Aksara Iman di alam maya
singgah di rahim bonda sengsara
belayar menduga mehnah dunia
tewas nahkoda terhempas mahkota
Karam iman di dalam jiwa
kembali bertaut bicara nasuha
akhir lafaz usah dipersia
kubu cinta pada yang Esa
Tujuh langkah telah berlalu
gelap iman berpuisikan sendu
perca putih membalut kalbu
bernisankan batu sabar menunggu
Detik dihimpun jiwa meronta
ke mana arah akan dibawa
dengan iman rentasi Sirat
ke puncak mulia
atau ke lembah hina!
( by qamarguyz: nukilan@ikim )
28 comments:
nice :)
mendalam ;))
nice..!
Alhamdulillah..nice one!
nice :)
Salam Roy..
Saat Detik DiHimpun Jiwa Meronta
Penyesalan Tergadai Sifar Untungnya
Kerana Saat singgah di rahim bonda
Janji keramat telah hitamputih warna
Tersurat Ke Puncak Mulia Syukur
Terhumban Kelembah Hina Akur
Semua Telah Terukur
Sebelum lahir hingga Jasad Tersungkur...
bait indah...mengintai yang tersirat..
Kembali ke sini..
Tetap seperti dulu..
Puitis..sinis..
sekali lagi terkedu..
this was beautifully written brother..
hidup di dunia hanyalah 1 persinggahan pendek menuju akhirat yang abadi.. dlm 4 rangkap ini ternukil kehidupan seorang hamba..
n.. sgt menyentuh hati~
to 3r1k4 ::1ry4n1:
Thanz.. =)
to Nur Anees Syafwah:
gali & hayati..
m0ga terkesan di hati =)
to ♥MiZz-siHa♥:
TQ.. =)
to Cheqna:
segala puji & puja hanya bagi-Nya..
cuma karya lama yG disiarkan semula =)
to z:
Terima Kasih =)
to Eye_nee:
w'slm kak..
huhu..tetap seperti sedia kala
puisi balasnya tetap ada
memang indah susun bicara
syukran kerna terus setia =)
to Fithrah Neelam:
pasti ada yG tersirat di balik yG tersurat..selamat mGintai =)
to missgee:
hehe..terima kasih kak kerana masih sudi kembali..lama menyepi namun hati & jasad masih belum mati =)
to cik nurussalwa:
TQ sis..
m0ga menjadi iktibar buat semua..jangan leka jangan alpa..
walau di mana kita berada..
bermula dari tiada, akhirnya kekal ada =)
:') indah..
mendamaikan bila membaca..hihi
xtau la npe..ble ak bce bumi cinta tu..ak terigt ko..mybe ko satu2 nye org yg ak kenal pndai bersastera and pndai dlm agama..same ngan watak dlm novel tu..hehe..cept2 cari novel tu k..may Allah bless u and ur family roy :D
wahhhh,,sungguh puitis..nice ! =)
nice words..
to amna:
terima kasih..
m0ga beroleh hikmah darinya =)
to Miss Anis:
m0ga mendapat kedamaian abadi =)
to BezBuddy:
wahH..terharunya ak..takkan ak satu-satunya? huhu..
nyway ak da ley agak gaya penulisan pak habib dalam n0vel tu..ada peluang nanti ak cari k..syukran atas doanya =)
to cikida:
masih banyak puisi yG menanti..
terus setia di sini =)
hehe
to cik dila:
thanz =)
bait yang tersusun...
mkna yg tersirat...
Assalamualaikum
walaupun saya tak faham tapi rasa susunan ayat dia sangat indah
Iman penting untuk selamat dunia dan akhirat.
Ais Artik kian cair
to Mohd Ridhuan:
terima kasih..
m0ga dapat difahami untuk dihayati =)
to TINA:
w'slm..
puisi ini mengisahkan tentang perjalanan iman seorang hamba..melalui fasa-fasa kehidupan bermula dari alam rahim hingga ke alam akhirat =) TQ
to Miecyber:
itu sudah tentu..
selamatkan iman kita
aku akur kata penyair
iman itu bagaikan air
tidak diceduk terusan mengalir
akan tersisih dan tercicir.
to ctpayong:
subhanallah..
indahnya bait2 kata ini..
nukilan sendiri yer =)
m0ga iman kita sama2 terjaga
Abstract. Nice! And understand it. ^^
to Mr.Thinker@Ali:
hehe..TQ =)
Post a Comment