(sebuah cerpen dalam cerpen)
Dinihari itu fajar mula menyinsing menguak siang namun embun kasturi masih dibuai pawana. Dan bila mentari perak bersinar terang, beburung rimba mula bercanda mesra. “Subhanallah. Indahnya alam ciptaan-Mu. Biar fizikalku keras membatu, kalbuku tetap sujud pada-Mu,” keluh Neerza sendirian di hamparan tikar sembahyang. Subuh telah pergi, Dhuha masih menanti.
Neerza, seorang gadis genit yang tenang dan matang mendepani kehidupan. Anak jati kelahiran Kulim ini membesar penuh sederhana, bersama ibu dan adik-adik tercinta. Dalam kemiskinan keluarga, Neerza kaya jiwa dalam beragama. Walau terpaksa merangkak wudhu’nya sentiasa ada, walau terpaksa berbaring solatnya tetap terjaga. Sopannya menyejukkan hati, bakat penulisannya sering dicemburui. “Ooi perempuan! Hang jangan duk suka sangat noo. Kalau tak sebab aku yang tolong hang hantar proposal tu minggu lepas, teruk hang kena tau!” ungkit Mirani cemburu. Manakan tidak, Neerza sering dihambur pujian oleh cikgu bahasa mereka kerana keberkesanan cerpennya yang menyentuh jiwa dan raga.
Mungkin kerna keterbatasan hidup menyebabkan Neerza begitu galak membaca serta minat menulis pelbagai genre cerita. Tiada jiran yang sudi berkawan, tiada adik yang sudi meneman, menyebabkan dia lebih suka berangan sendirian. Angannya tidak kosong, angannya ada isi dan berimaginasi tinggi. Namun jauh di sudut sanubari, Neerza akur akan kekurangan diri yang tertulis sejak azali. Kekurangan yang menjadi rahsia buat mereka yang tidak pernah bertentang mata melihat sendiri.
*****
“Tahniah nak. Mak bangga dengan kamu. Walau kamu tak secantik yang lain, kamu punya usaha dan bakat yang berbeza.”
“Syukur pada Tuhan mak. Dan terima kasih juga buat mak kerana banyak menyokong Neerza selama ni. Kalau bukan emak yang susah payah ke sana ke sini, belikan pensel kontot ni, mana mungkin cerpen Neerza akan diikitiraf di pentas segah ini.”
Neerza bangga. Walaupun dia tidak dapat hadir berdiri, namun majlis itu diwakili emaknya sendiri. Sejak dianugerahkan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) peringkat menengah atas melalui cerpennya ‘Tarian Tempang Si Gadis Desa’, nama Mawar Merah sering meniti di bibir peminat puisi dan cerpen seluruh negara. Tawaran untuk menyambung pengajian ke sebuah IPT di ‘negeri di bawah bayu’ terpaksa ditolak kerana kekurangan yang ada menyebabkan Neerza punya lebih masa untuk menulis secara serius dan bermakna. Kariernya sebagai penulis muda bermula. Cerpennya diangkat dan dicetak ke dalam pelbagai media massa, malah pernah dialih bahasa. Pena Mawar Merah mula sinonim dengan puisi Ombak Rindu, Pencinta Ilmu dan Ayahku Anakmu. Namun di sebalik nama pena tersebut, tidak ramai yang mengenali siapa Neerza sebenarnya.
*****
Lewat usia remaja, Neerza mula merasai manisnya cinta setelah mengenali seorang jejaka tanpa sengaja, jejaka tampan peminat setia nukilannya. Cinta yang mekar tanpa dipinta, mewangi dan terus mewarnai diari harinya. Walaupun tidak pernah mengadap muka namun gelaran ustaz muda yang menjadi milikan si jejaka terus meyakinkan Neerza akan kekuatan emosi dan kematangan akalnya. Aqmar merupakan anak muda lulusan Kuliyah Syariah wal-Qanun, Universitas Al-Azhar Mesir. Perhubungan jarak jauh melalui kiriman e-mail akhirnya mengikat dua hati untuk sehidup semati. Sehinggalah beberapa purnama menjelang, kiriman ini pun datang.
Rombongan Merisik Khabar *Wed, Dec 08, 2010 11:12:13 PM
From: Aqmar
To: Mawar Merah
Assalamualaikum w.b.t.
Ke hadapan gadis desa yang berjiwa sasa, si Mawar Merah. Moga dirimu, ibumu dan adik-adikmu sihat sentiasa di bawah jagaan-Nya yang Maha Perkasa. Maaf andai kiriman e-mail ini mengganggu lena malammu. Namun ana punya hasrat untuk dikongsi berdua. Hasrat yang terbuku sekian lama. Adinda Mawar tentu mengerti bahawa telah hampir setahun kita berkongsi rasa dan idea, untuk membina Mahligai Bahagia. Mahligai yang dipasak tiangnya dengan madah cinta, yang diukir dindingnya dengan senyuman rela, yang dialas lantainya dengan bujukan manja, yang terbina hanya untuk si jantung jiwa. Ana rasa inilah masanya sementelah ana sudah sebulan berada di bumi Malaysia tercinta. Ana sudah bersedia. Nantikan rombongan merisik khabar dari famili ana Isnin depan yer...moga Mawar juga bersedia. Syukran. W’slm.
Neerza kaku. Acap kali dia cuba berkata-kata namun Aqmar sering tidak percaya. Bagi Aqmar kemiskinan Neerza bukan penghalang, keterbatasan Neerza cuma bayangan. Inbox dibuka.
Re: Tidak Sempurna Rupa *Mon, Aug 23, 2010 11:02:33 AM
From: Aqmar
To: Mawar Merah
W’slm..
Benarkah begitu? Atau cuma gurauan palsu buat menguji ikhlas di hatiku? =) Ana mungkin percaya. Namun apa yang lebih penting hanya taqwa. Ibarat kisah Tsabit bin Ibrahim di kota Kufah, ayahanda Imam Abu Hanifah itu bukan? Dia sanggup menikahi wanita yang dikatakan lumpuh, bisu, buta dan tuli kerna keyakinan yang tinggi. Sedangkan ibrahnya berbeza, diibaratkan bisu kerana mulutnya hanya menyebut asma’ Allah, diibaratkan buta kerana matanya tidak melihat perkara diharamkan Allah, diibaratkan tuli kerana telinganya hanya mendengar perkara benar yang diredhai Allah dan diibaratkan lumpuh kerana kakinya tidak menuju ke tempat yang dimurkai Allah. Mawar mungkin jua seindah itu. Ana tahu.
From: Mawar Merah
To: Aqmar
Sent: Monday, August 23, 2010 10.53 AM
Subject: Tidak Sempurna Rupa
Assalamualaikum w.b.t.
Aqmar..enta perlu tahu. Mawar tidak sempurna rupa, zahirku lumpuh semua, tiada upaya mengurus segala. Cuma kasih-Nya masih bersama, diturunkuan ilham jua idea, malah jariku masih bisa mencoret kata.
12.10 malam. Dalam diam Neerza terus buntu dan membatu. Dia hanya berserah kepada kekuatan dan keikhlasan cinta Aqmar yang sering berfalsafah bahawa cinta sejati tetap utuh berpaksikan redha Yang Esa, tanpa memandang rupa dan harta.
*****
Pelangi menyanyi budak-budak berlari. Di petang nan permai, rombongan lamaran pihak lelaki akhirnya tiba dan disambut penuh mesra. Namun, sebaik Neerza muncul di hadapan mata, semua memandang tidak percaya. Neerza yang muncul bersahaja dengan berkerusi roda ternyata menebak minda semua. Lahirnya tidak sempurna rupa, zahirnya lumpuh semua, tiada upaya mengurus segala. Neerza ditakdirkan lumpuh sejak menghidap demam kuning pada awal kelahirannya. Akibatnya, dia tidak mampu berdiri tegak, tidak mampu berpaling dan mendongak serta tidak mampu pantas bergerak. Nasib mindanya cukup tajam dan jemarinya cukup sifat bagi membolehkan dia bergelar penulis yang hebat. Kini giliran Aqmar diam membatu. Dia buntu. Bayangan yang dianggap gurauan sebenarnya bukan khayalan tapi satu kenyatan.
*****
Pasca peristiwa itu, Neerza terlalu kecewa dengan penolakan Aqmar walhal kedua ibu bapanya, Bilal Hasyim & Mak Gayah tidak pernah menghalang perhubungan mereka. Neerza malu. Ternyata Aqmar tidak cukup hebat untuk redha dengan hakikat kejadian insan sekerdil dan selemah dirinya. Ombak rindu pun membadai jiwa. Neerza juga yang merana. Mata melihat tak bercahaya, mulut menyebut tak bersuara, telinga mendengar tak berdaya. Dibelek semula puisi lamanya, tertera seuntai janji daripada si dia.
Berjanjilah kasih..
hubungan kita yang terbina kerana kasih pada-Nya
takkan terhalang oleh tembok minda manusia
takkan hilang dek api yang menjulang
takkan sirna kerna kabus yang kelam
tetapi hanyakan musnah oleh kerana hati yang hitam!
Mahligai Bahagia tidak terbina sebaliknya dia yang rasa terhina. Hati yang suci mula ditumbuhi benci, membentak akan takdir Ilahi. Sikap Neerza yang sopan mula berubah dan memberontak, sabarnya hilang memunculkan dendam. Seruan emak disahut sambil lewa, berkurung di kamar setiap masa. Makan minum tidak terjaga, kata-kata dihambur penuh berbisa. Malah dia pernah cuba bertindak mengelar urat nadi sendiri kerna tidak sabar untuk mati. Sayang sekali atmanya tidak tahan diuji. Jelas bahawa Neerza si gadis solehah telah kalah dengan mainan cinta dan Aqmar si jejaka alim telah tewas dengan mainan rasa. Plot yang sama cuma watak yang berbeza. Inilah kisah ‘Tarian Tempang Si Gadis Desa’ nukilan Mawar Merah, gadis genit yang kian tempang jiwa dan raga.
39 comments:
bestt la citer nih..
nukilan sndiri ea?/
wahh hebat!!
kagum...pandai buat cerpen eh...teruskann...:)
best giler..Aqmar dah buatkan neerza kecewa..nampak sangatlah dia tak cintakan neerza kerana Allah!
Love This Cerpen.. Keep In Writing =)
bagusnya,,,pandai buat cerpen.. puisi.. macam macam. terbaikkk
:)
mengusik jiwa...
sukar dicari cinta tulus dari ilahi, kerana hati ttp di uji dgn keindahan duniawi.. bkn mudh utk mnerima kekurgn diri andai impian seindah syurgawi..
Moga kisah ini mnjadi tauladan dlm kehidupan ^_^ .. kecantikan bkn pd wajah semata =) hehe peace !!
cinta yg suci memang jauh untuk digapai..ehm ini la roda dunia kini hanya memilih paras rupa tnpa mengetahui isi dlmnye ish2...
kalau keadaan fizikal yg diambil kira, cinta x akan kemana..
sedih...................
salut gang,,,,ceritanya siple tapi mendidik
Wahhh dasyat,, terbaiklahhh cerpen ni ! :)
bila cinta fizikal jadi mcm tu la.. huhu..
teruskan bertinta..menarik..^^
syahdu je rasa....
btw nice (:
sedihhh....... :(
tapi best jalan citer dia....
keep it up!
Sha:
cam biase sis..
kebanyakan nukilan di laman ini ciptaan sendiri..melainkan diberitahu sebaliknya =)
Thanz
Ungu Violet:
InsyaAllah..
andai ada masa & idea =)
syukran sis
Anak Wak Mail:
zaman kini bukan mudah nak ketemu cinta sejati..yg benar-benar ikhals kerana Ilahi =)
moga mendapat pengajaran
Miss Afni:
thanz miss..
singgah2 la selalu..
huhu
si para para:
hehe..jangan ingat budak sastera je pandai berkarya kan..
student science, law pun boleh juga ;) nyway thanz
cik marikh:
hati yg terasa..
nikmatnya pasti ada
Mawar berduri:
agreed with u..
lagipun tiap insan, ciptaan pasti ada kekurangan..kerna hakikatnya kita insan, bukan Tuhan..
macam mawar la juga, walaup cantik & harum namun tetap berduri..
pasti ada hikmahnya..kan ;0
Ms sunsWeetz:
tiap orang tentu inginkan yg terbaik..& penilaiannya berbeza-beza..jadi pilih la yg terbaik menurut nilaian Ilahi =)
InsyaAllah
yua:
yer la kan..
semakin layu bila tua..
bila wajah dimamah usia
k.h.a.l.i.l.a:
maka syukurilah nikmat kecantikan & kesempurnaan indera yg diberi pada kita =)
nasrul pradana:
thanz br0..
teruskan membaca di sini yaa =)
Siti Arfah:
yer ke?..
hope dapat hasilkan yg lebih menarik =) TQ
alif haris:
br0 pernah bercinta?..
ke tengah hangat bercinta?
hehE ;)
cart kartika:
InsyaAllah..
slow sikit da sekarang nie..
mujur masih ada pembaca yg setia =)
terima kasih
Edina Kasyah:
syahdu jew kan..
Syawal da nak abis..hahaAa!
nyway thanz ;)
Iznie:
temanya simple, plot pun simple..
agar dapat memudahkan pembaca..
asal sampai mesejnya =)
thanz
Ha,ah. Tulis sndiri ke ni? Most welcome.^^
betul tu..
lagi..kita kena hargai anugrah dan bakat yang di berikan kepada kita.
kata orang, belakang parang kalau di asah lagikan tajam.
setuju?
:)
sis singgah sini lg..wahhh..hebat3x..bisa meruntun kalbu..suke ayat ni "Mata melihat tak bercahaya, mulut menyebut tak bersuara, telinga mendengar tak berdaya"..
teruskan usaha..pernah hntar kat karang kraf?kalau ade cerpen lg..roger2 kt sis ek..TQ
sis dtg lagi dgn bawa link bersama..tumpang ye..
http://wwwzuemygen91.blogspot.com/2011/09/segmen-berterusan.html
citer ni best.....
kreatip banget.
kalau saya baru 1 paragraf sudah habis idenya.
wkwkwkwkwk
lanjutkan!!
Assalamualaikum Roy :D
Lama tak jenguk sini. Sekali tengok hamek, entry nak gempak aje kaaan. Alhamdulillah. Saya suka, rasa nak senyum senyum je bila baca. :3 This serves as a reminder I won't likely to forget, insyaAllah. Thanks ! :3
Harap raya anda hari tu indah indah. :3
kunjungan n nice share gan....
udah q follow gan blognya,,.
Siti Arfah:
yer sis..
sendiri tulis =)
si para para:
setuju 101%..hehE..
hargai bakat sendiri, luaskan manfaat buat insani..kan =)
jadilah kita khalifah yg memakmurkan dunia
Nur Zulaikha:
thanz sis sudi menjadi pembaca setia cerpen-cerpen saya =)
hehE..setakat ni cerpen belum pernah dihantar kepada mana-mana penerbitan..
wahH! ada segmen yer..
ley la jenguk-jenguk
vimax:
thanz..
nantikan banyak lagi yang best kat sini k =)
riva'i:
InsyaAllah, andai punya masa & idea..bisa saja dilanjutkan =)
usaha yaa
иня тнє яіррєя:
TQ..
udah difollow perlu dijenguk selalu..huhu
.MEOW.:
me0w me0oowww...
w'slm =)
hehe..tu la, lama tak nampak..
bagus la kalu suka cerpen ni, harap tak kecewa..mghabiskan masa saja..huhu..
nyway raya da besar2 ni makin kurang indahnya..kui3!
Sem baru mula, so dah mula busy. Tapi insyaAllah akan selalu juga jenguk sini. Tak kecewa pun, keep it up, okay ! :3
Nak quote lirik Raihan,
" orang yang ikhlas berpuasa, merasa nikmat di hari raya "
:)
Btw, suka comment Alif Haris. :3
.MEOW.:
wahH..same-same bz la kita kan..
blog ni pun dah jarang berupdate..huhu..
sis studi mana nie? =)
wah,, bgus la. mst imaginasi tnggi neh. hehe. :)
Post a Comment