Di kala umat manusia dalam kegelapan dan kehilangan pegangan hidupnya, lahirlah ke dunia dari keluarga sederhana di kota Mekah, seorang bayi yang kelak akan membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban dunia. Muhammad nama diberi, suatu nama yang belum pernah ada sebelumnya. Kelahirannya adalah pada tanggal 12 Rabiulawal tahun Gajah bersamaan 20 April tahun 571 M.
Nabi Muhammad s.a.w. adalah daripada keturunan Qushai, pahlawan suku Quraisy yang telah berhasil menggulingkan kekuasaan Khuza’ah atas kota Mekah. Ayahnya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib manakala ibunya bernama Aminah binti Wahab. Baik keluarga dari pihak bapa mahupun ibu, keduanya dari golongan bangsawan dan terhormat dalam kalangan kabilah Arab.
Dalam perjalanan hidupnya dari kanak-kanak hingga dewasa dan sampai diangkat menjadi rasul, baginda terkenal sebagai seorang yang jujur, berbudi luhur dan mempunyai keperibadian yang tinggi. Kerana kejujurannya dalam perkataan dan perbuatan, baginda mendapat julukan “al-Amin” yang bererti ‘dapat dipercayai’. Ketika menginjak usia 40 tahun iaitu pada malam 17 Ramadhan, baginda didatangi Jibril untuk menyampaikan wahyu pertama di saat baginda sedang bertahannut di gua Hira’.
Selepas itu, baginda menerima wahyu kedua, sebagaimana yang tersebut dalam surah al-Muddatstsir dari ayat 1 hingga 7 yang bermaksud:
“Hai orang yang berselimut, bangun dan berilah peringatan! Besarkanlah (nama) Tuhanmu, bersihkanlah pakaianmu, jauhilah perbuatan maksiat, janganlah kamu memberi kerana hendak memperolehi yang lebih banyak. Dan hendaklah kamu bersabar untuk memenuhi perintah Tuhanmu.”
Baginda mula menyampaikan agama Islam secara sembunyi selama tiga tahun dan seterusnya secara terang-terangan. Walaupun menghadapi pelbagai halangan dan tentangan, namun baginda tetap tabah menghadapinya. Apatah lagi dengan kelebihan dan mukjizat yang diberikan oleh Allah kepadanya termasuklah mukjizat yang paling agung iaitu al-Quran.
Begitulah sejarah ringkas mengenai junjugan mulia kita sebagai umat Islam. Sempena sambutan Mulidurrasul kali ini, sama-samalah kita mengenang kembali jasa dan pengorbanan baginda. Bahkan kita perlu terus mengamalkan sunnah dan berselawat ke atas baginda.
(by qamarguyz: risalah al-Qamar edisi 1)
28 comments:
Baginda harus dijadikan sebagai contoh. contoh yang terbaik. :)
sekarang ni nak jumpa insan "al amin " pun payah.. jangankan jumpa bau bau pun susah nk dihidu.. jauhnya kita dari dia..
Salam azrai..
Selawat dan salam ke atas junjungan kita Muhammad rasul akhir zaman..sejuk hati membaca n3 azrai. Sesungguhnya umat nabi dikalangan kita digalakkan bersalawat ke atas nabi..semoga kita penerima syafaat nabi di akhirat..
selalu berselawat ke atas baginda..
beliau adalah contoh terbaik!
ops! nak taip baginda tertaip beliau..
salah pakai perkataan..
pembetulan : baginda adalah contoh terbaik!
to DILA is AZIE:
benar..
kerna hanya pada baginda akhlak terbaik..akhlak al-Quran
to White Bird:
agreed with u..
takda bau2 bacang la kan? huhu..
kesempurnaan hanya milik baginda, kita hanya mampu menghampirinya
to etuza:
w'slm..
syukran atas pembacaan..
m0ga kita sentiasa dekat dengan sunnahnya, berselawat atasnya..
to fikaryna:
hehe..
sempat lg buat pembetulan..
sememangnya kata 'baginda' itu adalah lambang keagungannya..
c0ntoh buat umat akhir zaman
walaupun ringkas, isinya tetap padat... :-)
baginda contoh yang terbaik!!!
suka post neh~
Salam ziarah
Selawat dan salam utk baginda s.a.w.
ni ary suke dtg blog ni..msti sde input y seronok utk dibace =))
like it =))
selawat serta salam keatas junjungan mulia s.a.w
Salam akh..
Nabi Muhammad s.a.w. tauladan dn ikutan, yg xpernah lapuk dek zaman..
Nice one.. Jzkk akh ^_^
to SyuQ:
syukran ya akhi..
sirah asas ini sengaja dilakar kembali..buat ingatan bersama
to MSR:
id0la sepanjang zaman..
to reen_sofee:
m0ga dapat diambil hikmah & pengajaran =)
to mamawana:
w'slm..
selawat & salam ke atasnya, ahlu bait & para sahabat baginda
to ~ar!eyko san~:
thanz ary..
membaca itu jambatan ilmu..
tak kenal maka tak cinta, bila kenali peribadi baginda m0ga bertambah juga cinta kita =)
to Slave of Almighty:
w'slm..
agreed with u..
tak lapuk dek zaman & keadaan..
binasalah buat mereka yG sentiasa merendahkan sunnahnya..
afwan
salam azrai
tidak banyak , sedikit pon jadilah utk kita mengamalkan sunah baginda dan solawat tanda kasihnya kita pada Rasulullah
teringin betul berjumpa Baginda...
perkongsian yg baik.. patutnya kita mencontohi junjungan mulia baginda ini..
salam buat junjungan besar nabi SAW..
moga Allah merahmati anda juga Azrai..
to Hana Picca:
w'slm..
yer la sis..
kalu cinta buktikan laa..kan
to a kl citizen:
m0ga ketemu di sana nanti..
to mR.sYaH:
yer la br0..
siapa lg kalu bukan baginda..
ramai yG salah pilih petunjuk skrg
to zulkbo:
terima kasih tuan..
m0ga kita semua berada dlm redha-Nya
Baginda s.a.w adalah idola yang paling Agung... rasanya x perlu nk jadikan tokoh lain sebagai idola... Salawat ke atas baginda...
mr-merlot.blogspot.com
to Mr. Merlot:
itulah hakikatnya..
m0ga kita sentiasa dekat dengan petunjuk yG ditinggalkan..Quran & sunnah
to Tasbih Alam:
w'slm..
syukran ala ziarah..
terima kasih atas s0kongan..
m0ga jari2 kita bisa memberi faedah buat agama, bangsa & negara..
ukhwah fillah abadan abada
salam..
alhamdulillah..saling ingat mengingati sesama umat..
sbb tu sy suke sggh bca sini..xkire lmbt or cpt..
smile :)
Benar-beanar contoh terbaik
to tot tot kecik:
w'slm..
huhu, InsyaAllah..
sampaikan walau satu ayat
tak kira siapa kita =)
to alee:
m0ga kita dapat menc0ntohi baginda rasul s.a.w.
Post a Comment