Sunday, May 02, 2010

Siasah Kini..


Siasah kini sukma berduri
hari-hari timbul kontroversi
hari-hari putar konspirasi
hari-hari ada provokasi

Siasah kini..
fusta agama hanyut sendiri
adiwangsa pudar jati diri
wayang bahasa cuma ilusi
harga negara di tangan kroni

Siasah kini..
peterana raja tak hormati
keliru renta bicara mufti
kanun rakyat terus digari
marhaen hilang hak asasi

Siasah kini..
teratu ratna dengan korupsi
skandal jenayah tak akui
anak bini alun melodi
makin laku sihir & jampi

Siasah kini..
macam-macam boleh terjadi

37 comments:

zulkbo said...

salam..
SIASAH kini
hanya jadi agen puak
berkepentingan peribadi
ada wang semua jadi..

QERY HASAN said...

apa nak jadi ngn siasah kini ni??

Guru said...

well said

eMiNz said...

siasah kini..
makin menjadi-jadi..

Surau Al-Ghafur said...

ape bole buat..tahi kambing bulat..huhu

siasah kini..hanya berlandas akal yg didorong nafsu..hanya mencari bahagia dunia berbanding yg paling abadi disana..

zoul yazix said...

ilmu siasah sebenarnya cukup indah jika dizahirkan seiring dengan ilmu-ilmu Al-Quran dan Sunnah. kasihan mereka yang cinta mencintai.

cinta ulama' kena kutuk..
cinta yang adil kena kena kurung..
cinta mongolia kena bom.. dan konklusinya,
cinta siasah pesong ini bawa bala.

kasihan juga kepada mereka yang bersembunyi disebalik perjuangan Islam untuk memperjuangkan agenda rasis. Apa yang mereka mahukan bukanlah sebuah negara yang bernama Malaysia, tetapi tanah tumpah yang mereka boleh menjadi eksklusif, rasis dan fasis. Bila saja mereka terancam mereka akan “menyeret” Tuhan, Rasul dan Kitab Suci untuk ditunggangi..

kata mereka,
yang penting NAWAITU..

Ayue Aishah said...

akibat penyalahgunaan kuasa dan kronisme...
siasah kini....
diumpamakan sebuah boneka...
mainan politikus semata...
yang rendah nilai moral..

hurmmm...

tehr said...

kini...
segalanya jadi begini

poet said...

pelik..

tot tot kecik said...

salam..

waah cuti due hari..
kembali dgn ayat yg begitu drastik..
terbunuh sy..terkulai layu nih..

cmni kne belajar lebih..huhu..

XYZ said...

so creative =)
sukakan puisi

MrsLove said...

wah!! berbakat juga eh...dlam mereka2 puisi nieh..walaupun CL x berapa faham..GOb job!!! hehe~

Anonymous said...

so!
krgkan kontroversi
tgktkan prestasi.

insyaAllah ;)

Eye_nee said...

Siasah Kini...
Hilang Hak Asasi
Hilang Akar Tunjang Emosi
Keadilan Hanya Dgn Firasat
Fatwa dan Hukum hidup Merempat
Siasah Kini..
Aku sangsi.......

ainhany said...

salam azrai

bicara siasah novel terindah
terkadang ade kesedihan tapi penghujungnya meniti kebahagiaan
kerapkali tiada kekecewaan
hanya keindahan yg dipaparkan
hanya keseronokan yg dibicarakan
teratak tua bukan singgahan
istana kayangan itulah impian.

muga siasahku bisa berbicara lagi.

Nurul Harun said...

kenapa dgn siasah kini?

qamarguyz said...

to zulkbo:
w'slm..
agreed with u..
siasah kini cuma mGisi perut sendiri

to aimy:
betul2..
halal haram tidak peduli

to wanhairi:
segalanya da terjadi..
tetap setia menungGu pemimpin sejati

qamarguyz said...

to a kl citizen:
well...hehE

to eMiNz:
siasah kini..
makin tidak keruan jadinya..huhu

to محمد فردوس سعد:
huhu..apa kaitan ngan taik kambing b0h? ;0
tapi itu la bahana apabila siasah & agama diasinGkan..agama suku p0litik suku, sedangkan agama itu rahmat bagi seluruh alam

qamarguyz said...

to zOuL_iMMe:
'cinta ulama' kena kutuk..
cinta yang adil kena kena kurung..
cinta mongolia kena bom.. dan konklusinya,
cinta siasah pesong ini bawa bala..'

sangat suka dengan frasa ni..nice..penuh makna.. =)

nyway itulah siasah kini..yG menumpang segenap segi bagi mGhalalkan tiap rezeki

qamarguyz said...

to Ayue Aishah:
Itulah yG dikesalkan..
akhirnya siasah kini terus dipinGgir kerana meminGgir..namun mungkin inilah yG mereka mahukan, agar bebas berbuat sesuka hati tanpa sesiapa lg berminat untuk ambil peduli!

to tehr:
fitnah akhir zaman itu pasti..

to poet:
pelik namun benar.. =)

qamarguyz said...

to tot tot kecik:
huhu..jangan la sampai trbunuh..trkulai layu takpe.. ;)
act puisi ni da lama, baru dip0stkan kembali..cuti2 ner da masa nak menulis..hehE

to MissXYZ:
thanz atas s0kongan..
sama la kite =)

qamarguyz said...

to Colourful life:
ehk..baru tahu ke? ;0
hehe..berbakat tu takda la sangat, juz minat je..isi masa terluanG kan..
hmM..puisi ni mungkin lebih senang difahami oleh mereka yG mGikuti perkembangan p0litik pembangkang..

to AyanaAsham:
huhu..itulah yG sepatutnya..
tapi kebenaran & keadilan tetap perlu dijunjunG..ditegakkan!

qamarguyz said...

to Eye_nee:
like this!..
mungkin sp0ntan namun gerakan penanya cukup menarik & bermakna..thanz! =)
hmM..pabila keadilan disalahtafsir, begini la jadinya..tidak berada di tempat yG betul pd waktu yG betul

to Nurul Harun:
intai media sana..jenguk media sini..itulah siasah kini..
akan ketemu jawapan yG dicari =)

qamarguyz said...

to ainhany:
w'slm kak..
seperti biasa kredit 4 ur c0mment..sy kena banyak belajar dr akak ni.. =)

m0ga2 begitulah..
bicara siasah bicara tanpa kata..
ada bahGia ada derita..
semuanya demi agama, bangsa & negara
tidak kurang demi anak,harta & takhta

Anonymous said...

siasah tumpul tanpa amal Islam yg syumul!

siasah penuh dusta bila ulama' dihina nista. mufti hanya mampu membaca hukum syariah , bukan malaksana..kecut2...siasah mungkin menjadi medan sumpah menyumpah.
menjaja nama Allah sesuka hati!
naudzubillah!

Anonymous said...

patut tak maCy ckp...
awei, maCy ta paham........>.<"

Hana Faza-same person said...

siasah kini sudah terpinggir jati diri ,agama tolak tepi

seolah2 hidup ini tiada mati

Admin said...

hai azrai.nak cuba potretkan gambar org tersayang dalam sulaman?biar http://mumcollections.blogspot.com uruskan.saya juga aa follow blog awak.nanti follow lah blog saya ek.hehe

Mak Su said...

salam ziarah :)

qamarguyz said...

to cinta wardah:
agreed with u..
bila ulama menjadi keliru lagi mengelirukan..bagaimana lagi hendak dikata?

Islam itu syumul..siasah Islam itu betul..kenapa masih bergantung pada dasar kebangsaan yG belum tentu sempurna?

qamarguyz said...

to maCy:
hehE..sangat patut.. =)
c0z sy sengaja nukilkan pandangan kritis ni atas lembaran puisi..kalu direct sangat nanti kena ISA plk! huhu..InsyaAllah, pemerhati politik pembangkang boleh faham maksudnya

to Hana Picca:
betul3!
m0ga mereka sentiasa beringat akan siasah 'di sana' nanti..

qamarguyz said...

to Admin:
thanz 4 ur visit..
InsyaAllah, nanti sy jenguk2 kembali..cam menarik juga tu =)

to Mak Su:
w'slm..
ziarah la selalu =0

White Bird said...

berkontrovesi demi mengisi perut sendiri.. halal haram tolak tepi

rizal jabai said...

siasah kini..
macam2 bole terjadi

siasah kini bkn macam astro.
mcm2 ade

ape yg terjadi hari ini adelah kesan yg kita lakukan semalam.

ape yg kita lakukan hari ini akn mementukan siapa kita di hari esok

kita hanya mampu merancang ,Allah yg menentukan

qamarguyz said...

to White Bird:
perut mereka terisi..
perut rakyat sape peduli?
m0ga tidak silap membuat pilihan

to rizal jabai:
hehE..
siasah kini mGalahkan astr0 lg b0h.. ;0 m0ga kita tidak salah merancang..kerna usaha itu asbab kepada takdir baik & buruk

Unknown said...

boo siasah tak elok.

qamarguyz said...

to +akufobia+:
huhu..
nak wat guane..
semua sama aje