah nak menjaga niat..
ikhlas atau tidak..
pemisahnya nipis amat
nisa:
tahniah =)
Hawa Ahmady:
Cinta Allah pasti..
cinta hamba pada-Nya?
masih menanti hingga mati
HaiDa HiDa:
w'slm..InsyaAllah kak..
sama-sama la kita belayar ke arah cinta-Nya..
juz sharing ;)
hawiz:
Allah cinta kita..
alif haris:
w'slm..
a'ah bro, menyepi..
belum mati =)
bz dengan urusan duniawi
محمد رازيق:
cintai DIA..hambanya..dunianya
Mr Lonely:
sepi sendiri..
next time singgah la lagi..
hahaaAa!
Hiddy Asri:
abadi..
dulu kini selamanya =)
Lia Irdelia:
Aksara Cinta Ilahi..
hihii
lma x mmbca dsini.
satu lagi tulisan yg menarik oleh syed hassan al-attas... :)
cinta pd Allah melalui segalanya...
bukan sekadar lafaz semata2...
wallahu'alam...
lama betul tak update ye... :)
DIAlah yang lebih berhak utk dicintai krn DIAlah yang meciptakan kita. DIAlah yg memberikan kita segala-galanya, menganugerahkan kita anggota yg sempurna, memberi kita rezeki, mengizinkan kita untuk melihat, berjalan, bercakap...pendek kata segala apa jua yg kita lakukan adalah dgn izin-NYA.
Orang yg mencintai Allah akan melaksanakan ibadah fardhu...orang yang ingin dicintai-NYA akan berusaha istiqamah dgn amalan-amalan sunat.
Semoga kita termasuk dalam golongan yang mencintai dan dicintai Allah.
Ameen...
tulisan yang baik untuk di simak,,nice post
nice sharing.. =)
cinta illahi.. kekal abadi..lme xsinggah ke sni...=)
http://cartiecacloset.blogspot.com/2012/01/sejauh-mana-persahabatan-anda.html
lama tak jenguk sini..
dah ramai yang komen jadi kita tolong baca je...
hara:
lama tak menulis di sini..huhu
Iznie:
lama tak apdate..
baca la apapun yg ada..hihii..
nyway thanz masih sudi menjenguk ke mari =)
alfarafishah:
mencintai untuk dicintai..
menarik sekali..
syukran atas perkongsian..
InsyaAllah =)
pakaian murah kebaya:
wahH..
ni ada jual kebaya kew?
hihii ;0
Princess Nusy:
thanz =)
cart kartika:
lama tak singgah ke sana ke mari..huhu..tunggguuuuu
eita:
hahaAa..
tolong baca tapi bagitahu jugak, komen jugak..bagus betul sis ni..TQ ;)
Post a Comment