Cinta yang sejati & suci tidak memerlukan 'physical contact' yang boleh merosakkannya, sebaliknya ia terbina atas dasar iman, CINTA Ilahi, dengan matlamat yang murni dan benar iaitu untuk menjadi pasangan yang sah serta melalui jalan-jalan yang tidak melanggar undang-undang syariat, walaupun ia mungkin hanya bertaut di dasar hati.
Sebenarnya, bercinta tidak salah melainkan kita sendiri yang menjadikannya salah. Bahkan dapat difahami bahawa rasa kasih sayang adalah fitrah manusia seperti mana jasad memerlukan makanan dan akal memerlukan santapan ilmu pengetahuan. Kasih sayang adalah fitrah yang memerlukan hidayah (petunjuk) supaya fitrah ini tidak sampai menjadi fitnah.
Cinta adalah anugerah (hadiah) daripada Allah s.w.t. Sebagai penerima hadiah, sudah tentulah kita perlu menghargai pemberi hadiahnya dahulu sebelum menghargai hadiah yang yang diberi. Oleh itu, CINTA Allah s.w.t perlu diutamakan dalam masalah ini, iaitu bukan sahaja dengan mengakui bahawa Tuhan adalah pencipta cinta bahkan sebagai pengatur dan fokus pengabdian diri seluruh kecintaan.
Cinta diciptakan bukan untuk suka-suka, tetapi sebagai salah satu jalan bagi mencapai keredhaan Yang Esa. Di setiap laluan perjalanan ini, sudah tentulah tercacak pelbagai jenis 'signboard', merujuk kepada peraturan yang perlu dipatuhi agar kita tiba ke destinasi cinta dengan selamat. Antara peraturan utama dalam bercinta ialah mendasari tiap cinta kepada CINTA Allah dan memastikan tiada hukum-Nya yang dilanggar dan diperlecehkan, meskipun mungkin pada pandangan nafsu dan emosi, batas-batas cinta ini amat menyukarkan. Ingatlah teman;
"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.." (al-Baqarah: 216)
Cinta sejati hanya akan tiba andai masa, tempat, keadaan dan calon telah sesuai. Ia tidak perlu dicari. Dalam memilih pasangan, Rasulullah s.a.w juga telah memberi petua terbaik iaitu dengan menilai berasaskan kecantikan, harta, keturunan dan ketaatan mereka dalam beragama. Cukuplah sekadar bersederhana dalam hal-hal lain, tetapi yang paling utama adalah keindahan akhlaknya pada pandangan insan dan ketinggian taqwanya pada pandangan Tuhan. Inilah juga ciri-ciri pasangan yang diperintah untuk dinikahkan.
Malah cinta sejati itu sebenarnya adalah datang dari hati dan terpancar ke mata, bukan dari mata turun ke hati, kerana hatilah yang sebenarnya mengawal mata dengan pandangan iman, bukan sebaliknya. Sedarilah, mata kepala hanya memandang wajah manis yang tetap akan berkedut dan wang ringgit yang tetap akan hangus, sedangkan mata hati jua yang mengenal sebaik-baik akal budi pasangan hidup.
Rahsia untuk mengekalkan rasa cinta terhadap insan hanya dua, iaitu rindu untuk bertemu dan melakukan apa sahaja yang disuruh. Apa yang lebih penting dan utama adalah untuk mengekalkan rasa CINTA kepada Allah dan Rasul-Nya, rindu untuk bertemunya di akhirat sana , rindu dengan bermunajat di sepertiga malam, rindu untuk menghadap-Nya dalam solat juga melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan-Nya.
(by qamarguyz: risalah al-Qamar edisi 9)
88 comments:
BOLEH BERCINTA..TAPI KENELAH BERPADA2. TAU BATAS2NYE. PASTUE..ORG YG BERCINTA NIE..JGNLAH BUAT DUNIA NIE MCM DEPA YG PUNYA KAN.
KITA KAN ORG YG BERBUDAYA.
bercinta boleh. tapi jgn over limit.
kan kan? :)
good one azrai!
thanks a lot for the article
kadang-kadang leka and lalai dengan semua ni :/
may god constantly shows us the right path...
anyway, blog baru hani ni.
old one's deleted (:
http://monday-beatles.blogspot.com
menusuk kalbu entry neh. T_T
Kasi "Like" nie entry..
Terbaik :)
Setuju sangat..
^^'
bercinta.....ermm!!!!
BIla bicara ttg cinta semua nyer indah belaka.. CINTA MERUPAKAN ANUGERAH... DIMANA ada cinta.. disitu ada kehidupan.. INdah sungguh aturNYA..
thumbs up.!!
like this entry..
tapi slalu tertanye2..
cm ne kita nak tahu dia betul2 jodoh kita..
:)
Like this entry....!!!!!
cinta..itu rasa...rasa itu nafsu..AWAS!
-kasih dan cinta hanya padaNYA-
suka sangat..really like ur opinion..sould keep that feeling to our future husband/wife..^^..peace..(^-^)v
weelll..agree...
kebanyakan seperti beruk mendapat bunga bila mula couple...
sebab tu jadi haram...
tapi pegang pada 1 benda..kalaukita sayangkan sesuatu atau seseorang, takkan kita nk merosakkannya kan?
cinta pada allah...adalah yg terbaik
stuju sgt2 entry ni!!tq coz m'igtkn kte semua!!
nice entry :)
jom sama2 kita menjadikan cinta kita menjadi jambatan menuju ke syurga
best entry nie...
Cinta sebenar yg di cari..
bukan sekadar cinta di duania or sesama insan tp yg cinta padaNya xkan hilang...
semoga kita akan ketemu cinta sebenar ^_~
cinta kepada Allah 100 kali lebih hebat dari cinta sesama manusia :)
bercinta dgn manusia boleh tp harus lah berpada2 :)
cinta itu indah bila mana kita ikut jalan dan patuh larangan yang telah di tetapkan...
cinta abadi..cinta..cinta padanya..cinta satu..kekal selamanya...
cinta Allah adalah cinta yang abadi. cinta manusia pelengkap diri ^^
interesting. thanks utk artikel yg menarik :)
NAK MENCARI CINTA ALLAH & RASULULLAH SAW...PERLU ISTIQAMAH DLM AMALAN & IKUT SUNNAH NABI SAW....SPT PARA SAHABAT r.hum.
As-salam Sahabat...
Cinta kepada insan itu abstrak.. amat sukar dirungkai ..Kembara mencari maknanya seringkali menemukan perbezaan definasinya...
Cinta Kan Allah..ia harus kekal abadi..ini adalah sebaik-baik CINTA...dan manisnya akan lebih terasa andai tiada ingkar dalam suruhanNya dan mematuhi segala laranganNya...
Assalam.
Adakala cinta manusia yang terlalu dikejar mengecewakan sedang cinta Dia jarang-jarang untuk kita capainya.
cinta... kosong.
cinta kpd allah kekal selama2nya..cinta kan manusia kadangkala menyakitkan..berhati2 dengan cinta..kerana kadangkala cinta perlukan pengorbanan..
like entry ni...
Alhamdulillah. masih ada lg lelaki yg mempunyai kesedaran tntg perkara2 ni ats muka bumi ni ;D
Cinta kepada Allah adalah cinta y plg agung.
setuju :).
cinta sesuatu yang sukar dijelaskan.Jangan katakan cinta selagi kau tidak membuktikannya.
Megah mengatakan cinta kepada Allah,kepada Rasul kepada Ibu Bapa,kepada pasangan .
Tetapi adakah mampu kamu ikut perintah Allah ?
Mampu menjalankan sunnah?
Mampu menjaga dan menghormati Ibu bapa kamu?
Mampu membimbing pasangan kamu ke jalan di redhai?
Cinta.bukan pada hujungnya lidah.tetapi pada hati yang sanggup melakukannya dengan sepenuh jiwa dan fisikal.
Mampukah kamu membuktikan sebelum berkata wahai saudaraku ?
Encik Suami:
agreed with you..
cinta kepada insan bukan sama dengan cinta terhadap pasangan..
usah dipamer dan dibanggakan akan kemurkaan Tuhan
NARDtheNERD:
cinta itu fitrah..
wajib bercinta..
kepada Allah, rasul, ibu bapa..
Hani Maldini:
thanz sis..
masih sudi menyinggah ke sini..
o0h, da delete page lama yer?
OK..nanti pi singgah sana =)
Fathiah Hamim:
pembaca setia ni..
syukran yer =)
moga mendapat manfaat
missgee:
Like 10x..
hehe..
ada2 saje dia =)
IeRa:
s0 cam ner dengan cinta anda?
huhu..
Hafifi Borhan El Said:
mesti da jemu bercinta ni kan.. =)
Hanis Atikah:
indah..jangan menuju punah..
hakikat dan kehendak-Nya itu yang terbaik..
turuti dan amati =)
= d =:
thanz sis..
sokongan untuk terus menulis =)
jodoh?
bila tiba saat, kena tempat dan betul sifat..InsyaAllah yang ditemui pada tika itulah jodohnya
Apex:
thanz br0..
j0m bercinta! ;0
Wilayah Sepet Kuku:
ikhlas itu rasa..rasa hanya kepada dan kerana-Nya..
amalkan dan renungkan
cik bulan:
PEACE..no war..hehe
nyway thanz c0z sudi membaca..
janaan idea hasil perkongsian minda
Afuan Shah:
betul tu..
kalu sayang tinggal2kan..
kalu cinta tengok2kan..
bunga usah dicarik sehingga layu
HAFIZAL:
semuanya datang dari Allah..kembali kepada Allah..begitu jua cinta..
Allah berkehendakkan kita cinta pada dunia, pada manusia hanya kerana-Nya dan untuk-Nya
ain farahin:
InsyaAllah..
tidak perlu bertitle ustaz or ustazah untuk bercerita..tidak salah bercakap walau tidak buat asal ada niat dan usaha untuk buat =)
: husna :
dats rite!
itulah tujuan hidup ini, tujuan cinta ini..jambatan menuju Ilahi
B.u.n.g.a.O.r.k.i.d.z:
itu hakikat cinta, rindu dan kasih sayang..hakikat kehidupan..
tidak perlu dipertikaikan lagi =)
Aida Omar:
cinta Allah, cinta rasul, cinta saudara semua kerana cinta..
cinta insan jangan sampai tergadai agama, nyawa dan harta
si para para:
bicara soal cinta..
buat semua tersenyum dan riang ria =)
amna:
thanz juga sis untuk quote yG amat tepat dalam memaknakan cinta..
itulah pointnya..
huungan antara cinta Yang Esa dan cinta hamba =)
Ayie Abas:
itu cara dan jalannya..
bukan mudah membetulkan niat, nafsu dan rasa ke arah cinta Yang Esa
Eye_nee:
w'slm kak..
tepat sekali..
cinta perlu dipandu dan dibantu..
walau cinta kepada Allah sekalipun, andai tidak dipandu maka silap jalannya
Sephi Sephia:
itulah lumrah dalam bercinta, bila cinta terbahagi dua..
sedangkan kita cuma punya satu hati untuk menikmati cinta..
maka jalinkannya secara bersama =)
cik azeya:
kosong bila tiada jiwa tiada rasa..
MaMa AiNi:
berjuang berkorban kerna cinta..
itu sifat dalam bercinta kak, tak berkorban diri tetap akan terkorban..
cuma pilihlah jalan yang terbaik untuk semua itu
kyoshi_sousuke:
hanya aku dan DIA yang tahu =)
Miss Anis:
thanz sis.. =)
singgah membaca selalu ea
dzurina zulkafree:
Segala Puji dan Puja hanya kepada-Nya..namu sedar itu hanya permulaan ke arah satu kebaikan..ayuh kita laksanakan!
ain revival:
itulah yang dinamakan Destinasi Cinta..
r3d lollip0p ♥:
tak setuju tak tahu laa..
hehe ;)
Kaseh Chempaka:
buktikan dan katakanlah..
atau katakan dan buktikanlah..
nampak serupa tapi tidak sama..
namun keduanya mempunyai makna..
syukran atas peringatan =)
Cinta menjadikan aku sempurna,
So percayalah pada cinta..
apa pun rasa..itu milikNYA jua...tumpang kasih kerana DIA memilih kamu untuk aku...insyaAllah kan...senyummm (:
cinta itu fitrah .. tak slh untuk bercinta tapi kdgkala cara bercinta itu yg slh ..
terbaik!
nice sharing..ttp jadikan agama sebagai panduan :)
mengharap cinta allah dan rasul...
i like..i like.. i like this n3...
bercinta..bkn bermakna dia jodoh kita... so.. take it easy bila bercinta sbb takut itu bkn jodoh kita... hehehe..(*ye oo..oo.. je bercinta sakan pastu kahwin ngan org lain...rosak!!)
assalamualaikum.
yup, stuju. hati yang menilai cinta. hati sahaja yang bisa menilai iman. segalanya dari hati.
yeah, sumenye jelas dan nyata
Cintakan selain ALLAH adalah cinta nafsu yang ada kesudahan ada tepinya ada penghujungnya..tapi manusia hatinya buta,menjadi kan cinta ialah cintakn dunia yang fana
LOVE N CARE :)
ALLAH SEGALANYA UNTUKKU..
BOLEH mencintai manusia..tpi
cintailah pabila kau memandangnya..kau akan ingat ALLAH...
cintailah dia jika dia pengingat ALLAH utk mu..dikala kau alpa
cintailah..tapi jangan melebihi TUHANMU...
KAU yang mengisi ksepian hatiku..selepas tu jgnlah ENGKAU trik smula..
AKU tidak mhu hati ku sepi dri mengingatiMU..klu KAU tarik dri hatiku hatiku mati sebelum matiku..
.........salam blogger...........
CintaKU hnya utk ALLAH,RASUL,MAK AYAH N SUAMI KU..
bak kate kwn..kalau blom bersedia utk bercinta kerana Allah jgn cuba....
bercinta krana Allah..it's sweet~ insyaAllah..
Cinta tak tertakrif pada pasangan sahaja. Ada cinta pada ALLAH, Rasul, Agama, ibu bapa dll :)
"bercinta tidak salah melainkan kita sendiri yang menjadikannya salah."
setuju sgtsgt =)
Cinta . Anugerah Allah . So kenalah Cinta Allah dulu , baru cintakan yang lain . hehe :))
syukran..nice entry:)
PenDekAr LauT:
wahH..
br0 da bermadah..
yurp..saya percaya =)
Wilayah Sepet Kuku:
aku untuk kamu?
semacam jew..hehe ;)
alif haris:
itu la main point dalam entry di atas =)
amir aizat:
baca ke br0?
hehe..
misyamissyou:
dulu kini dan selamanya..
tetap DIA sebagai tujuan =)
harrazdani:
moga ditemui..
melalui asbab cinta insani =)
DuniaSangSuri:
wahH..
sampai tiga kali like ;)
nyway betul la tu..
sebab tu cinta sejati kapada insani hanya wujud selepas akad nikah termeterai
nusrah:
w'slm..
maka jadilah kita manusia yG mempunyai hati..hidup bukan mati
^baju kurung^:
bak kata orang..
sudah terang apalagi bersuluh ;)
Asrar Nurjannah:
salam..
da bersuami ke sis? =)
nyway syukran atas pembacaan, perkongsian dan peringatan
senyumSOYA:
dats rite!
then kalu terjerat dengan cinta itu, cuma palsu dan dusta..
yakinilah
kiwi:
benar..
skop cinta itu luas..
dan kita bukan sahaja alpa dalam mencintai pasangan, malah cinta pada Allah, rasul dan ibubapa
gades ain:
ayat standard..hehe..
nyway thanz sudi membaca =)
saya KILA:
ehkk..
ulang ayat di atas yer?
huhu =)
Mr AnOnymOUs:
sama-sama sheikh..
syukran juga coz sudi membaca =)
cinta manusia ni hanya pada duniawi jer..huhu
cinta pada manusia , akan mati . cinta pd bnga , akan layu . cinta pd ALLAH , kekal abadi :)
soo...interesting.....^___________^
entri yang sangat-sangat superb! :)
Good n3...bro.
Cinta kepada Allah memang the best. Cinta pada pasangan selalunya tak berkekalan. Buat sakit hati jep. Maybe blom jumpa yang seswai kot. Tapi rasa mcm susah aje nak cari pasanga hidup yang baik skarang ni. =(
Jika ada rasa cinta bermakna jiwa kit hidup dengan kasih dan rahmatNya..
Asalamualaikum..
alhamdulillah...bakal ada..
dh btunang pun syukur :)
Jika rasa kekurangan cinta..ALLAH sentiasa ada untuk memberi dan menerima cinta kita..
nice entry bro...
semoga menjadi panduan bersama...
apik pehe:
yer la br0..
manusia akhir zaman
nawal addina:
falsafah cinta sejati..
bila hendak ditemui??
nisa:
belum pernah baca ke?
hehe.. ;)
Izz:
thanz sis..
sudi juga membaca =)
Jumir:
moga mendapat manfaat =)
Dernier Jay:
pasti ada..
walaupun sukar namun masih ada..
ubah diri..hadirlah dia =)
etuza:
tanpa cinta..
dendam dan benci membara..
w'slm tuan..
lama tak bersua =)
Asrar Nurjannah:
segala puji & puja bagi-Nya..
dah ditemui yang terbaik buat diri =)
nyanyisunyi:
DIA sentiasa menunggu rintihan hamba-Nya..pergilah mengadu..jangan malu-malu =)
ammboi:
InsyaAllah..
moga hati terus dipandu oleh cinta-Nya yang satu..
sekarang banyak cinta yg berlandaskan nafsu semata mata..
cinta Illahi itulah cinta yang hakiki.
cinta itu terlalu sukar dijelaskan... kerap kali manusia tersalah tafsirannya hingga terpesong dari landasan yang benar...
ABU:
wahH..ghairah k0men dia nie..
hehe..nyway betul la kan
cik nurussalwa:
mesti da pernah baca entry ni kan?
Kisah Hati:
hmM..
definisi cinta..
memang sukar difahami
Cinta juga bererti kemahuan, keasyikan, tarikan, kerinduan dan keresahan yang wujud hasil daripada keterikatan perasaan kepada seseorang atau sesuatu. Cinta adalah penggerak yang menjadikan kita orang yang terbaik dalam banyak perkara dalam kehidupan. Tidak Kurang juga, cinta boleh merosakkan dan menjadikan seseorang itu manusia sebaliknya.
Post a Comment