Thursday, May 26, 2011

Janji Kekasih...

Masihkah kau semadikan di minda?
Bahawa hubungan yang terjalin 
antara kita adalah cinta tulus
bersulam taqwa..
Rangkaian jiwa sesama
insan manusia
menjadi lambang
keagungan cinta
terhadap Sang Khaliq
Maha Pencinta...

 Berjanjilah kasih..
Hubungan kita yang terbina
kerana kasih pada-Nya
takkan terhalang oleh
tembok minda manusia
takkan hilang dek
api yang menjulang
takkan sirna kerna
kabus yang kelam..
tetapi hanyakan musnah
oleh kerana hati yang HITAM...

47 comments:

Unknown said...

syair ker..
puisi ker..
pantun ker..
ehhe..
janji terbaeek~

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

hitam melambangkan kejahatan, ketakutan dan unsur-unsur negatif, namu....hitam itu menawan!

Zura Tahir said...

cintakan Allah mengatasi duniawi adalah cinta agung.. :)

Norfarahniza said...

nice...
sangat2 bermakna..........

Eye_nee said...

Salam Roy..


Nice..

Jaga hati...
Andai segumpal daging itu hitam
Semua seakan terbungkam
Jiwa Berkabus kelam
Penuh Amarah Dan Geram
Ibarat Api didalam Sekam
Hangatnya Membakar Seluruh Alam
Baranya sukar dipadam
Sentiasa mekar menjadi Dendam

Puan Nurussalwa said...

suci sekeping hati pencinta
takkan hitam di noda dosa..
kerna ada sinar yang menyuluh
terpancar dari cinta pada sang Pencipta..

kan bro?

=)

Alif Haris said...

wah berpuitis .. hehe

fadh leyanie said...

dramatis puitis kata2 ni

+qasih nadira+ said...

dok umah cari hobi baru ek?hehehe~

Runnie A Rasad✿ said...

wow dramatis.....^_^

faidah misnan said...

bermakna dalm2 . .
good job abg . :)
heee

izzatiRosli said...

HITAM...perkataan yg sesuai.

ainhany said...

salam dik,

janji kita tetap sama
nun azali itulah lafaznya
Cinta hakiki hanya UNTUK DIA
tapi
hitam pekat itu
mula mewarnai
semakin subur
tanpa pernah di gilap
menanti tertiarap
bukan salah DIA
tapi kita punya angkara
BErsediakan kita temuinya
dalam lumpur HITAM yang gelap
atau bersih sinar cahaya gemerlap?
Ayuh mohasabahlah diri..

missgee said...

Wah!!!
Puitis..
Kasih untuk kekasih.. :)

wildorchid said...

assalammualaikum...tahniah buat semua...mudah-mudahan ianya bukan sekadar puisi pemanis bibir....insyaallah...

zulkbo said...

salam Azrai..
yang nyata janji Kekasih Abadi
Allah SWT adalah janji yang benar
dan abadi...kekasih duniawi banyak
yang merosakkan pada yang tidak tahu mengawalnya...(nafsu-nafsi)

ieka.H said...

bercinta kerana Allah..indahnya..
puisi ni sgt bermakna..

syuxer said...

otakku tengah biol sikit..apapun aku tengok dan baca kat puisi tuh(puisi ke)?

aku dapat tahu ini kisah cinta manusia atas dasar kerana Allah s.w.t.kan..:)..

dunia zaman sekarang menyusahkan cinta sedemikian untuk berkembang sesama manusia yang dahagakan cinta yang betul jalannya dek amukan hendonisme dan macam2 lah..

gadis Semalu said...

Salam (^^)

Biar cinta bertasbih.. bukan manusia yg bertasbihkan cinta..huhu~

Addin said...

nice ! :) cinta yang hakiki hanya cinta kepada Allah s.w.t

sud@is said...

asingkan hitam dan putih
biar putih menguasai hati dan menghiasi pribadi

ctpayong said...

katakan pada kekasihmu
katakan padanya
'cintailah aku kerana Allah dan
bencilah aku juga kerana Dia'.

qamarguyz said...

to shark:
hehe..thanz br0..
nyway ni juz monolog, dari relung hati yang terdalam ;)

to ahmad humairi:
w'slm..
agreed with u..
bukan sekadar warna perlambangan, malah warna yG mencorakkan =)

qamarguyz said...

to Zura:
tiada cinta melainkan cinta-Nya..
cintakan rasul, ibu bapa, anak bini, sahabat handai cuma kerana-Nya jua =)

to misz farahniza:
Terima Kasih..
& selamat bercinta =)

qamarguyz said...

to Eye_nee:
w'slm kak..
InsyaAllah..moga hati kita bersih, kembali pada azali..
jangan pendam, jangan dendam..
ini hanya pinjaman Tuhan

to cik nurussalwa:
dats rite..
tapi mudah lidah berbicara, tak semudah janji dikota..m0ga kita mendapat ampunan dari-Nya =)

qamarguyz said...

to alif haris:
sekali-sekala br0..
mo0d jiwang ;)
layannn....

to fadh leyanie:
thanz sis..
singgah la selalu, m0ga ketemu cinta nan abadi =)

qamarguyz said...

to +qAsiH naDiRa+:
huhu..apa hobi barunya?
hobi lama ni semua..
baru ada masa saja =)

to ✿ Nasri With Runie ✿:
hehe..
TQ..selamat bercinta, moga lebih bermakna! =)

qamarguyz said...

to faidah misnan:
ehkk..
pangkat abang ke?
da tua rupenya..hehe ;)
nyway TQ

to Izz:
hati r0hani itu hitam atau putih saja..tidak semerah hati biasa =)

qamarguyz said...

to ainhany:
w'slm kak..
InsyaAllah, moga masih ada hidayah Allah..buat aku, kamu & dia yG lemah..syukran atas peringatan..
Nice =)

to missgee:
huhu..
kekasih siapakah? ;)

qamarguyz said...

to wildorchid:
w'slm..
InsyaAllah..apa dikata haruslah dikota..jika tidak apalah maknanya?
syukran =)

to zulkbo:
w'slm tuan..
itu nyata semua..
bukti terbentang di depan mata..
bagaimana hendak lalui segala?
kuserahkan cinta hanya pada-Nya

qamarguyz said...

to ieka.H:
InsyaAllah..
adik-adik kena belajar dari mereka yG lebih tua..hehe..
act frasa ni lebih kepada monolog hati di dalam diri =)

to Syuxer:
hahaAa..kenapa tiba2 biol ni br0? rileks sudah =)
nyway betul la apa yG dikata..
bukan mudah..kekuatannya perlu luar biasa, menatang ujian yang berbisa

qamarguyz said...

to gadis Semalu:
w'slm..
masih malu-malu si gadis ni yurp..hehe ;)
ratiblah cinta-Nya

to miss.Addin:
anda tahu apa erti cinta hakiki?
apa maksud cinta sejati?
teruskan bercinta di laman ini =)
TQ

qamarguyz said...

to S..U..D..@..I..S:
InsyaAllah..
asingkan sebaiknya..
jika tercampur kelabulah mata, terpanalah jiwa

to ctpayong:
"aku mencintaimu kerana agama yG ada padamu..jika hilang ia, maka hilanglah cintaku padamu.."
InsyaAllah

Puan Nurussalwa said...

betul2..
yang berkata2 juga khilaf..
moga Allah mengurniakan keampunan..
Amin~

Addien said...

Janji Allah yang utama..wallahualam

Mana lebih susah? Jadi Lelaki @ Perempuan?

khalila ishak said...

sungguh indah andai cinta belandaskan cinta Ilahi.

ieka.H said...

ha..tua 2 thun je..tak lah tua sgt kan..btulkn sket, adik adik kne blaja dr org bpengalaman.. ;p

bawal crepe putih said...

hmm.. nice! even saya bkn dak sastera.. hehe ;)

dina kasyah said...

awesome ^^

Diari Si Froggie said...

nice ^_^
cinta ALLAH adalah cinta yg paling agung

qamarguyz said...

to cik nurussalwa:
InsyaAllah..
begitulah harapan setiap insan..
hanya keredhaan Tuhan =)

to teyn teyn:
Thanz sis =)

to Ad-Dien:
janji-Nya yang pasti..
itu sudah pasti

qamarguyz said...

to k.h.a.l.i.l.a:
maktabatkan cinta insan..
dengan restu Tuhan

to ieka.H:
l0rr..
ingatkan budak tadika lg ;)
huhu..berpengalaman ke

qamarguyz said...

to emeera asnary:
sama la kita..
sy pun bukan pakcik sastera.
hehe ;0

to Edina Kasyah:
=)

to Aida Omar:
kerna dia adalah Agong segala Agong =)

amna said...

puiti & indah :)
wadah bacaan mlm hari ^^

qamarguyz said...

to amna:
suka la tu..
mood jiwang ek? ;)
hehe..

Surat Untuk Hujan. said...

Indah ;)

qamarguyz said...

to CIK HUJAN:
terima kasih.. =)