Tuesday, November 16, 2010

Seruan Buat Blogger Muslim..


Assalamualaikum & salam sejahtera.. 'Pengorbanan Demi Perubahan' - itulah yang boleh diterjemahkan apabila menilai kembali hasrat & harapan penulis sebagai seorang blogger genap setahun yang lalu (18/11/2009). Jika mereka boleh berkarya, kita juga mampu berpuisi. Jika mereka boleh menulis, kita juga mampu menaip & jika mereka boleh menyerang, kita juga mampu bertahan serta membalas. Namun karya & tulisan yang tersiar bukanlah sekadar omong  kosong,  menghabiskan masa & tenaga, ianya perlu berpandukan kematangan akal fikiran, kesucian hati & ketenangan emosi yang sejati dalam memberi pandangan terbuka, kritikan membina serta berkongsi ilmu mahupun pengalaman.

Pertama kali penulis menemui & memahami perkataan ‘aksara’ adalah melalui novel Atas Nama Cinta, karya Isa Kamari, sebuah novel epik sejarah mengisahkan tragedi yang menimpa Maria Hertogh (gadis Belanda yang lebih dikenali sebagai Natrah) serta melibatkan maruah seluruh umat Islam di era pasca kemerdekaan dalam menghadapi pertembungan antara agama, bangsa & benua. Benarlah atas nama cinta dapat menyatukan diri dengan iman, atas nama cinta dapat menyatukan ikatan pernikahan & atas nama cinta dapat menyatukan kita dengan perjuangan kebenaran. Mungkin kerana tiada lagi rasa cinta inilah mengakibatkan lunturnya semangat umat di era kemajuan material hari ini dalam memperjuang & mempertahankan maruah agama, bangsa & negara. Di sinilah perlunya satu pengorbanan demi perubahan!

Dengan mengambil hikmah & semangat pengorbanan sempena Aidiladha pada kali ini, penulis menyeru kepada semua blogger Muslim untuk mengambil ruang & peluang yang terbuka di dunia maya ini untuk mengorbankan sedikit masa, tenaga & saran idea buat agama yang tercinta. Biarpun dihimpit masa, curilah seminit dua untuk menyebarkan salam. Biarpun dihimpit ruang, ambillah sejengkal dua untuk menyampaikan walau sepatah ayat.  Sebarkan dakwah & tebarkan ukhwah menerusi laman peribadi masing-masing, tanpa mengira genre penulisan yang menjadi pilihan & keutamaan. Laman ini sendiri telah berubah, yang pada asalnya hanya berfokus kepada persoalan agama, politik & isu semasa, namun kini ianya dikembangkan kepada pelbagai bentuk & gaya penulisan, sesuai dengan kematangan & golongan sasar yang semakin besar. Akhir kalam, semoga dengan sedikit usaha, ikhtiar & pengorbanan ini dapat sama-sama membawa kita ke arah satu perubahan..semestinya kepada yang lebih baik dalam segenap aspek kehidupan. Semoga kita semua diberkati & mendapat maghfirah dari Yang Esa. 

34 comments:

MJ said...

Teruskan perjuangan. :) Semoga Allah memberkati hidupmu. InshaAllah.

shininghepiness=) said...

amin....gudluck for us....muslim=)

Jamal Ali said...

Moga penulisan kita mampu 'memberi', insyaAllah...

Unknown said...

best ni

Marhaen Kacak said...

insyaAllah...mari kita sama2 menyebarkannya...:)


Khalid Ibrahim : Akibat Kawan Dengan Kapir, AlQuran Pun Tak Peduli

one2paii said...

semoga ilmu yang lu berikan ini dapat menjadikan kita muslim sejati..selamat hari raya aidiladha bai

qamarguyz said...

to Mujahadah:
InsyaAllah..
sem0ga diberkati hidup kita semua..
para pejuang umat..berkhidmatlah!

to shininghepiness=):
ameEn..
kebangkitannya tetap akan tiba..
dekat lambat kita sendiri penentunya

qamarguyz said...

to Ibnu Jamaluddin:
InsyaAllah..
kita menulis untuk memberi, membaca untuk menerima..m0ga Islam kan terbela

to ferry:
syukran..
m0ga mendapat manfaat & semangat

qamarguyz said...

to Marhaen Kacak:
betul..
k0rbankan apa yG mampu..

to one2paii:
InsyaAllah..
m0ga mendapat sokongan semua..
Selamat Hari Raya..
maaf zahir & batin =)

zulkbo said...

Azrai...
Salam ziarah anda...
Eid Idul Adha MUBARAK!

ainhany said...

Salam dik Azaie,

Salam EID ADHA
Syabas dan tahniah dirgahayu ACI.
Insya ALLAH medan dakwah harus dipelbagaikan dan peranan kita dperlukan. Akak setuju dgn saranan diberi. InsyaALLAH yang baik kita warwarkan dan yg kusut kita rungkaikan..Semuga kita saling mmbantu. Sayangkan agama cintailah ALLAH dan kasihkan rasullullah

Terima kasih

Hanis Azla said...

sedikit ilmu yg di kongsi itu mungkin memberi seribu manfaat buat org lain.. Salam Aidiladha..

nunama said...

menulis bukan kerana nama.
Salam AidilAdha. :)

Syamilia said...

terima kasih di atas pesanan ikhlas...semoga kita semua diberkati selalu... insyaAllah

Yuni Aisyah said...

Alhamdulillah sejuk rasa hati membaca entry kamu..mmg ada perubahan dari segi gaya penulisan sebelum ini...tp inti pati blog tidak lari dari mempertegahkan dakwah islamik...mudah2han kita semua mendapat kebaikkn bersama..
salam eid mubarak..:)

qamarguyz said...

to zulkbo:
w'slm tuan..
syukran ala ziarah..
selamat berhari raya =)

to ainhany:
w'slm kak..
salam EidulAdha..
banyak k0rban tahun nie? =)
syukran atas sokongan & pandangan..
begitulah harapannya, ruang yG ada kita gunakan..
berjuang berk0rban demi cinta

qamarguyz said...

to Hanis Azla:
agreed with u..
tidak kira siapa, tidak kira di mana..peranan menyampaikan itu wajib buat semua yG berakal!

to nunama:
menulislah kerana DIA..
Salam EidulAdha..
berkorban jangan sampai terkorban =)

qamarguyz said...

to Syamilia:
sama2..
ambillah yG baik untuk dijadikan panduan bersama..InsyaAllah =)

to Yuni Aisyah:
Syukur & puji hanya bagi-Nya..
sis nampak perubahan itu?
kiranya selalu ziarah & membaca la ni..silent reader ke? huhu..
nyway thanz =)
Selamat Berkorban!

Kak nad said...

salam aidil adha
=)

hani said...

salam aidiladha...
tq..info yang bagus..

wonderfuLife♥ ♥ said...

syukran dgn peringatan..insyAllah same2 kita sampaikan jln dakwah.masing2 ada tggungjwab untuk sampaikan walaupun kita bukan pendakwah sepenuhnya.
salam eiduladha =)

qamarguyz said...

to deeya_shouranlee:
salam EidulAdha..
berk0rbanlah seikhlas hati =)

to hani:
Selamat Hari Raya Korban =)
u r welc0me..
cuma sekadar seruan buat membina harapan

qamarguyz said...

to wonderfuLife♥♥:
Alhamdulillah..
cukup mengerti & memahami..
begitulah yG kita harapkan..
sifat Islam itu menyampaikan, m0ga ditunjukkan hidayah Tuhan..
Salam EidulAdha =)

meowwmania said...

gud luck n all the best for u :)

slmt hari raya...

Anonymous said...

salam aidiladha~

qamarguyz said...

to meowwmania:
Selamat Hari Raya..
TQ sis..
m0ga sihat berbahgia bersama famili & me0w meo0oow tersayang.. =)

maCy:
Salam AidilAdha...

ibuintan said...

slamat pagi..

semoga usaha berblog ini diteruskan..

kita menulis dengan cara kita, mungkin juga ada tulisan kita yg mungkin menjadi pedoman kpd orang lain... walahhuaklam

LadyBird said...

jom.. dulu blog lady blog islamik, tp xde sambutan.. xde org pun nak baca mungkin.. tp kene tukar strategi.. ubah cr penulisan slow2..

ini blog lady dulu.. http://eizzazulaikha.blogspot.com/

dan skrg telah diisi dengan cerite2 copypaste.. :P

HadifaR @ Rafidah said...

Entri yg bermanfaat! go on... :)

sud@is said...

berblog untuk sebarkan
yang bermanafaat,
tambah sahabat,
kongsi maklumat
mudahan berkat
dunia dan akhirat

qamarguyz said...

to ibuintan:
Selamat Tengahari =)
InsyaAllah..sama2 kita usahakan selagi ada manfaat..
berbeza cara & gaya..matlamat tetap satu, walau apa yG dilakukan

to LadyBird:
maybe citer2 original lebih menarik perhatian..nyway mmG blog2 ilmiah sukar mendapat perhatian, maka sama2 la kita lakukan pembaharuan..agar lebih menarik & tertarik =)

qamarguyz said...

to HadifaR @ Rafidah:
InsyaAllah..
j0m ikut sama =)

to S..U..D..@..I..S:
benar sekali..
banyak manfaat, m0ga berkat =)

Kak Mahh said...

Sampaikan ILMU walau sepatah perkataan...

qamarguyz said...

to zmah:
dakwah mencipta mahu, menuju mampu..
thanz sis =)