Thursday, October 21, 2010

Tarian Kejora Timur - sebuah adaptasi kisah benar..


Dingin malam mencengkam sendi tulang. Purnama terang membias kelam malam. Di sudut jendela, aku terpamit melihat kejora di sebelah timur itu. Cahayanya persis menari-nari menghiburkan sanubari. Senyumanku terukir sendiri.

    “Ana sudah lama menyukai enta!” SMS itu aku tenung berkali-kali. Bermula dari sebuah kebetulan, berakhir dengan seberkas harapan. Tiada kusangka tindakan jujur  mencari teman ukhwahfillah di segmen ‘Sembang Pagi IKIM.fm’ itu menemukanku dengannya. Lebih tidak kuduga wanita ini rupa-rupanya siswi satu kolej denganku, malah satu fakulti dan satu kursus pengajian! Bezanya dia sudah berada di semester akhir sedang aku baru di semester tiga. Tidak hairanlah umurnya lebih tua dua tahun daripadaku. “Aah..itu bukan masalah besar. Lebih usia tentu lebih matang dan gantang!” usik hatiku.

      Keikhlasannya untuk membantuku dalam pengajian membawa kepada pertemuan pertama kami petang ini. Kafeteria pelajar tempat dituju. Setibanya di sana mataku terus menangkap sesusuk tubuh berjubah hijau berkelebung labuh paras dada. Sopan santun dan tunduk malunya saat menghulurkan bungkusan nota itu benar-benar menggoncang nurani. Sungguh. Terasa bagaikan ada titisan embun sejuk membasahi relung hati, asyik dan mendamaikan. Dalam diam aku terfikir sejenak, “Ohh..dari manakah bidadari ini muncul? Aku benar-benar tidak pernah melihatnya sebelum ini.” Cuma setahuku dia adalah salah seorang exco kepimpinan pelajar di fakultas kami.

            “Ana sudah lama menyukai enta!” SMS itu kutenung sekali lagi. Mungkinkah pertemuan tadi membulatkan tekadnya untuk berterus-terang. Sememangnya selama ini aku seakan tertarik dengan gaya bahasa dan lenggok tutur katannya saat berhujah dan berbincang, walaupun sekadar di skrin ‘handphone’ cuma. Jika dihitung sudah hampir sebulan kami berinteraksi sebegitu, berbahas tentang pelbagai isu semasa dan soal pelajaran. Agak jarang kami bercakap dan bersoalkan hal peribadi masing-masing.

Tiada kata yang mengungkapkan tanya
tiada bahasa yang menjelaskan jawapan
namun rahsia di hati memang sukar dilindung
bila wajah jiwa mula berlagu ceria
biar diam berbicara
jalinan kasih anugerah-Nya
tetap terbuka..

Tidak kuduga bait-bait puisi yang kubina dibalas tenang olehnya..“Ana sudah lama menyukai enta!”

      *****

“Mengapa sayang? Kenapa?! Mengapa baru sekarang kau luahkan segalanya? Kenapa kesucianmu itu hanyalah palsu?! Aah..bagaimana begini?” hatiku meradang saat mendengar bicaranya tika itu. Benakku kabut, nafasku susut. Aliran jernih di pipinya langsung tidak mendatangkan simpatiku. Aku dilema. Dialah wanita yang kudamba selama ini, yang kurasakan  bisa bersamaku membina mahligai firdausi, jua famili insani. Dialah insan yang kuharap menjadi pelengkap hidupku, jua ibu kepada anak-anakku. Setelah dia membangkitkan semangatku sehingga muncul ‘top student’ di sini, setelah dia merangsang kepimpinanku sehingga mengepalai persatuan pelajar di sini, kini dia menguji keikhlasan dan kematanganku sehebat ini. Bisakah begini?

*****

Dalam kedinginan petang itu, saat sang hujan mengorbankan diri menlencuni Bumi, seorang wanita tertidur sendirian seusai menunaikan solat fardhu Asar. Mungkin agak kelelahan setelah seharian menguruskan majlis pertunangan sepupunya tengahari tadi. Tiba-tiba, ‘Kreeeek!..’ kedengaran daun pintu biliknya dikuak. Bilik itu ternyata terpisah dengan ruang utama rumah kampung yang agak luas itu, jauh dari hingar-bingar orang ramai. Wanita tersebut langsung tidak menyedari derapan kaki si penceroboh. Dia langsung membiarkan dirinya diusik dan disentuh lembut oleh si jantan rakus. Sebaik tersedar, dia tersentak melihatkan kain batik yang melilit pinggangnya telah terlondeh. Aah..dia sudah tidak kuat untuk menghalang, apa lagi mahu melawan. Wanita tulus berkulit mulus akhirnya sama-sama hanyut dalam dunia kenikmatan, menghempaskan mahkotanya pecah berderai!

*****

Di penjuru kamar, aku menangis sendirian. ‘Tiada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tiada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan!..’ Untaian hikmah ini hadir di fikiran seperti mahu aku memaafkan dia yang berdosa, seolah-olah mahu emosiku tenang menghadapi dugaan tercipta. Segala suka duka perkenalan kami semenjak dua tahun lalu kembali terimbau di ingatan. Walaupun satu fakulti, ternyata kami mampu menyembunyikan hubungan dari pengetahuan rakan-rakan dan para pensyarah. Tiada istilah ‘dating’ dalam hidup kami, tiada fitnah dunia yang bisa mengganggu keberkatan cinta kami.

Buku ‘Bertaubat Kepada Allah’ tulisan Dr. Yusuf al-Qardhawi itu kucapai dan kubelek kembali. Panjang lebar ulama kontemporari ini membahaskan persoalan ayat ke 26 surah an-Nur: ‘Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)..’ Adakah harus aku memilih perempuan yang tidak suci? Apakah pula yang dikatakan suci itu? Bagaimana jika mereka telah bertaubat dengan seperinya, taubatun nasuha? Aku memang tidak menyalahkannya atas apa yang berlaku. Aku membuka ruang perbincangan sepertimana lazimnya kami berbincang soal pelajaran dan isu-isu semasa. Malah aku pernah menghubungi Zaini, sepupunya yang telah menjamah isi tubuhnya itu! Aah..Zaini ternyata hanyut dengan hidupnya yang tak pernah puas melayan nafsu tanpa rasa malu dan bersalah. Walaupun menuntut dalam jurusan agama di sebuah kolej swasta sebelah pantai timur dan mendalami ilmu-ilmu persilatan Melayu yang gah dengan Islamnya, namun benar hidayah petunjuk hanya milik Yang Maha Esa. Ilmu tanpa amal tidak menjamin ketaqwaan. Inilah ritmanya. Aku juga pernah menumbuk dinding setelah dihalang dari menumbuk kaca tingkap oleh rakan sekamarku. Mungkin saat itu aku benar-benar kecewa dan buntu, emosi yang terganggu memudahkan syaitan datang mengganggu. Namun begitu, sebenarnya jauh di sudut hati, aku masih yakin bahawa dia adalah wanita suci di sisi Ilahi walaupun kotor di sisi insani. Lantas kugapai diari, kucatat tinta hidupku ini...

Definisi Cinta Sejati (True Meaning Of Love): 
"Cinta yang sejati &a suci tidak memerlukan 'physical contact' yang boleh merosakkannya, sebaliknya ia terbina atas dasar iman, CINTA ILAHI..bermatlamat yang murni & benar, untuk menjadi pasangan yang sah..serta melalui jalan2 yang tidak melanggar undang2 syariat, walaupun ia mungkin hanya bertaut di dasar hati!.."

*****

Dalam sujud di sepertiga malam, aku berseru dan mengadu. “Ya Allah..Berikanlah petunjuk pada hambamu yang hina ini. Berikan aku kekuatan untuk merungkai dilema ini. Jika memang dia yang terbaik untukku, kau satukanlah hatiku dengan hatinya. Jika tidak, engkau redhakanlah aku atas tiap ketentuan-Mu..” Aku pasrah. Aku berserah. Aku bangun menyingkap jendela, kulihat dunia, kubersyukur pada-Nya. Kejora timur itu masih menari-nari menghiburkan sanubari. Senyumanku terukir sendiri. Aku yakin, inilah petunjuk Ilahi!

(Versi kemaskini: Cerpen - Tarian Kejora Timur)

22 comments:

zulkbo said...

salam bertandang lagi..
semoga sihat selalu..
agar kita selalu mendapat hidayah dari-Nya untuk menjadi hamba yangs elalu insaf...

New Entry "Bagaimana saya letakkan link entri terbaru saya di kotak komen?"

MJ said...

Wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan begitu jua sebaliknya.

Teringat pesanan seorang saudara, "Jangan cari lelaki yang baik, tapi jadilah wanita yang baik. InshaALLAH, lelaki yang baik akan mendekati secara automatiknya"

Syukran atas penulisannya

K I E R A said...

Tiada manusia di muka bumi ini yang sempurna,

Entry yang mempunyai maksud mendalam :)

adibah said...

Allah sentiasa memberikan yang terbaik tapi adakalanya Allah memberikan sesuatu yang buruk bagi mencapai kebaikan itu...

Anem Arnamee said...

Salam.

yang penting cinta Ilahi. :)
nice cerpen :)

*lama tak dtg, ramai pengikut ya:)

alfaratisyah said...

Subhanallah, begitulah harusnya sikap seprang Muslim, krn tidak pernah ada manusia yg mencapai kesempurnaan melainkan baginda rasul junjungan, Rasulullah s.a.w
Menerima apa adanya setiap kekuarang & kelebihan insan, bukan sahaja dlm konteks perhubunagn antara lelaki dan perempuan (yg halal ikatannya-perkahwinan) bahkan lebih2 lagi ukhwah insani yg bersandarkan RedhaNYA semata.

~Wahai insani, sesungguhnya telah Rabbmu nukilkan di dalam surat cintanya utkmu...bahawa sesungguhnya "at-toyyibat littoyyibin..." (an-nur:26)


Wahai muslimah serikandi harapan agama, lupakan segala kegundahan, teguhkan diri pada CINTA HAKIKI nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan..

"Wanita baik itu dijanjikan untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.Telah terungkap sebaris nama lelaki di Loh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau thabat di atas jalan yang diredhai, insyaAllah, si dia turut di jalan yang sama."- Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul by Fatimah Syarha

qamarguyz said...

to zulkbo:
w'slm tuan..
terima kasih c0z selalu dr0p comment di laman ini..rasa dihargai =)
InsyaAllah..moga hidayah itu milik kita..

to Mardhiah:
benar sis..
jangan dicari wanita yG baik, tetapi jadilah lelaki yG baik..nescaya bertemu apa yG dicari =) syukran sudi sinGgah membaca

qamarguyz said...

to K I E R A:
sejauh mana sempurnanya kita di pandangan Tuhan?..
huhu..sekadar berk0ngsi rasa & cinta

to adibah:
kita sendiri tidak mampu menilai baik buruknya tiap yG terjadi..
untaian hikmah-Nya pasti ada

qamarguyz said...

to Anem arnamee:
w'slm..
waAa..lama betul tak nampak sis..
ikon blogGer awal2 dl nie =)
thanz sudi sinGgah..m0ga mendapat manfaat

to alfaratisyah:
Maha Suci Allah yG membolak-balikkan hati insan..m0ga ditetapkan hati kita di atas jalan-Nya..syukran atas pesanan, bermanfaat untuk saya & dia..
InsyaAllah..

nyway siapa sebenarnya alfaratisyah ini yer? selalu sinGgah membaca & dr0p c0mment di laman ini..syukran =)

alfaratisyah said...

peringatan buat diri juga sebenarnya...
"wahai org2 yg beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yg tdk kamu kerjakan? Itu sgtlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yg tdk kamu kerjakan." (as-saff:2-3)

naelah alfaratisyah merupakan isteri kpd Saidina Uthman. Cuma meminjam sebaris nama yg indah ini, insan yang menjadi sayap kiri kpd perjuangan suaminya.

~insan biasa yg mendambakan cintaNYA, yg mengharapkan manusia seluruhnya kembali sujud kpd kekuasaan YANG MAHA SEMPURNA~

afwan, tggjwb setiap muslim itu adalah saling mengingatkan.

Unknown said...

tumpang lalu.nnti tumpang lalu blog saya lak yek~

qamarguyz said...

to alfaratisyah:
indah sekali namanya..
m0ga indah jua akhlak kita..
ziarah la selalu, moga sama2 mendapat manfaat

to Said Saiful Fazli:
hehE..
ni kes tak jumpa cari chatb0x ke apa? =)

one2paii said...

bapok panjang bai..berjela2 gua nak mengeja sepatah sepatah nie..cinta?..ni kisah benao lu ker

farah said...

kata-kata yg penuh makna disebalik setiap perkataan..

qamarguyz said...

to one2paii:
ko membaca ke mGeja? huhu..
kisah benar nie..dengan beberapa pGubahsuaian bagi memelihara identiti beberapa pihak terlibat..

to farah:
bagus la farah jumpa maknanya..
m0ga menjadi teladan =)

ismi jannati said...

Salam ya Akh,

Haih..kisah chenta kisah chenta..dilema hamba membacanya dilema.. Buku Taubat Ilallah Dr Yusof Qardhawi tu tak sesuai diletakkan dalam cerpen ni barangkali. Kena letak buku Jaddid Hayatak ( Perbaharuilah Hidupmu ) olh Syeikh Muhammad Al-Ghazali Rahimahullah barulah tak dilema dah..huhu


entri lastest:"saya mahu jadi wanita solehah"

Kak Mahh said...

Salam ....tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini.

qamarguyz said...

to ismi jannati:
w'slm..
hehe..jangan dilema2..jangan kabut jangan ribut..jalannya terang hukumnya jelas.. =)
nyway syukran atas k0men yG membina..nnti ana jenguk2 apa pandangan al-Ghazali tu

to zmah:
w'slm..
kita tak mampu jadi sempurna tapi boleh berusaha ke arah kesempurnaan...

Unknown said...

salam azrai..
Ada bunga2 cinta..dekati lah cinta seraya izin dan berkat rahmat Allah..cinta sejati itu anugerahNya.
Insyaallah..

qamarguyz said...

to etuza:
w'slm pakcik..
InsyaAllah..terima kasih atas peringatannya..d0akan sy yer =)

Ummu El fateh said...

salam tautan hati

rasanya entry ni dh lamakan..huhu
bila tgk word IKIM.FM tu..tringat kt sesorg ...ape2 pun selamat BERCINTA

qamarguyz said...

to NUR JANNAH:
w'slm..
benar, da lama..
saje jew publishkan kembali entry2 yG pernah h0t dl =)
o0h, teringat kat sape tu? =)