Monday, May 02, 2011

Review Buku: Ajaibnya Sedekah


Judul: Ajaibnya Sedekah..'Semakin Sedekah Semakin Kaya'
Penulis: Muhammad Muhyidin
Penerbit: PTS Millenia Sdn Bhd
Muka Surat: 171
Harga: RM11.90

"Nah ambil buku ni," kata abang ana sambil menyerahkan beberapa buah buku kepada ana. Banyak buku yang dibawa pulang. Tetapi buku yang bercampur warna hijau tua dan muda itu menarik perhatian ana. Aksara pada buku ini cukup menarik minat untuk terus menyelak helaian demi helaian di dalamnya.

    Menarik bunyinya bukan? Bagaimana dengan bersedekah mampu membuatkan kita semakin kaya sedangkan jika dilihat pada mata kasar ia tidak selari dengan hukum ekonomi moden. Membacanya cukup memberi kita perspektif yang berbeza mengenai ibadah bersedekah ini. Semakin banyak yang dikeluarkan tanpa kepentingan, semakin bertambah pendapatan dan semakin kaya. Buku ini membicarakan mengenai keajaiban dan mukjizat sedekah khususnya dalam meningkatkan kekayaan dan kebahagiaan. Ia juga memberikan penjelasan mengenai hubung kait antara sedekah dan rezeki dalam satu rumus matematik sedekah. Ia turut menjelaskan mengenai mukjizat sedekah dalam menghindar penyakit dan memanjangkan usia.

REHLAH JIWA

Percaya atau tidak, ana sendiri mengalaminya. Bagaimana dengan bersedekah, mampu menjadikan ana tidak miskin. Bahkan setelah membaca buku ini, semakin berkobar jiwa untuk terus beramal dengan ibadah ini. Kisahnya apabila ana sudah kehabisan wang perbelanjaan semasa pengajian. Duit untuk makan, duit minyak motor, duit untuk membayar fotocopy nota lagi. Buntu ana untuk mencari sumber kewangan. Tika sedang berfikir itu tiba-tiba ana mendapat mesej dari abang ana. Katanya dia sudah memasukkan duit ke dalam akaun bank ana. Pause seketika cerita ini...

      Tentu kalian terfikir, sama ada ana meminta bantuan ahli keluarga atau tidak untuk menyelesaikan masalah ini. Jawapannya 'tidak' sama sekali. Bukan niat mahu meminggirkan keluarga tetapi kondisi keluarga ana yang kurang mampu membuatkan ana rasa tidak mahu menyusahkan mereka. Saat abang ana menghantar mesej itu, sujud syukur ana pada Allahurabbi, mengalir air mata tatkala itu kerana Allah menunjukkan jalan pada hamba-Nya. Bukan itu sahaja, kawan ana pula sangat bermurah hati untuk belanja ana makan. Saat itu rasa syukur diri ini pada Allah sangat melangit tinggi.

       Apa kaitan cerita ana ini dengan ibadah bersedekah? Bukan niat mahu menunjuk tetapi marilah kita ambil ibrahnya bersama. Setiap kali ana mendapat duit pinjaman pengajian, perkara pertama ana akan buat adalah bersedekah, tidak kira pada sesiapa. Malahan, wajib bagi ana untuk belanja makan kawan-kawan dan juga famili. Atas keyakinan rezeki itu milik Allah, maka ana tidak ada rasa risau jika duit di poket hanya ada RM2 sahaja. Yakin, pasti rezekimu akan tiba dengan berusaha dan bersedekah pastinya.

     Banyak lagi sebenarnya kisah yang ingin dikongsi, tetapi biarlah menjadi kisah peribadi. Sungguh dengan bersedekah itu mampu membuatkan hati rasa bahagia dan semakin tenang. Jangan disempitkan ruang pemikiran kita dengan mengaitkan bersedekah itu dengan hanya menghulur duit sahaja. Tidaakkk!...Ada seribu satu cara untuk bersedekah asalkan niat itu hanya pada Allah s.w.t. Dengan menghulurkan senyuman yang manis itu sedekah, membantu orang yang dalam kemalangan itu sedekah, mengajar kawan-kawan tentang masalah pembelajaran itu sedekah, bertahmid, bertasbih dan bertakbir itu juga sedekah. Kalian lihatlah skop ibadah sedekah itu dengan ruang yang lebih lebar. Jika dilihat, maka tidak ada alasan untuk seorang mukmin itu untuk tidak bersedekah!

RENUNGAN BERHIKMAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata, ada tujuh orang yang mendapat naungan Allah pada hari yang tidak terdapat naungan kecuali naungannya iaitu hari kiamat. Tujuh orang itu adalah :

1. Raja yang adil
2. Pemuda yang rajin beribadah pada Allah
3. Orang yang hatinya selalu berpaut pada masjid
4. Dua orang yang saling menyayangi semata-mata kerana Allah, bukan kerana dunia. Mereka bersama dan berpisah kerana Allah
5. Orang yang digoda oleh wanita cantik dan berkata "Aku takut pada Allah"
6. Orang yang bersedekah dengan bersembunyi hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya
7. Orang yang mengingati Allah dalam kesunyian hingga menitiskan air mata

Ayuh renungi kalam Allah ini:

"Bersegera kamu memohon keampunan daripada Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang -orang yang bertakwa iaitu orang yang menafkahkan hartanya baik pada waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan marahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan" (surah Ali Imran :133-134)

Bersedekahlah..kerana dengan bersedekah anda semakin kaya jiwa, kaya sahabat, waima kaya harta. insyaAllah...

oleh Suhana - pemenang tempat pertama contest 'Aksara Pencorak Hidupku'

22 comments:

Unknown said...

salam kenai..best entry nie..terpegun nak bace..hehe..bw terus folo u blog..sambil komen..pls folo ne to yer..tq..kaspersky mobile security 9 full version

TS Frima said...

sepertinya buku ini menarik. terimakasih atas infonya.

meowwmania said...

subhanallah...

mudah-mudahan dpt diamalkan, insya'Allah

Peguam Bisaya said...

pernah terjadi masa ke pasar malam.huuu

http://peguambisaya.blogspot.com/2011/04/rm-1-jadi-rm-10.html

rezeki Allah di mana2

♥ Princess ♥ said...

inyaAllah akan cari!, TQ

Anonymous said...

biasakan bersedekah semasa susah, insyaAllah semasa senang nanti tidak kekok untuk meneruskannya

qamarguyz said...

to josrevalution:
w'slm..
thanz sudi bertandang & membaca..
singgah2 la selalu =)

to Ra-kun lari-laRIAN:
semestinya begitulah..
cuba dapatkannya =)
sama2

qamarguyz said...

to meowwmania:
Maha Suci Allah..
mudah-mudahan..
hal yG baik ada kebaikannya =)

to peGuaM_BiSaYa:
waHh..
itu namanya murah rezeki..
m0ga tercapai cita2 jg =)

qamarguyz said...

to ♥ Princess ♥:
carilah yer..
banyak terdapat di pasaran =)
hehe

to Hisyam Muhibah:
betul3 =)
dalam kesusahan ada rahmah & barakah..hikmah & ibrah

dwatyKNY said...

terima kasih 4 this entri... betul tu.. bersedekahla, dan jagan kedekut... insyaallah... pasti murah rezeki... saya sendiri pernah mengalaminya... dimana saya takut untuk mengeluarkan duit(kedekut)... dan impaknya..sentiasa rasa tak pernah cukup... tapi sekarang... saya dah tak kisah... janji duit disalurkan ke jln yang berfaedah... dan alhamdulillah... walaupun gaji tak banyak tapi tak pernah rasa kekurangan...

Cheqna said...

Assalamualaikum,

terima kasih sudi berkongsi info, semoga sama2 dimudahkan untuk sentiasa bersedekah di atas jalan-NYA..

:-)

+qasih nadira+ said...

menarik buku ni~bagus!

cikida said...

alhamdulillah..rezeki ada dimna-mana..thnks sharing bout this book..interesting !

ainhany said...

salam dik azraai,

lama tak bersiar...rindu pada aksara mu.
Subhanallah..keajaiban memberi hanya dirasai dikala kesulitan ada yang mmbantu..InsyaALLAH pengalamn itu adalah milik kita dan mnjadi iktibar dan semangt utk mmberi...hidup dgn mmberi..insyaALLAH bahagia dunia akhirat..

Terima kasih ats perkongsian buku itu..menarik dan sumber ilmu untuk menggalakkan beramal juga.

qamarguyz said...

to dwaty:
syukran jg atas perk0ngsian pengalaman..benarlah..asal kita memberi pada jalan kebaikan, pasti kita akan menerima lebih banyak kebaikan =)

to Cheqna:
w'slm kak..
InsyaAllah, m0ga diperbukakan hati kita semua untuk terus memberi..
dengan seikhlasnya =)

qamarguyz said...

to +qAsiH naDiRa+:
huhu..
act sy sendiri belum sempat menelaah hasil tulisan buku ini..

to cikida:
selagi ada bulan & bintang..
selagi itu adanya rahmat Tuhan =)
thanz sudi membaca

qamarguyz said...

to ainhany:
w'slm kak..
mmG lama skli sy tak bersiaran ke udara..hehE.. act agak busy di lapangan jihad ilmu..

InsyaAllah, di ruangan yG ada ini sy akan terus menulis..sem0ga hikmah dalam tiap perkara itu dapat kita k0ngsikan bersama..
syukran kerana terus setia di laman ini =)

whitecappuccino said...

Tidak rugi bila bersedekah, ganjarannya berganda..terima kasih kerana berkongsi..

Unknown said...

interesting!!

qamarguyz said...

to whitecappuccino:
afwan..
sama2 kita gandakan ganjaran menuju kenikmatan Tuhan..InsyaAllah =)

to amir aizat:
TQ =)

Ayie said...

ayuh membaca.. ^^

qamarguyz said...

to Ayie:
Ayuhh!
membaca jambatan ilmu =)