Sunday, May 30, 2010

Kesempurnaan Taubat


Manusia diciptakan Allah dengan penuh kekurangan dan kelemahan. Ramai antara kita yang lupa tentang misi penciptaan sebagai hamba untuk beribadah kepada-Nya dan sebagai khalifah untuk memakmurkan alam ini. Malah kita terlena dalam mencapai visi untuk mendapatkan nikmat Firdausi-Nya kelak. Maka tidak hairanlah ramai manusia yang bangga dengan keegoannya, punah akhlak dan jati dirinya, rosak akidahnya. Menyedari hakikat kelemahan inilah Allah s.w.t. tidak pernah menutup pintu taubat terhadap hamba-hamba-Nya. Firman-Nya dalam Surah Al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.."



           Unsur pertama dalam menyempurnakan taubat ialah ilmu pengetahuan iaitu dengan menyedari kesalahan dan dosa yang dilakukan melalui kematangan akal fikiran. Akal mula dapat membezakan perkara baik dan buruk sehingga tersingkap kesan buruk perbuatan salah yang dilakukan sama ada di dunia mahupun akhirat. Akal ini kembali kepada fitrahnya yang sukakan kebaikan dan menyedari kemuliaan serta keagungan Rabbnya. Malah melalui akal ini juga kita kembali menyedari kekurangan diri yang sering diperdaya oleh kerakusan nafsu dan kejahatan syaitan.

           Diikuti pula dengan unsur hati dan keinginan iaitu jiwa. Unsur ini termasuklah timbulnya perasaan menyesal yang amat sangat atas segala perbuatan dosa ke atas Tuhannya, sesama makhluk dan dirinya sendiri. Penyesalan ini bukan saja mampu mengalirkan air mata keinsafan, bahkan sehingga satu tahap terasa seperti hati terbakar dari dalam kerana rasa pedih dan insaf yang amat kuat. Inilah keadaan penyesalan para sufi. Dengan ini, maka jiwa akan mengakui segala dosa dan tidak akan lari dari pertanggungjawaban ke atas tiap kesilapan itu. Jiwa meronta-ronta meminta ampunan dan maghfirah daripada pemiliknya.

           Penyesalan yang amat sangat ini juga perlu disusuli oleh tekad yang kuat dalam jiwa untuk meninggalkan segala maksiat yang telah dilakukan secara ‘total’, iaitu berazam dengan bersungguh-sungguh untuk tidak kembali dalam lembah kemaksiatan buat selamanya. Tekad ini tidak boleh disertakan keraguan atau timbulnya kerinduan untuk kembali melakukan maksiat sedikitpun.

           Akhir sekali, unsur terpenting adalah unsur praktikal iaitu menzahirkan segalanya melalui tubuh badan. Ini termasuklah meninggalkan maksiat dengan segera serta memperbanyakkan istighfar dan memohon keampunan. Selain itu, tindakan drastik seperti mengubah persekitaran dan teman-teman juga perlu dilakukan jika dirasakan ia adalah antara faktor yang mendorong ke arah kemaksiatan. Mengiringi segala perbuatan buruk yang telah dilakukan dengan kebaikan juga adalah perlu. Misalnya memulangkan kembali barang yang dicuri kepada tuannya, memuji seseorang yang sering menjadi mangsa umpatan dirinya, mnggantikan puasa dan solat yang ditinggalkan serta lainnya mengikut kesesuaian.

         Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi pula menambah satu lagi unsur penting dalam taubat iaitu menujukan segalanya itu benar-benar ikhlas kepada Allah, bukan selain-Nya. Ini disebabkan tidak sedikit antara kita yang menyesali kesilapan lalu kerana terdapatnya ancaman duniawi seperti takut dijangkiti penyakit jika berzina, bimbang kehilangan harta sebagai denda jika melakukan jenayah, gusar kehilangan rakan-rakan jika pecah amanah dan lain-lain lagi.

(by qamarguyz: risalah al-Qamar edisi 10)
 

36 comments:

mutiara said...

salam...
pintu taubat sentiasa terbuka..=)

zulkbo said...

salam..
subhanallah..
moga Allah terima
taubat kita..amin..

meowwmania said...

salam

benarkah jika kita slalu terkenang kesalahan lalu tandanya taubat kita diterima?

missgee said...

Terima Kasih..
Perkongsiaan yang diberi :)

P/s: Singgah di sini untuk menambah ilmu.. Ilmu saya yg kurang..

Reen said...

terima kaseh berkongsi.
tapi susah laa nak bertaubat.
byk halangan

Reen said...

terima kaseh berkongsi.
tapi susah laa nak bertaubat.
byk halangan

Anonymous said...

pintu taubat itu sentiasa dekat. tapi kenapa kita menutup mata?
tapi manusia memang suka memilih yang buruk walaupun yang baik itu ada, kenapa umat kini gemar melawan fitrah asalnya, yang sentiasa suka pada kebaikan dan kecantikan?

taubat itu indah..sungguh~

Melatidaisy said...

salam alaik,

syukran ats perkongsian..sentiasalah bermohon kepadaNya agar kita tidak tergolong dalam golongan hamba2 yg kerugian.

Allah Ta’ala berfirman:

“Katakanlah: ‘Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Az-Zumar: 53).

Idalara said...

Allah sentiasa menerima taubat hambanya walaubagaimana besar sekalipun dosa mereka selagi tidak menyekutukan Allah..

Dalam apa juga hal...ikhlas sgt penting..

selam :) said...

keikhlasan adalah segalanya..amin..

afzainizam said...

┌─┐ ─┐
│▒│ /▒/
│▒│/▒/
│▒ /▒/─┬─┐
│▒│▒|▒│▒│
┌┴─┴─┐-┘─┘
│▒┌──┘▒▒▒│
└┐▒▒▒▒▒▒
└┐▒▒▒▒┌
Peace no war...
Selamatkan Palestin.. Tanggungjawab Yang Wajib Ditunaikan ... Selamatkan Gaza!
Ratusan ribu rakyat Palestin berada di ambang kebuluran..

Misi KeAmanan dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Sorry bebanyak agak ketinggalan lah banyak entry kamu... coz banyak hal sibuk ngan bagai-bagai urusan lah... Sorry...

Wasatiah Gurlzz said...

salam ziarah...

ilmu pengetahuan - hati & keinginan - tekad - praktikal - ikhlas = TAUBAT SEBENAR

moga taubat kiter diterima ALLAH..dn semoga kiter tdk melakukan kembali kesilapan lalu selps 'kononnya' sudah bertaubat..amin...

(",)

uj said...

semoga taubatku dan taubatmu... adalah taubat nasuha... amin..

nuriz said...

terima kasih roy..amat berguna sekali

qamarguyz said...

to mutiara:
w'slm..
selagi ada nyawa

to zulkbo:
w'slm..
Maha Suci Allah..
ameen..m0ga kita termasuk kalangan mereka yG diberi kesempatan

qamarguyz said...

to meowwmania:
w'slm..
mungkin ia adalah tanda, tapi mungkin juga ianya tanda yG tidak bermakna..
kebanyakan kita selalu terkenang kesilapan la bukan kerana yG Esa, namun kerana dunia seisinya

to missgee:
sama2..
singgah2 la selalu..
sama2 kita saling melengkapkan apa yG kurang

qamarguyz said...

to reen_sofee:
hendak berbuat maksiat apa sahaja kita k0rbankan demi nikmat..andai kita mampu melihat nikmatnya bertaubat, nescaya kesusahan itu mudah dengan penGorbanan

to maCy:
mata kepala jaga, mata hati yG tertutuo..ternyata iman insan biasa ada turun naiknya, bagai ombak di lautan luas..kerna itulah adanya taubat, untuk kita bukan untuk DIA..ternyata kebaikan & kecantikan fitrah telah asing kini

adrinaqamarina said...

tima kaseh atas risalah edisi 10 ne...
banyak yang dapat jugak...
:)

qamarguyz said...

to melatidaisy:
w'slm..
afwan..m0ga pGakhiran kita dalam keadaan sempat menyucikan diri.. kebersihan batin itu juga yG terpenting..syukran atas peringatan

to Idalara:
agreed with u..
selagi tidak syirik kepadanya..
& jangan dilupa juga pada kesalahan sesama hamba, kemaafan mereka itulah keredhaan Tuhan

qamarguyz said...

to selam:
Keikhlasan itu cukup halus..
bagai semut hitam di atas batu yG hitam dalam malam yG kelam..mudah diucap sukar didakap

to afzainizam:
takpe br0..
utamakan yG utama..
syukran atas perk0ngsian semangat..misi kita di sana tidak pernah berakhir, selagi Yahudi bertapak di Bumi..& jaga2 juga, ia semakin hampir di bumi sendiri

qamarguyz said...

to Wasatiah Gurlzz:
w'slm..
kesimpulan yG jelas & nyata..
prinsipnya mudah, perlaksanaannya yG sukar..m0ga kita dipermudahkan oleh-Nya jua =)

to uNcLeJoE:
ameEn..
hanya itu yG dicari..

qamarguyz said...

to nuriz:
sama2..
kita berk0ngsi manfaat dalam menuju rahmat..sebar2kan

to adrinaqamarina:
sama2.. =)
hmM, risalah ini dipublishkan tidak menurut urutan..kini ia telah sampai ke pGhujung edisinya, tinggal sekeping risalah sj lg..nantikan..

White Bird said...

meowwmania ~ ada org ckp bila btaubat kita tak boleh ingatkan lagi benda tu.. sy pun tk pasti tapi sekadar bkongsi.


tuan rumah,kalu salah tolong betulkan
=)

ainhany said...

salam dik azrai,

bertaubatlah dgn bersungguh2 bukan taubat sambal belacan:)

terimakasih ats perkongsian ini..sejak dari mula sampailaa nie...blog yg pasti disinggahi dan dijejaki oleh KK.Semuga ALLAh menerima taubat kita utk mengamalkan kebaikan selamanya

Mommyyus said...

saya selalu terpk ape yg org2 disekeliling cakap..kalau org tu dah bertaubat, lepas tu dia buat balik, maknenye taubatnye tak di terima.Subhannallah..betl ke..Walwahualam..

Aqila Borhan said...

salam, sy suke entri ini.. mekasih coz mengingatkan

syahira ariff said...

salam,pintu taubat adalah luas
berbagai2 cara Allah terima taubat kita
Dia Maha Pengampun

Cheqna said...

Salam..

Alhamdulillah for this posting...semoga kita termasuk di dalam golongan yang diterima taubatnya..

qamarguyz said...

to White Bird:
hmM..sy tak biasa dengar pula pasal itu..yG pasti bila bertaubat kita tak b0leh ulangi kesilapan lalu, berazam kuat ke arah itu..rasanya kalu diingat untuk dijadikan teladan & diambil pGajaran takda salahnya kan =)

to ainhany:
w'slm kak..
huhu, taubat sambal belacan?
hebat metaf0ra tue ;)
syukran yer kerana kekal setia menziarah laman tak seberapa ini

qamarguyz said...

to Mommyyus:
hakikatnya cam tu la sis..
taubat nasuha adalah taubat yG sungguh2, & antara syaratnya perlu tinggalkan kejahatan lalu..ganti apa yG diambil..kalu diulang sekali mungkin kerana lemahnya iman, tapi kalu da sampai berkali2 itu tanda kuatnya nafsu...

to Cik Kyla:
w'slm..
syukran..selalu la singgah yer, m0ga ada rahmah yG dapat dipungah =)

qamarguyz said...

to syahira ariff:
w'slm..
pintu itu luas, cuma manusia yG nampak sempitnya..malas berfikir & berzikir

to Cheqna:
w'slm..
InsyaAllah..
mulakan segera, sebelum habis masa

MR. SYAH said...

satu informasi yg berguna.. haraplah sy sempat tuk bertaubat.. amin..

Puan Nurussalwa said...

salam,

taubat.. manis tapi pahit..
nak mencabut sesuatu yg kita suka dari dalam diri tu mmg la payah.. tapi kalau dah sah salah disisi-NYA apa yg kita suka n lakukan tu maka eloklah ditinggalkan.. itulah antara pahit yg perlu dibayar untuk mendapat manisnya taubat..

greAt entri..

masyeh ats perkongsian ni..
=)

qamarguyz said...

to mR.sYaH:
taubat bukan satu harapan, tapi satu keperluan..ayuh bersegeralah

to manna_salwa:
w'slm..
bak kata orang, kebaikan itu pahit kerna syurga itu manis bukan..mmG sukar untuk melawan nafsu, andai hati tidak terlatih untuknya..
thanz! =)

MF said...

Salam ziarah sahabat..

Bru dpt menyinggah lg melawat enta..

Alhamdulillah.. Guideline yg amt praktikal utk sseorg tu mngambil lngkah taubat dn prubahan diri..

Ssungguhnya Allah tdk akn mengubah ssuatu kaum, selagi mrk tdk mengubah diri mrk sndiri.. (AQ)

Nice one akh.. Muhasabah bua diri.. Jzkk.. ^^
Spa pn kita, sering2kn lah kita bertaubat kpdNya.. ats dosa yg sedar, malah mngkin ad yg xdsedari..

qamarguyz said...

to Slave of Almighty:
w'slm..
syukran..masih setia berkunjung ke laman ini =)
InsyaAllah, muhasabah buat diri..guideline ni ana kumpulkan hasil bacaan dr beberapa rujukan, esp buku tulisan Dr. Yusuf Qardhawi..
m0ga mendapat manfaat