Saturday, December 11, 2010

Tarian Tempang Si Gadis Desa


Cerpen ini mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Neerza yang merupakan anak jati pedalaman Kulim. Dalam kemiskinan kelurga, Neerza kaya jiwa dalam beragama. Sopannya menyejukkan hati, bakat penulisannya sering dicemburui. Namun jauh di sudut sanubari, Neerza akur akan kekurangan diri yang tertulis sejak azali. Kekurangan yang menjadi rahsia buat mereka yang tidak pernah bertentang mata. Sejak dianugerahkan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU)  melalui cerpennya ‘Tarian Tempang Si Gadis Desa’, nama Mawar Merah sering meniti di bibir peminat puisi dan cerpen seluruh negara. Di sebalik nama pena tersebut, tidak ramai yang mengenali siapa Neerza sebenarnya.

Lewat usia remajanya, Neerza mula merasai manisnya cinta setelah mengenali seorang jejaka tanpa sengaja, jejaka tampan peminat setia nukilannya. Cinta yang mekar tanpa dipinta, mewangi dan terus mewarnai diari harinya. Walaupun tidak pernah menghadap muka namun gelaran ustaz muda yang menjadi milikan si jejaka terus meyakinkan Neerza akan kekuatan emosi dan kematangan akalnya. Aqmar merupakan anak muda lulusan Kuliyah Syariah wal-Qanun, Universitas Al-Azhar, Mesir. Perhubungan jarak jauh melalui kiriman e-mail akhirnya mengikat dua hati untuk sehidup semati. Dalam diam, Neerza terus buntu dan membatu, hanya berserah kepada kekuatan dan keikhlasan cinta Aqmar yang sering berfalsafah bahawa cinta sejati tetap utuh berpaksikan redha Yang Esa, tanpa memandang rupa dan harta.

            Beberapa purnama berlalu, rombongan lamaran pihak lelaki akhirnya tiba dan disambut penuh mesra. Namun, sebaik Neerza muncul di hadapan mata, semua memandang tidak percaya. Neerza yang muncul bersahaja dengan berkerusi roda ternyata menebak minda semua. Lahirnya tidak sempurna rupa, zahirnya lumpuh semua, tiada upaya mengurus segala. Neerza ditakdirkan lumpuh sejak menghidap demam kuning pada awal kelahirannya. Akibatnya, dia tidak mampu berdiri tegak, tidak mampu berpaling dan mendongak serta tidak mampu pantas bergerak. Nasib mindanya cukup tajam & jemarinya cukup sifat bagi membolehkan dia bergelar penulis yang hebat.

            Pasca peristiwa itu, Neerza terlalu kecewa dengan penolakan Aqmar walhal kedua ibubapanya, Bilal Hasyim & Mak Gayah tidak pernah menghalang perhubungan mereka. Ternyata Aqmar tidak cukup hebat untuk redha dengan hakikat kejadian insan sekerdil dan selemah diri Neerza. Akhirnya, sikap Neerza yang sopan mula berubah dan memberontak, sabarnya hilang memunculkan dendam. Pernah dia cuba bertindak mengelar urat nadi sendiri kerna tidak sabar untuk mati! ‘Jelas sekali bahawa Neerza si gadis solehah telah kalah dengan mainan cinta dan Aqmar si jejaka alim telah tewas dengan mainan rasa.’


Sinopsis ini disediakan untuk penyertaan bagi contest 'Syoknya!! Berilusi, Bersama Immukmin'. Bagi memenuhi syarat penyertaan, bersama dengan ini saya tag 3 blogger bertuah yang mungkin boleh turut memberikan komitmen untuk menyertainya iaitu:
2.  diea

Bagi blogger2 lain yang berminat, penyertaan masih dibuka sehingga 12-12-2010 ini.

50 comments:

Wan Jun Smile said...

agak menyusik kalbu tambahan lg dgn lagu yg berkumandang =)

Unknown said...

Waa pandai menulis cerpen eh...=)

missgee said...

Realitinya??
manusia tetap pandang rupa..
Fizikal..Apa yg bermain dimata..

P/s: cinta sejati susah mau jumpa.. hurmmm

Hanisah Safian said...

buatlah novel! buatlah novel! :P

Anonymous said...

waaa...aku terkena ke roy...haha..ko punye cite hebat la...gudluck!

aku nak tulis cite ape ni?ak bg sinopsis tesis ok x?hehehe..ok2 nt ak karang cite aku...1st time nak tulis cite ni...hehe

Anonymous said...

Blog Baru (2010) Pilihan??? kalau berbesar hati untuk undi saya. UNDI N0.108. nak tahu lebih lanjut? tekan sini
http://miela-tahril.blogspot.com/2010/12/blog-baru-2010-pilihan-undi-no108.html terima kasih kerana sudi meluangkan masa :)

qamarguyz said...

to Cik Wan Jun Smile:
huhu..
lagu yG berkumandang?
lagu apa la tu yer =)

to delour:
takda la..
tak pandai mana pun.. =)

qamarguyz said...

to missgee:
pandai pun akak kita s0rang nie =)
cam tu la mesej yG nak disampaikan..huhu

to Hanisah Safian:
hehe..perli la tue ;)
n0vel apanye, nak karang satu cerpen pun semput..

qamarguyz said...

to BezBuddy:
hahaAa..c0nfirm menangis la semua kalu kau bagi sin0psis tesis tu ;)
ak tag sj..tak paksa..
tp kalu ada masa j0in laa..
k0 pun hebat menulis kan

to Miela Tahril:
huhu..sana sini ribut ngan blog pilihan 2010..InsyaAllah, ada kesempatan nnt kita undi..Gud Luck yer =)

immukmin said...

salam...hahhaah....hebat...emm..immukmin dah bace..amat menarik..hebat....seyes hebat...takpernah immukmin terpikir idea sehebat ini....

.::: Princess MOMOY :::. said...

Wow...dasyat !!
Best hasil karya awak
Good Luck dear !

Unknown said...

gud luck...teruskan usaha.... lau nak kembangkan bakat menulis try la di lapangan yg betul :)

Chaied said...

wow!
i lyke! :D

qamarguyz said...

to immukmin:
w'slm..
huhu, biase2 aje sheikh..
juz ilusi penulis berpandukan pengalaman yG ada..
nyway thanz yer, m0ga penyertaan diterima =)

to .::: Princess MOMOY :::.
thanz sis..
huhu, da lama tak menulis..
syukur la kalu masih ada tarikannya

qamarguyz said...

to nur intan hazirah:
hehe..di lapangan mana la tu yer?
kalu ada pr0gram realiti buat penulis kan bagus..kui3!
nyway laman ini juga b0leh menjadi medan yG bagus utk mengasah bakat penulisan itu..TQ =)

to chaied:
w0ww..
thanz! ;)

Unknown said...

Assalam Azrai
Sedihnya..cerita ini, marilah pula kita bersyukur kerana kita lahir sempurna fizikal ..

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Jalan cerita yang boleh menyentuh hati... gud luck

nur said...

nice.. ada tulis buku ke?
ALL IN ONE

ummizarra said...

waaaa sadis sungguh... ilustrasi yg tggi.. hikssss.,...
pape pon good luck ye...

NAJ HEBAT said...

uwwaaa~ sedih nye. jahat! kawen je lah.. bukan cacat apa pon. lumpuh je. aisemen.

ok.

emo kejap.

qamarguyz said...

to etuza:
w'slm pakcik =)
Alhamdulillah, kita lengkap sempurna..jangan dihina mereka yG tak serupa

to Fuziani JSR:
thanz sis..
m0ga dapat diambil iktibar daripada kisah ini

qamarguyz said...

to nur:
buku?..
huhu, setakat ni belum ada lg =)
InsyaAllah, kalu ada ruang & kesempatan kan..

to ✿Bloodberry✿:
ilustrasi? ilusi k0t.. ;)
nyway thanz atas s0kongan..huhu

qamarguyz said...

to NAJ HEBAT:
hahAa..em02 pulak dia..
cerita rekaan semata la, cuma ada sikit kaitan dengan insan2 yG masih hidup.. =)
nyway thanz c0z sudi membaca

akeep razalee said...

woot! hebat =)

Puan Nurussalwa said...

salam,
:) nice 1.. in fact great.
tahniah senpai.
:)

sugar2 kapas strawberry said...

awk tulis sendiri ek cite ni?

Wardah alisya said...

wah, pandainya tulis cerpen..bg alisya, cinta sahaja tidak memadai untuk ke alam rumahtangga..kekuatan jiwa juga perlu..

alexayussida said...

menarik:)

all the best^^

Unknown said...

menarik... good luck yer :)

qamarguyz said...

to akeep razalee:
terima kasih br0 =)

to manna_salwa:
w'slm..
l0ng time n0 see..
huhu..tQ ;)

qamarguyz said...

to sugar2 kapas strawberry:
yurp..tulisan sendiri nie..
sin0psis, ringkas aje la =)

to Alisya:
syukran sis..
yurp, pelbagai perkara perlu kita renungkan b4 betul2 membuat keputusan kan..rumahtangga tu! =)

qamarguyz said...

to alexa yussida:
thanz atas s0kongan..
h0pe ada rezeki dis time =)

to Mata Hati:
InsyaAllah..
tQ br0 =)

Cikgu Akim said...

wah suka baca sinopsis ni..smoga terpilih..(^_^)

.::: Princess MOMOY :::. said...

Ni cerita betul ker dear...
suka hasil keje awak =)
terbaek !
Undian No. 382 dibuka sekarang!!

Ujang9897 said...

wah syahdu

Hanis Azla said...

menarik.. semoga menang contest tu nnt..

LadyBird said...

bestnyer kisah ni.. sinopsis ni sama dengan kisah Misteri Putri Irfa..
cuma bezanya kisahnya "peminangan" digantikan dengan perjumpaan sepasang merpati yang tidak pernah berjumpa. Kisah tersebut telah dihantar ke RTM Terengganu, tetapi atas sebab2 tertentu tidak disiarkan.

LadyBird said...

gud lak yer.. semoga berjaya :D..

Gayahspears said...

menarik tapi kekeringan idea..huhu

qamarguyz said...

to ::Cikgu Akim::
Terima Kasih cikgu..
huhu, sinopsis cikgu juga menarik =)

to .::: Princess MOMOY :::.
cerita rekaan..
juz watak & perwatakan sahaja ada sedikit kaitan ngan kehidupan sebenar..tQ =)

qamarguyz said...

to Ujang9897:
syahdu? huhu..

to Hanis Azla:
terima kasih..
tapi tak harap menang sangat pun, asal ada bahan nak update jew ;)

qamarguyz said...

to LadyBird:
kisah Misteri Putri Irfa?
siapa penulisnya?..& kenapa pula tidak disarkan? hmM..maybe ada menyentuh sensetiviti pihak tertentu kan..nyway thanz atas sokongan =)

to Gayahspears:
kering idea?
hehe..maybe c0z plot penceriataan yG mudah.. =) act sengaja digarap macam tu, memandangkan ia hanya sinopsis kepada sebuah cerpen yG ringkas..

.::: Princess MOMOY :::. said...

ohh...ada kisah benar sket?
urmm...tragis laa..
cam asa sedey sket biler baca
nih adik beradik ramlee awang mursyid nih =)

Jangan luper vote No. 382 --- pilihan 10
Much thx
Undi No. 382 sekarang!!

Unknown said...

SEKALUNG TAHNIAH!
BLOG ANDA MERUPAKAN CALON TOP 5
KATEGORI ANUGERAH BLOG MESRA PENGGUNA 2010
SILA LAYARI LAMAN
http://www.zetchixy.blogspot.com
UNTUK MENGETAHUI KEDUDUKAN ANDA DALAM CARTA
BLOG MESRA PENGGUNA 2010
SEKALIGUS ANDA LAYAK UNTUK MEMBAWA PULANG TROFI ANUGERAH BLOG MESRA PENGGUNA 2010

.::: Princess MOMOY :::. said...

Caya lah tercalon
nanti momoy vote awak yer

Elie Lily said...

tragis lor..
sobs!

qamarguyz said...

to .::: Princess MOMOY :::.
hahAa..sis ni buat lawak jew..
ner ada adik beradik la, sepupu-sepapat jew k0t ;) kui3..
nyway sy da undi sis, GudLuck k..

huhu..nak v0te apa?
yG anugerah blog mesra pGguna ke?
rasanya tak perlukan undian k0t..TQ =)

qamarguyz said...

to Zetchi Henry:
huhu..memang tak sangka la..
dalam diam blog nie jadi perhatian ek..takpe la duk last pun, asal dapat kan ;)
nyway thanz yer..sy da ambil pulang da 'tr0fi' tue..nanti akan dipamerkan di sini..TQ

to little cart00n:
hehe..ni baru sikit nie..
kalu b0le nak buat lg tragis ;)

Una Husna said...

salam perkenalan...thnks sudi jenguk blog td yer,wow..nice cerpen,apapun sy dh jdi follower awk..nice 2 know u..
http://unahuchna.blogspot.com/

qamarguyz said...

to pEmILiK diAri CoMeL:
thanz sudi singgah & membaca..
da f0llow kamu kembali..
keep in t0uch k =)