Apakah erti kebaikan?
Baik itu kata hati,
baik itu kalam Ilahi.
Baik itu cantik akhlak terhadap insani,
baik itu banyak ibadah menghadap Yang Abadi.
Bagaimana nak jadi baik kalau dah semulajadinya jahat?
Renungi alam, fahami hakikat penciptaan, akan terjawab segala persoalan..
Insan adalah makhluk Tuhan, Yang Pemurah Lagi Penyayang,
insan adalah makhluk Tuhan, Yang Mentadbir dengan Keadilan.
Lahirnya bayi dengan tangisan penuh kesucian,
lahirnya bayi menjadi khalifah dan hamba sebagai tujuan,
lahirnya bersama sekeping hati penentu segala ketentuan.
Hakikat hati adalah satu, serupa dan sama,
tiada yang lebih jahatnya, tiada pula yang lebih baiknya,
maka di sini letaknya keadilan Tuhan, mencipta semulajadinya dalam kebaikan.
Cuma kejahatan itu sifatnya syaitan yang datang menghasut kemudian,
dibantu nafsu yang penuh khayalan dan tidak tahan ujian,
maka perangilah nafsu dan kuatkanlah iman untuk kembali pada permulaan.
Berapa pula harga suatu kebaikan?
Membeli (menerima) kebaikan tidak memerlukan ringgit, rupiah, dollar atau dirham, menjual (memberi) kebaikan tidak perlu berlonggok di mall, suq atau pasar malam.
Membeli kebaikan cuma perlukan ilmu dan tindakan,
menjual kebaikan cuma perlukan niat dan keikhlasan.
Renungi kalam, fahami maksud kenyataan, akan ditemui segala jawapan..
Hakikatnya menuju kebaikan itu adalah suatu pengembalian,
hakikatnya harga kebaikan itu adalah harga diri dan hati insan.
Kerna tidak diperoleh segala kebaikan,
kerna tidak diagih segala kebaikan,
32 comments:
Membeli kebaikan cuma perlukan ilmu dan tindakan,
menjual kebaikan cuma perlukan niat dan keikhlasan.
P/s: Ingatan yang berguna..Terkedu buat keberapa kalinya..
Harga kebaikan = RM tak ternilai.
Assalammua'alaikum akhi..
Jawapan yang bagus untuk harga sebuah kebaikan.Apa-apa pun tahniah atas penyertaan.Karya terbaik dari anda.Moga Allah redha
saya rasa dengan ilmu sahaja dapat dititiskan satu kebaikan. :)
salam ziarah akhi, lame btol x singgah sini.alhamdulillah malam ni berkesempatan menimba ilmu dan mencedok titipan berguna di sini.
“Ingatlah, dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging. Kalau segumpal daging itu baik, maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Tetapi, bila rosak, nescaya akan rosak pula seluruh tubuhnya. Segumpal daging itu bernama HATI" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
akal yg Allah beri itu satu anugerah.
terima kasih kerana mengingatkan sahabat.
sebaikan sebenar hanya boleh ditentukan oleh allah..
siapalah kita sebagai hamba untuk menetukan yang sesuatu kebaikan ada maksud tersembunyi..
kan?
kadang kala itu yang diutarakan oleh sesetengah orang..
thanks untuk ilmu ni..
ps:da lama xbace blog nie..
kena bace semua nie~~
indahnya bahasa
momoy tak pandai nak sulam kata-kata macam tu
Peristiwa itu masih menhantui diriku...
ATTENTION Kawan-kawan: Blogger Ini DIKEHENDAKI
umpama...orang yg baik xkan menunjukkan kebaikan nye...biar hanya Allah sahaja yg tahu kebaikan itu... :)
to missgee:
hehe..da lama tak nampak sis terkedu di sini.. =)
thanz masih mnyinggah..
m0ga sentiasa dapat membeli & menjual kebaikan itu
to Ila:
RM memamg agak kurang nilainya =)
to SuhaNa:
w'slm..
jawapan yG bagus, pendekatan yG silap..huhu..
nyway m0ga masih dapat memberi & menyebarkan manfaat =)
syukran
to Balqish Shafiqa Bajury:
benar..
semuanya bermula dengan ilmu..
baik buruk
to melatidaisy:
w'slm..
syukran atas kelapangan menyinggah di sini..sy pun da lama tak menulis act =) benar..hati adalah raja dalam diri, membantu akal sebagai menteri
to .: rOzirOx :.:
kasih diterima..
hanya tulisan sebagai perantara..
m0ga ikhlas menambah bahgia =)
to chittysarah:
kebaikan itu ketentuan-Nya yang bukan lagi rahsia..tetapi membuat kebaikan itu yG menjadi rahsia antara makhluk & Pencipta..kerna semuanya berada di pandangan hati, bukan di pandangan mata..nyway syukran atas s0kongan, selamat membaca =)
to .::: Princess MOMOY :::.:
sulam baju tahu? hehe ;)
masing2 da kelebihan tersendiri kan..yG penting momoy faham maksud yG nak disampaikan
to Zura:
itulah keikhlasan..
faktanya kebaikan itu kita tahu, tetapi pembuat kebaikan itu bukan kerja kita untuk menentukan siapa orangnya =)
harga kebaikan?
mahu dalam rupiah atau ringgit malaysia?
senyap..simpan dalam hati sampai mati!
sekarang ramai orang tak tgk 'kebaikan' daa, orang tengokkan 'rupa', dan 'wang' je.
segalanya datang dari hati :)
maka perangilah nafsu dan kuatkanlah iman untuk kembali pada PERMULAAN,,
maka itulah taubat,,:)
Mesir merusuh,,ada aku kisah?,,
to ctpayong:
'senyap..simpan dalam hati sampai mati!'..I like ;)
to Hazari:
orang cam tu lebih baik tak payah jadi orang..tapi jadi orang-orang..hehE
to DiriKu:
dats rite..
dari hati cecah ke hati..huhu
to wanacesh:
Alhamdulillah..
cukup memahami..
m0ga mendapat manfaat =)
kebaikan itu tidak boleh dinilai..
tpkan, selalunyer, benda baik ni, org jarang nak nmpak..
tp, klu benda jahat tu org nmpk dulu kan?
hurmmmmmmmmmmm
puitis.. aku suka!! yes!!
nice post~kebaikan 2 mmg lahir dari hati y sangat bernilai.sebab 2 harganya tiada tandingan~
like222 sgt puitis....http://sanahgurlz@blogspot.com
to Cikgu Fikri:
agreed with u..
yG buruk selalu dihina, yG baik jarang dipuja..tapi kadang2 el0k juga tu =)
to cik-terompah:
s0kongan anda amat dihargai..
hehe ;)
to +qAsiH naDiRa+:
betul sis..
semuanya amat subjektif pada nilaian manusia..nyway syukran atas pandangannya =)
to saNah:
kalu like selalu la singgah yer =)
dunia sekrang kalau ada duit semua orang pandang mulia ...hurmmm
bro amik bidang sastera ke? hehe. cantik bahasa ni.
TIPS MENYELAMATKAN HANDPHONE YANG BASAH
huhu..punya isi yg tersirat..
indah :)
"hati yg baik tak mampu diketahui"
to wayfarer rare prints:
duit...di mana kau duittt..
to S.3.V.3.N:
huhu..takda laa..
belajar sastera dlm kelas BM kat sekolah dl jew ;)
to unknown girl:
syukran sis..
m0ga mendapat manfaat =)
Assalamualaikum..
lme tak komen2 kat sini.. apa kbar??
kebaikan tak dapat di beli ngan wang ringgit atau apa jua jenis mata wang di dunia.. ianya memerlukan keikhlasan.. kita juga sntiasa di berikan peluang tuk membuat kebaikan..
to HaiDa HiDa:
w'slm kak..
Alhamdulillah, kite baik2 sj..
huhu, mmG lama..sy pun da tak aktif mana berblogging nie..
nyway m0ga kita terus ikhlas dlm berukhwah, jg satu kebaikan =)
Post a Comment