Berzikir maksudnya mengingati Allah. Yang dimaksudkan zikir di sini ialah zikir-zikir khusus seperti ‘subhanallah’, ‘alhamdulillah’, ‘astaghfirullah’ ataupun ayat-ayat al-Quran. Syaratnya ialah zikir ini bukan sekadar di mulut sahaja, tetapi dihayati maksudnya di dalam hati. Contohnya apabila membaca ‘subhanallah’, hati pun terasa Allah itu sungguh sempurna dan tidak langsung ada sebarang cacat celanya. Akan timbul pula rasa mengagungkan-Nya, menyanjung-Nya dan sekaligus kita ingin sekali menghambakan diri kepada-Nya. Contoh lain ialah apabila membaca ‘astaghfirullah’, kita terkenangkan dosa-dosa kita yang terlampau banyak seterusnya berasa kesal dan segera bertaubat.
Pada suatu ketika, segolongan sahabat telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w. seperti disebut dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim:“Ya Rasulullah! Orang-orang yang mempunyai harta (orang-orang kaya) telah mendapat pahala (lebih banyak daripada kami). Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang dan mereka puasa sebagaimana kami puasa dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta-harta mereka."
Bersabda Rasulullah: “Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu suatu untuk kamu bersedekah? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan menyuruh dengan makruf itu sedekah, dan melarang dari yang mungkar itu sedekah, dan pada kemaluan seorang kamu itu pun sedekah.” Inilah penjelasan Rasulullah kepada orang-orang fakir dari golongan Muhajirin yang sebelumnya telah menggelisah oleh kekurangan pahala bersedekah, sedang orang-orang kaya telah beruntung dengan penambahannya dari hasil sedekah dengan harta benda mereka.
Antara hikmah berzikir ialah dapat membersihkan hati, jiwa dan roh kotor yang berselaput dalam diri selain mengingatkan kembali perkara yang kita lupa serta mendapatkan ganjaran dari-Nya. Dengan ini, marilah kita perbanyakkan zikrullah kerana ia salah satu cara yang paling mudah untuk beribadah. Setiap masa dan dimana saja kita boleh berzikir.
(by qamarguyz: risalah al-Qamar edisi 5)
66 comments:
terima kasih kongsi ilmu bersama sama..semoga Tuhan merahmati kamu :)
sedekah bukan saja dr meterialkan,
itu yg ramai tak tahu, mekasih
sejuk hati baca entry ni Roy.. hehe =)
bykkan berzikir...dapat pahala..:)
zikir itu penawar jiwa.. ^^
Ya qamar !!..banyak hikmahnya berzikir,nice info..semuga semua dpt menafaat dr entry ini..
banyak berzikir..hati jadi bersih..=)
thanks for this..=)
senyum jela hari2, pahala pahala. hehe :)
Allah Allah Allah Ya Allah..
Allah Ya Allah
penyejuk hati penenang jiwa :)
As-Salam Roy..
Berzikir penenang Jiwa kan...lagi2 bila kita berzikir menyebut Nama Allah..Allah..Allah...Allah...
Subhanallah...Maha Suci Allah...
Subhanallah :)
alabizikrillah hitotmainnalkulub
zikir pengubat hati..
byk bentuk sedekah tak semestinya dalam bentuk benda :)
terima kasih qamarguyz..
tersentuh !__!
peringatan yang sangat berguna dalam kehidupan yang penuh "kejahilan" sekarang
semoga lidah ini sentiasa basah dengan menyebut zikrilullah
nice sharing ^^
zikir itu penawar jiwa..tenang ye :)
zikir penawar hati :']
terima kasih atas ingatan.. lama tidak ke sini..
amalan yg baik tp xselalu diamalkn...;(
berzikir antara ibadah yg paling mudah kan ^^
jom berzikir mengingati Allah daripada kita duk nyanyi2 je tak dpt pape
insyaallah... zikir dapat menenangkan jiwa dari mendengar lagu2 yang xda faedah....
Adylia Qarissa:
InsyaAllah..
apa yang baik kita sampaikan..
walau sepatah kata =)
yatie Awang:
ni yang nak beritahu nie =)
huhu..
hati~♡:
suka hati bila ada yang sudi membaca =) thanz yer
nurayunni:
ikhlaskan jiwa..
tenang adanya =)
sara zainol:
dats rite..
sesungguhnya dengan mengingati Allah itu jiwa kan menjadi tenang =)
MaMa AiNi:
InsyaAllah..
mudah-mudahan ramai yang dapat habiskan bacaan =)
Anak Wak Mail:
banyak berbuat dosa..
zikir..hapuskan mana yang kecil
cik sakdi:
senyum sokmo deh =)
MisS HoNeY:
Alhamdulillah..
sejuk telinga mendengarnya =)
z:
cam lirik lagu pulak..hehE
Eye_nee:
w'slm kak..
betul tu..
amalkan tiap waktu..
tak semestinya hanya tika selepas solat kan =)
nurAMALLINA:
Maha Suci Allah
amir aizat:
wahH..
speaking yer sheikh ;)
Aida Omar:
sama-sama Aida..
yer..s0 jangan la kita resah gelisah dengan kekurangan yang ada =)
Anis izyan Abd Rahman:
tersentuh dengan kemurahan rahmat Yang Esa..
kan?
Mohamadazhan.com:
selagi ada waktu..
sama-sama la kita saling membantu..
dalam mencari redha Yang Satu
Titisan Hujan:
sentiasa basah dan mengalir bagai titisan hujan yang menuruni..
InsyaAllah
caliph shuriken:
thanz br0..
moga mendapat manfaat =)
stellaizz:
jika ikhlas pasti akan terasa..
cubalah =)
amna:
huhu..
mana pergi?
sama-sama =)
cik aisha:
kenapa?
jangan tunggu kita ditinggalkan
alif haris:
setuju br0..
sekali-sekala try tukar..
mesti ser0nok..
nyanyi-nyanyi jadi siulan zikir
Khairil:
malah ianya lebih mudah..
takkan lupa lirik punyer!
huhu
salam roy.yup kadang2 kita rasa gelisah, semua yang kita buat serba tak kena.rupanya kita lupa sesuatu..kita lupa untuk berikan makanan kepada jiwa.kita lupa untuk berzikir.
subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah allahu akbar
terima kasih kongsi ilmu yang bermanfaat :)
salam alaik.. syukran kathir atas perkongsiannya.. :)
^_______________^ V !!! piss...terima kasih kongsi ilmu yg bermanfaat..
Nice entri. :). Jom~jom sma2 kta slalu berzikir. InsyaAllah. Ingat Allah stiap masa .
Aku Afzal:
w'slm..
tepat sekali br0..
ibarat perut memerlukan nasi, begitu juga jiwa memerlukan zikir kepada Ilahi..thanz sudi membaca =)
miss fiza:
afwan sis..
syukran juga atas pembacaanya =)
nisa:
sama-sama..
da masuk jangan lupa klik-klik..
hehE ;)
Siti Arfah:
InsyaAllah..
kuatkan jiwa bebaskan minda kita =)
sesungguhnya bnyk hikmah brzikir..same2 la amalkan!
n3 yg bagus..
Tolong vote picture saya
1. Klik LIKE this page..
http://www.facebook.com/MyWrangler?ref=ts
2. Then gi
http://apps.facebook.com/mywranglerway/
kat "search photo" type "Ellismelia Mohamad" then kuar gambo saya pakai baju biru...then LIKE yer..
klu leh guna gak ID mak/ayah/adik beradik/kawan dan tlg vote byk2x..thanks u..
atau sertai GA saya di SINI.. Timaceh
oh ye, minta izin cp utk simpanan di blog saya..tq
mana ade lah, biase jer kot.huhu xhebaq maner pun
Ya Allah. :) istikharah cinta memanggilku
lagi2 nak puasa, kena rebut pahala.
terima kasih ;)
zikir memang dapat menenangkan jiwa.^_^
kdg2 sekarang nie tgok budaya OMG mkin berleluasa.Jika digantikan dengan YA Allah mesti lebih sedap disamping dapat mengumpul pahala berzikir menyebut namaNya :)
Asalam..azrai..
Subahanallah.amat mudah kita melakukan zikir..yakni mengingati, membesarkanNya. Namun kadang mudah pula lupaiNya hanya apabila harta bertimbun.Semoga kita tidak terglong hambaNya yang mudah lupa itu..
Syukran tazkirah indah ini..
nyanyi lagu selawat bagus kan ^^ hehe ..
seronok,seronok jugak,, dpt pajal jugak ^^ hehe
sedekah yang paling mudah =)
insyaAllah~
Cik Teddy:
InsyaAllah..
sama-sama kita usahakan =)
deqlis:
InsyaAllah..
ada kesempatan nanti kita vote..
da pr0b sikit sekarang..huhu..
nyway copy je la yer..
sebarkan apa jua kebaikan =)
amir aizat:
hehE..
sj je gurau2..
bagus la tu =)
cx's:
menyahut seruan Yang Esa..
syafiqakarim:
ganjaran berganda..
jangan lepaskannya =)
Cik Bell:
a'ah kan..
betul juga tu..
tak terfikir pula selama nie..
syukran atas keprihatinan dan peringatan =)
etuza:
w'slm pakcik..
benarlah kita bergelar manusia, selalu leka dan terlupa..
terfana dengan fatamorgana dunia..
moga diampunkan-Nya
alif haris:
pajal tu apa br0?
typing err0r ke..
pahala kot..huhu
Puteri Iqa Izyan:
tanpa susah payah..
juga dapat ganjaran sedekah..
kan
alhamdulillah . entri yg bermanfaat.
nicce bro..bnyak ilmu dapat dekat blog nie :D
perempuan suka lelaki tak suka??
zikir sememangnya mmberi plbgai hikmah kpd pngamalnya..
hahahah .. yup2 typin error.. *pahala :D
seb baik tahu ^^ hehe
Walaupun mudah... boleh dilakukan di mana sahaja... diri ini masih lalai dan leka...
Terima Kasih^^
terima kaseh
Aiskrim Goreng:
InsyaAllah..
buat penulis dan pembaca =)
KimiCnoL:
sam-sama berkongsi apa yang ada..
singgah membaca selalu yer =)
Cik Teddy:
hikmah dan rahmah..
lalu kita pun berserah
NaeBlog:
sama la kita..
moga selepas ini lebih istiqamah
khairul:
sama-sama =)
Semoga kita selalu dimudahkan dalam berzikir kepada Allah.
Assalamualaikum:
roy, dh lama tk ke mari..
memang best topik zikir ni..
orang kaya itu memang byk kelebihannya, orang miskin juga ad kelebihannya..
mengapa kita perlu kaya,,
dan berharta..
kerana lebih byk y dpt kita infakkan dn bantu sesama kita..
zikir adalah sedekah utk diri kita shj,
manakala infakkan dan dermakan harta pula sedekah utk diri, dn org lain juga mendpt manfaat..
(^^,)...
wallahua'lam..
Script:
InsyaAllah =)
SaEidah SyamIelah:
w'slm..
mesti terlalu bz kan? =)
nyway setuju dengan coretan sis tersebut..semuanya serupa, bezanya pada agama..yang kaya jangan alpa dan durjana..
syukran atas perkongsian
nice sharing~
mak sedekah, bukan sedekah mende yang real depan mata je kan..ramai yang ingat sedekah ni macam tu.. :D
Post a Comment