Tuesday, May 04, 2010

Luahan Hati Seorang Ayah...

p/s: sila la klik intext ads kat atas ni yer..jika ada keluar..TQ =)

    Pernahkah kita tanyakan pada ibu ayah tentang harapan mereka buat kita sebelum mereka menutup mata?..mungkin ada yang pernah bertanya (walaupun kebanyakannya agak payah, malu serta ego untuk bertindak sedemikian) atau mungkin ada yang pernah diluahkan sendiri oleh ibu ayah masing2... 
"Mereka nak adik berjaya dalam SPM nanti, boleh masuk U dan hidup senang bila dah besar..dapat keje bagus-bagus!" -misalan jawapan yang acap kali saya dengar atas pengakuan ikhlas adik2 di bawah bimbingan saya dalam mana2 program motivasi pelajar.

      Namun apa yang terlukis di minda saya adalah berbeza..melalui pengalaman, penghayatan & penilaian, saya sedar dan insaf bahawa jauh di sudut hati ibu ayah kita hanya ada satu harapan tersirat buat anak2 tercinta, agar mereka dapat 'pergi' meninggalkan kita dengan tenang.. percayalah, walau siapa pun mereka..walau bagaimana buruk & tersasarnya mereka..harapan itu tetap satu.

   Sebelum mereka tidak sempat meluahkan, sebelum mereka tidak tahu untuk meluahkan atau sememangnya usia mereka telah berlalu meninggalkan. ada baiknya kita sendiri mencari & berimaginasi.. atau bermimipi... Bahawa di dalam kesayuan & kesepian malam itu, di saat kita berkira-berkira mahu beradu & bercanda di alam mimpi...dia hadir... hadirnya dengan usapan mesra diselit bisikan penuh makna..penuh kelainan...

"Anakku..
sebelum ayahmu ini menutup mata
bukan hartamu yang ayah tadah
bukan pandaimu yang ayah banggakan sangat..
cuma satu saja, agar ayah dapat pergi dengan tenang..
ayah nak tengok kamu mampu hidup berdikari
tanpa ayah di sisi!
tak hanyut dalam fana dunia..tak sesat, tak rugi...
hanya dengan apa kamu boleh selamat? 
cuma amal & taqwa..

InsyaAllah..
bila ayah yakin dengan amal & taqwamu
ayah percaya DIA akan bantu membimbingmu
menjaga kamu sebagai pengganti ayah..
malah dengan amal & taqwamu juga insyaAllah
kamu dapat temani ayah di alam 'sana' nanti..
ayah tunggu kehadiranmu nak!"

   Yer..inilah sebenarnya harapan terakhir seorang ayah..ibu jua..tidak dinafikan, mereka selalu berharap agar kita berjaya dalam kehidupan ini..setidak-tidaknya menjadi lebih baik daripada mereka..'jika mereka jadi nelayan pesisir pantai, kita jadilah nelayan laut dalam'..begitulah ibaratnya.. Namun tidak kurang juga jenis yang menghitung wang & harta, sebagai balasan..baru berbaloi usaha mendidik dan membesarkan, baru harum nama famili dalam pandangan..tapi itu semua bukan segalanya!

   Selagi darah yang mengalir dalam tubuh kita adalah darah mereka, fitrah keibubapaan pasti tidak pernah luput.. Bukankah selama ini mereka telah berkorban segalanya? ayahlah badut buat kita ketawa..ayahlah pemandu buat kita melancong..ibulah amah buat kita kenyang..ibulah mak guard buat kita bermalam..semuanya kerana apa? tidak lain hanyalah kerana kasih & sayangnya mereka pada kita..demi keselamatan, demi kebahgiaan, demi kejayaan kita dunia akhirat.. Maka tidak hairanlah betapa keluh-kesahnya ibu ayah apabila memikirkan untung nasib diri kita saat kehilangan mereka nanti..bolehkah kita berdikari? bolehkan kita membawa diri? atau kita dah tak mampu berdiri & jadi lupa diri?!

57 comments:

adrinaqamarina said...

sedey,,,
rindu ma and abh kat msia...

eMiNz said...

mak.. ayah..
buat jiwaku hangat.
mak.. ayah..
pendorong smangat..
mak.. ayah..
ku rindu sgt2..
:'(

Puan Nurussalwa said...

salam,
"Kasihnya ibu membawa ke Syurga, Kasihnya ayah kekal Selamanya.."

sma2 kita cuba membahagiakan mereka bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak..
anak yg soleh dan solehah itu harta yg x ternilai..
semoga kita mampu memberi ketenagan pabila mereka pergi.. dan semoga kita dikurniakan anak2 yg mampu mempersembahkan yg serupa buat kita..
insyaAllah...

terima kasih, entri yg bgus ingatan yg bernilai.. :)

White Bird said...

azrai buat dedikasi buat ayah ibu..

menyentuh perasaan yg terdalam..

seram sejuk pikirkan harapan ayah ibu yang belum mampu dilaksanakan =(

Reen said...

sedih.
tak mampu hidup tanpa mereka.

Anonymous said...

T__T syg mak ngan abah..

HaiDa HiDa said...

salam Azrai..

meruntung jiwa ni baca entri terbaru.. rasa sebak sgt..

teringat kata2 ayah masa akak dapat smbg master.. "belajar rajin2, buktikan anak seorang tukang kebun juga boleh berjaya. duk jauh2 jgn lpe amal ibadat padaNYA.. setinggi mana ilmu kita dapat, ingatlah smue dariNYA"...

tanpa ayah dan mak, takkan akak berjaya sampai sejauh ni..

berhujan dan berpanas demi anak2 tercinta.. INSYA'ALLAH, segala pengorbanan ayah dan mak takkan ku sia2kan..

DR JANNAH said...

salam...sedih..sayu...rindu..menghantui ku...sedih pulak..mengenangkan pengorbanan dan harapan ibu n ayah kita..
ana akui...ana terlalu byk menyimpan rahsia..dan agk pemalu utk meluahkan syg,dan memberi perhatian lbh pada abah n ummi..lbh2 lg..bila dh berjuahan dgn mrk..ana rasa sunyi sgt..rasa keluhan hati..menhimpit hati ana..tiada ape y membanggakan selain harapan y terpedam dari umi n abah ana..nk tgk salah sorg anak nya menjadi insan y berguna...merawat pesakit..merawat hati..merawat anak bngsa..masyaALLAH..
setiba ana pulang nti..ana akan dekat dgn parent..syukran atas entry ni..sayu je baca...:(..
ana x jdi nk kuar g shopping sb..mengenang kn parent..waaa..
salam.......

rizal jabai said...

sedihnyer..

terasa byk dosa lak ku nih..
byk tanggungjawab yg aku galas utk membalas jasa dan memberi sumbangan kpd mak dan abah

aku hrp aku dpt laksanakan
dan membuat mak dan abah gembira dan tersenyum
insyallah~

ainhany said...

salam azrai

ohh bicara tntang AYAH..
segalanya telah terlewat kini..yg berbekas hanya kenangan..
yg terukir hanya ingatan
dan yg kurindui adalah semalam.
memori bersama ayah terlalu padat sesayu n3 yg dinukilkan.terimaksih dik,dan hargailah ayah ketika bersama kerana ia hadir HANYA sekali!!!!

Nurul Harun said...

mak ayah nurul dh tak ada.

tp yg nurul ingat, 5 tahun lepas, sblm arwah abah sakit, abah nak sgt nurul smbg form 6. hmph.

ish. sedih sudah.

SaEidah SyamIelah said...

salam azrai-,,memang menyentuh jiwa dan lubuk sanubari,,ketika memabca entri ni,,belum sempat habis bace,,air mata dah menitis,,jatuh berderai,,sebb tk dpat thn kesayuan ini,,betapa besarnya pengorbanan mereka,,bila ada depan mata buat tk tau,,bile dh hilang dr mata,,baru nak tercari2,,=C

Guru said...

macamana pun ayah dan ibu kita, memang mereka yang terbaik .

doa kita agar semua ibu dan bapa yang cuba sedaya upaya menunaikan amanah mereka, mendapat rahmat Allah dan syafaat Nya , diampunkan dosa-dosa mereka dan dikurniakan kebahagiaan dunia hingga akhirat nanti

qamarguyz said...

to adrinaqamarina:
jangan sedey2 sangat sis..
bila nak balik Malaya?
kirimkan d0a buat mereka walau dr jauh.. =)

to eMiNz:
hmM..mereka la segala-gala..
m0ga terubat kerinduan tatkala mGingatinya..

qamarguyz said...

to manna_salwa:
w'slm..
InsyaAllah..sama2 la kita usahakannya walau tak bisa terbalas budi mereka..hidup ini untuk memberi..
sama2..m0ga mendapat manfaat =)

to White Bird:
dedikasi buat diri kita juga sebagai anak..tanGgungjawab kita hak mereka..sama2 kita usahakan apa yG terdaya..InsyaAllah, tidak susah jika mahu berubah

qamarguyz said...

to reen_sofee:
moga kita dapat hidup untuk mereka..selagi ada nyawa..nyawa kita nyawa mereka

to hafizazmi17:
sayangi mereka tanpa sebab..
kerna kasih sayang itu adalah asbab untuk mendapat keredhaan Yang Esa

qamarguyz said...

to HaiDa HiDa:
w'slm kak..
hmM..sy paham..pengalaman tentu lebih memahamkan akak tentang hakikat ini..ternyata harapan itu dinukilkan pada bibir si ayah sendiri, segala hanya dari-Nya & kepada-Nya..

walau dia tahu akan hebatnya kejayaan kita, dia tetap tidak alpa meGingatkan kita akan wujud-Nya..
kerna di situlah amal & taqwa yG diharapnya

qamarguyz said...

to DR JANNAH:
w'slm..
syukran kerna sudi membaca..
ana tahu, luahan ini luahan mereka juga..mmG kita anak yG eg0, payah berk0ngsi rasa..tetapi mereka paham, tidak pernah berdendam..

m0ga harapan mereka melihat kejayaan enti merawat fizikal & 'hati' yG sakit tercapai..namun jangan lupa untuk merawat 'hati' kita sendiri terlebih dahulu!
afwan..

qamarguyz said...

to rizal jabai:
InsyaAllah ijai..
ak rasa mak abah k0 tentu boleh berbangga skrG..punya anak yG ensem, pandai, ceria cam k0 nie..
tapi part amal & taqwa tu kita sama2 la perbaiki..tiap masa & ketika

to ainhany:
sama2 kak..
benar..ayah - hanya dia yG satu di Bumi..insyaAllah, walau dia telah tiada namun hubungan masih utuh setia..perbanyakkan d0a untuknya

qamarguyz said...

to Nurul Harun:
hmM..dua2 da takda?
sy pula yG rasa cdey..tentu sengit hidup tanpa mereka..
apatah lagi tanpa bekal amal & taqwa yG dicari..

takpe la sis..harapan mnyambung pelajaran mungkin telah terlewat atau terlepas, namun harapan untuk menyambung amalan tidak pernah meninggalkan kita..sama2 kita usahakannya yer =)

qamarguyz said...

to Saiedah Syamielah:
w'slm..
Alhamdulillah..mungkin titisan itu lebih berharga kini, saat diri mGinsafi segala yG terjadi.. kita manusia, terlalu sedikit yG bersyukur..bila ada ditinggalkan, bila tiada tangis berpanjangan..
m0ga menjadi pengajaran

to a kl citizen:
ameEn..harapnya begitulah..
amanah itu atas tiap insan, sama2 kita usahakan..kini sebagai anak, esok sebagai ayah, lusa sebagai datuk..ia kekal berpanjangan!

Lucy S. said...

suka entri ni. sedih la. kesian kat ibu dgn ayah, penat2 keja. kdg2 aku yg kena marah, ayah jgn la keja kuat sgt, kaklong risau. jwpn ayah "ayah nak bagi anak2 makan" :(

zulkbo said...

salam Azrai
pengorbanan seorang ayah
tak kan terbalas..cukuplah
sekadar kita menyenangkan
hati mereka..

syarifah radiah ibrahim said...

mengembirakan hati mereka merupakan tangguhngjawab kita.
syukran fr sharing.
:)

Anonymous said...

rindunya abh kat umh

o said...

yep..hargaila ayah slagi masih de.. !!

Unknown said...

kerinduan pada mak dan abah menghantui aku saat ini, mau saja aku terbang ke pangkuan mereka tika dan saat ini... mak, abah aku rindu pada kalian

Anonymous said...

salam awei..

terkadang teringat keringat ayahanda serta bonda menyara nyawa ini..
terkadang teringat sakitnya ayahanda serta bonda memelihara diri..
terkadang teringat hangatnya air mata ayahanda serta bonda kerana degilnya hati ini..
terkadang teringat egonya aku sebagai anak terhadap kedua insan ini....

sering dipanggil anak solehah dikalangan sahabat, kerana akur dengan kehendak ibu bapa.. tapi hakikatnya, terkadang tergigit juga jiwa bila kehendak diri dan cita2 ditolak tepi demi menunaikan hasrat keduanya.. adakah aku anak derhaka?


si pemikir berfikir terfikir..

Surau Al-Ghafur said...

salam..

sungguh terkesan dgn ayat2 enta..entahlah, mampu ke x diri ni nak berbakti mcm mana yg telah mereka lakukan..kalau dihitung2 smula, mmg konfem x terbalas jasa keduanya..

skrg hanya boleh untuk curahkan segala yg termampu pd abah saja..untuk arwah mak..inshaAllah, doa dan al-fatihah akan ku hulur selalu buatmu di sana.. ~_~

qamarguyz said...

to Alynn Notnot:
thanz!
tp begitulah kasih se0rang ayah..
demi sesuap rezeki kan..m0ga kita dapat membahgiakan mereka..
anak s0leh s0lehah itu penyejuk hati, pengubat lara

to aimy:
w'slm..
InsyaAllah..begitulah hendaknya..
ruang & peluang yG ada, isilah sebaiknya..sementara masa masih menunGgu kita

qamarguyz said...

to zulkbo:
w'slm tuan..
terima kasih atas perk0ngsian..
dikau ayah, dikau anak..
tentunya dikau lebih mGerti

to syarifah radiah ibrahim:
benar..
tanGgungjawab yG tidak menunGgu hak..
cintai mereka tanpa sebab, melainkan hanya kerana-Nya

qamarguyz said...

to AyanaAsham:
selalu balik jenguk2 ayahanda tercinta..sebelum dia berangkat ke 'rumah' yG tidak terjejak oleh kita

to Nur Hidayah:
benar..
hargai mereka bererti mGhargai nikmat Tuhan..itu yG utama kita fahami

qamarguyz said...

to yus:
tidak kira terbang, berenang atau berjalan..selalu la kita ziarah akan mereka di sana..mengubat rindu kita, terubat lara mereka..
InsyaAllah

to maCy:
w'slm..
teruskan berfikir sambil berzikir..
rasional jiwa & em0si mguatkan hati..

InsyaAllah..
selagi mereka redha dengan kita, selagi mereka maafkan kita..berbahgialah bagi kita..
sunGguh, seribu satu warna mereka c0rakkan buat kita..walau kadang diri sendiri lesu tanpa warna!

qamarguyz said...

to محمد فردوس سعد:
w'slm..
terima kasih..m0ga kesannya meresap dlm jiwa, terzahir dlm hidup seharian kita..kadang budi manusia mmG tak terbalas..segalanya hanya tanda syukur atas rahmat Yang Esa

abangfaizul said...

ayah saya dah 20 tahun meninggal... banyak jugak kenangan ngan arwah walaupun masa arwah pegi, saya baru umur 5 tahun. thanks for the entry... i like it

Hana Faza-same person said...

nilai kasih ibu ayah tiada ternilai hatta segunung harta sekalipun.. menjadi anak yang menggembirakan mereka adalah sebaik2 matlamat kita sebagai seorang anak :)

ZilaJai said...

rindu ayah ibu selalu....even dh besar n dh branak pinak...bila blk kg cnfrm tdo kt ats pangku ayah@ibu...kejap pn jdlah...mmg dh jd tabiat dr kecik2 dlu...huhuhu...jgnjeles...

qamarguyz said...

to abangfaizul:
u r welc0me.. =)
hmM..kenangan tinggal kenangan..
kini harapan kita laksanakan..
walaupun mereka tiada dalam pandangan

to Hana Picca:
benar..
gembirakan mereka bukan sekadar di dunia, tapi m0ga bertemu kembali di taman2 syurga..

sarah shafie said...

teringat kt ayh..=(

qamarguyz said...

to ZilaJai:
huhu..manje betul dia.. ;)
tapi kadang2 sikap sebegitu perlu..menunjukkan perhatian & kasih sayanG tanpa malu & eg0..
itu yG payah nak cari dlm diri anak2 sekaranG

qamarguyz said...

to sarah shafie:
sabar yer kak..
d0akan dia selalu..
m0ga selamat sejahtera di sini mahupun di sana..InsyaAllah

gooseberries said...

salam..
yup mmg betul. mak ayah kita just nak anak2 ada arah tujuan dan hidup lebih baik drpd mereka sblom mereka tiada.nice entry =)

Unknown said...

jadi budak baik.yeaa.

Eye_nee said...

Salam Bro..
Sedey la kali ni...
Ayah.. pangilan tu dah 17 thn tak diucapkan lagi...Cuma ada Mak tempat bermanja...

Al-Fatihah Buat Ayah
Ampun Kan Dosa Ku sejak Lahir hingga akhir nafasku buat Mak...

Nida n' Hanafi said...

Salam..

Teringat arwah abah yang jauh di'sana'... semoga rohnya dicucuri rahmat dariNya..Al-Fatihah

Nekmo said...

hmm..
xdpt bayangkan kalau mak xde kat sisi..
hmm..

Anonymous said...

sblm balik
perjuangan terakhir perlula dilaksanakan
doakan hamba di sini.

iKhRam said...

Mak abah saya tak pernah mengharap sesuatu yang tak mungkin saya mampu kecapi melainkan bertegas untuk memiliki apa yang sepatutnya saya capai.. Kebanyakan pilihan mereka untuk saya adalah yang terbaik walaupun pada mulanya tidak menyukai.. Alhamdulillah dikurniakan mak abah yang memahami dan bersederhana dalam hidup.. tak pernah satu saat membiarkan saya kesunyian dan kesusahan. Terima kasih mak abah dan tanpa mak abah siapalah saya di dunia ini..

tq menyedarkan.. dan harap comment dpt menghubungkan kembali ukhuwah kita.. wahai saudaraku azrai..

fat said...

sdey nya bc entri nie :(

qamarguyz said...

to gooseberries:
w'slm..
thanz =)
hmM..begitulah keadaannya..
yG penting kita tak salah menilai, yG mana baik yG mana buruk..

to +akufobia+:
k0 pun same!..hahaAa

qamarguyz said...

to Eye_nee:
w'slm kak..
InsyaAllah..m0ga diampunkan segala salah silap kita..yG ada dikasihi, yG tiada diingati..kalungan d0a anak yG baik itu saja harapan ayahmu kini

to Nida:
ameEn..
m0ga menjadi petunjuk buat kita di sini..

qamarguyz said...

to ✿nenek moden✿:
sesekali kena bayanGkan juga..
muhasabah diri..bersediakah kita?
Izrail datang tanpa amaran..m0ga kita tak terkapai kehanyutan

to AyanaAsham:
InsyaAllah..
m0ga berjaya yer..
perjuangan di sini menjadi bekal untuk berjuang di sana =)

qamarguyz said...

to iKhRam:
hMm..syukurlah dengan apa yG ada..
walau siapapun kita, walau siapapun mereka..hubungan ini tetap satu anugerah & amanah..laksanakan harapan & impian mereka, kerna itu jua yG terbaik buat kita..

InsyaAllah..ukhwah fillah tidak pernah berubah..walau tak bersua walau tiada berkata =)

to CikGadis:
jangan nangis ea..
sekadar berk0ngsi rasa & pengalaman, m0ga menjadi teladan & panduan

Mommyyus said...

alhamdulliah..kalaulah sume anak2, sentiasa ingat pesanan ayah n ibu mereka, insyaalah jauh dari bende2 yang x diingini di dunia dan diakhirat kelak. sejuk perut ibu mengandung..ayah pasti tersenyum. cehh....

mira amira said...

sedih bace, tp mereka terbek tuk kta. =)

M a W a D D a H said...

sedih baca entry ni...huhuhu..mak dan ayah la sumber inspirasi...uwaa..jerit2 lak kat sini...

qamarguyz said...

to Mommyyus:
hmM..kalu la begitu keadaannya, nescaya aman la dunia ni..keluarga bahGia membentuk masyarakat harmoni, masyarakat harmoni membentuk negara nan aman damai.. =)

to mira amira:
betul3!..huhu..
mira anak yG baik kan,,

to MaWaDDaH:
ehk..sabar sis, jangan jerit2.. =)
m0ga inspirasi mereka terus mnyinari hidup kita