Thursday, June 23, 2011

Dua Jenis Manusia Berilmu

Pertama, ilmunya wujud di hati:
Ilmu yang berhubungan dengan makrifat Allah, mengenal Allah dengan segala nama dan sifat-Nya yang suci dan perbuatan-Nya yang rapi untuk mempengaruhi segala fikiran dan perasaan bagi menguatkan keyakinan serta lebih mendalam rasa cinta dan patuh kepada-Nya dengan penuh pengharapan.

Kedua, ilmunya wujud di lidah: 
Ilmu ini dipelajari sebagai satu mata pelajaran yang tidak sampai ke lubuk hati, hanya untuk membuktikan kepandaian lidah dan tidak pula memahami hakikatnya serta tidak diamal dengan sepenuhnya.

Ilmu pertama tadi akan dapat membangkitkan jiwa seseorang untuk membuktikan daya cipta dan usaha dalam bidang amal baik yang menyeluruh  dalam kehidupannya.  Inilah dikatakan ilmu yang bermanfaat. Ilmu ini akan lenyap, hilang dari tuannya bersama kematian. Maka tidak ada yang tinggal lagi kecuali al-Quran yang tertulis di atas halamannya, dibaca ayatnya tetapi tidak ada orang lagi yang hendak mengetahui atau meneliti maknanya dan tidak ada sesiapa yang sudi mengerti pengajarannya dan menilai hukum-hakamnya.

Manakala yang kedua, iaitu ilmu di lidah tetap tinggal menjadi satu kepandaian dan kebijaksanaan lidah sahaja tetapi tidak berdaya memimpin seseorang ke arah amalan yang nyata lagi berguna. Dengan ini jelaslah bahawa ilmu yang memudahkan jalan ke syurga adalah ilmu yang diamalkan untuk maksud yang suci, bukan untuk kesenangan di dunia semata-mata.

(petikan daripada risalah al-Qamar edisi 6 - by qamarguyz)

84 comments:

Asfz said...

nice post! bermuhasabah diri bila baca entry ni..

Latest Entry: Ros ada makna tersembunyi??

Alif Haris said...

ilmu dari lidah salunye orang riak kan ..hhuhu .. nauzubillah~

Unknown said...

terbaiklah!!
semoga ilmu yg diperolehi dpt diamalkan dgn sebaiknya

dihati memberikan keikhlasan utk terus beramal dgn ilmu itu

dilidah diharapkan dapat disebarkan ilmu itu

Mohamadazhan.com said...

salam bro

mantop...jelas dan padat! pengisian yang membawa kepada ceriminan semula kepada diri saya ni...dari segi amalan harian yang maih banyak belum lengkap...

sedangkan tahu itu dan ini tetapi amalan masih jauh dan tidak istiqamah...moga Allah memudahkan hati utk ikhlas menuntut ilmu-NYA =)

Anonymous said...

masih banyak kkurangan ilmu..
ttapi pncarian msti dtruskan n strusnya mngamalknnya :)

kokser kokdam said...

keno sambung panje lg tu..

=D

SITI ARFAH said...

Entri terbaek . ^^, . Ilmu brada d mna2. Rugi bg mreka yg x mndalaminya mnggunakan hati yg ikhlas lg tulus !

Unknown said...

bangkit nya manusia di kemudian hari adalah ilmu yang bermanfaat.. ape guna ada ilmu tp tidak menyampaikan..
dlm menuntut ilmu perlu ada keikhlasan hati..

zie_ira said...

masih byk lagi ilmu y ira nk kene pelajari ,,harap ilmu2 y ira ade skang bukn hnya ilmu lidah semata2,tp yg pnting kite ikhlas dlm mnuntut ilmu kan,,:)

syufaa said...

byk jenis ilmu..
tp kena gunakan sebaik mgkin..
jgn hanya pd mulut.. :)

Zasillah Ariffin said...

mudah nak jadi orang yang berilmu di lidah, tapi sukar nak jadi orang yamg berilmu didada :)

aliza said...

hie..
ilmu di dada la yg penting sbb pepatah kata pnuhkan ilmu di dada bukan penuh ilmu di lidah pas tu cuma ada tanam tebu di tepi bibir bukan di dada.. so pikir le mana yg kaca mana permata ye tak

Zura Tahir said...

jaga perhiasan diri iaitu lidah yg berkata...ilmu yang di cari...

mama aini said...

sebenarnya banyak jenis n makna ilmu ini!!!..yang mana satu kah ilmu diatas yg jadi milik kita !!

ctpayong said...

cantuman kedua-duanya adalah yang terbaik kerana ada manusia perlu dipasak di telinga dan ada yang cukup melihat dengan mata dan terus ke hati.

Anak Wak Mail said...

ilmu yang diamalkan dan dimanfaatkan adalah sebaik-baik ilmu..

missgee said...

Saya datang membaca..
Datang mencari sesuatu
yang saya tiada tapi ada
di sini...

Neph said...

Berilah Ilmu yang bermanfaat kerna kiter kan dai...

bermula dari mengenal, membaca, menghafal,mengamalkan dan dengan sendirinya iman akan bertambah.

akhir sekali tugas kiter sebagai hamba di bumi Allah ini, semestinyer berdakwah walaupun hanya sepotong hadis atau sekerap ayat dari Al quran...tapi jangan memutarbelitkan ia pula.

Sambil sambil berblogging tuh...jangan luper ingat si kacak yew...

Wanie said...

ilmu sy wujud di otak..hihihi

entry yg mantop..
as usual..:)

Jahirah said...

berbagai ilmu yg blh dipelajari...
dtg sini baca entry ni pun sy dapat ilmu..:) ilmu makin bertambah bkn berkurang n perlulah diamalkan...

fara anak abah said...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

vampire's lovex said...

semoga ilmu kita x di lidah je,tapi diamal kan juga... :)

Nur Fannun said...

org yg mgjr ilmu tp nk tnjuk konon dia pndai brckp adlh antara glngn yg awl msuk neraka..

moga2 ilmu yg kita ada adalah ilmu yg bermanfaat utk diri & juga org lain.

Anonymous said...

ilmu utk diamalkan......

Abu Bagi said...

semoga aku menjadi seperti yg pertama..

ika said...

jd la org yg berilmu...
:) nice blog..byk info mnarik...
sy suke..sy follow..
follow back yea...:)

Atiqah Wadiah said...

nice entry~

Semut Senyum said...

bagus jgk entri ni.. muhasah diri jap pepagi jumaat ni

syafiqa said...

zaman skng lebih byk manusia
jenis dua dari jenis satu.
senang kan terer teori tp skill
hancur. hmmm.

renungan pagi jumaat.

stellaizz said...

nice n3 :)muhasah diri jap

odahonebizz said...

ilmu yg ke-2 tu ramai yg ada...ilmu air liurlah dlm bhs simple nya...ilmu yg pertama tu mmg tnggi darjatnya...

suri solehah said...

perkongsian berguna..paling takut..hanya tahu bercakap..tapi tidak beramal

Elie Lily said...

ilmu byk mana, jika tak digunakan sebaik mungkin, tak leh jalan jugak..ya tak? jadi kita muhasabah diri bersama..

btw, entry menarik! ;)

HAFIZAL said...

bagus lah....!!!

terokai seni said...

memang pedih sebab kenyataannya, tempias kedua tu sokmo kena kat aku juga... blajo sebab nak lulus peksa

qamarguyz said...

Azeanthy Paiman:
thanz sis..
ilmu di dada itu sudah melengkapi ilmu dunia dan akhirat..itu maksudnya..ilmu akhirat walau penuh di dada kalu tak diguna dan diamal pun apa maknanya =)

Cik Domo:
muhasabah dan berubah..
patikan ilmu kita bercambah dan berbuah =)

qamarguyz said...

alif haris:
riak itu di hati..
halus tersembunyi..
berhati-hatilah

Titisan Hujan:
k0men ni pun terbaiklah!
lengkap dan padat..
cukup sebagai kesimpulan entry =)

qamarguyz said...

Mohamadazhan.com:
w'slm syeikh..
InsyaAllah..
moga kita diberi kekuatan dan kesempatan untuk beramal dengan ilmu yang ada =)

^baju kurung^:
pendefinisian ilmu itu terlalu luas..
sedangkan hayat kita terlalu pendek..utamakan yang utama =)

qamarguyz said...

kokser kokdam:
hehe..
panje-panje karang orang malas nak baca pulak br0..
cukuplah sekadar ini dulu..
buat mengetuk pintu hati mereka yang berilmu =)

Siti Arfah:
ilmu mudah dicari, tapi kefahaman belum tentu kita perolehi..
kerna itu masih ramai yang tersesat dan menyeleweng

qamarguyz said...

Fee Hafeezah ketuk keyboard:
hehe..
ayat standard..
nyway syukran kerna sudi membaca =)

zie_ira:
ilmu buat diri..
buat famili dan seisi duniawi..
pandai-pandailah kita =)

qamarguyz said...

syufaa:
ilmu yang baik satu perkara..
ilmu yang diguna satu perkara yang berbeza..
InsyaAllah =)

Shiela Latif:
ada benarnya sis..
semua bergantung pada iman dan taqwa, pada keyakinan seorang hamba

qamarguyz said...

aimaniman:
wahH..
k0men yang menarik sekali..
betul juga perbandingan tu kan..
dada dan lidah!
NICE =)

Zura:
jaga-jaga..
jangan sampai berjaga,
tak lena

qamarguyz said...

MaMa AiNi:
renung-renungkan..
dan selamat beramal ;)

ctpayong:
membaca dan mendengar..
itu dua kaedah utama untuk menuntut ilmu..selain beruzlah dan berfikir

qamarguyz said...

Anak Wak Mail:
itu sudah tentu..
ajaran nabi, nilaian Ilahi

missgee:
wahH..
ayat tak tahan ;)
apa lagi yang sis tiada?
nanti saya nak tulis kat sini..hehe

qamarguyz said...

Neph:
sekerat..bukan sekerap =)
hehe, sempat lagi suruh ingat kat dia yer ;)
InsyaAllah, sama-sama kita gunakan segala ruang dan kesempatan yang ada

Wanie:
yer ke otak?
bukan akal? ;)
hehe..TQ

qamarguyz said...

cik aisha:
benar..
sana-sini ilmu boleh dicari..
hanya terpulang kepada tuan punya diri =)

fara anak abah:
syukran yer..
catatan hadis boleh melengkapkan lagi kekurangan tulisan ini =)

qamarguyz said...

vampire's lovex:
berilmu beramal berbakti..
hoh0o..cam cogan kata pulak! ;0

Nur Fannun:
bermakna kita perlu bersedia mendengar teguran kan..
apa yang kita ada belum tentu semuanya benar belaka

qamarguyz said...

soooooour:
bukan untuk dimakan..
hehE

ABU:
InsyaAllah..
jadi yang pertama, itu lebih utama =)

qamarguyz said...

mrs.asrafovic:
yer..
kalu betul f0llow nanti kita ikut la balik..nyway thanz =)
mai la singgah membaca selalu

Atiqah Wadiah:
thanz..

qamarguyz said...

Semut Senyum:
bagusnya dia..
selalu datang bermuhasabah diri di sini =)

syafiqakarim:
hehe..
tiba-tiba masuk bab teori dan skill pulak..nyway tak kesah la =)
thanz sudi membaca

qamarguyz said...

stellaizz:
bermuhasabah..
dah bersedia untuk berubah? =)

Odah + One = OdahOne:
hehe..
tapi kalu ilmu tentang air liur ada juga manfaatnya kan..
sains tidak ditolak Islam =)

qamarguyz said...

suri solehah:
sebelum bercakap usaha amalkan..
tapi tak bermakna kita tidak boleh mencegah kemungkaran

Elie Lily:
terharu pulak..
sis pun sudi membaca?
terima kasih =)

Wardatul Syauqah said...

assalamualaikum...
salam ziarah ke teratak qamarguyz..
tambah ilmu disini..
(^_^)

qamarguyz said...

HAFIZAL:
apa yang bagus br0?..

cemomoi:
hahaAa..
itu biasa b0h..
bila da bis periksa semua lupa..
yer tak? ;0

qamarguyz said...

Wardatul Syauqah:
sila-sila..
ziarah la selalu ke teratak buruk hamba ini..
maaf yer tiada santapan mulut untuk disua, cuma santapan mata (ilmu) untuk dibaca =)

Kotak Hati said...

ilmu! time kasih saudara....^^

Liyana Zahim said...

knowledge is powerrr...

Mawar Berduri said...

kekadang aku alpa dengan ilmu yang aku miliki..

kerana

niat aku hanya untuk lulus lantas ilmu aku hilang begitu saja.

Unknown said...

i like this entry!!

Unknown said...

terima kasih info, sekurang2 dapat bermuhasabah diri. Benar apa yg dikata ..

Unknown said...

pesan imam Bukhary:ilmu tanpa amal itu sia-sia...amal tanpa ilmu itu namanya gila...

Miecyber said...

Semuga kita benar benar menjadi orang yang berilmu...


Pemerdagangan Orang

Niena Muhammad said...

ramai yg berilmu tpi terlalu bermegah2 ngan ilmu yg ada tu,ada yg cetek ilmu.. tpi berckp psl ilmu xnk kalah.. sebaik2 ilmu adalah yg dikongsikan..

fatinShuk said...

Ya Allah , ilmu pertama belom cukup lagi !

Anonymous said...

agree,,,

EmbunRosaliza said...

tq kongsi info ni qamar..

Ct Hajar ♫ said...

ilmu saya sekarang
mmg nak lulus exam je kot

muehehe T____T


kena berubah nie ='(

Mr Muhammad Amirulfaiz Bin Mohd Nasir said...

wahh , entry yg begitu memberi pengetahuan ! tengss :)

Kyra Elric said...

great ntry :) love it..pndai memainkan peranan dlm pnyampaian :) xcm kyra ngeee~~

a said...

Alhamdulillah.. ilmu Allah walaupon di tulis dgn air laut pon tak kan habis...=)

qamarguyz said...

ghostwriter:
jadilah insan yg berilmu =)

Liyana Zahim:
knowledge adalah segalanya?

qamarguyz said...

Mawar Berduri:
alpa dan leka..
sikap kita bergelar manusia..
aku dan engkau sama jua =)

amir aizat:
like like like =)

qamarguyz said...

etuza:
yer pakcik..
tak kira tua muda, sama-sama kita berkongsi =)

Khairil:
tepat sekali..
terima kasih atas perkongsian =)

qamarguyz said...

Miecyber:
InsyaAllah..
carilah ilmu yang benar, lagi membenarkan akan kebenaran =)

niena shopping2u:
itu yang payah..
s0 berpada-padalah..
dan beringatlah

qamarguyz said...

Cik Fatin Shukri:
carilah ilmu pertama,
lengkapkan ilmu kedua =)

KHRYHAMYD:
setuju?
terima kasih =)

qamarguyz said...

Kak Rosaliza:
n0 hal la kak..
thanz juga c0z sudi membaca =)

cthajar_pinkgurl:
maybe..
berubah la agar lebih barakah..
tidak sia-sia apa yang ada, tidak sia-sia segala usaha =)

qamarguyz said...

akmareyna512:
nak bercakap soal ilmu..
mestilah nampak keilmuannya =)

Pojiekyra:
alaa..kyra pun boleh..
tak percaya cubalah tulis entry ilmiah sebegini =)

Bluewendy:
yer la..
ilmu juga kan satu nikmat =)

Nur Liyana said...

betul tue..kadangkala hanya pandai menulis atau berkata - kata padahal diri msendiri tidak melaksanakannya..kan???

terima kasih atasa perkongsian ini....saya nak share dgn kawan2 saya!!!!yer

nisa said...

^_______________________________^
mari kite renung3 kan....dan slamat beramal.......hiihihiii....

Mohamadazhan.com said...

salam bro...anda telah ditag...jemputan ke sini =)

http://www.mohamadazhan.com/2011/06/kempen-jom-jadikan-blog-sebagai-medium.html

qamarguyz said...

Nur Liyana:
sama-sama..
m0ga mendapat manfaat =)
nyway sis nak share kat mana?

nisa:
yurp..InsyaAllah =)

Mohamadazhan.com:
syukran yer sheikh..
da sampai kat sana =)

Green Apple said...

ilmu untuk dikongsi bersama... agar ia lebih memberi manafaat untuk semua... lebih berkat

Unknown said...

good info sahabat

qamarguyz said...

Green Apple:
InsyaAllah..
jangan kita kedekut ilmu..
makin dikongsi makin bertambah kan =)

khairul:
thanz =)