Friday, October 01, 2010

'Men are born political animals'..

Imam Ibnu 'Asakir rahimahullah berkata;
"Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa daging para ulama itu beracun. Siapa saja yang melepaskan lisannya dengan berbagai cacian dan makian terhadap para ulama, maka sebelum mati, Allah s.w.t. akan menimpakan cubaan baginya berupa hati yang mati. Oleh sebab itu, tidak boleh sama sekali mencemarkan nama baik para ulama dan memfitnah mereka, selama-lamanya!.."

      Sememangnya para ulama mewarisi sifat dan pengajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w., maka setiap tingkah laku ke atas mereka wajarlah diperhalusi meskipun wujud sebarang pertentangan dan berbeza pandangan. Setiap teguran mereka haruslah difikirkan, bukan diperkecil dan dianggap kolot. Apatah lagi menghina peribadi mereka dengan pelbagai rupa dan bentuk serangan. Sedangkan penzina pun dijaga keaibannya oleh Islam, inikan pula ulama pewaris anbiya'! Jika ulama dihina dan dikeji, siapa pula yang dipuja dan dipuji?..penyanyi itu atau penari ini?

Aziz Fried Chicken?..maybe yG ini 'confirm' halal & barakah!

TGNA raba betina jgk?..hancusss..kiamat dunia!

uiikk..TGNA minum arak ke? TGNA minat betis ke paha?!

      Inilah hasil kreativiti sesetengah pihak yang tidak bertamadun.. ada otak tapi tak dak akal, ada jasad tapi tak dak hati.. gambar2 superimpose sebegini biasa ditemui dalam laman sesawang politik. Memperlekehkan ketinggian ilmu dan amal seorang ulama berjiwa rakyat semata2 untuk memuaskan nafsu politik kotor amatlah tidak dapat diterima dek akal yang waras. Bukankah ini juga suatu penghinaan? Bukankah ini juga suatu kejian? Jua suatu fitnah! Mungkin benar kata2 Imam Ibnu 'Asakir di atas, mereka ini telah ditimpakan ujian dengan hati yang mati!..dan benar juga pandangan Aristotle bahawa ‘men are born political animals!’

(Versi kemaskini - Ulama Dihina..Siapa Dipuja?..)

57 comments:

Rafhan said...

itulah tanda-tanda akhir zaman, kata2 ulama tidak diendahkan. Wallahualam..

alfaratisyah said...

"sesunguhnya umat Islam saat itu sgt ramai seperti buih2 di lautan...namun dlm hati mrk ada satu penyakit, iaitu wahn,cintakan dunia dan takut mati..
~Ya Allah letakkan dunia di tangan kami, bukan di hati kami~

nurkaloi said...

urghhh...menyesatkan

zulkbo said...

salam saudara..
fitnah belaka
oleh orang yang panas
punggung bila islam
di perkasa..

qamarguyz said...

to RAFHAN ~peace~:
itulah petanda..
yang baik dicerca, yang buruk dipuja..

to alfaratisyah:
benarlah demikian..
syukran atas perkongsian

qamarguyz said...

to nurkaloi:
datang dr mereka yG sesat lG menyesatkan..

to zulkbo:
benar tuan..
moga Islam tidak hanya menjadi alat, & tidak jua diperalatkan..

Arisa Mihashi said...

sape punye kijo ni.umat islam berpecah belah disebabkan politik.ade hati nak buat 1malaysia.apo daa.

nurAddin said...
This comment has been removed by the author.
nurAddin said...

MashaAllah...sanggup mereka berbuat begini kpd tuan guru kita..thts why i hate politics!..huhu..

Melati Qistyna's Mummy said...

ape la yg ade kt pale hotak org yg buat neh pada masa itu agaknyer.... teruk2

Unknown said...

nih fitna yang terang dan nyata kalau ada yang percaya ntah ler ehheh
kuman "aci effective.." Entry

Anonymous said...

brani dorg main2 ngan ulama...nt kene bala dri Allah bru tau

Nur Fannun said...

nak menang bersaing la secara sihat, ni main kotor lak.lbh baik buta mata dr buta mata hati.buta mata selamat dr dosa mata.buta mata hati, meyesatkn, meyusahkn org lain.

Metabolisme Rakan Baik Si Berat Badan

qamarguyz said...

to Arisa Mihashi:
Ni semua keje bloger2 upahan la ni.. huhu..betul gak tue..
patutnya utamakan 1 Islam dulu..
sekarang da macam2 fesyen Islam yG timbul

to nurAddin:
hmM..jangan salahkan politik..
politik itu kuasa, kuasa itu mulia..hanya dengannya terbentuk khalifah & hamba yG sejati..
cuma pemain politik itu sj yG semakin sesat & menyesatkan

qamarguyz said...

to Melati Qistyna's Mummy:
apa agaknya ek?..
duit duit duit k0t..
tak pun, pitih pitih pitith!
hehe =)

to Kuman Chaos:
yG penting mereka puas..
kalu nak suruh orang percaya mmG tak la kan..terang2 superimpose

qamarguyz said...

to BezBuddy:
tu la pasal..
bala kalu da datang semua kena..
akhir2 ni pun da macam2 bala yG tiba

to Nur Fannun:
agreed with u sis..
sebab itu dalam Islam kemenangan sebenar hanya di nilaian Tuhan..
biar kalah asal berserah!

cimöt said...

huuuuuuuuu..
kiamat sudah hampir tiba..
tetapi manusia semakin leka..
hanya dunia semata-mata..
tanpa menimbang tara..
samada ke syurga atau neraka..

nurAddin said...

ok..x salahkn politik..huhu..salahkn org yg merosakkn politik k..hmm..dekat kg. pakcik2 sll duk brainwash sy psal politik sampai kutuk2 tuan guru..ape nk jd la..huhu

Unknown said...

huhu..nih yg nk marah nih...

harap2 insaflah org yg wat keje tak berfaedah nih...hormatilah guru kita. hormatilah Islam.

qamarguyz said...

to *cimOt*:
waAa..
bila cimot bersuara..
sy tergamam tak terkata..hehe ;)

to nurAddin:
hehe..
kat kG pun kena brainwash?
payah la cam tue..
takpe2..kita da besar..
dengar semua, baru boleh buat pilihan yG bermakna

qamarguyz said...

to Cik Jari:
marah ke?
patut ada rasa marah la kan..
semua kita sayangkan t0k Guru =)
Allahuakbar!!

AtieAbid said...

bila mereka merasa diri mereka yang terbaik, disitula bermulanya penghinaan ke atas orang lain..

adibah said...

Ini la dia kalau dah terdesak..sanggup mengaibkan org lain...Cam lecturer sy slalu ckap"tak takut Dosa ke"

ainhany said...

salam dik azraie,

Astaqfirullahal azim.
Ketahuilah wahai taNgan2 yg diciptakan itu akan bertanggungjawab atas pa yg telah dinukilkan..Bertaubatlah sebelum terlewat kerna...ulama itu mulia sifat dan amlnya, dekat dengan nabi(pewaris) dan doanya dikabulkan..

tawadduk para ulamak,
tak takut dik usik
tak lut dek gundek
tawakkalnya mencengkam
tautan terikat
munajatnya
HANYA Pada ALLAH

yua zawa said...

tp skang mmg ramai yg terang2 kutuk para ulama kan. mmg mlampau!!!...

qamarguyz said...

to AtieAbid:
hmM..maybe itu salah satu puncanya..
ingatlah selalu bahawa kita bukan yG terbaik dan bukan pula yG terburuk!

to adibah:
pemimpin sekarang da tak takut d0sa, juz takut hilang kuasa! kontra dengan sikap khalifah Islam dulu..

qamarguyz said...

to ainhany:
w'slm kak..
sesungguhnya tangan, mata, lidah & segalanya akan dipersoalkan kelak..
moga kita semua mendapat keampunan..
menarik coretan puisi tentang ulama tu..TQ =)

to yua zawa:
ulama dihina..artis dipuja..
inilah dunia di akhir usia!

ghost said...

MasyaAllah..walaupun aku muak dgn dunia politik tapi bab mcm nie takde plak teguran ek...Semoga diampuni dosa2 mereka.

shameel Iskandar said...

Moga Allah memberi hidayah kepada mahkluk2 yg tak berakal ni. Panas hati saya lihat TGNA dihina sebegini rupa.

Nas said...

ish2.teruk betul la manusia yang gatai tangan buat edit gambar2 jd cmnie..tak bertamadun..huhu

jom bace entri terbaru nas klik:

filem hindustan makin kurang popular di Malaysia?

Unknown said...

mmg xbertamadun la..

qamarguyz said...

to si biskut:
hmM..maybe sebab da jadi lumrah dlm berpolitik..InsyaAllah, doakan masyarakat yG lebih aman harmoni =)

to shameel Iskandar:
begitulah hendaknya..
moga diberi petunjuk ke arah kebenaran..sabar yer tuan =)

qamarguyz said...

to nas:
tamadun manusia semakin menuju kehancuran..masanya akan muncul..
InsyaAllah, nanti kita ziarah sana plk =)

to prince kais:
kalu kita bertamadun..
melihat & berfikir la =)

Cik Tim said...

trasa macam nak sepak terajang je siapa yang buat kerja kotor macam ni.. tak hormat orang lain.. huhu..akhir zaman..

Unknown said...

sedih bila tengok gambar2 macam ni...
saya sayang tok guru sangat2...
idealogi politik letak tepi..yang penting ulama harus dihormati..

tok guru bila penat dia tidak berehat..tapi dia menunaikan solat hajat 2 rakaat..boleh ke kita setanding itu?

moga sape yang buat mcm tu sedar,,politikpolitik juga..tp jangan sampai xbrfikir dlm buat tindakan!

rashid said...

Aku pun sokong lah...bila tak dapat bezakan politik dan ulama', macam nilah jadinya...buat perkara macam ni bahan ketawa...hancusss

shah kyubi said...

Astagfirullah...
dunia dah x lame dah..
ulama di keji di hina..pelaku dosa di agung-agungkan...

qamarguyz said...

to Black_roses92:
humban jew dlm laut sis..
abis citer! huhu..
m0ga kita dijauhkan dari sifat hina seperti ini..

to echah mashuri:
agreed with u sis..
ideologi letak tepi, Islam jangan dikeji.. sama2 kita d0akan moga t0k guru terus diberi kekuatan untuk memimpin perjuangan

qamarguyz said...

to rashid:
betul..kena bezakan tue..
malah kena bezakan juga ulama dunia atau ulama akhirat..

to shah kyubi;
dunia akhir zaman..
bayangkan apa sahaja bisa terhidang..inilah mainan anak wayang

Nunu Jamri said...

saya tak suka politik. sekian..huhu



**sungguh tak bertamadun juga tak beretika perbuatan ini....




emm jahat ahh depa tuh....menghina seorang Ilmuan Islam.

CIK TOM said...

jahatnye gambar tue..tp sy rasa xperlu awk nak upload smua gmbr tue utk tontonan kat sini..wlpn niat awk nak bgth yg ulama dihina tak ptt..maaf ni pndpt sy..tp pe2 pun ni blog awk..

Kalamhati said...

astaghfirullah..bertaubat la sapa yg buat tu..

ayin~weeweet said...

ksian nik aziz.xpasal2 je.hmm

qamarguyz said...

to Tomato Gurl's Life:
thats right!
ini la k0men yG sy tggu slma ni..
setelah kali kedua entry ni dipublish baru jumpa..c0ngratez! =)

'kalu mereka mampu menulis, kita jg mampu berkarya..kalu mereka mampu mnyerang, kita jg mampu bertahan..malah mmbalas jika perlu'

nie antara ayat dlm 1st entry sy, mnjelaskan matlamat kewujudan laman ini.. kebenaran takkan nampak andai tak dikaji & dicari..oleh sebab ramai blogger picisan yG tidak prnh mnjenguk ke laman perang siber politik, maka versi ini terpaksa dipaparkan di laman yG lebih sederhana spt ini..lagipun sy yakin ia tidak akan mGaibkan & menimbulkan fitnah ke atas t0k guru c0z kepalsuannya jelas..kejahatannya nyata..blogger mana yG mahu percaya? yG mendapat aib adalah pencipta2 kejahatan itu sendiri..InsyaAllah

qamarguyz said...

to cik nUnU:
huhu..
jadi sokonglah kebaikan..
yG jahat2 kita jauhi =)

to Kalamhati:
moga taubat mereka diampuni Tuhan

to ayin~weeweet:
baru sedar kan semua ni ley timbul dlm p0litik?..
bila kesian datangkan sokongan..
bila marah datangkan bakangan..
ini strategi berpolitik..
huhu, political science student la katakan =)

zulkoa said...

best en3..padat+ringkas..like2

Zaer!! said...

Uiks! Tok guru pon leh sesat camni ke?adeh! 2 la sebab Pemimpin diagung-agungkan.Maksud ni bukan pada Tok Guru yea.;)

qamarguyz said...

to Cik Ubi:
TQ..
lepas ni ley la singgah membaca selalu =)

to Zaer!!:
maksudnya yG sesat tu musuh t0k guru ke?..t0k guru dihormati lawan & kawan, yG tak pandai nak hormat dgn cara begini alien jew k0t! huhu..

amira zakiah said...

huh...terlebih pandai..!buat laa mende yang lagi berfaedah sket

aman_arab said...

benarlah nabi kata akhir zaman ni adalah zaman fitnah..ulama yang alim dan wara' macam tu pun sanggup orang fitnah sedemikian rupa..

qamarguyz said...

to amira zakiah:
huhu..
menda ni semua mmG berfaedah & mGuntungkan bg mereka..sebab tu mereka buat =)

to aman_arab:
agreed with u..
zaman akhir kembali ke era tanpa tamadun..fizikalnya megah, hakikatnya mengah!

Pohon Subur said...

yang pasti mereka akan mengadap Allah SWT atas apa yg telah mereka kerjakan

Bro Min said...

Bincang2 gak... Tahun depan nanti mcm mn pilihan raya... yang pasti semua seharusnya PAS(Tok Guru) pilihan kita semua kasi runtuhkan dan kasi jahanamkan musuh2 Islam ni...kasi lingkukkan BN...kita masing2 dh tahu kan,kalu undi gak BN tak tahu lah,setiap yg terlintas di dlm hati akan dipersoalkan di akhirat kelak inikan pulak memakah kertas undi siapa yg kita pilih, jom semua undilah PAS ISLAM UNTUK SEMUA...

qamarguyz said...

to Pohon Subur:
Benar..
kita & mereka tetap akan dihadapkan ke mahkamah keadilan Tuhan..

to Bro Min:
Allahuakbar!!
PAS For All..
moga lebih ramai yG melihat kebenaran..menegakkan keadilan.. dlm PRU akan datang

meo said...

cis...

bakat yang disalah gunakan

Hami Asraff said...

Manusia selalu meletakkan akal di aras yang paling bawah sekali. Nafsu dan amarah menjadi penguasa diri. Ulama dicerca sana sini. Ah tiada siapa peduli. Walhal ianya sesuatu yang sangat memalukan di dalam agama sendiri. Moga golongan ini sedar akan sebuah hakiki.

qamarguyz said...

to meo:
ada bakat kew?..
huhu..

to Hami Asraff هامي أشرف ™:
benar sekali coretan bro Hami..
salah benar tiada siapa peduli, asal puas rasa di hati..