CERPEN ‘TARIAN KEJORA TIMUR’
(sebuah adaptasi kisah benar)
Dingin malam mencengkam sendi tulang. Purnama terang membias kelam malam. Di sudut jendela, aku terpamit melihat kejora di sebelah timur itu. Cahayanya persis menari-nari menghiburkan sanubari. Senyumanku terukir sendiri.
“Ana sudah lama menyukai enta!” SMS itu aku tenung berkali-kali. Bermula dari sebuah kebetulan, berakhir dengan seberkas harapan. Tiada kusangka tindakan jujur mencari teman ukhwahfillah di segmen ‘Sembang Pagi IKIM.fm’ itu menemukanku dengannya. Lebih tidak kuduga wanita ini rupa-rupanya siswi satu kolej denganku, malah satu fakulti dan satu kursus pengajian. Bezanya dia sudah berada di semester akhir sedang aku baru di semester tiga. Tidak hairanlah umurnya lebih tua dua tahun daripadaku. “Aah..itu bukan masalah besar. Lebih usia tentu lebih matang dan gantang!” usik hatiku. - Monolog: inikan cinta, bertemu dan bersatu tanpa keduanya tahu.
Keikhlasannya membantuku dalam pengajian membawa kepada pertemuan pertama kami petang tadi. Kafeteria pelajar tempat dituju. Setibanya di sana, mataku terus menangkap sesusuk tubuh berjubah hijau berkelebung labuh paras dada. Sopan santun dan tunduk malunya saat menghulurkan cebisan nota itu benar-benar menggoncang nurani. Sungguh. Terasa bagaikan ada titisan embun sejuk membasahi relung hati, asyik dan mendamaikan. Ohh..dari manakah bidadari ini muncul? Aku benar-benar tidak pernah melihatnya sebelum ini. Cuma setahuku dia adalah salah seorang exco kepimpinan pelajar di fakultas kami. - Monolog: inikan cinta, tenang di hati tersenyum sendiri.
“Ana sudah lama menyukai enta!” SMS itu kutenung berulang kali. Mungkinkah pertemuan tadi membulatkan tekadnya untuk berterus-terang. Sememangnya selama ini aku seakan tertarik dengan gaya bahasa dan lenggok tutur katannya saat berhujah dan berbincang, walaupun sekadar di skrin ‘handphone’ cuma. Jika dihitung sudah hampir sepurnama kami berinteraksi sebegitu, berbahas tentang pelbagai isu. Namun, agak jarang kami berbual dan bersoalkan hal peribadi masing-masing. - Monolog: inikan cinta, tak perlu bicara namun tetap dirasa.
Tiada kata yang mengungkapkan tanya
Tiada bahasa yang menjelaskan jawapan
Namun rahsia di hati memang sukar dilindung
Bila wajah jiwa mula berlagu ceria
Biar diam berbicara
Jalinan kasih anugerah-Nya
Tetap terbuka..
Tidak kuduga bait-bait puisi yang kubina dibalas tenang olehnya..“Ana sudah lama menyukai enta!”
*****
“Mengapa sayang? Kenapa?! Mengapa baru sekarang kau luahkan segala? Ternyata kesucianmu itu palsu cuma?!.Aah..bagaimana begini?” hatiku meradang saat mendengar bicaranya tika itu. Benakku kabut, nafasku susut. Aliran jernih di pipinya langsung tidak mendatangkan simpatiku. Aku dilema. Dialah wanita yang kudamba selama ini, yang kurasakan bisa bersamaku membina mahligai firdausi, jua famili insani untuk sehidup semati. Dialah insan yang kuharap menjadi pelengkap hidupku, jua ibu kepada anak-anakku. Setelah dia membangkitkan semangatku sehingga muncul ‘top student’ di sini, setelah dia merangsang kepimpinanku sehingga mengepalai persatuan pelajar di sini, kini dia menguji keikhlasan dan kematanganku sehebat ini. Bisakah begini? - Monolog: inikan cinta, tangis tiba sebelum ketawa ria.
*****
Dalam kedinginan petang itu, saat sang hujan mengorbankan diri menlencuni bumi, seorang gadis tertidur sendirian seusai menunaikan solat fardhu Asar. Mungkin agak kelelahan setelah seharian menguruskan majlis pertunangan sepupunya, tengahari tadi. Tiba-tiba, ‘Kreeeek!..’ kedengaran daun pintu biliknya dikuak. Kamar itu ternyata terpisah dengan ruang utama rumah kampung yang agak luas, jauh dari hingar-bingar orang ramai. Anak gadis tersebut langsung tidak menyedari derapan kaki si penceroboh. Lantas dia membiarkan dirinya diusik dan disentuh lembut oleh si jantan rakus. Sebaik tersedar, tersentak si gadis melihatkan kain batik yang melilit pinggangnya telah terlondeh. Aah..dia sudah tidak kuat untuk menghalang, apa lagi mahu melawan. Gadis tulus berkulit mulus akhirnya sama-sama hanyut dalam dunia kenikmatan, menghempaskan mahkotanya pecah berderai! - Monolog: inikan cinta, sejarah lama kita terima.
*****
Di penjuru kamar, aku menangis sendirian. ‘Tiada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tiada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan!..’ Untaian hikmah ini hadir di fikiran seperti mahu aku memaafkan dia yang tidak berdosa, seolah-olah mahu emosiku tenang menghadapi dugaan tercipta. Segala suka duka perkenalan kami semenjak dua tahun lalu kembali terimbau di ingatan. Walaupun satu fakulti, ternyata kami mampu menyembunyikan hubungan dari pengetahuan rakan-rakan dan para pensyarah. Tiada istilah ‘dating’ dalam hidup kami, tiada fitnah dunia yang bisa mengganggu keberkatan cinta kami. - Monolog: inikan cinta, tidak ribut tidak menunjuk untuk hidup.
Buku ‘Bertaubat Kepada Allah’ tulisan Dr. Yusuf al-Qardhawi itu kucapai dan kubelek kembali. Panjang lebar ulama kontemporari ini membahaskan persoalan ayat ke 26 surah an-Nur: ‘Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)..’ Adakah harus aku memilih wanita yang tidak lagi suci? Apakah pula yang dikatakan suci itu? Bagaimana jika mereka telah bertaubat dengan seperinya, taubatun nasuha? Aku memang tidak menyalahkannya atas apa yang berlaku. Namun hakikat cinta perlu berilmu, perlu beramal dan perlu menjamin taqwa. Inilah ritmanya. Pernah aku lalai dan alpa, sehingga menumbuk dinding setelah dihalang dari menumbuk tingkap berkaca. Mungkin saat itu aku benar-benar kecewa dan buntu, emosi yang terganggu memudahkan syaitan datang mengganggu. Namun begitu, sebenarnya jauh di sudut hati, aku masih yakin bahawa dia adalah wanita suci di sisi Ilahi walaupun kotor di sisi insani. - Monolog: inikan cinta, ilmu dan amal jadi pembela.
*****
Dalam sujud di sepertiga malam, aku berseru dan mengadu. “Ya Allah..Berikanlah petunjuk pada hambamu yang hina ini. Berikan aku kekuatan untuk merungkai dilema ini. Jika memang dia yang terbaik untukku, kau satukanlah hatiku dengan hatinya. Jika tidak, engkau redhakanlah aku atas tiap ketentuan-Mu..” Aku pasrah. Aku berserah. Aku bangun menyingkap jendela, kulihat dunia, kubersyukur pada-Nya. Kejora timur itu masih menari-nari menghiburkan sanubari. Senyumanku terukir sendiri. Aku yakin, inilah petunjuk Ilahi, memberi makna cinta sejati.
p/s: Cerpen di atas adalah untuk penyertaan bagi contest Definisi Cinta anjuran blogger miszpathetic. Bagi memenuhi syarat penyertaan, tiga blogger berpengalaman di bawah telah 'ditag' untuk turut serta, andai punya kelapangan & peluang. Bagi blogger lain yang turut berminat, boleh klik pada banner contest di atas untuk maklumat lanjut. TQ
55 comments:
nice story ! :)
have a nice day !
waaaahhhhh~ nice...... :)
gudluck!!!
terima kasih shbt kerana sudi tag belalang...klu tgk dari bro tulis panjang ya amat...takut terus tgk...huhuhu...
apa2 pun jap belalang nak g jeling2 syarat dari penganjur :)
sangat best.. sungguh!
salam ziarah akhi :)
membaca kisah ni untuk kedua kalinya..
tetap serupa perasaannya..
kagum..
=)
seperti komen yang saya drop di chat box..
'kata-kata adalah logam saudara..'
(kelebihan akhi)
teruskan bertinta ya!
=)
bagus sekali... cintanya berperingkat...
Bagus ceritanya.......
so sweet hehehe..
waa..kagum..jalan cerita di olah dgn gaya bhasa yg pelbagai..menarik! :)
Pehhh ayttt... Surender..
‘Tiada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tiada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan!..’ like!
erm..kreatifnye abg azrai ni =)
gudluck!
islamiknya cerita ni.nampak macam best~apalah agaknya pengakhiran cerita ni~
salam Roy....
em....................
thanks..nanti mimi ambik......
ape pun......semoga berjaya....
belalang dan zulkbo pun kene tag...ekekekkekekekekek
selamat berkarya..
boley tak minta kebenaran tuk posting entri nih ke kelab pencinta novel dan cerpen akak di FB...
bestt. keep it upp.. :D
i'm reading this while listening to muhasabah cinta by edcoustic,,,
my eyes crying while my heart praising Allah,,,
sayu hati bile bace.
ade lg k cinta sejati camniy utk saye. :(
salam saudara Azrai..
semoga sihat hendaknya..
terima kasih kerana sudi
mengingati blog saya untuk
turut sama menyertai contest ini..
insyaallah akan saya turut serta nanti...
:)
aku tabik spring kat bro..ayat ni..aku dah angkat bendera putih..:)..
manakan tidak..ekpresi emosi yang diluahkan,gaya bahasa,olahan ayat,unsur2 islamik yang bro terapkan begitu sukar untuk aku tandingi..:)
semoga bro menang kontest itu..InsyaAllah..
miss.Addin:
TQ sis..
moga panas sampai ke petang..
berpanjangan =)
waRDah a.k.a QiQi:
syukran atas doanya..
da baca yer =)
Belalang Hijau:
panjang pendek bukan ukuran..
yG penting pengisian..
nasib & ketentuan Tuhan =)
u r welc0me
za petrelli:
yer ke..syukur la..
moga mendapat iktibar dr kisah yG benar =)
cik nurussalwa:
w'slm sis..
hehe..logam apa yer?
moga tidak berkarat ;)
InsyaAllah..
selagi masih ada idea, selagi masih boleh mengangkat pena..
akan terus menulis..
sokongan rakan-rakan seperti saudari amat dihargai
Kaseh Chempaka:
itulah hakikat, dalam mentafsirkan definisi cinta..
moga kita tidak terperangkap =)
Hanif:
br0 pun da khatamkan?
terima kasih =)
Pojiekyra:
semanis madu
sepahit hempedu
cinta perlu dirasa selalu =)
Fithrah Neelam:
masih banyak yG boleh dipelajari, diperbaiki..InsyaAllah, kalu da punya bakat & minat =)
Thanz sis
Liyana Zahim:
bila novelis sudah bersuara..
hehe..mintak tunjuk ajar yer..
nak femes cam sis jg ;)
ieka.H:
untaian hikmah tu dari Imam Malik kalu tak silap..huhu..
takda la kreatif sangat, sikit-sikit boleh la menulis kan =)
nyway thanz atas doanya
+qAsiH naDiRa+:
akhirnya jodoh mereka tidak kesampaian..masing-masing punya jalan bahagia yang berbeza =)
mimi:
w'slm kak..
Tahniah kerana bertuah..hehe..
memang sahabat2 blogger yG da lama bersama semua ni =)
ada masa buat la yer, tapi jangan sampai terbeban pula
Nor:
selamat buat semua..
kita adalah sama =)
CintaZulaikha:
silakan kak..
selagi manfaat dapat tersebar, mendapat rahmat jua iktibar..nyway hope boleh kreditkan sy sebagai penulis asal cerpen ni yer..TQ =)
missdora:
thanz..
teruskan menyokong laman ini =)
miszpathetic:
Alhamduilillah..
ada rasa ada jiwa..
itu yang utama buat semua =)
sememangnya inilah definisi cinta insan, walau kepada siapa tetap bersandar kepada Tuhan
Aleeyaah Darn:
InsyaAllah..
tidak mudah untuk bercinta, anugerah indah kurniaan-Nya..
maka indahkan diri nescaya cinta sejati sedang menanti =)
zulkbo:
w'slm tuan..
hehe, bukan ingat blog je tapi yG lebih penting ingat akan pemiliknya =) Tahniah kerna turut sama memeriahkan contest ini..all da best!
Syuxer:
adeii br0..
jangan la puji cam tu, merah da pipi ak nie..ahakss!
nyway thanz atas komen & pandangan..nampak macam arif juga =) InsyaAllah, kalu ada rezeki
salam..
cerita sgt menarik dan alunan ayat2 yg puitis..
smoga berjaya dlm contest tu.. :)
wahhh...menariknye..
terase bukan di dunia nyata pulak membaca kisah ni..hihi
*jom ke blog cik ana ^__^
kakCT tak perasan yg kakCT terus-terusan membaca hingga akhir dan tiada satu pun perkataan yang kakCT tinggalkan.
hebat ini sbb kakCT pembaca yg "tidak sabar" suka sangat lompat2 untuk tahu "ending" cerita.
taubat itu ubat.
nice entry!!
Assalamualaikum
bagus juga ada contest macam ni
oke.sudah membaca.org ulang 4 kali tau.hahaa.punya nk capai feeling.
oke.siapa lagi power ni enchik roy? dina tahap taman je dlm hati, enchik roy sampai dh ada bintang kejora..kuikuikui^^ all da best~
nice story yeah (!)
simple word : touching ^^
tot tot kecik:
w'slm..
lama tak nampak sis =)
nyway thanz..
InsyaAllah, moga mendapat apa yG terbaik..
anamizu:
hehe..
dah tu berada di dunia mana? ;)
nyway memang ini realiti, kisah umat masa kini
ctpayong:
terima kasih kak atas sokongan..
setia membaca & menanti di sini =)
cerita hanya satu perkara, hikmah juga yang lebih utama
amir aizat:
hang baca jugak ke br0?
huhu..
TINA:
w'slm..
contest menyambung ukhwah, membina rahmah..j0m la join sekali sis ;)
Edina Kasyah:
ulang sampai 4x..
da capai klimaks tak?
hehe..
bintang kejora di malam yG kelam, bukan mudah nak dicapai sis..
mungkinkah hanya satu khayalan?
nyway Thanz =)
missh chiorika:
TQ..
singgah membaca la selalu =)
Yua:
titipan pena mungkin membuka mata..
InsyaAllah..
haruslah dik..hehehe...timer kaseh..akak akan link kan tros ke blog adik nih k..
kalau usaha tak berkesudahan, insyaAllah ia dlm genggaman :)
klimaks lepas baca kali ke 4.haha.
wow!! cerita yg sgt best..
suka sangat jalan ceritanya..
berjaya menimbulkan feel di hati pembaca
berkali baca dah.
Perasaannya tetap sama.
Good luck. :3
wah..
dalam kesibukan rajin jugak saudaru nie..
gudluck btw..=)
nice story , ade bakat ;)
CintaZulaikha:
hehe..same2..
moga sama2 mendapat manfaat =)
Edina Kasyah:
usaha, usaha & usaha lagi..
moga ada luck kan..TQ =)
Aida Omar:
terima kasih kak..
takda rasa takda gunanya kita bercerita kan..dari mata hati moga membetulakan jiwa & emosi semua..TQ =)
Aleeyaah Darn:
wahH..
berapa kali dah baca nie?
hehe..terima kasih atas sokongan =)
asliner:
hehe..
sekarang ngah cuti sem..
so tak sibuk mana la =)
nyway thanz
nawal addina:
bakat terpendam ke?
kena asah lagi nie..hehe ;)
ermmmm....
aaaa......
[tiba² tak tau nak cakap apa]
pyejal:
hehe..
kenapa ni?
tergamam kew ;)
nice story..teruskan menulis..hihi..=)
Anak Wak Mail:
terima kasih..
dan teruskan membaca yer =)
m0ga ada baiknya bersama
Post a Comment