Thursday, May 12, 2011

Tips Cinta: Membina Jiwa Serasi

Judul: Membina Jiwa Serasi
Penulis: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj
Penerbit: Karya Bestari Sdn. 
Bhd.
Muka Surat: 306
Harga: RM15.00

'Aksara Pencorak Hidupku'

Sememangnya Cik Jari sangat suka membaca buku motivasi sambil bermuhasabah diri. Buku ini dibeli selepas Cik Jari mengambil keputusan untuk kembali 'single'. Bukan mudah untuk memutuskan sesebuah perhubungan yang sudah lama terjalin erat. Kadang-kala timbul keraguan di hati. "Betulkah tindakanku ini?" "Bukankah aku masih menyayanginya?" "Tidakkah aku kejam terhadapnya?" Persoalan-persoalan tersebut sentiasa berlegar di ruangan minda. Namun, sebaik sahaja mengkhatamkan buku Membina Jiwa Serasi, Cik Jari semakin yakin dengan tindakan sendiri. Kata buku;

"Apabila anda bercinta dan merasakan cinta telah membawa anda pada peningkatan iman, ketahuilah bahawa anda sedang melalui jambatan cinta yang betul, sebaliknya tatkala anda bercinta dan merasakan anda semakin dihanyutkan oleh perasaan muluk hingga kandas melakukan dosa, anda sedang melalui jambatan cinta yang salah!"

Maka, benarlah bahawa sesungguhnya himpunan aksara mampu menerbitkan seuntai kata yang penuh makna lalu menusuk ke dalam jiwa untuk mengubah hidup manusia. Cik Jari tidak ingin selamanya jahil dan terus-menerus melakukan kesilapan samada yang nyata mahupun yang batin. Alhamdulillah, buku ini mampu memberi bimbingan dalam mencari jalan kebenaran.

         Buku ini memberi tips cinta kepada Cik Jari sendiri. Carilah keserasian dengan fahami peribadinya. Elak mengada-ngada tetapi boleh bermanja. Letakkan lima elemen cinta di atasnya iaitu Tuhan, Rasul, ibu bapa, ilmu, diri sendiri dan barulah si dia. Batasi pergaulan. Bertukar-tukar hadiah, doa dan mutiara kata selalu. Jangan terlalu mudah dan terlalu murah. Kenali keluarganya dan perkenalkan diri anda kepada keluarganya.

oleh Cik Jari - pemenang saguhati contest 'Aksara Pencorak Hidupku'

30 comments:

Srikandi Bonda said...

Assalamualaikum. NIce sharing. Buku yang bagus. ^_^

scya lollita said...

weee, kalau beli dah boleh kawen ke ? keh3

Unknown said...

ini buku motivasi untuk diri sendiri yea ;)

Madd said...

boleh jd panduan kita meniti kehidupan..

nnti bg la ulasan pasal buku ni,ok

mizzura said...

saya dah beli buku ni...ada baiknya untuk setiap pasangan membaca buku ni...apa2 pun buku2 dr hm tuah memang the best!

Rajin2 tune lah ke 100.9fm setiap hari pukul 730am sebab dr tuah akan bagi motivasi 2 minggu sekali..

budaksowt said...

buku dr tuah mmg best!!

Aefa Aerisya said...

best buku ni..

Unknown said...

mcm best je buku ni =D nak beli la

blog-tips-kurus said...

single? bolehla ngorat ni? hehe!
:-)

mamawana said...

Assalam,

Cinta yg menjurus pd kemantapan iman itulah cinta yg sebenar.

Puan Nurussalwa said...

nak cari la buku ni nanti..

qamarguyz said...

Harap Maaf..
atas masalah teknikal blogspot sebelum ini, ada k0men rakan-rakan blogger yG telah hilang..TQ

qamarguyz said...

to blog-tips-kurus:
yang single tu bukan saya..
tapi cik Jari..
pi la ngorat dia..hehe =)

to mamawana:
w'slm..
itulah cinta sejati..
seperti yG semua sedia maklum =)

to cik nurussalwa:
cuba la cari..
nanti share kat saya apa yG sis dapat =)

izni nor ali said...

good entri. boleh bermanja2. dgn lima elemen cinta! ;)

haiqal said...

Yeah.Betul tu.Kadang-kadang kita kena faham diri kita dulu.

Oh suka baca buku eh?saya tak suka sangat.hehehe

Anonymous said...

suke phase wane merah tu..i will keep it in mind...tq roy

Unknown said...

hermmm.. sesuai bagi org yg sedang hangat bercinta.. Namun, berapa ramaikah dikalangan kita yg nak beli buku nie.. terutama remaja yg sedang kemaruk cinta tu..

ghost said...

dan pasti untuk mereka yang memerlukan kekuatan jiwa untuk cinta.

alia zarfullah said...

good entry :) thanks coz sharing. sharing is caring. wallah!

qamarguyz said...

to izni nor ali:
hehe..
manja2 pun biar bertempat..
thanz sudi membaca =)

to haiqal:
suka juga la..
mengisi masa terluang kan =)
sayangi diri kenali peribadi

qamarguyz said...

to BezBuddy:
InsyaAllah..
selamat bercinta sis =)

to mabk.abubakar:
dilema belia masa muda..
maybe ini juga salah satu punca..tidak gemar membaca..
akhirnya terlanjur bercinta tanpa makna

qamarguyz said...

to ghost writer:
kuatkan jiwa & akalmu..
duhai pencinta =)

to alia zarfullah:
hehe..TQ..
mai la membaca selalu..
sharing is caring, caring is l0ving..kui3!

syuxer said...

kembali ke single bukanla penutup untuk anda merasai nikmat cinta sekali lagi..mungkin solusi untuk anda prepare menjadi lebih kuat mengharungi suka duka dalam bercinta..:)..buku ni terbitan hm tuah sememangnya saya minat..:)..anyway follow u..#4184

Nora Shahaira said...

hm..memang menarik ...

Prince said...

prince dtg melawat ye..entry yang bagus...huhu..:)..
nak datang selalu boley ??

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

Patut beli nikh eheheh

~nunaa~ said...

assalamualaikum w.b.t
alhamdulillah..
sedikit perkongsian ya!

Ibnu Abbas r.a. berkata: Nabi saw. dari apa yang diriwayatkan dari Allah azza wa jalla, bersabda: Sesungguhnya Allah menetapkan kebaikan dan keburukan kemudian menjelaskan keduanya, maka siapa yang niat akan berbuat kebaikan (kebaikan) lalu tidak dikerjakannya dicatat untuknya satu kebaikan, dan bila dikerjakannya dicatat oleh Allah sepuluh kebaikan, dapat bertambah hingga tujuh ratus kali, dan dapat berlipat lebih dari itu. Sebaliknya, jika niat akan berbuat keburukan (dosa) lalu tidak dikerjakan, dicatat untuknya satu kebaikan yang cukup (sempurna), dan bila niat lalu dilaksanakan maka dicatat satu dosa. (Bukhari, Muslim).

bila kita ada niat untuk melakukan kebaikan,teruskan niat tu..jangan tangguh2 lagi..bila kita tangguh,pastinya niat tadi tidak manjadi..bial ada niat yang buruk,cepat2lah istigfar..

semoga Allah mudahkan segala urusan~
Waalu A'lam

qamarguyz said...

to Syuxer:
syukran atas pandangan..
sememangnya ada hikmah dalam setiap ketentuan..cuma terpulang kepada tiap insan untuk menghadapinya =)

to Nora Shahaira:
kalu best cuba la beli..
nanti share lagi =)

qamarguyz said...

to pRiNCe:
sure..
da singgah sekali mesti singgah lagi..kui3! ;)

to MYA EL QAYREENA AZRYAN:
beli la..
tak rugi andai membaca s0al motivasi diri =)

qamarguyz said...

to ~nunaa~:
syukran atas perk0ngsian & peringatan..sangat berharga & bermakna..bukti jelas & nyata akan kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya =)