Cerpen: Bungkusan Hati Seorang Lelaki
Sebuah adaptasi kisah benar..
Nasib anak lelaki tunggal umpama duri di haruman kasturi. Masam manis masa kecil terpaksa dilalui sendiri. Itulah aku. Malu menghias peribadi, emosi terbungkus di dalam hati. Ibarat telur bungkus menuku hari ini. Masam manis rasanya tersembunyi jika belum dicuba lagi. Lalu aku terimbau secangkir memori.
*****
Mainan Perasaan. Nasi lemak adik siap untuk dijual. Tiga ketul batu dan sekepal pasir dibungkus comot dalam helaian Utusan. Sekeping daun kuhulur sebagai bayaran, tanpa mengira enak atau tidak menu jualan. Semalam main emak-emak, hari ini main masak-masak dan esok main pondok-pondok. Masamnya kebosanan.
Alumni di arena persekolahan..kecil-kecil cili api |
Sedikit menginjak usia, aku mula menyendiri. Biar basikal dan kerusi menjadi lawan, rangka buaian menjadi gawang, aku menggelecek bola berseorangan. Rembatan yang menerjah gawang membuatkan aku kegirangan. Siapa sangka, bagai latihan di waktu petang aku menjadi wira di atas padang, arena persekolahan. Manisnya kebanggaan.
Selepas matang berdikari, kawan-kawan muncul mengubat sepi. Parit dan longkang jua yang dicari buat menjerat sepat, haruan dan keli. Pernah sepat terisi, penuh setabung biskut Marrie. Dibawa pulang buat tatapan famili, Subuh esoknya semua sepat pun mati. Masamnya kesedihan.
Si manis yang pemalu |
*****
Gelaran Kelakian. Abang nama panggilan, Mamat nama gelaran, Era nama seruan. Begitulah panggilan untukku di kampung halaman milik Tok Wan. Berambut panjang, bermuka manis dan berperwatakan malu membuatkan aku menjadi pujaan. Tidak kira kak long atau abang Aiman, aku menjadi bahan mainan dan usikan. Tidakku jelik dengan pelukan, tidakku kisah dengan ciuman, semuanya menjadi hiburan mengubat kesepian. Manisnya kecantikan.
*****
Tangisan Kesakitan. Abah di luar mencari sumber kewangan, emak keluar bersenda ke rumah teman dan aku leka menonton TV sendirian. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan raungan adik dalam kesakitan. Bergegas ke kamar mandi, aku panik sendiri. Kepala adik keduaku menjadi merah, penuh darah melitupi. Ternyata dia terjatuh, kepala terhantuk di bucu kolah. Tangisan dan raungannya membuatkan aku jadi tidak menentu, mati kutu. Pada siapa aku harus mengadu, tiada siapa hadir membantu. Pada usia sekecil itu, hendak menggunakan telefon pun aku tak tahu. Masamnya ketakutan.
Dalam debar penuh kecemasan, dalam dada ada tangisan, dalam resah tidak keruan, mujur emak pulang bawa penyelesaian. Abah berpesan di hujung talian, agar segera memandu mendapatkan rawatan. Setibanya di Hospital Kemaman, adik segera diberi perhatian. Akhir cerita, adikku derita dengan lapan jahitan sedangkan aku tersenyum kebudakan. Manisnya kelegaan.
*****
Tok Wan bersama si bongsu |
Amukan Kehampaan. Pantang ada salah dan silap, aku mengamuk dan memberontak. Di belakang seringkali tali pinggan abah menghinggap, di depan seringkali cubitan emak menyengat. Pernah ditarik rambut sedangkan lantai pun tak terjejak, dihumban masuk ke dalam mesin basuh separa rosak. Semuanya berlaku tika kelahiran adik bongsu, saat aku berharap kehadiran lelaki baru. Teman untuk mengadu, lawan untuk beradu. Sebelum kelahiran si bongsu berlaku, pengesahan doktor belum menentu. Namun, aku berserah pasrah dan membatu, saat lahirnya wanita keenam itu. Aku merajuk tak terpujuk selama berminggu. Masamnya kehampaan.
*****
Nasib anak lelaki tunggal umpama duri di haruman kasturi. Masam manis masa kecil terpaksa dilalui sendiri. Itulah aku. Malu menghias peribadi, emosi terbungkus di dalam hati. Ibarat telur bungkus menuku hari ini. Masam manis rasanya dinikmati tanpa langsung aku sedari. Aku tersenyum sendiri.
p/s: Cerpen di atas merupakan entry penyertaan bagi contest "Memori Yang Tidak Dapat Dilupakan Sewaktu Kecil" anjuran Dr. Siti Hamidah. Terima kasih buat blogger ratuzuleyqha dan kotakbeg kerana sudi 'tag' penulis untuk turut sama memeriahkan contest ini. Bagi memenuhi syarat contest, sukacitanya saya menjemput blogger FarahLee, Mijie dan Tok Esah untuk turut serta.
39 comments:
gud luck
gud luck meyh ;DD
Good Job Bro!!
whoa! go0d luck^_^
tgk pic tok wan, teringat kat arwah nenek sy.. waaaaaa...... rindu....
T-T
syabas bro !!! gud luck
harap2 entri ni menang! ^__^
gud luck k... ^^
Dilema "aku" lelaki mengandung
Nak tau something tak...?
Wah mesti best ni tau..
Pcik jadi pemerhati ya...yg lain tu berilah sokongan..
gud luck buat qamar !!..semuga dpt tempat pertama...
Mmg memori xdpt dilupakan, Malunya anda. hehe. Btw gud luck dan moga menang. :)
Assalamualaikum.
Besh gilaaa.
Style penulisan unik owh. Best of luck !
gud luck wei...
but, memori tetap jadi ingatan kan..
smga berjaya!!.. :)
best cite ko..gudluck :D
gud luck !
byk kenangan indah ye bro^^ ,
gdluck !!
gud luck..
plis komen entry nie.bole?
http://elyanaguitar.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-sangat-pretty.html
hahaaa.. merajuk tak dapat adik lelaki ke? kihkihkihhhh :p
gud luck, smoga berjaya ye :D
comel hehe
Nens Collection:
thanz =)
Fatiha Kamarudin:
TQ..
j0in tak ini contest? =)
Mira Zaini™:
thanz sis..
moga ada rezeki =)
Cik Teddy:
terima kasih atas sokongan =)
hyz:
yer ke br0..
pi la balik kampung..
ziarah kubur arwah, kalungkan doa untuknya..mengubat rindu
Adylia Qarissa:
Terima Kasih =)
Siti Safiyyah:
rezeki di tangan Tuhan..
kita hanya mampu berharap dan berserah =)
InsyaAllah
KeTaM_BaTu:
thanz =)
etuza:
hehe..
memerhati je pakcik?
meh la j0in sekaki ;)
MaMa AiNi:
jadi yang utama pun dah cukup baik mama..hehE ;)
Siti Arfah:
hehe..takda la malu sangat..
zaman budak-budak kan ;)
nyway thanz sis
.MEOW.:
w'slm..
hmM..cuma itu jadi taruhan..
kreativiti dalam penulisan..
c0z memori tiap orang berlainan =)
TQ
Mawar Berduri:
apa beza memori dan kenangan?
hehE..nyway thanz atas sokongan =)
anahiettah afibs:
syukran atas doanya =)
BezBuddy:
thanz..
rajin k0 membaca =)
Anis izyan Abd Rahman:
TQ..
doa-doakan la yer..
huhu
alif haris:
indah tak indah sangat la..
pahit pun ada =)
Nur Elyana:
TQ..
rasanya da k0men entry tu kan ;)
Cik Siti Rahmah Bahrom:
yer la..
cian kiter taw..
laki tunggal, lima yang lain p0mpuan ;)
Niena Pengembara Ilahi:
terima kasih =)
InsyaAllah
sLpmEpLz™:
sekarang ensem tak?
kui3! ;0
gud luck!
p/s: adik saya pon seorang lelaki tunggal dalam famili..=)
Most welcome. :)
huaaa..
nice kan jd ank tunggal..huhu
Anak Wak Mail:
wahH..kiranya anak wak mail yang sorang ni perempuan la yer?
ingatkan lelaki tadi =)
nyway thanz
Siti Arfah:
hehe..
Still alive:
uikkk..
kita bukan anak tunggal laa..
kalu tak memang untung ;)
tahniah ya, kamu dpt 2nd price utk contest ni..hehe..
tahniah bro :D
congrats!! =D
mia:
pemenang berkembar kan?
hehe..thanz =)
Adylia Qarissa:
terima kasih sis..
rezeki =)
Mrs. Farhan:
TQ =)
Post a Comment