Sunday, September 26, 2010

Senyum Dalam Tangisan

Kala senja dikau hadir…

Kesima diri bisu bicara
tangisan pilu menyeka tawa
kendala harta korban saudara
bahana hidup dihimpit lara

Rasa kecewa ilusi syaitan
musibah sauna titipan iman
kemudi bahtera mencecah awan
puspa warna lakonan zaman

Bangkitkah jasad di pusara?
dengan sendu menyeru pusaka?
bernafas mereka tanpa nyawa
bersyukur usai skrip yang Esa

Duhai teman…

Serikan wajah berulas senyuman
gagah pria bukti kesabaran
relung hati penuh keredhaan
wadi kasih-Nya hikmah ujian


30 comments:

MR. SYAH said...

puisi yg bagus..

:D

Rafhan said...

bahasa aras tinggi. aku baca berkali2, baru boleh faham sket.. Teruskan berkarya bro..

Unknown said...

suke :)

Unknown said...

bgsnyer best2 =)

Anis izyan Abd Rahman said...

indah !!

Nur Fannun said...

wah..puisi kemas sekali rimanya..tahniah..salam aidilfitri 1431H

qamarguyz said...

to mR.sYaH:
thanz br0.. =)

to RAFHAN ~peace~:
huhu, takda la tinGgi sangat br0..
masih boleh diperbaiki lagi..
temanya tentang keredhaan menerima ujian..InsyaAllah =)

qamarguyz said...

to iszieylyanziy:
suka yer..
m0ga mendapat iktibar & pengajaran =)

to zuana's dear diary:
syukran ala ziarah..
lagi bagus jika dapat bertapak di hati =)

qamarguyz said...

to Anis izyan Abd Rahman:
terima kasih sis..
sabar redha & tersenyumlah =)

to Nur Fannun:
Salam Aidilfitri..belum terlewat kan ;) syukran..moga dapat dipertingkatkan lagi mutunya

iKhRam said...

lama dah tak bersua saudara..
masih kenal atau tidak lah dengans aya..
sekarang dah mulamengaktifkan blog setelah sekian lama sibuk dgn urusan practikum di sekolah..
semoga ukhuwah kita kembali terjalin k?
nice puisi tue..!!

iKhRam said...

lama dah tak bersua saudara..
masih kenal atau tidak lah dengans aya..
sekarang dah mulamengaktifkan blog setelah sekian lama sibuk dgn urusan practikum di sekolah..
semoga ukhuwah kita kembali terjalin k?
nice puisi tue..!!

shininghepiness=) said...

sedihnyer baca~~huuu....

qamarguyz said...

to iKhRam:
huhu..mmG lama tak bersua..
mesti la masih ingat, saudara sj yG pernah berdebat ngan sy kat laman ini satu masa dulu.. ;)
InsyaAllah..ukhwah terjalin tak pernah berakhir..rakan2 maya sama tak ubah macam rakan2 di dunia realiti jua..thanz!

to shininghepiness=):
waAa..ini betul2 mGhayati nie..
bagus2 =)

DiNaZ said...

sungguh puitis.....
sangat indah..
sungguh berkesan dilubuk hati ini..
"Serikan wajah berulas senyuman
gagah pria bukti kesabaran
relung hati penuh keredhaan
wadi kasih-Nya hikmah ujian"
sangat indah....sungguh indah..

adibah said...

senyum Dalam Tangisan..sabar menghadapi ujian ALLAh..sama kan?...mcm susah je nak pham..tapi tahniah!!puisi yang best..

qamarguyz said...

to nAzAriAh MohD MurAD:
Alhamdulillah..
segala yG baik itu datang dari-Nya juga..terima kasih c0z sudi membaca =)

to adibah:
thanz sis..
betul da tue =)
3 perkara perlu dilakukan apabila dilanda musibah:
sabar, redha & tersenyumlah..
nescaya akan terlihat hikmah-Nya

UglyPooh said...

ada mksud tersirat?

missgee said...

Membaca..
Memahami,,
Mendalami..
Mencari yg tersirat dihati..
semoga mendapat ilmu diberkati..

qamarguyz said...

to UglyPooh:
maksudnya?..huhu
kalu berkenaan kenapa puisi ini ditulis takda apa2 pun..saja jew mahu berkarya =)

to missgee:
4M ke sis..hehe =)
InsyaAllah..m0ga mendapat manfaat

Anonymous said...

:( but nice! karang sendiri ea?

gnesop.com said...

sangat indah

qamarguyz said...

to misyamissyou:
thanz sis =)
yurp, semua puisi yG tersiar di laman ini adalah nukilan penulis sendiri..

to gnesop.com:
terima kasih atas d0rongan =)

Anonymous said...

besh =) teruskn berkarya.....

qamarguyz said...

to arayualan:
InsyaAllah.. thanz =)

ainhany said...

salam azraie,

hmn izin menyambung bicara
senyum dalam tangisan punya cerita,
bukan rentak inginku sua,
sekadar berkongsi apa yang ada
-------------
sabarlah teman
inilah luka
bahana berharta
bukan milik kita
tapi pinjaman saja

ayuh mara duhai pusaka
tinggalan yang merintih
mohon perdamaian
Jauhi persengketaaan
susuri kemaafaan

Bahagia mereka punya kita
kita bahagia punya mereka
mereka dan kita
hanya ada pada DIA.

wallahuaklam

maafkan andai catatan spontan ini terkeluar tajuk ataupun tak sesuai disiarkan...

qamarguyz said...

to ainhany:
w'slm kak..
waAa, sempat berpuisi di ruangan ini yer..sunGguh menarik!
syukran atas perk0ngsian..
saya faham..tepati maksud yG ada =)
ley jadi Senyum Dlm Tangisan part 2.. hehe

Humanity Life said...

menarik sungguh puisi nie.. seronok membacanye!

qamarguyz said...

to Humanity Life:
thanz.. =)
m0ga dapat diambil iktibar darinya

Blognya Orang Blora said...

Wah...mantap puisinya.Ciri khas melayunya memikat hatiku. Boleh kan belajar puisi sama kamu... !

qamarguyz said...

to Blognya Orang Blora:
biasa-biasa saja..
InsyaAllah, mana yang mampu kita kongsi-kongsikan ilmu