Judul: TARIQ - Menang ataupun Syahid
Penulis: Abdul Latip Talib
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd
MukaSurat : 244
Harga: Sem.Malaysia - RM 23.90
Sabah/Sarawak - RM 26.90
Penulis: Abdul Latip Talib
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd
Muka
Harga: Sem.
Sabah/Sarawak - RM 26.90
Macam mana aksara dalam novel sejarah Islam ini mempengaruhi hidup saya? Sikap saya? Pemikiran saya? Minda saya dalam memerhati dan menjalani hidup ini? Banyak sekali. Saya petik sedikit kata-kata daripada buku ni;
"Seandainya pada hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang bererti, nescaya nama baik kalian pasti hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh pula berganti menjadi berani. Oleh itu pertahankan jiwa kalian."
-Tariq bin Ziyad-
"Setiap orang yang berusaha meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan) dan lidah (berdakwah)."
-Sayyid Abul A'la al-Maududi-
Tariq asalnya seorang budak suruhan yang berketurunan Barbar. Beliau memiliki semangat pahlawan yang sangat tinggi, membuatkan ramai yang menghormatinya sebagai seorang wirawan Islam. Pengarang berjaya membuktikan kepada pembaca tentang kemurnian agama Islam melalui tindakan panglima Tariq dan pejuang-pejuang Islam yang lain memberi bantuan kepada bangsa dari negara Andalusia (kini Sepanyol) dan sekaligus menawan negara yang diperintah oleh Raja Roderiga, seorang raja yang terkenal kejam. Panglima Tariq telah bertindak licik dengan membakar kapal-kapal perang milik pejuang Islam yang telah ditaja oleh Panglima Julian, kerana cara tersebut akan dapat membangkitkan semangat juang para satria Islam. Juga dapat meyakinkan mereka dengan pertolongan Allah serta janji-janji Allah kepada para syuhada yang sanggup bejuang demi menegakkan kebenaran.
"Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di hadapan kalian, ke manakah kalian mahu lari? Demi Allah, apa yang kalian miliki hanyalah kejujuran dan kesabaran.."
Kata-kata semangat yang dituturkan oleh Panglima Tariq terbukti telah menaikkan semangat para pejuang Islam. Natijahnya, mereka berjaya menawan Andalusia, membebaskan rakyat daripada penindasan, serta menghapuskan kekejaman Raja Roderiga serta para pengikutnya. Penaklukan Andalusia oleh orang-orang Islam mendorong timbulnya revolusi sosial di mana kebebasan beragama benar-benar diakui.
..Kegelapan telah sirna setelah datangnya cahaya..
Bila sahaja terkenang semangat yang dimiliki oleh para pejuang Islam terdahulu, pasti akan refleksi, bagaimana pula dengan kita? Masih adakah lagi yang sanggup bergadai nyawa demi menegakkan maruah agama daripada tercalar? Masih adakah yang mampu membela nasib golongan yang tertindas seperti yg sedang berlaku di Palestin? Wujudkah semangat juang seperti itu dalam diri kita? Seperti yg disebut oleh Sayyid Abul A'la al-Maududi di atas, InsyaAllah selagi masih wujud ruang dan peluang untuk meninggikan kalimah Islam, selagi itulah saya akan terus menulis dan berkongsi dengan semua.
oleh bintun sazali - pemenang saguhati contest 'Aksara Pencorak Hidupku'
43 comments:
thanx 4 de sharing~
hebat tol panglima Tariq!
wah pengkongsian yg baik..
terima kasih
as'salam :)
baru semalam kakak2 bercerita tentang panglima Thariq dalam daurah.
belajarlah sirah islam.. tentang semangat pejuang2 terdahulu..
dan belajar dari mereka..
kalau dulu islam pernah naik dan menelan 'kegelapan'.. pasti islam bisa naik lagi.. itu sunnatullah..
salah satu punca kejahilan umat sekarang adalah, gagal mengkaji sejarah sendiri..
wallahualam~
neway, jom study sirah.. dengan hati.. bukannya akal.
(terpanjang pulak komen ni~)
menarik~baru tersedar tadi.walaupun sudah 21 hidup di muka bumi ini,tapi belom satu pjuangan islam saya lakukan~terfikir sejenak,jihad bagaimana yang perlu saya lakukan selain belajar~
alhamdulillah , dah baca buku ni.memang best.bila dibanding dengan diri , memang terasa seumpama tiada langsung pengobanan oleh diri ini.Subhanallah , hebat sungguh para mujahidin zaman lalu.semoga , apa yang dapat dari pembacaan buku ni bukan sekadar dapat-then-lupa.
dalam siri ni jgak , saya paling suka sirah tentang Hulagu Khan dan Salahuddin Al-Ayubi
Sungguh tinggi iman pejuang-pejuang terdahulu..
Gadis semalu nak merenung diri.
Allah, rupanya masih banyak yang perlu dibaiki.. (T_T)
salam Azrai..
moga sihat hendaknya..
saya belum berkesempatan
membacanya lagi..nanti
saya akan cari di perpustakaan
tak pun di kinokuniya..
:)
dalam hal ehwal ketenteraan kerajaan bani umayyah kalau tidak silap tariq bin ziyad ni adalah tokoh yang paling banyak sumbangan untuk kerajaan bani umayyah tu .. maaf kalau tersilap .. banyak ilmu tentang sirah islam yng sudah lupa dalam ingatan ..
^___________^ menarik..nak cari buku nie la..
Sy ada novel yg sme tp kisah mngenai Sultan Muhammad Al Fateh...sgt2 truja melihatkan semangat fisabilillah yg tokoh2 nie ada!
nice n3..
time ksh.. :)
nice info !
thanx (:
org2 trdahulu mmg sgt2 bsungguh menegakkan agama..kdg2 terharu bca kisah2 phlawan islam..
sgt berbeza dgn zaman skrg..
yg malah mnjatuhkan agama sndiri..
dunia akhir zaman..
interesting!tq 4 sharing
'akal itu umpama senjata dan harta. walau dengan apa cara sekali pun, gunakan ia di dalam menegakkan Islam.
semoga kejayaan milik kita.
blog yang santai... nanti mai vissit maya yer !
saya penah blajar tntng tariq nie ^^
Saya membaca..
Saya berfikir..
Saya bukan sapa2..
Betapa keciknya saya :)
bes crita nie
pada sape2 yg mnat cerita nie dan sejarah mmg akan tercari2 buku camni..
anyhow
thankz for sharing~
Ulat bukunyeeerrr.. Herherher..
buku itu sangat2 bagus....ia juga mengigatkan kita supaya jangan terlupa utk berperang dengan tentera2 nafsu di kota2 qalbu terlebih dahulu...insyaallah...
i agree with wildorchid..
to nureenina:
u r welc0me..
j0m perbanyakkan membaca sirah perjuangan sahabat dalam menegakkan syiar Islam..m0ga bertambah tinggi semangat juang di dalam diri
to m.a.p.i.e [ Ku sEnDiRiAn]:
sama-sama..
m0ga mendapat manfaat =)
to cik nurussalwa :
w'slm..
wahH, sy memang suka k0men panjang2 ni..sangat2 menghargainya =)
nyway syukran atas perkongsian pengalaman..semestinya Islam pasti kembali gemilang, setelah mengharungi pelbagai ujian..
to +qAsiH naDiRa+:
belajar & mengajar..
berbakti & mencurah bakti..
segala kelebihan & kemampuan boleh digunakan untuk jihad Islam sis, asal betul niatnya =)
to anah samsudin:
syukran atas perkongsian..
belum terbaca mana-mana kisah dari siri 'novel sejarah Islam' ini..
moga sy juga mendapat kesempatan
to gadis Semalu:
banyak kekosongan tiada kekuatan..
itu penyakit kita pemuda-pemudi Islam masa kini..
membaca & memahami sirah mungkin dapat membuka mata..Ayuh!
to zulkbo:
w'slm..
membaca fasa permulaan, berusaha fasa yG terkehadapan..mungkin tuan kini lebih banyak tertumpu pada fasa yG kedua itu..salam perjuangan =)
to yie76:
maybe..
syukran atas perkongsian..
moga segala ilmu dapat dimanfaatkan =)
to nisa:
hehe..
tiap buku dia nak cari ek..
baguslah..teruskan membaca =)
to iZ-oNe!:
dats rite..
sultan muhammad al-fatih juga salah satu pemimpin uthmaniah yG harus dijejaki & diteladani
to SyAE SyEa:
u r welc0me..
moga mendapat manfaat =)
to lilypelangi:
selalu la menjejak ke mari yer =)
to ieka.H:
setiap seratus tahun pasti ada wakil-Nya yang akan melakukan islah terhadap agama ini..di tiap sudut dunia..apa yG penting kita kenali mereka, sokong & ikuti perjuangan mereka..InsyaAllah
to amir aizat:
thanz br0..
salah satu koleksi dari entry c0ntest yG pernah sy anjurkan
to ctpayong:
InsyaAllah sis..
janga dilupa pula pada gandingannya si hati..akal cuma menteri, hati jua yG merajai =)
to Maya Lisa:
visit sini visit sana..hehe..
mai la singgah selalu deh =)
to cik pha:
belajar kat mana yer?
dalam silibus apa?
tentu menarik =)
to missgee:
bukan sis memang kecik ke? ;)
hehe..nyway moga besar jiwa
to ain dzaya:
minat perlu dipupuk..
mahu atau tidak kita perlu asuh diri membaca kisah-kisah sebegini..
jangan terlalu membelai diri, kelak akan binasa sendiri =)
to Liyana Zahim:
jangan sampai buku yG berulat..kui3! tapi untunglah penulis cam sis ni kan, kalu semua orang dah jadi ulat ;0
to wildorchid:
pesan Rasulullah:
'kamu pulang dari jihad kecil menuju ke jihad yG lebih besar iaitu jihad melawan nafsu'..itulah pokoknya..
syukran atas peringatan
to tqaroslan:
m0ga kita semua diberi kekuatan
terima kasih kerana post entri ini
nice info sob, seperti blognya yang mantabss, saya dukung terus yang punya blogny, sukses dan maju terus sob, di tunggu post updatenya..
Pecinta Download (PD)
Panglima Tariq...
wirawan islam...
perkongsian yg menarik...
perlu dapt buku ni...^^
syukran atas perkongsian makluman. Menarik utk dibaca. Mudah-mudahan akan beroleh manfaat
semuga perjuangan TARIQ akan jadi ikutan..dan islam akan terus dipertahankan selama2nya..thanks
Dua duanya untung....
Pandangan rakyat Australia mengenai Lynas.( Dengan sarikata )
to Muhamad Luqman Hakim Mahmud:
sama2..
m0ga mendapat manfaat =)
to Nana nurwanda:
InsyaAllah..
syukran atas doanya..
teruskan berkunjung ke sini yaa =)
to Mohd Ridhuan:
m0ga lahirnya lebih ramai panglima Islam masa kini..
to Shamsuddin Amin:
untuk kebaikan ummah..
sama-sama kita berkongsi & berusaha..
to r3d lollip0p ♥:
baca abis tak? hehe..
nyway welc0me..
InsyaAllah, moga kita sama-sama beroleh kebaikan darinya
to MaMa AiNi:
InsyaAllah mama..
buka hanya berbicara, tapi perlukan usaha..bermula tanpa mengira siapa
to Miecyber:
siapa yG keduanya itu?
huhu..
Post a Comment