Saturday, December 04, 2010

Aku Setia Di Sini...

"Ko biar betul azrai..mcm xprcaye je..ak respect ar kt ko!" - Bicara SMS yang tertera di skrin phoneku malam itu, datangnya dari seorang rakan lama setelah lebih empat tahun terputus hubungan, rakan yang tentunya akan menggenggam segulung ijazah sarjana muda tidak berapa lama lagi. Tapi aku? Aku masih di sini, menanti suratan takdir menyampaikan jejakku ke universiti idaman bagi pencinta ilmu. Bukannya aku tak pernah terasa pedih, bukannya aku tak pernah terasa malu mendepani kegagalan. Namun kutabahkan hati, kutebalkan muka menghadapi saat sukar yang kian berlalu. Aku tak pernah menangis walau pernah mengecewakan hati abah dan mengguris parut kesedihan di wajah emak. Aahh..keras benar hatiku ini agaknya!

    Di kala termenung sendirian, roda kehidupan kembali terimbau di ingatan. Roda kehidupan yang sekejap membawa kita ke puncak dunia dan sekejap lagi bisa ke bawah semula. Terbayang kembali gelagat abah ketika keputusan UPSR diumumkan, sambil tersenyum abah mengisyaratkan tanda bagus  kepadaku. "Wah! hebat betul abah. Belum sempat ku bilang dia sudah tahu rupanya!" bisik hatiku riang. Aku fahami kegembiraan di hati abah walaupun  turut bersarang kebimbangan di hati emak saat menghantar putera tunggal mereka ini menuntut ilmu jauh di daerah orang. Manakan tidak, si kecil mereka yang masih bersuara halus ini akan ditinggalkan jauh bersendirian di tempat orang. Diakui aku turut sebak saat itu, tapi aku yakin dan percaya bahawa emak abah tahu apa yang mereka lakukan demi masa depanku. Benar, mereka lebih tahu kerana sekarang aku pun dah tahu.

    Tiga tahun berlalu, kami berkelana lagi menuju ke daerah ilmu yang baru, bumi Hang Tuah nan bersejarah. Dalam aku bersemangat, rupanya bersemangat lagi kedua orang tuaku dalam memimpin langkahku bagi mendapat pendidikan terbaik. Masih basah dalam ingatan, titisan darah di jari abah yang terluka kerana terkena serpihan kaca ketika sama-sama membantu mempersiapkan perbekalanku pagi itu. Namun tangan tuanya tetap gagah memandu sepuluh jam tanpa henti demi anak terunanya ini. Emak pula walaupun tidak ikut sama, tapi doanya tentu setia menemani perjalananku. Tentu dia masih berkira-kira untuk melihatku menjadi seorang 'engineer' yang berjaya!
      Hakikatnya, warna pelangi tidak kan berpanjangan, roda kehidupan tidak kan kekal setia di puncaknya. Dua tahun berusaha, namun keputusan SPM yang kuperolehi tak salah dari apa yang diduga. Firasatku tidak sesat dalam mentafsir maknanya. Mungkin usahaku selama itu belum cukup sempurna, lalu pencapaiannya sederhana cuma. Bukan 'result'ku tidak bagus, malah masih boleh diiktiraf cemerlang oleh rakan-rakan sekampung. Namun realitinya tika itu aku berada di sebuah sekolah berasrama penuh yang dinobatkan sebagai sekolah terbaik Malaysia-SPM 2005, menyebabkan cahaya kecemerlanganku tenggelam dalam sinar kejayaan rakan-rakan seperjuangan, bak cahaya lilin menyinar di tengah hari.

    Apa pun pendakianku tidak terhenti, aku sedar dan bersyukur dengan apa yang tertulis di 'sana'. Gagal menempatkan diri ke sebarang universiti terkemuka tanah air seperti mana rakan-rakan yang lain, aku kembali ke negeri Darul Makmur bagi melanjutkan pengajian di kolej matrikulasi dalam aliran sains fizikal. Nampak gayanya hasrat emak masih belum terpadam. Namun? Aduhai! nasib oh nasib. Tapi nasib juga aku tidak mengeluh panjang tentang nasibku saat itu, jika tidak entah apa nasibku sekarang, belum tentu sebaik hari ini. Masakan tidak, sudah jatuh ditimpa tangga pula, aku tersungkur lagi di pusat pengajian ini. Entah semangat yang lemah atau pemikiran dan minat yang berubah, semuanya serba tidak kena sepanjang pengajianku di sini. Melihat kepada 'result' semester awal yang sangat teruk, aku akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti pengajian! Maafkan aku emak kerana gagal bergelar seorang Ir. "Tapi tak mengapalah, mungkin harapan itu boleh disandarkan kepada adik-adikku yang lain," keluh hati kecilku.

     Kehilangan arah seketika, tiba-tiba abah kembali meniupkan angin dalam mengemudi perjalanan hidupku. Cadangannya agar aku menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang & syariah diterima tanpa banyak soal. Entah mengapa itu pilihannya, aku tak ambil pusing lagi, yang penting kehidupan perlu diteruskan. Mungkin juga emak abah masih menyimpan secebis harapan agar aku tetap berkecimpung dalam bidang profesional. Bukankah kerjaya guaman juga tak kurang hebatnya berbanding doktor atau 'engineer'! Dengan minat yang sederhana pada mulanya, aku tiba ke sebuah kolej universiti yang pertama kali aku dengari namanya. Bagiku minat boleh dipupuk dan disemai, asal sahaja dipasakkan tekad yang teguh dan disusuli usaha yang jitu. Tekadku adalah untuk bangkit  dari rebah yang  panjang. Biarkan apa orang nak kata, yang penting aku tahu apa yang hatiku kata. Kebetulan pula saat itu aku banyak membaca dan memahami perkara baru mengenai kehidupan, langsung mengajarku agar tidak terus menangis. “La' Tahzan,” pesan Dr. 'Aidh Abdullah Qarni. Aku belajar untuk menjadi insan berjiwa besar dan bersemangat waja. Aku semakin mengerti tentang siapa diri ini dan kenapa ianya perlu lahir di dunia. Aku mulai sedar tentang hakikat takdir dan konsep masa yang sebenarnya.

    Sememangnya tiada siapa menduga dalam sekelip mata takdir yang Esa memutarkan dunia pengajianku, 360 darjah, terus singgah ke alam lain yang tak pernah sekalipun aku mimpikan. Namun kini aku fahami segala suratan atau kebetulan yang melanda. DIA merancang kita merancang, tapi perancangan-Nya tetap yang terbaik. Masakan tidak, saat tinta ini kucoretkan, telah seminggu aku berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma dengan cemerlang. Siapa sangka aku yang dahulunya terkenal pendiam bisa menjadi 'top student in law', bidang yang bukan sahaja memerlukan kepetahan berbicara malah kebijaksanaan memanipulasi sumber demi kebenaran dan keadilan. Malah, tidak mudah untuk rakan-rakanku percaya bahawa aku yang dahulunya pasif sempat menimba pengalaman mengemudi tampuk kepimpinan pelajar dengan jayanya, dihormati kawan dan lawan. Aku bukannya gila hormat tapi cuma mencari kehormatan! "Gila hormat dilarang tetapi menjadi orang terhormat harus menjadi tujuan," pesan Imam al-Ghazali.

    Aku akui kadang-kadang bayu penyesalan masih tetap menyapa diri, tatkala menatap gambar kenangan rakan-rakanku di laman sosial. "Wah..seronoknya Maher 'berposing' sakan di depan roket pertama Neil Armstrong!" getusku tika menatap gambar sahabat karibku di zaman persekolahan dahulu. Albert si rakan sebelah mejaku pula begitu teruja bergambar kenangan di laman stadium Old Trafford, Manchester. Seronok sungguh mereka mengembara menuntut ilmu jauh di benua orang. Tapi aku? Aku masih tetap sedia di bumi bertuah ini. Walaupun sebak menebak sanubari, namun aku tak bisa lemas dalam air mata kegagalan kerana kuyakin pada firman-Nya bahawa sesudah kepayahan pasti ada kesenangan. Sekarang aku juga boleh berbangga dengan pencapaian diri, walaupun mungkin tidak sehebat mereka dan meskipun hasrat menjejakkan kaki ke menara gading masih dalam angan-angan. Sebenarnya aku tak kisah untuk menunggu dan ditinggalkan masa kerana aku sudah lama dan telalu banyak belajar dari sebuah 'Universiti Kehidupan'.

p/s: Penulis kini telah berjaya melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di UKM.

(Versi Kemaskini - Aku Di Universiti Kehidupan)

117 comments:

Anonymous said...

hidup ini penuh dgn liku dan cabaran. Syabas kerana berjaya mengharunginya. Semoga kejayaan milik anda. InsyaAllah :)

husnaradzi said...

sobs sobs .
nak jadi org yg x knal putus asa dan sntiasa maju kedepan .
tp . . apakan daya ,
mimpi semata .
heheh congratz and gud luck bro ^^

Cikgu Aini said...

la tahzan!.. setelah kesulitan pasti ada kemudahan.. Ingatlah, kita perlu tabah demi mencapai sebuah kejayaan. Sesungguhnya coretan ini sungguh menusuk kalbu. sedih namun cukup bertamadun dan bermotivasi!.. keep on blogging!... LA TAHZAN!! :)

Anis izyan Abd Rahman said...

kamu memang dilahirkan dengn hati yg tabah~
sebak nie..
!__!

Kisah Sayang Safuraa said...
This comment has been removed by the author.
meowwmania said...

tahniah, teruskan usaha dan selamat maju jaya :)

Iris Asli said...

dunia hanya akan pandang kita bila kita dah jadi someone. tahniah :)

LadyBird said...

DIA merancang kita merancang, tapi perancangan-Nya tetap yang terbaik.

Setiap orang ada perjalanan tersendiri, kisah hidup yang tersendiri.. kenapa perlu dibandingkan dengan orang lain.. kita tetap BERJAYA dengan cara kita, walaupun jalannya berbeza :D..

Alhamdulillah, kuatkan semangat.. :) org lain lagi sukar kehidupannya.. perlu menempuh pelbagai rintangan untuk melalui setiap step kehidupan..

kpah k-poh Sharifahnor said...

tidak mudah berputus asa..ada hikmah disebaliknya...great job..dik..

Anonymous said...

wow!!! mmg interesting sgt2... cerita puisi yg sgt menarik... ble bce mmg tersentuh hati...Awk mmg kuat. Xsemua manusia leh jdi cm awk... Ape pun, gudluck..do the best..Insyallh, rezeki ade di mane2...hakikatnye skang awk da pon berjaya....

p/s: ade bakat...teroskn...=)

shahazrin said...

hurm... inilah kehidupan.. bagus sangat cerita nie.

adrinaqamarina said...

setiap orang pernah jatuh bangun dalam kehidupan kan?

rina pon tengah melalui saat3 kejatuhan jugak, tu la, kalau kte tak rasa macam ni, bila ag? tak best jugak kalau selalu kat atas je.


sedey tu sedey la tapi harus kuat untuk bangun semula.

:D

RasyidHamid said...

jalan yg sgt berliku...

Unknown said...

ak pn penah down dlu...xpela...janji truskan usaha...ukm best ke?haha

maria said...

cerita ni sangat best !

qamarguyz said...

to Cik Mus:
InsyaAllah..terima kasih atas d0anya..bukan kehidupan tanpa dugaan, juga g0daan! =)

to makcek bukan nenek:
ehkk..kenapa cdey2 ni?
selagi nyawa masih milik kita, kejayaan tetap b0leh dicipta..
m0ga terus maju jaya, j0m berusaha! =)

qamarguyz said...

to puteri cahaya.:
thanz c0z sudi membaca..
s0kongan dari rakan2 blogger menjadi semangat untuk terus menulis & berk0ngsi..InsyaAllah =)

to Anis izyan Abd Rahman:
kita dilahirkan serupa..
juz berbeza cara & rupa..
tabahlah meniti hidup ini =)

qamarguyz said...

to meowwmania:
syukran atas d0anya..
c0mment kali kedua ni kan? hehe.. ;)

to Iris Asli:
zalimnya dunia..
alangkah bagus kalu dunia menjadi milik kita..khalifah & hamba

qamarguyz said...

to LadyBird:
terima kasih sis..
agreed with you..semuanya ada takdir tersendiri..berusaha, berd0a & bertawakallah =)

to Sharifah nor:
hikmah ujian..
memang itulah yG nyata..
TQ

qamarguyz said...

to Anonymous:
uikk..baru nampak bakat kita? kui3!
kalu da masa belek2 la puisi lama..huhu..
nyway sama2 la kita terus menempa kejayaan..TQ sudi membaca =)

to Shahazrin:
thanz br0..
singgah membaca la selalu =)

qamarguyz said...

to adrinaqamarina:
ada juga yG jatuh tak bangun2 kan..
bersyukurlah dengan apa yG ada..
hehE..sis ngah jatuh apa ni..
jatuh cinta yer? ;)

to abdul rasyid.....:
berliku takpa..
asal sampai ke pGhujungnya..
jangan sesat sudah..hehE

qamarguyz said...

to BezBuddy:
hehe..mana2 pun best, tempat menuntut ilmu kan.. =)
chaiy0ok2!

to Iqin:
terima kasih..
singgah membaca la selalu =)

Unknown said...

Asalam Azrai..
Pcik rasa hiba kemudian gembira bangga membaca n3 Azrai ni. Teruskan usaha ya..pakcik juga bangun dari kegagalan semalam...perjuangkan masa depan dan niat kerana Allah. Insyaallah usaha yag kuat pasti akan ada hasil yang baik.
Syabas..bagi pakcik Azrai adalah role model para remaja...tahniah syukran..dr pakcik..

shada wentz said...

:) puji semangat ko! yeay!

Siti Safiyyah said...

tabahnye kamu..saya kagum..ini sebagai semangat utk saya yg baru nak melangkah ke menara gading..semoga kamu berjaya dalam bidang pilihan kamu..amin.. :)

Terkini : Jom join contest kesayanganku!

puteri farah said...

tahniah awak! sedih baca post ni. bila saya juga terkena tempiasnye! juga tumpas masa SPM. tapi, itu bukan halangan untuk kita berjaya! thanks for this post! sangat2 memberi pendorong dan semangat. tahniah!

MR. SYAH said...

tahniah.. do the best!

ANISRAHIM said...

siapa kita hari esok adalah rahsia Allah, kegagalan hari ni bukan titik noktoh untuk kita mjadi seorrang yang bjaya pada hari esok. kalau kegagalan itu x blaku pd masa lalu, kita xkn berada dimana kita berada skrg, kita akan dikelilingi oleh org2 lain, bukan org2 dikeliling kita skrg, kita akan bdepan dgn bende2 lain, environment lain..sesunggunya Allah Maha Mengetahui sedangkn kita tidak mngetahui sesuatu pon y blaku pd hari esok dan seterusnya..cuma boleh bdoa agar hari esok adalah lebih baik dari hari ini..

F. A said...

tahniah la...hidup jgn mengalah pada keadaan... :0

anamizu said...

terus tempuh dugaan+cabaran! ^^

murabbi said...

sgala dtg dariNya..
itu yg trbaek..
krn Dia x prnah mnxalimi hmbaNya..
krn Dia thu itu yg trbaek.

Hanisah Safian said...

tahniah atas ketabahan kamu.dan semoga beroleh kebahagiaan di dunia n akhirat.amin :)

Zura Tahir said...

hidup nie umpama merry go round...hehe..

kazisha said...

kagum dgn semangat en.roy =p

alfaratisyah said...

~sesungguhnya tidak ada satu pun ciptaan-Nya yg tersia

~setiap insan yg dilahirkan ke dunia adalah juara...

~rasa sedih itu pasti, krn kita cuma manusia biasa, hamba-Nya yg lemah..dgn ujian itulah sebenarnya jalan kita utk makin mendekat pada-Nya...hakikatnya kita cuma hamba-Nya yang tidak berdaya berbuat apa pun tanpa izin-Nya

~semoga terus diberi kekuatan utk menghadapi mehnah & ujian

~hidup di dunia ini persinggahan cuma...tidak ada kata rehat bagi seorang mukmin melainkan saat kakinya sudah melangkah ke syurga, itulah kerehatan yg sebenar...jadi bersabarlah seketika utk saat itu...Allah ingin menganugerahimu dgn pahala kesabaran...

wallahua'lam

missgee said...

Semoga langkah terus
gagah berdiri..
Semoga tabah menghadapi
cabaran yang dilalui
Semoga usaha gigih
diberkati..
Semoga Berjaya adikku :)

Lydia Miza said...

Salam
kesulitan pasti ada dlm melalui liku kehidupan.Kesabaran dan ketabahan itu amat penting untuk menuju kejayaan.
http://miza-zairi.blogspot.com/2010/12/alexa.html

qamarguyz said...

to etuza:
w'slm pakcik..
kegagalan milik setiap insan, dalam menempa kejayaan..syukran atas pesanan & d0rongan, InsyaAllah..
sem0ga hari es0k lebih baik buat kita semua =)

to shada wentz:
uikk..
puji ikhlas ke tak tu? hehe ;)

qamarguyz said...

to Siti:
amEen..
did0akan kejayaan buat sis juga..
jangan terlena & terleka di dunia baru nanti..sematkan terus semangat di dada =)

to puteri farah:
Alhamdulillah..
itulah harapan sy dlm menulis & berk0ngsi kisah ini..
m0ga menjadi pend0rong buat rakan2 seperjuangan..Salam Jihad =)

qamarguyz said...

to mR.sYaH:
thanz br0..
be da best, lead da rest =)

to PhotoGraphic:
terima kasih..
pesanan yG amat berguna..
masa lain, envir0nment lain, pelakon yG lain..tak terfikir pula..huhu..m0ga kita semua terus bermotivasi mGhadapi hidup ini =)

PUAN PIA said...

Teruskan usaha dan cita2..Semua orang xpernah terlepas dari kegagalan.. Tapi, kegagalan yang qamarguyz hadapi, bukanlah kegagalan yg teruk sebab masih boleh menjadi manusia yang berilmu, jika mau dibandingkan dengan sesetengah remaja yg terus2 gagal dlm hidup , amik dadah dan sebagainya.. Syukur!!! Semoga terus2 menjadi manusia yg berjaya, xkisah walau dimana universiti/kolej atau dimana saja kita menuntut ilmu, yang penting,imej diri yang lebih diutamakan oleh masyarakat...

qamarguyz said...

to zana ahmad:
kadang2 mengalah tak bermakna kalah..juz jangan mengalah pada kegagalan dalam menggapai harapan =)

to anamizu:
ayuhh!
tempuh & repuh segala halangan =)

to murabbi:
tiada yG terbaik melainkan DIA yG menentukannya..benar lah

qamarguyz said...

to I*K*T*I*R*A*F:
amEen..
InsyaAllah, sama2 la kita d0akan =)

to Zura:
hahaAa..
1st time dengar..
sempat lg melawak ek ;)

to kAziShA:
ambillah buat bekalan & ped0man =)

qamarguyz said...

to alfaratisyah:
itu janji-Nya..
aku, kamu & dia adalah pemenangnya..
setiap kedipan mata, denyutan jantung adalah tetap milik-Nya..sedih, resah, takut juga kurniaan-Nya..tabahlah mGhadapi..

InsyaAllah, selagi iman bertakhta di hati..segala ketentuan diterima dengan redha..agreed with u =)
syukran..

qamarguyz said...

to missgee:
terharu membaca harapan kakak tersayang..huhu..
sem0ga kebahGiaan itu milik kita bersama..InsyaAllah

to Lydia Miza(Aidyl Azim):
w'slm..
sabar, redha & tersenyumlah..
itu resepi sebuah ketenangan..
dalam mencari erti kebahGiaan =)

qamarguyz said...

to Sofia Karim:
cita2 yG tak pasti, usaha tetap menyusuli.. anyway sangat bersetuju dengan pernyataan saudari, hakikatnya begitulah..kita bukan apa yG dipandangan insan, tapi apa yG dinilai Tuhan.. thanz yer =)

Anonymous said...

hidup ini penuh ranjau. tapi pasti ada yg terbaik menanti di hadapan :)

iedasyahidah said...

slm...azrai..
im ex-jasinian too...nk ask 4 ur permsion nk copy paste ur entry ni kt my blog utk jd iktibar kpd readers...sy senasib dngn kamoo..lbey kurgla crite kite..:)

Anonymous said...

salam ziarah..

lama anda menyepi, dan kini anda kembali..
alhamdulillah, mabruk, tahniah untuk anda..
semoga perjalanan anda di berkatiNya..
:)

TheMissIqa said...

semoga menjadi Hamba yang berjaya di dunia dan akhirat dan dilindungi Allah selalu...

Farah Lee said...

salam.
all the best abang !!! jd orang yang dpt banggakan ayah teh and che teh and acu sekali. opps.. kakcik jugok. ^^ hehe.. inshaAllah :)

sArA said...

taniah..biasa la kita hanya mampu merancang tp DIA yg tentukan
tp tu la yg terbaik :)

sy pon awal2 lg da terpesong dr jln yg dirncang tp xpe la life must go on :)

Nur Fannun said...

semoga sentiasa tabah menempuh liku2 kehidupn. "Apa yg ditanam, itulah yg dituai"

Unknown said...

kehidupan tanpa onak dan duri pasti tidak mencabar..lagipun itulah yg dinamakan kehidupan yang sebenar..bukan sentiasa senang malah akan ada susahnya.

nunama said...

Subhanallah!
Allah berfirman, "kun fayakun". Jadilah, maka jadilah.
Sesungguhnya, jika kamu bersyukur akan nikmatKu, nescaya, aku akan tambahkan nikmatKu kepadaMu. Dan sesungguhnya, jika kamu ingakar, ingatlah, azabKu amatlah keras.
Beruntunglah bagi orang yang bersabar.
Semoga sentiasa mendapat rahmatNya. Amiin. :)

asliner said...

xmengapa..
rezeki untuk menuntut ilmu itu ader dimane2 shje..
xkire di negeri orang mahupun dinegeri sendiri..
sekiranya saudara sudah mendapat peluang itu..
hargailah peluang itu...
berusaha+berdoa+tawakal..
dan yang penting..
mesti percye bhwe setiap perkare itu pasti ader hikmah disebaliknya..waalahualam~

emieysandra said...

hakikat hidup ni bagai roda,
kadang kita di atas, kadang kita di bawah..

SaEidah SyamIelah said...

memang ia amat pedih dan memilukan..
bila yang dirancang tidak dpt..
dan apa yang tidak di rancang di beri pula..
tetapi semua pasti ada hikmah yang mendidik diri dan jiwa kita..

saiedah sbnrnya dapat smbg degree di mesir lpsn stam..tapi ayah tk bg full support..jd m'sia tempatnya..
tetapi berazam dlm diri master nnt nk fly...dengan keizinan-Nya,dan perancangan-Nya juga adlh yang terbaik..doakan ye insya-ALLAH..

Anonymous said...

sedeh aku baca cerita ni bro...

mira_nas said...

nostalgia....

rafina mimi abdullah said...

selamat pagi roy..apa benda yg berubah?sori tak dapat nak guna shoutmix kat sebelah pasal page terhad..huhu

rafina mimi abdullah said...

ooo...pasal shoutbox..labih afdhal utk meringankan sikit page depan..hehe..

ummizarra said...

Hidup ini penuh pancaroba.. Allah dah janjikan yang terbaik utk umatnya.. kita harus menerima dan bersyukur.. setiap kejadian ada hikmahnya..

Pape pon congrats akhirnya kamo dpt jejaki ke menara gading & smoga usaha kamo lebih gigih mencapai apa yg kamo inginkan.. InsyaAllah ^__^

.::: Princess MOMOY :::. said...

Wahhh...sangat2 kagum
Tahniah bro
MY RECENT POST: WEEKEND PROJECT-Sin Chan dan Prangkap Nyamuk

qamarguyz said...

to maCy:
mengharap yG terbaik di dunia 'sana'.. =)

to ieda_life:
w'slm ieda..
wahH..senasib ke? batch sama?
nyway amik la apa pun yG bermanfaat dari laman ini yer..juz kalu b0leh creditkan to me =)
sharing is caring

qamarguyz said...

to mengenaldiri:
w'slm..
huhu, act takda la terus menyepi..
masih ada juz tidak seaktif dulu lg..skrG ngah cuti, boleh la kembali =) TQ

to NURUL 'ATIQAH:
syukran sis atas d0anya..
InsyaAllah

qamarguyz said...

to FarahLee:
w'slm..
hehe, abis dia pi sebut..
InsyaAllah..kami juga tumpang bangga atas pGhijrahan kak chik..m0ga terus kuat yer =)

to sAsyA:
dats right!
life must g0 on..
kalu terpes0ng kita juz ada peluang..kembali ke asalnya atau memilih jalan baru yG lebih selamat =)

qamarguyz said...

to Nur Fannun:
dengan Kuasa-Nya..
apa yG ditanam, itulah rezeki kurniaan-Nya..baik & buruk..
tetap baik buat hamba yG mGerti =)

to shera haifa:
ibarat mawar yG berduri untuk keselamatannya, begitulah juga manusia yG teruji untuk kekuatannya =)

qamarguyz said...

to nunama:
Maha Suci Allah..
syukran atas peringatannya..
m0ga kita terus tergolong dalam kalangan yG sabar & beruntung..
amEen =)

to asliner:
hikmah pGajaran yG mematangkan kehidupan..itu terbukti..
tuntutlah ilmu hingga ke akhirnya, InsyaAllah..thanz atas peringatannya =)

qamarguyz said...

to ♥-- emieysandra --♥:
di tengah2 pula bagaimana?
hehe..juz kidding..TQ ;)

to Saiedah Syamielah:
InsyaAllah, did0akan yG terbaik buat saudari..walau di mana saja ilmu tetap diperoleh, cuma cara & pengalaman sj yG berbeza..carilah ia m0ga menjadi insan yG lebih berguna =)

qamarguyz said...

to azhar:
berat mata memandang berat lg bahu yG memikul..hehe..nyway syukran sudi membaca ;0

to amira:
n0stalgia, kenangan & pengalaman

to Rafina Mimi:
selamat ptG =)
a'ah, betul la tu..
maybe lebih bagus =)

qamarguyz said...

to ✿Bloodberry✿:
wahH..
terharu plk rasa..
thanz sis! InsyaAllah, selagi ada daya tiap langkah adalah usaha..

to .::: Princess MOMOY :::.:
Tahniah juga buat tuan puteri c0z sudi menjadi pembaca setia laman ini =) sangat2 mGhargainya..

fat said...

salam
jgn sesekali mnyesal dgn tkdir khidupan. tahniah dpt msuk ukm. smoga berjaya... :)

Ain Zulaikha said...

semoga abg roy baik2 saje.. hahahha

good luck utk masa depan ya..

immukmin said...

tahniah daripada immukmin....hohohoh...terbaik r...sesungguhnya manusia itu di dalam keruagian kecuali orang2 yang beriman dan beramala soleh...

surah al asr

Dkna Abza said...

setiap manusia ada ujian yg diberikan olehNYa..disebalik apa yg terjadi ada kebahagian yg bakal diperolehinya..apa2 pon yg terjadi adalah suratan dari Ilahi..mungkin kite terasa perit dan pedih ngn sumer yg berlaku tp msh ada insan len yg lebih perit dari kite...syukur dngn apa yg ada...Tuhan akan bersama-sama ngn org yg sabar... life must b go on fweeennn :)

Anwar Faiz said...

jangan mudah berputus asa..
semoga Allah meredai dan membantu penulis :)

Scha Nazri said...

setiap dugaan ade hikmahnyaa. itu perlu ingat. huhu

Adam said...

Terus berjuang! :) Memang kadg2 kte akan menyesal bila melihat orang lain, tapi ni jalan juang kte kan. :)

Maisarah said...

azrai..you did ur best!! takj kira lah blajar universiti mane pun, dalam o luar negara, same je..hakikat ilmu yang di cari tu.. Teruskan perjuangan sahabat!!

qamarguyz said...

to CikGadis:
w'slm..
huhu, tulisan ini bukan tanda penyesalan..tapi kebanggaan..
sebagai ped0man buat renungan =)
terima kasih!

to Ain Zulaikha:
InsyaAllah..
terus berbaik2 la sesama kita =)

qamarguyz said...

to immukmin:
syukran sheikh..
benarlah bagai dikata..
m0ga kita semua tidak tergolong dalam kalangan yG rugi =)

to Adylia Qarissa:
thanz sis..
pandanglah ke tanah, akan terlihat asal usulmu..jangan selalu mend0ngak ke langit, tangan tak sampai tengkuk tergapai2 =)

qamarguyz said...

to Anwar Faiz:
InsyaAllah..
m0ga membantu kamu juga =)

to syAzAnA:
hikmah pengajaran hanya terlihat bagi mereka yG mahu melihat..itu memerlukan kekuatan..

qamarguyz said...

to A.D.A.M.:
salam perjuangan..
begitu bersemangat sekali nampaknya =) TQ

to Maisarah:
syukran ustazah..
kamu lagi la best, tak sangka gitu..hehe..
InsyaAllah, m0ga keredhaan Tuhan bersama kita walau di mana jua =)

Eye_nee said...

Salam Roy..
Kau pencentus kekebalan dihati akk utk memberikan semangat waja kepada 3 puteri ku itu..biarpon diawal perjuangan...kegagalan dtg silih berganti kau tetap tabah menghadapi dan akhirnya berkat usaha dan doa insan yg melahirkan kau kedunia...Kejayaan kini InsyaAllah dlam genggaman..Semoga kau tidak hanyut dibuai kemenangan sedangkan peluru belum habis didlam tangan...Teruskan Perjuangan...

student said...

ALLAH atur terbaik buat hambaNYA, insyaALLAH.

Kagum dengan keteguhan kau!
:)

P/s: pertama kali tinggalkan komen disini.

Cheqna said...

Alhamdulillah, tahniah di atas kejayaan..mungkin buat masa ni tidak dapat apa yang dirancangkan tapi Allah telah menggantikan jalan yang lebih baik, InsyaAllah..

:-)

hacker said...

http://simpleguy91.blogspot.com/

jom lwat blog sy..ad bnyk info tntg laki n pmpn...

iKhRam said...

sgt termotivasi dalam kisah ini.. semoga citer ini memberi pengajaran kepada saya... insy.. kebyakan orang yang berjaya semuanya pernah katuh. tetapi bangkit semula..

fAr'z hAdi said...

salam..gd luck ye..
kuatkn smgt utk truskn p'juangn d bumi Allah ini..

LadyOfGee said...

wut ever it is.. kita hanya merancang.. sy juga pernah mengalami perkara yg sama..

Anonymous said...

tahniah utk penulis sebab berjaya melanjutkan pengajian... :))

jemput singgah blog fda... jom kita berkawan... sudi xchange link tak?

laskar rainbow said...

setiap orang lain kelebihan dia. Allah memberikan bakat itu kepada kamu. sentiasa mensyukuri dengan apa yang telah dikurniakan ;)
anywy. tahniah dapat melanjutkan pengajian di ukm ;)

chittysarah said...

setiap pengharapan ibubapa pasti ada keredhaan-Nya..
maybe xseperti yang diharapkan tapi still leh berjaya di bidang lain..

yosh!terus maju~~mengharumkan nama keluarga ngan bakat terpendam..

sangat tertarik ngan penceritaan anda~~
wee~~suke~~
n goodluck walau di tanah air sendiri~~

salam maal hijrah~~

qamarguyz said...

to Eye_nee:
w'slm kak..
amat tertarik dengan frasa ini =)
"Semoga kau tidak hanyut dibuai kemenangan sedangkan peluru belum habis didlam tangan.."
InsyaAllah..
semoga perjalanan ini menjadi renungan buat si ibu & si anak..
did0akan m0ga semuanya berjaya

to student:
terharu dengan kesudian k0..
lain kali singgah baca & k0men la lg..huhu

qamarguyz said...

to Cheqna:
InsyaAllah kak..
mmG apa yG dibentang-Nya adalah yG terbaik, walau kadang buruk di pandangan insan =)
Terima Kasih

to hacker:
hehe..
da selalu singgah, juz maybe belum berkesempatan untuk membaca..
nanti kita ziarah lagi =)

qamarguyz said...

to iKhRam:
kita bermula dengan bertatih & terjatuh..bagi membina hidup yG lebih teguh.. m0ga saudara juga dapat menjadi pr0spek yG terbaik buat anak bangsa..teruskan usaha cikgu yer =)

to fAr'z hAdi:
thanz sis =)
diharapkan begitulah..
bersyukur atas kurniaan-Nya

apdm said...

salam..

pasti ada bahagia setelah derita itu kamu tempuhi :)

qamarguyz said...

to mrs Gee :)
pelbagai gaya, pelbagai cerita..
begitulah DIA mengajar kita..
m0ga nampak ruang yG tercipta =)

to rizwan's sweetheart:
Terima Kasih..
silakan exchange link =)
ukhwah kita kerana Allah, s0 singgah2 la selalu..huhu

qamarguyz said...

to laskar rainbow:
TQ..student UKM gak ke? huhu..
benar sekali..kadang2 kita sendiri tidak nampak apa minat, bakat & kelebihan sendiri..sampai DIA menunjukkannya =)

to Syira C Gadis KidaL:
w'slm..
pilihan di tangan kita =)
InsyaAllah

qamarguyz said...

to chittysarah:
salam Maal Hijrah..
m0ga tahun ini memberi lebih warna & makna buat kita semua =)
agreed with u..
maybe d0a itu yG lebih sempurna..
hmM, kalu suka dengan penceritaan sy, lepas ni selalu la tinjau2 sini yer..hehe

MamaSyazmina said...

alhamdulillah..kita masih diberi peluang oleh Allah..

laskar rainbow said...

belajar rajen2. buktikan pada si rakan-rakan. boleh berjaya jugak walaupun tak sambung study di oversea =)
pelangi study kt UKM jugak

Cahaya Kehidupan said...

Setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebalikNYA....^__^

dya adriza said...

alhamdulillah, setiap kepahitan ada kemanisannya. semoga saudara terus maju mendaki puncak kejayaan. insyaAllah.

lezaqasandra said...

all da best yer... :)

ibuintan said...

salam maal hijrah,

sekali gagal bukan bererti gagal untuk selamanya...

tahniah, dalam kesusahan ada kejayaan yang menanti,.. yg penting usaha berterusan

qamarguyz said...

to MamaSyazmina:
ruang & peluang juga kurniaan-Nya..sedikit pun tiada usaha melainkan dengan izin-Nya =)

to laskar rainbow
InsyaAllah..
hehE, takpe2..mana tahu satu masa bukan cakap dapat pi oversea, pi upper sea pun b0lrh! sape tahu? ;)
0IC..student UKM jg

qamarguyz said...

to Cahaya Kehidupan:
agreed with u..
yG penting kita bersabar & tak mudah berputus asa =)

to dya adriza:
InsyaAllah..
syukran atas d0anya =)
tidak terasa manis di puncak andai tidak pernah merasa pahit di tanah

qamarguyz said...

to Liz:
Thanz sis =)

to ibuintan:
salam Maal Hijrah..
belajarlah dari mereka yG berpengalaman, yG telah graduate dari universiti kehidupan ini =)

Adam said...

Semangat tu penting. :P hehehe. Tp takut la pulak kalo smgt hangat2 taik ayam. hehe

KNS said...

Kepayahan itu kunci kejayaan
=D

Alhamdulillah..

qamarguyz said...

to A.D.A.M.:
hehe..
ada la juga hangatnya tu..
jangan langsung tak hangat sudaa ;)

to Fxysche Nas:
segala puji hanya bagi-Nya..
setelah kesusahan pasti ada kemudahan =)

KUREKURE COMEL said...

kadang kadang kite rase itu yg dah terbaik....tp kite tak tau, ALLAH dah aturkan lg yg terbaek untuk kite....huhuhu

qamarguyz said...

to mamat80:
agreed with u..
pahit manis, masam masin kehidupan kita itulah tetap yG terbaik..
ditentukan oleh-Nya =)

Cik Grrr said...

wow, perjalanan ku masih pjg.
kalau di tgk pjlan ni mmg meletihkan dan mencabar, tkot dan risau dh menyelubungi diri ku, tkot x mampu berdiri sdri, namun aq thu Allah tetap bersamaku...doakan semoga aq juga berjaya seperti mu...

(sedih btol kesah ni,menangis sy, dpt result pmr pun x nanges)

motivasi terbaik!

qamarguyz said...

to Cik Grrr:
InsyaAllah..DIA akan bantu hamba-hambaNYA yg berusaha..jangan mudah berpatah & jangan mudah mengaku kalah =)
huhu..s0ri la terbuat saudari menangis..sekadar berk0ngsi rasa & pengalaman, buat renungan kalian..