Saturday, May 08, 2010

Nur Daripada Al-Quran


    Kekurangan kita ialah banyak membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya. Kelemahan kita ialah mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya. Kelemahan kita yang bertimpa-timpa ialah mengetahui tafsirannya tetapi tidak mengetahui rahsianya. Kelemahan kita yang tertinggi ialah mengetahui rahsianya tetapi tidak mempercayainya lalu meninggalkannya.

  Apakah al-Quran itu?
   'Quran' menurut bahasa bererti 'bacaan'. Istilahnya pula ialah 'kalam Allah s.w.t yang merupakan mukjizat yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Jibril dan membacanya dikira ibadah'. Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari sama ada di Mekah (sebelum peristiwa Hijrah) atau di Madinah. Secara keseluruhannya, terdapat 114 surah di dalam al-Quran.

    Rahsia al-Quran keseluruhannya sudah tentu hanya ada di sisi Allah tetapi manusia perlu terus berusaha memahaminya setakat yang terdaya, kerana nilai iman dapat ditingkatkan jika rahsia demi rahsia dapat diungkai, selari dengan bertambahnya usia manusia kini.
Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa' ayat 174 yang bermaksud:
"Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu (Nabi Muhammad dan mukjizatnya), dan kami telah turunkan kepadamu satu cahaya (al-Quran) yang terang-benderang.."

Pada suatu masa, Rasulullah ditanya: "Apakah Nur (cahaya) itu?"
Baginda menjawab: "Apabila Nur itu memasuki hatimu, maka lega dan lapanglah hati itu."
Kemudian ditanya lagi: "Bagaimanakah tandanya?"
Sabda Baginda: "Hati itu tidak lupakan perkembaliannya ke Darul Khuld (negeri Akhirat). Dia tidak bermasyghul (berleka-leka) dengan keduniaan kerana dunia  ini adalah tempat perayaan (dan percubaan). Hati itu selalu mengingati kematian sebelum tibanya kematian itu."

    Abdullah Ibnu Mas'ud pernah berkata: "Ilmu itu diperolehi bukanlah semata-mata kerana banyak riwayat (sumber biasa), tetapi ia hanya diperolehi dengan Nur yang dicampakkan Allah ke dalam hati seseorang." Sudah tentu untuk mendapat Nur  itu, hati perlu didekatkan selalu kepada Allah dan al-Quran adalah penghubungnya. Maka usahakanlah untuk membacanya secara istiqamah dan beradab. Cukuplah sekadar sekali sehari dan sepuluh ayat setiap kali membacanya. Ini lebih baik daripada khatam seluruh al-Quran dalam bulan Ramadhan tetapi tidak membacanya sama sekali pada bulan-bulan yang lain.

(by qamarguyz: risalah al-Qamar edisi 4)

43 comments:

Nur Fannun said...

salam, mmg ramai yg sekadar baca je..
tgk al-quran pun dh dpt pahala, tu rmai xbca, tgk je..
apa pun niat membaca, memahami al-quran smuanya kerana Allah..jgn sekali2 baca al-quran sebb nk dpt prhtian org, nk tunjuk suara sdp, pndai bertaranum..tu riak..

wah, sy 0rg 1st komen..hehe (^_^)

Unknown said...

Salam..
Sejak dah tak duduk college nih, lama tak baca Al-Quran..hurm..
Terima kasih kerana mengingati..

adrinaqamarina said...

peringatan untuk rina jugak...
:)

MrsLove said...

tQ ingat kan CL ..asyik bz dgan dunia aja...adeii...

Reen said...

tuh laa.
bace tapi tak faham makna.
bace tafsir tapi tak paham!
haish...

ASSOYFINGER67 said...

Salam..Islam itu indah ,lengkap dan suci...Love Islam ,do Islam and make yr blood ISLAM...LIVE AND DIE AS ISLAM
TAHNIAH ANDA MENAMBAH PV AKHIRAT DENGAN BLOG SEPERTI INI>>>CANTIK<KEMAS DAN ISLAM LOOK

Puan Nurussalwa said...

salam,

Al-Quran adalah mukjizat dari Allah untuk baginda Rasulullah.. di wasiatkan utk kita sebagai panduan dan pegangn..

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“(Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepada kamu (dan umat kamu wahai Muhammad), kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayatnya, dan untuk orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.” (Surah Sad: 29)

insyaAllah bagi yg beramal dgn Al-Quran.. Ia bisa memberi syafaat buatnya di akhirat kelak..

TQ 4 the peringatan.. :)

qamarguyz said...

to CiK EdiToR:
w'slm..
Tahniah jadi orang 1st k0men =)
hehE..nyway betul la apa yG saudari katakan itu..niat membaca biarlah ikhlas..tadabbur isinya untuk mendapat rahmat kebaikan

to Hanafana:
w'slm..
hmM, tak ley la cam tu..
buka kitabullah walau sekejap, walau sekadar sebaris ayat atau satu surah lazim..yer..
InsyaAllah, sama2 beringat.. =)

qamarguyz said...

to adrinaqamarina:
jangan ingat je..
tapi buat sama..huhu

to Colourful life:
u r welc0me..
sama2 kita saling beringat..
kejar dunia akhirat jangan lupa..
kita tak tahu esok lusa orang lain pula yG sedekahkan bacaan Quran pada kita..tika tu da takda gunanya lg

qamarguyz said...

to afzainizam:
syukran ala ziarah..
ziarah membawa pGertian untuk ibu tersayanG..thanz! =)
tak pe..utamakn yG utama

to reen_sofee:
tu la..
kadang2 kita ni lebih terdidik dengan pendengaran..
selalu la duduk dlm majlis ilmu, dengar2 tafsirul Quran kat Ikim.fm pun ok juga..banyak ilmu pGajaran yG dapat dikutip..InsyaAllah

qamarguyz said...

to ASSOYFINGER67:
w'slm..
agreed with u..
Islam itu ad-Deen, kehidupan..
malah hidup & mati kita hanya untuk-Nya..nyway syukran, laman ini biase2 sj..banyak kurangnya..m0ga dengan sedikit usaha ini memberi kebaikan buat kita semua

to manna_salwa:
w'slm..
syukran juga atas perk0ngsian..
ayat itu jelas menunjukkan kepentingan al-Quran buat kita di dunia & akhirat..
benar..Quran itu syafaat buat mereka yG beriman =)

rizal jabai said...

al quran juga akan menyucikan hati kita yg kotor...jgn cuci hati kita ngan clorox,nnt mati..huu..
ayat2 suci alquran lg berkesan membuka hati manusia

Malwana said...

Malwana dapat rasakan hati yg berat nak baca al-quran ni menjadi lebih ringan, lebih mudah nak mendekati al-quran bila beriktikaf dalam masjid/surau

Rafi Harumin said...

Salaam ya akhi.. ternyata saya memiliki semua kekurangan itu.. betapa kurangnya saya

missgee said...

Iqra..

qamarguyz said...

to rizal jabai:
hehE..sempat lg k0 melawak yer.. ;0
tp betul la..
Quran mensucikan k0toran hitam di dalam hati..bukan hati zahir, tapi hati r0hani kita

to Malwana:
agreed with u..
sememangnya suasana persekitaran, keadaan boleh mmpengaruhi keinginan kita dlm beramal..sama la juga dlm bulan Ramadhan, time ni la baru timbul minat kebanyakan kita nak beramal ibadah

qamarguyz said...

to ashrafi:
w'slm..
kita insan serba-serbi kurang..
tingkatkan kedudukan kita di sisi-Nya hanya denga taqwa..

to missgee:
InsyaAllah..
sama2 la kita

zulkbo said...

salam..
subhanallah..
moh kita baca Quran..

Anonymous said...

nama maCy takde nur.. tapi abah amek name dari Al-Quran :)

qamarguyz said...

to zukbo:
w'slm..
InsyaAllah..
same2 la kita =)

to maCy:
huhu..
apa namanye?
apa maksudnye..

Anonymous said...

oip2, encik awei, name maCy sudah terang lagi bersuluh kat blog. tak pnah baca lah tu..T_T
hehe

namanya mathila, ma-c-la..
mithali, mislu..
contoh tauladan maksud dia :)

Mommyyus said...

peringatan utk saye. thanks.

White Bird said...

tertarik dgn perkataan tidak mempercayainya lalu meninggalkannya..


:: aku percaya dengan hukum karma ::

Amirah Rashid said...

salam ziarah :D
Al-Quran mmg kitab n sumber rujukan yg plg sempurna. org barat pn mengakuinya :) jd kite patut berbangga and selalu beramal dgnnya :)

ika yunos said...

al quran panduan hidup.. :) terima kasih kerana mngingatkan yg terlupe.

Dessert Queen said...

TQ atas ingatan

NurSya said...

qamarguyz --> sila ambil ur sunshine blogger award di blog aisya k..btw, tahniah..!! hahak :) lg 1..sorry sbb myebuk d ruangan komen anda ni..hahah

Surau Al-Ghafur said...

salam..syukron kerna mengingatkan..moga Quran dapat menolong kita di sana nanti dengan syafaatnya..tapi terasa begitu malu untuk mengharapkannya sedang diri terkadang tidak mendampinginya..

Allahumma irhamna bil quran..

ASSOYFINGER67 said...

Salam...Islam itu adalah pesanan yang berulang2..tuu yang komen 2x nie..bukan ape kongsi maklumat..
Quran adalah mukzijat ...kerana itu siapa yang membacanya akan ketagih untuk membacanyer setiap ari...macam ada satu kepuasan atau entahlah...itu rasanyer...walaupun membaca Al Quran tanpa tau ertinye..
Aksara mailah blog aku...strawberry takde tapi aku beli banyak buah lain..berbakul2

qamarguyz said...

to maCy:
hehE..ner la tahu juz letak nama pena ke..rupeny nama sebenar yer..nice!
unik & ada maksud yG baik..
InsyaAllah, jadi teladan buat semua =)

to Mommyyus:
u r welc0me..
m0ga ada hikmahnya

qamarguyz said...

to White Bird:
percaya sunnah & syariat-Nya..
itulah karma sebenar =)
thanz!

to Amirah Rashid:
betui3!
bukan sekadar hiasan, bukan sekadar menjadi hujah..
tapi menjadi amal seharian

qamarguyz said...

to ika honey bunny:
Quran & sunnah rasul-Nya..
InsyaAllah kita tidak kan tersesat selagi berpegang teguh pada keduanya..same2.. =)

to Nowwa Fitri:
u r welc0me..
ingatan membuahkan amalan..
InsyaAllah

qamarguyz said...

to Nuraisyyah:
hehE..n0 hal..
menyibuk la selalu =)
ingatkan nape td..ada award yer?
nanti sy amik k..syukran

to محمد فردوس سعد:
w'slm..
afwan..hmM, begitulah adanya..
kita pasti malu meminta apa yG tak layak buat kita..maka sama2 la kita mGusahakannya..

qamarguyz said...

to ASSOYFINGER67:
w'slm..
agreed with u..Islam itu nasihat..
tak kira la berapa kali pun kan..
pendekatan yG terbaik! ;)
huhh, betapa indahnya kalu mendapat nikmat ketagihan Quran!

d0nt w0ry..
sinGgah-mnyinggah kan budaya blogger..hehE

Mrs Nurul said...

22 tahun 2 bulan 22 hari , satu jangka masa yang lama yer. hurmm..kita senang2 je dapat sejilid...nak mengumpul bukan senang kan..takpe laa..amalkan dalam kehidupan seharian, bantu kita waktu kat kubur sok..thanks for info

Ayue Aishah said...

kdg2 susah sgt kite nk istiqamah dlm mgamalkan al-quran ni.. especially time2 buzy..
bace je tp xsempat pon nk tgok pngertian dan tafsirnye..

hurm.... bro, syukran utk entry ini yg mampu mmbuatkan diri ni muhasabah seketika..

qamarguyz said...

to ♥si lampu neon♥:
yurp..bukan senang pr0ses mGumpul, menulis & menjilidkan mushaf al-Quran tu..tp takda satu pun yG kurang, itu janji-Nya, terpelihara..
sama2 kita syukuri..pelajari

qamarguyz said...

to aimy:
memang begitu la..
jadikan membaca al-Quran rutin harian, tika suka mahupun duka..
banyak fadhilatnya, rahmat buat kita =)

to Ayue Aishah:
betul..tapi sesibuk mana pun tetap la kita meluangkan masa untuknya..
walau tidak sempat menyemak maknanya, walau tak sempat membuka kitabnya..apa yG terhafal di bibir, ulangi sentiasa

Aidi-Safuan said...

setuju ngan pendapat pertama tuh. just baca tanpa faham maksud dier. kalau faham pon, tak memahami makna tersirat tersurat ayat tersebut. hurm..

qamarguyz said...

to Aidi-Safuan:
begitulah kekerdilan diri kita..
m0ga ianya dapat diperbaiki dari semasa ke semasa..

adrinaqamarina said...

baek kembar ku!
hee
=)

Nurul Harun said...

mungkin 1 masa nanti, nurul akan tahu maknanya, bukan sekadar membaca. insyaAllah.

thanks, bro. :)

qamarguyz said...

to adrinaqamarina:
huhu..
cam tu la baru ley ngaku kembar.. =)

to Nurul Harun:
InsyaAllah..
tak tahu arab, ley rujuk tafsir Quran..cuba fahami mesej yG nak disampaikan.. =)